Keliru: Beli rumah tak dapat EPW?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Di sini saya ingin kongsikan bahawa, (mengikut fahaman ana) hanya mereka yang beli rumah dalam stesen (sekitar 25KM dari tempat kerja atau yg termaktub dlm pekeliling terbaru) dengan pinjaman Kerajaan sahaja yang tidak layak EPW. Sila rujuk Borang JPA (EPW). Ramai orang salah anggap jika beli rumah dekat tempat kerja maka automatik tak dapat elaun perumahan wilayah. Sebenarnya, jika kita beli rumah (depan pintu pagar pejabat pun) dgn pinjaman bank, maka kita layak dapat elaun perumahan wilayah. Sila rujuk jadual layak EPW dari web JPA
http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp01/bil11/pp11-01-lamp-b.htm

Oleh itu, sekiranya kita beli rumah dengan pinjaman Kerajaan sekalipun, tetapi di luar stesen pejabat kita maka layak juga dapat EPW. Jika rumah tersebut dibeli atas nama pasangan kita dengan biaya bank (walaupun depan pagar office kita) dapat EPW. Jika pasangan yang beli rumah dgn loan Kerajaan jauh dari tempat kerja juga kita dapat EPW.

Cuma di sini, ana ingin respon dari pelawat2 blog ini kalau ada maklumat, sekiranya rumah atas nama pasangan adakah kita layak EPW jika dibeli dalam stesen pasangan? Ataupun jika pasangan kita itu mendapat pinjaman daripada Kerajaan Negeri? (sebab yang bagi elaun perumahan wilayah ini adalah Kerajaan Persekutuan). Cuba antum lihat pekeliling tentang EPW di http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp01/bil11/pp11-01m.htm

Sekian, ambillah jika ia adalah mmg hak kita. Perjuangkan!

Upadated 18 Ogos 2009.
Sedar tak sedar rintihan pegawai-pegawai semua telah didengari pihak Kerajaan. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa, berkuatkuasa 1 Ogos 2009, pegawai Kerajaan yang mendiami rumah pasangannya yang dibeli dengan pinjaman Kerajaan adalah LAYAK EPW. Alhamdulillah syukur. Sila rujuk pekeliling JPA ini.

 p/s: utk cari apa sahaja pekeliling sila ke http://www.jpa.gov.my/caripp.asp

About these ads

52 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Okt 26, 2007 @ 11:09:09

    salam.
    macam ana yie…ana belum tanya lagi bos ana utk epw ni. adakah ana layak atau tidak.tapi ana masih lagi jadi warden walaupun dah mndiami rumah kat luar tu ?ma ra’yuka …

    IbnRajab: warden no hal jika anta tidak diam dalam kuarters. mun anta beli rumah guna loan bank, sikda hal. dpt epw. mun anta guna loan kerajaan pun sik hal mun rumah anta lebih 25km dari sekolah.

    Balas

  2. Zaiton Awang
    Mei 21, 2008 @ 18:04:15

    En,
    1. Tiga tahun yang lalu saya telah membeli rumah dengan menggunakan pinjaman kerajaan so saya kehilangan epw..soalan saya, bolehkah saya mendapat semula epw sekiranya saya membuat pinjaman semula(reloan) menggunakan pinjaman perumahan bank islam untuk menggantikan pinjaman perumahan kerajaan.
    2. Saya keliru ada yang menyatakan walaupun sudah menukar pinjaman dari kerajaan ke bank tetapi masih tidak boleh mendapat epw kerana sudah pernah membuat pinjaman perumahan..betulke tu?

    Balas

  3. ibnrajab
    Mei 22, 2008 @ 00:38:09

    Sadri Zaiton,

    Ana tak dapat rasanya nak jawab soalan saudari sebab buat masa sekarang ni saya tiada pengalaman yang sama atau hampir sama dengan masalah saudari tu.. harap saudari boleh rujuk pihak2 berkenaan di bahagian perjawatan samada di JPN atau PPD.. saya percaya mereka dapat membantu..

    cuma pada pendapat saya (berdasarkan kefahaman membaca pekeliling berkaitan), sebagaimana yang saya katakan dalam artikel, jika jarak rumah lebih 25 km dari tempat kerja, kita layak epw.. dan kalau beli rumah bukan menggunakan loan gov pun dpt epw (walaupun dlm jarak 25 km)

    Balas

  4. Shurddey Abd Samad
    Jun 23, 2008 @ 23:13:15

    Isteri saya layak mendapat epw dan bekerja di Sabah. Sekiranya beliau membeli rumah di Sarawak dengan menggunakan gov. loan, adakah masih layak untuk mendapatkan epw sebab beliau masih bertugas di Sabah?

