Tahun 2012 Miladi
01 Jan 2012 1 Komen
in Amalan, Bersama al-Quran, Kemusykilan agama, Kisah Teladan, Komentar
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pagi ini, sempat berbual-bual dengan seorang ‘orang tua’ di kampung. Bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan dan mengambil nasihat serta pengajaran daripada kata-katanya.
Sambil mengeluh, beliau menyatakan “ermm.. lepas setahun, setahun masa berlalu begitu sahaja”.
“Berlalu begitu sahaja ke pakcik?” ana menyampuk.
Muhasabah 2011
31 Dis 2011 1 Komen
in Bicara Agama, Komentar, Tazkirah
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
“Selamat tinggal tahun 2011 dan selamat memasuki tahun 2012″. Ungkapan yang selalu meniti di bibir banyak pihak sama ada juruhebah, selebrtiti dan juga orang perseorangan biasa bagi menyatakan perasaan dan kegirangan menyambut tahun baru. Satu lagi persoalan “biasa” yang menjadi bualan adalah berkenaan dengan azam tahun baru dan penilaian tentang pencapaian-pencapaian tahun dan tahun-tahun sudah.
Salam Hijratul Rasul SAW 1433H
27 Nov 2011 Tinggalkan Komen
in Amalan, Bicara Agama
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
IbnRajab Online mengucapkan selamat mengingati peristiwa Hijratul Rasul untuk tahun yang ke 1433H pada hari ini. Semoga peristiwa Hijratul Rasul yang membawa sinar baru kepada dunia dakwah Islam akan menyuluh sinar kepada jalan-jalan dakwah yang bakal kita selaku umat Nabi tempuhi. Ingatlah, tidak ada nilainya kita meraikan tarikh hijratul rasul ini sekiranya hati kita tidak pernah terfikir untuk meneruskan usaha untuk mempastikan kelangsungan dakwah Islamiyah.
Selamat bercuti
18 Nov 2011 2 Komen
in Cuti-cuti Malaysia, ISU SEMASA, KERJAYA
Bismilahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh
Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar semepena cuti akhir tahun persekolahan bermula hari ini (kami di besut, cuti awal sehari, semalam mula). Cuti persekolahan rasmi sahaja, dalam mencari ilmu tiadalah istilah cuti. Begitu juga dengan para guru, hanya bercuti kerja rasmi persekolahan sahaja, dalam menabur ilmu tiadalah istilah cuti juga. Banyak masjid-masjid dan surau atau tempat-tempat lain boleh dijadikan sebagai medan mencurahkan ilmu kurniaan Allah itu.
Selamat hari raya aidiladha
08 Nov 2011 1 Komen
in Bicara Agama, Hari Kebesaran Islam, Hariraya, Islam
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada terutama rakan pengunjung blog IbnRajab Online yang dihormati. Kesibukan dua tiga hari sebelum menjelang aidil adha dan berterusan sehingga ke hari semalam, maka baru hari ini berkesempatan updated blog. Sebenarnya, hari ini pun kita masih beraya walaupun ramai antara kita yang telah balik bekerja, anak-anak telah kembali ke sekolah dan sebagainya. Namun, hakikatnya hari raya aidil adha ini adalah hari raya besar orang Islam.
Ambang 10 zulhijjah 1432H
03 Nov 2011 Tinggalkan Komen
in Hari Kebesaran Islam, Islam
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bertemu kembali dengan bulan mulia, bulan haram (peperangan) di sisi Islam iaitu bulan Zulhijjah. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan izin ruang dan peluang. Untuk terus berusaha mencari bekalan yang terbaik. Bekalan taqwa. Hari ini dah 7 Zulhijjah. Bukan baru perasan, cuma baru ada kesempatan untuk menitipkan sesuatu buat tatapan rakan-rakan pengunjung setia IbnRajab Online.
Tahniah, selesai interaksi sem 2/2011
25 Okt 2011 Tinggalkan Komen
in MY STUDENT, Perguruan
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat
Alhamdulillah pembuka bicara. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan mereka yang mengikut jalan baginda berkekalan dalam rahmat Allah sehingga ke hari akhirat. Seterusnya permohonan maaf dari lubuk hati yang paling dalam ditujukan khas buat para pengunjung setia IbnRajab Online yang mungkin sesekali menjenguk ke sini tetapi tiada catatan atau updated. Hanya cerita-cerita lama, perkongsian-perkongsian lapuk sahaja.