    IbnRajab: Terima kasih atas kunjungan saudara. Pada pandangan saya, selagi bertugas di Sabah, beliau layak EPW. Wallahu aklam..

    Balas

  5. shaiful
    Dis 05, 2008 @ 14:56:07

    assalamaualaikum,
    say mempunyai masalah seperti saudara. sy bertugas di sarawak sama tempat dgn isteri sy. saya berasal dari semenanjung dan isteri saya org tempatan yg mana sehingga kini saya mendapat epw dan isteri saya cuma itp. sekarang ini kami berkira2 untuk berkira-kira untuk membeli rumah dgn menggunakan gov loan dekat dgn tmpt kerja. sy bercadang utk menggunakan nama isteri sy dgn harapan EPW saya tidak hilang. tapi khabar mengatakan saya bakal kehilgn EPW tersebut. benarkah?bantulah sy sblm saya membuat langkah yg pertama

    IbnRajab: merujuk kes adik saya, suaminya org tempatan, membeli rumah menggunakan gov loan, dalam lingkungan 25km dr tempat adik saya bertugas, so, impaknya, adik saya hanya dapat itp tidak epw.

    Balas

  6. idham_n9
    Dis 13, 2008 @ 21:21:24

    saya ada pengalaman dlm kes diatas..

    1) Kawan saya sama kes diatas, kawan saya (org kl) isterinya org tempatan (orgsabah). Setelah beliau merujuk ke bhg pinjaman jpa, epw kwn saya tidak ditarik balik walau pun isterinya membuat loan perumahan kerajaan dan walaupun berada dalam stesyen, dengan syarat:

    -pinjaman perumahan kerajaan itu mesti atas nama isterinya sahaja (bukan bergandingan)

    itulah yg difahamkan oleh saya, kerana menurut pegawai jpa itu pinjaman perumahan itu atas pinjaman individu (isteri) dan tidak melibatkan kawan saya itu

    ttp epw akan ditarik balik kalau pinjaman itu berganding nama

    beliau telah merujuk bhgn pinjaman jpa sabah dan bercakap sendiri dgn pegawai bhgn pinjaman d putrajaya

    apa2pun kena rujuk semulalah….

    IbnRajab: maklumat yang baik, tima kasih sdr idham_n9

    Balas

  7. shaiful
    Dis 15, 2008 @ 11:46:26

    assalamualaikum,

    saya telah mempertimbangkan pendapat IbnRajab dan telah mencari org yg mempunyai kes yg sama seperti saya. nampaknya mmg epw kena potong. dlm perkhidmatan kerajaan, potong memotong adalah sgt cekap.kalau ikut logik mmg tak patut dipotong kerana sy bukan individu yg membuat pinjaman. tp kalau dah ada tradisi nya macam tu maknanya mmg bakal terjadi lah. walau disokong oleh pegawai jpa sekalipun tapi kalau dah admin tempat kerja sendiri tak nak benarkan apa bole buat.lgpun saya belum jumpa lagi sebarang pekeliling yg menjelaskan perkara ini secara terperinci. (padahal nak baca pekeliling pun tak paham).

    sama juga kes berkenaan tunggakan gaji beberapa rakan saya. walau Dato’ ketua pengarah di putrajaya sendiri mengesahkan mereka layak mendapat tunggakan gaji, tapi sekiranya pengarah saya di sini kata tak boleh maka tak dapat la apa2.

    Apapun terima kasih kpd idham_n9 kerana memberi pandangan anda

    IbnRajab: tq, :)

    Balas

  8. Ular Marah
    Jan 10, 2009 @ 05:50:43

    askum…saya ada sedikit kemusykilan dan persoalan ttg EPW.Tempat kerja saya dan tempat kerja isteri melebihi 25Km. Ada kawan kata kami layak suami isteri mendapat EPW.Betulka?Sblm ni saya dapat EPW dan isteri diberi ITP saja.Macamana ya?

    IbnRajab: salah seorang sahaja yg dapat EPW. seorang lagi akan dpr ITP macam biasa. Spt juga tiket percuma mengunjungi wilayah asal. salah seorang sama ada suami atau isteri yg dpt claim tiket utk anak2. Wallahu aklam

    Balas

  9. azlina ismail
    Jan 29, 2009 @ 12:31:33

    saya baru saya berpindah rumah dari rumah sewa ke rumah baru yang dibeli menggunakan loan gov.layak ka saya menuntut elaun pindah rumah?

    IbnRajab: tak sure pula. tp kalau pindah ke kuarters kerajaan atas arahan, sure dpt claim. wallahu aklam.

    Balas

  10. rowhim sarikei
    Feb 06, 2009 @ 17:24:14

    asslamualaikum….
    sori lama x tnya kabr… cbuk loni.
    ank2 ok?
    pb mutual rlx dlu

    IbnRajab: ok

    Balas

  11. Dav
    Apr 20, 2009 @ 09:32:08

    Saya ingin bertanya berkenaan dengan epw. Saya dan isteri berasal dari sabah, dan sekarang bertugas di kl (saya) dan isteri (putrajaya) kedua-dua kami dalam sektor kerajaan. sya ambil epw dan isteri itp. baru ini atas nama saya telah membeli rumah guna gov loan, jrk kurang 25 km dr tempt kerja. boleh ka isteri dapat epw jika dia mohon untuk dapat epw dan saya pula x akan ambil epw? thanks

    IbnRajab: pd pdpt ana, kedua2 anda layak itp sahaja :)

    Balas

  12. Shafiq
    Mei 23, 2009 @ 00:27:39

    Assalamualikum, berkenaan dengan EPW, saya difahamkan maksud stesen dalam Pekeliling Berkaitan dengan EPW ialah lingkungan jarak 33km dari tempat bertugas. Atas sebab itu EPW saya telah ditarik balik. Mohon sedikit bantuan daripada tuan. Terima kasih

    IR: jarak sebenar adalah sbgmana yg termaktub dlm pekeliling.. sila rujuk

    Balas

  13. fiz
    Jul 17, 2009 @ 20:39:08

    Assalamualaikum..

    Saya pun mengalami nasib yang sama. Saya berkahwin dengan orang tempatan. Dulu hingga saya berkahwin, saya berkerja sebagai Pembantu Tadbir N17 dan mendapat EPW. Kemudiannnya suami membeli rumah loan kerajaan. Kini saya mendapat jawatan guru Gred 41, dan kerani sekolah mengatakan saya sudah tidak layak mendapat EPW. Sedangkan rumah yang suami beli belum diluluskan oleh Perbendaharaan dan saya juga tidak menyangka yang saya dipostingkan ke sekolah berhampiran dengan rumah. Saya telah merujuk kepada JPA dan sememangnya saya masih layak kerana rumah tersebut di beli atas nama suami. Dan masing-masing mempunyai perkhidmatan sendiri. Pegawai JPA pula menyatakan, JPA akan mengeluarkan pekeliling untuk menerangkan mengenai perkara tersebut dalam masa akan datang. dan buat masa ini, pekeliling asal (seperti di atas) masih digunapakai. Memang la mengikut ketua jabatan, tetapi kadang kala, ‘big boss’ xkata apa, yang kerani yang lebih awal ‘mencantas’.. mengikut yang dulu..wallahualam.. lebih elok, cari kawan opis lain.. tgk sapa yang dapat..saya cadangkan juga dekat pegawai JPA tu, biar penjawat awam diberi juga elaun baru yang menyamai EPW, jadi tak da isu boleh tak boleh dapat EPW.. :)

    IR: w’salam. sabarlah.. insyaAllah jika rezeki anda, dapat la cpt maupun lambat

    Balas

  14. fiz
    Jul 23, 2009 @ 04:52:24

    Assalamualaikum..

    Berita terkini, kelmarin pihak akauntan negara sabah beri taklimat yang pegawai/pasangan yang beli rumah dalam kawasan, tidak layak EPW. Saya menghubungi pegawai yang memberi ceramah berkenaan dan pegawai tersebut telah memberikan rujukan JPA(S).. bertarikh 22 Jan 2002. Saya juga bertanya, sekiranya sememangnya saya tidak dapat EPW, bilakah saya mulai tidak dapat elaun tersebut, adakah bilamana tarikh surat kelulusan perbendaharaan, tarikh dimana gaji mula dipotong atau tarikh mula kunci diserahkan? kerana rumah yang suami akan beli masih dalam pembinaan.. Pegawai tersebut meminta saya menguhubgi beliau semula pada minggu hadapan untuk pengesahan kepada soalan saya. dan yang mengejutkan saya, saya telah mencari seantero pelusuk internet dan surat pekeliling 22 Jan 2002 memang tidak wujud. Esok saya nak menghubungi pegawai JPA yang saya telah hubungi dahului untuk bertanya selebih lanjut. Sebab, kalau mengikut taklimat pegawai akauntan negara tu, makanya terpaksala mereka2 yang telah membeli rumah 15-20 tahun dahulu memulangkan EPW yang mereka terima sebelum ini. Wah!.. banyak tu..