Bagaimanapun, statistik memberitahu, followers IbnRajab Online makin meningkat dan terlalu banyak soalan-soalan yang tidak sempat diberikan respon. Mohon maaf sekali lagi.
Ekspo Inovasi Pendidikan (EIP) 2011
05 Okt 2011 2 Komen
in Bahasa Arab
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan kurnianya, ana bersama dua lagi sahabat dari JAPIM (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan) berpeluang menyertai Pertandingan Inovasi sempena Ekspo Inovasi dan Penyelidikan (EIP 2011) yang bertempat di Dewan Bendahara, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu pada hari ini.
Hiburan alternatif
30 Sep 2011 1 Komen
in Promosi
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Setelah tiga minggu berturut-turut tidak pulang bermalam ke pangkuan mak ayah di kampung atas urusan kerja (minggu lepas berhujung minggu di Sabah, dua minggu lepas hujung minggu di Melaka) yang terpaksa berlarutan hingga ke hujung minggu, hari ini (kira dah lewat juga dah, sebab Terengganu weekend dia mula petang khamis) kami sekeluarga berpeluang balik kampung. Syukur juga dapat posting balik ke Besut Terengganu, kerana anak-anak masih dapat merasai nikmat balik kampung.
Biasiswa 2012 untuk guru
24 Ogo 2011 18 Komen
in Kemudahan Awam, KERJAYA, Perguruan
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 (dipanjangkan dari laman web KPM untuk rujukan para pengunjuang IbnRajab Online)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.
Cuti 2012
04 Ogo 2011 2 Komen
in KERJAYA, MY FAMILY, Promosi
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Untuk mengetahui cuti umum persekutuan atau negeri untuk tahun hadapan 2012, anda boleh muat turun dari sini. Semoga anda dapat merancang cuti dengan baik dan memanfaatkannya untuk kepentingan diri, keluarga dan organisasi anda.
Sekian, untuk makluman.
Wasiat Sya’ban
30 Jul 2011 Tinggalkan Komen
in Amalan, Bicara Agama
Bersempena dengan hari ini 28 Sya’ban 1432H, ana rasa elok dikongsikan sebuah hadis diriwayatkan daripada Rasulullah SAW tentang bicara akhir shaban. Ana sebenarnya berkongsi wasiat ini daripada rakan-rakan ahli ilmu Islam dalam bengkel moral tempohari. Untuk ringkaskan masa menaip menterjemah dan menaip semula teks khutbah Rasul berkenaan, ana search sahaja melalui google. Setelah membaca dan berpuas hati maka ana paste kat blog IbnRajab Online ini, Mana tahu ada yang belum membaca wasiat tanda kasih Rasul kepada umatnya ini.
Berikut ini wasiat Baginda Rasulullah saw. pada malam terakhir bulan Sya’ban, dalam khutbah Beliau saat menyambut datangnya bulan Ramadhan:
Hujan oh hujan
27 Jul 2011 Tinggalkan Komen
in Alam Sekitar, Amalan, Didik anak, MY FAMILY
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Usai solat maghrib berjamaah tadi, ana mengajak ‘Aidi Bassyar pulang ke rumah. Anak ini perlu masuk tidur awal, esok nak ke sekolah. Jika lewat tidur, maka masalah lah ketika hendak bangun pagi. Jadualnya hari-hari, makan malam adalah selepas solat maghrib. Amalan asuhan bulan Ramadhan. Bila azan maghrib, berbuka dengan tamar dan air sahaja, usai solat baru jamah nasi. Berehat seketika sementara menunggu untuk solat Isya’ seterusnya tarawih. Itulah jadualnya.
Adab berhias diri
23 Jul 2011 Tinggalkan Komen
in ISU SEMASA, Komentar, MY STUDENT
KONSEP BERHIAS MENURUT ISLAM
Allah SWT itu indah, dan suka kepada keindahan. Manusia secara fitrahnya menyukai sesuatu yang cantik, indah dan kemas termasuk penampilan keperibadian yang baik. Selaras dengan itu Islam telah mengatur adab berhias diri sebagai panduan umatnya, merangkumi anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan seperti emas, perak, batu permata dan sebagainya bertujuan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.
Mohon maaf
22 Jul 2011 Tinggalkan Komen
in ISU SEMASA
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pada kesempatan ini, ana mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan cyber yang sudi berkunjung ke blog IbnRajab Online. Di samping itu, ana mohon maaf kerana lama tidak update laman ini dan soalan-soalan yang diutarakan juga tidak terjawab. Seolah masa yang dahulunya sentiasa lebih, dah tua-tua ni, banyak pula komitmen. Harap rakan blogger dan pengunjung semua memahami.