    Bab EPW ni mmg ramai pertikai, tapi bagi saya yang sememangnya masih mempunyai org tua di semenanjung, EPW mmg membantu dari segi kewangan khususnya bila sesekali pulang ke semenanjung. tambang setiap tahun tu pun baik.. khusus kepada yang bercadang pulang mengundi!

    Dan dalam ramai yang bersuara2 mengenai EPW, sebenarnya ramai juga yang turut merasai nikmat EPW.. sekarangkan dah integrasi.. ramai org tempatan kawin dengan org semenanjung.. mungkin yang merasa ‘tidak adil’ hanya mereka yang kawin sesama tempatan.. kalau gitu mohonla elaun yang baru menyamai EPW.. sebab kalau dibincangkan hal ini dengan orang yang berkeja di semenanjung, mereka juga menyatakan elaun wilayah yang mereka tidak ada..

    susah nak puaskan hati semua.. kita ni org bawahan.. symp..

    IbnRajab: terima kasih fiz atas perkongsian.. semoga Allah memudahkan urusan semua kita

    Balas

  15. bluffy
    Jul 25, 2009 @ 06:39:10

    hurm nasib jumper blog nie… kes saye macam nie.. orang semenanjung keje kat sabah.. sekarang memang dapat epw.. tapi kalau nak beli rumah juga guna LOAN BANK still boleh dapat EPW ke? Orang kata kalau guna LOAN GOV je tak dapat.. kalau guna LOAN BANK okey je.. tak paham laa.. kang beli kang da sign aggrement tak pasal2 kene potong EPW. :)

    IbnRajab: pdpt ana mcm tu lah. beli rumah dgn loan bank tak ada kaitan ngan kemudahan dlm perjawatan. sbb tu still dpt epw. apa2 pun utk lebih kepastian, ruj terakhir anda adalah ketua jabatan/ofis/kementerian berkaitan.

    Balas

    • bluffy
      Jul 25, 2009 @ 16:41:22

      itu yang risau tu ibnRajab.. kang da sign aggrement.. kena bayar loan kat 30 tahun.. padahal rumah still under construction lagi.. tiba2 EPW kena potong.. naye.. hehe

      IR: takpe. nnt kalau dah transfer stesen jauh sket dr rmh, dpt la epw balik

      Balas

  16. echotin
    Ogo 18, 2009 @ 17:05:37

    Salam semua, Berita baik untuk yang layak dpat EPW.
    Sila buka website JPA – http://www.jpa.gov.my/docs/se/2009/se14072009.pdf

    IbnRajab: w’salam. terima kasih atas makluman yg sgt baik dan bermanfaat ini

    Balas

  17. Fdla
    Sep 14, 2009 @ 14:27:11

    Salam utk semua….
    Saya ingin kepastian tentang pekeliling baru epw. Bagaimana jika pegawai membeli rumah dengan loan kerajaan secara bersama tetapi atas nama pasangan dalam lingkungan 25 km daripada tempat kerja, adakah masih layak epw? Harap dapat penjelasan….

    IR: w’salam. ana rasa mmg x dpt sbb dah dpt kemudahan kerajaan iaitu pinjaman kerajaan. pulak tu rmh yg dibeli dlam stesen

    Balas

    • dla
      Sep 30, 2009 @ 23:02:29

      Pada pendapat saya baik bagi je epw tu. Sebab title je nampak lain tapi maksud dan tujuannya sama je. Bagi ke tak bagi pasangan pegawai tetap duduk di bawah satu bumbung yang sama. Rasanya dasar yang perlu diutamakan dalam pemberian epw ialah ditempatkan atau ditukarkan ke luar negeri asal pegawai. Kalau beli rumah dengan loan kerajaan dalam setesen tak dapat epw, tidak kah pegawai tadi beruntung bila bertukar tempat bertugas dengan jarak 32km dan duduk pula di rumah milik pasangan atau keluarga layak epw. Bukan kah ini tak jauh bezanya dengan duduk rumah yang dibeli dalam setesen.

      Balas

  18. Azmi
    Sep 14, 2009 @ 21:56:01

    Saya masih muskil dengan ketetapan kelayakan pemberian EPW. Apakah rasionalnya pembelian rumah menggunakan bank layak mendapat EPW manakala pinjaman kerajaan pulak tdak layak. Pada dasarnya kedua-dua jenis pinjaman ini perlu dibayar balik.

    Malahan pada kami(peminam kerajaan) yang duduk dibandar terpaksa pulak membayar cukai pintu yang agak tinggi sama dengan peminjam dibank.

    Dalam kes saya, kami membuat pinjaman secara bergandingan kerana harga rumah di sini agak tinggi dan memerlukan kami meminjam secara bergandingan. Untuk makluman saya berasal dr Sabah dan isteri saya dari Perak.

    Adakah dalam kes ini isteri saya masih tidak layak untuk menerima EPW?

    IR: maafkan ana. skdr pdpt peribadi berdasarkan pengalamn yg tak seberapa je. org yg dpt pinjaman kjaan tak layak sbb mrk dah nikmati kemudahan pinjman tu yg berganda2 lbh baik dr pnjman bank. semua tahu fakta itu. brkenaan kes sdr/i, bw berbincang dgn big bos berdasarkan pekeliling.. semua dah ditetapkan utk kemudahan dan keselesaan kita selaku penjawat awam.. kalau ada rezeki mmg dpt tp kalau bkn rezeki kat situ, ada la insyaAllah kat tpt lain

    Balas

  19. dla
    Sep 14, 2009 @ 22:30:21

    Salam untuk semua…
    Saya inginkan kepastian, adakah pasangan yang membeli rumah secara bergandingan melalui pinjaman kerajaan secara automatik tidak layak epw. Maksud saya salah seorang daripadanya adalah pegawai yang berasal dari negeri lain. Dan adakah pegawai tersebut layak mendapat epw jika salah seorang daripada pasangan tersebut telah menyelesaikan pembayaran balik pinjaman kerajaannya? Harap dapat maklumbalas untuk kepastian….TQ

    IR: w’salam. pdpt ana, kalau mohon transfer jauh sket dr rmh, layak epw kot.. cuba lah.. tp ana tak sure pulak kalau dah habis bayar and still dlm stesen.. ada yg blh bg respon? tq

    Balas

    • ujana
      Dis 02, 2009 @ 20:28:51

      Salam, klu kita lihat secara logik matematik confirm tidak dpt EPW. Ini kerana sedangkan semasa menanggung hutang utk membayar pinjaman dah tidak layak, inikan pula bila rumah dah habis bayar dan menjadi harta.

      Melihat kepada tread topik ini nampaknya ada perkara yang berulang dibincangkan dan ternyata topik ini menarik minat ramai.

      Saya rasa jika ada dikalangan kita yg boleh menghuraikan pekeliling berkenaan dgn bacaan bersama pekeliling atau ketetapan yg berkaitan, maka segala persoalan akan terjawab. Wasalam

      Balas

  20. Rasiah
    Dis 02, 2009 @ 12:49:16

    Salam. yang saya faham ttg epw ni ialah seseorg itu layak bila membeli rmh dgn loan kjaan sekitar 25km. Tetapi sekiranya dia membeli rumah di luar kwsn cthnya: sy mengajar di Nilai,N.sembilan tetapi rumah yg dibeli ialah di daerah Sepang,Selangor yg jaraknya tidak lebih dr 25km. Adakah saya layak epw?
    Tq

    Balas

  21. Rasiah
    Dis 02, 2009 @ 13:04:37

    Ralat. Seseorag itu tidak layak EPW jika membeli rumah dgn loan kjaan di dalam 25KM.

    IR: betul

    Balas

  22. halina kassim
    Apr 06, 2010 @ 12:16:02

    boleh tak saya dapat epw kalau husband buat gov loan?

    Balas

  23. nfzzah
    Jun 22, 2010 @ 11:13:53

    Ana dan isteri dah beli rumah guna loan kerajaan,tapi masih tinggal di rumah kerajaan,ana layakkah EPW?

    IR: dpt itp

    Balas

  24. Joe
    Jul 31, 2010 @ 00:44:10

    Saya naka tanya, sekiranya pasangan bertugas berlainan stesen adakah kedua2nya laya EPW?