Teka teki berkaitan al-Quran
01 Jun 2011 8 Komen
in Bersama al-Quran, Iklan berbayar, Islam
Salamullahi ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Siapa-siapa dalam kalangan rakan-rakan yang ada maklumat, atau info yang jarang-jarang diketahui, diperasani oleh kita tentang al-Quran, boleh sama-sama mencatatnya di sini. Semoga amalan ini dicatat sebagai soleh di sisi Allah SWT. Untuk memulakannya: Apakah surah dalam al-Quran yang tidak ada padanya huruf (Fa’)?
Bersama menghayati keindahan al-Quran.. mencintai al-Quran dan dicintai oleh al-Quran, seterusnya mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, tuhan yang menurunkan al-Quran.
Semak arah kiblat hari ini
28 Mei 2011 Tinggalkan Komen
in Islam, ISU SEMASA
Assalamu’alaikum warahamtullahi wabarakatuh
Saja, post semula isi artikel yang ditulis setahun yang lalu. Pada hari yang sama, hari ini. Untuk sama-sama memperingati agar kita menyemak arah kiblat di tempat kita bagi mempastikan kesasihan arah kiblat tempat kita hadapkan wajah semasa solat dan lain-lain ibadah yang berkaitan dengan kiblat seperti sembelihan, mengebumikan jenazah dan sebagainya.
Rujuk artikel ana di sini. Wallahu aklam.
UMK di kampung ambo
26 Mei 2011 6 Komen
in Kemudahan Awam, KERJAYA, Promosi

Pintu masuk utama ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.
Selamat Hari Guru 2011
16 Mei 2011 Tinggalkan Komen
in Komentar, MY STUDENT, Perguruan, Sumbangan/Derma
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Selamat Hari Guru khas buat semua guruku yang tercinta. Rakan-rakan guru. Adik-adikku yang semuanya adalah guru. Tiada kata seindah bahasa inginku puji semua. Semoga Allah memberkati hidup guru-guruku, (dan semua guru) di dunia ini lebih lebih lagi pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Semoga segala tunjuk ajar, asuhan bakti dan budi telah dicatatkan sebagai amal soleh untuk dipersembahkan di hadapan Rabb al-Jalil pada hari yang tidak akan bermanfaat padanya akan harta dan anak pinak, melainkan mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.
Seminar Penyelidikan IPG Zon Timur 2011
12 Mei 2011 Tinggalkan Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmatNya yang tidak terhingga. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka.
Lahirnya artikel akademik pertamaku
05 Mei 2011 Tinggalkan Komen
in Bahasa Arab
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelahiran artikel akademikku yang pertama di persada dunia akademik yang sangat luas itu. Sila klik link ini untuk membaca dan/atau download artikel yang dimaksudkan. Terima kasih kepada pihak GEMA Online Jurnal yang berpangkalan di UKM atas kesudian pihak tuan menunjuk ajar, mengelola dan menguruskan hal-hal berkaitan artikel ini. Terutama atas kesudiaan menerimanya.
Akrim Faateh 3 bln
09 Apr 2011 2 Komen
in MY FAMILY

Semoga membesar dlm rahmat Allah Taala. InsyaAllah
Umur semakin meningkat
05 Apr 2011 4 Komen
in Bicara Moral, Komentar
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh
Dengan adanya anak-anak, kita mudah terasa fizikal kita semakin tua. Umur yang disebut-sebut itu adalah umur fizikal. Umur fizikal dikira sebagai meningkat dari hari ke hari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya. Adapun umur metafizik, umur rohani yang di luar daripada fizikal itu tidak meningkat, tidak juga mengenal tua. Sebab itulah, ada orang walaupun mencecah umur 70an, 80an, masih ada perasaan untuk berkahwin. Masih bernafsu.
Pilihan yang buruk
28 Mac 2011 1 Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dalam kehidupan di dunia ini, Allah SWT sengaja mewujudkan dua cabang pilihan bagi manusia. Cabang pilihan berkenaan tidak lain dan tidak bukan, hanya bertujuan menguji manusia itu sendiri sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dua cabang pilihan tersebut adalah, kebaikan dan keburukan.







Komen Terbaru