    Dalam kes saya, jarak tempat bertugas saya dengan isteri sejauh 150 km, terpaksa menyewa, saya hanya layak ITP, sebab kerani kata sekiranya jarak sejauh 500 km baru kedua2nya dapat EPW, adakah ini betul dan terdapat pekeliling berkenaan dengan jarak 500 km dari pasangan baru layak? sila beri komen…

    IR: EPW; W tu = Wilayah. Kedua2 pasangan layak EPW sekiranya kedua2 bertukar wilayah. Maksudnya, isteri org smjung berkhidmat di Tawau, Sabah, manakala suami asal Swak berkhidmat di Perlis. walau jauh 800km ttp kalau masih dlm wilayah sama (swak), EPW dibayar kepada salah seorang penjawat awam yg berpasangan (suami/isteri). wallahu aklam

    Balas

  25. jamil
    Ogo 10, 2010 @ 11:45:38

    salam…saya juga ada masalah dengan epw ni.. selama ini saya layak epw tetepi baru-baru ini audit telah menyatakan bahawa saya tidak layak epw kerana rumah yang saya beli berada dalam lingkungan 25km dari stesen (opis).. tetapi panduan pemberian elaun perumahan wilayah yang dikeluarkan oleh bahagian saraan JPA No. siri BS 2/4.. no fail jpa(bkp)548/1/12.. pindaan 00/2009…(tetapi pegawai JPA kata panduan ini telah ditarikbalik..betul ke?) mentafsirkan ‘stesen’ tempat biasa seseorang pegawai melaporkan diri untuk bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:
    i. 25km jika boleh dihubungi dengan jalan raya
    ii. 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor; dan
    iii. 8km jika boleh dihubungi oleh basikal atau sungai.

    soalan saya adakah pengiraan nya ialah lingkungan 25km (radius) atau 25km melalui jalanraya? kalau lingkungan buat apa dia kata 25km jika boleh dihubungi dengan jalanraya..saya bukan pergi kerja naik helikopter…(jalan lurus)..mohon beri komen..

    IR: kompleketed jg tu.. ada yg tafsir luar stesen tu over 35km dr pejabat. Allah aklam

    Balas

  26. hidayah
    Okt 13, 2010 @ 15:39:24

    salam, saya keliru baru2 ini ada saja hal tentang epw. sy nak tanya pihak encik,sy bekerja di tenom, dan baru2 ini telah beli rumah guna pinjaman kerajaan di kota kinabalu.. sy asal dr swak. adakah sy layak dpt epw?

    Balas

    • ADAM
      Nov 17, 2010 @ 10:48:59

      Tuan ada dah pekeliling rujukan JPA(SARAAN)262/6/2-11 klt.3(74),penjelasan mengenai epw bagi pegawai bertukar wilayah yang menduduki rumah pasangan,sukacita dimaklumkan bahawa pegawai yang telah menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan sama ada secara individu atau dengan pinjaman bersama tidak berkelayakan mendapat EPW.

      Sesiapa yang terlibat tolong perjuangankan hak kita sebagai guru yang bertukar wilayah.

      Balas

  27. anak malaysia
    Nov 09, 2010 @ 20:40:47

    Akum. Persoalan EPW ni memang pening. Saya amat tak bersetuju dgn ketetapan bhw membeli rumah dgn loan bank boleh dapat EPW, ttp jika beli rumah dgn gov loan tak layak EPW. Kenapa perlu ada perbezaan sedangkan kedua2nya adalah pinjaman yg dikenakan interest dan perlu dibayar balik. Beban 4% interest gov loan bukannye sedikit. Jika pinjam 100 ribu, utk tempoh 24 tahun, interestnya boleh mencecah 61 ribu…kemudahan ke namanye tu? Sepatutnya kemudahan yg diberi kpd penjawat awam tak perlu bersyarat. Semua penjawat awam berhak mendapat kemudahan.
    Sekarang ni pula harga rumah mahal. Kebanyakan penjawat awam terpaksa membuat ‘join loan’. Jika ambil gov loan, hilang lagi kelayakan EPW. Pihak JPA seharusnya peka dgn perkara ini.

    IR: k’jaan sentiasa memberi tumpuan, mgkin ambil masa. sabar..

    Balas

    • ADAM
      Nov 17, 2010 @ 10:51:23

      Tuan saya sangat bersetuju dengan pendapat Tuan,JPA telah banyak membantu kerajaan daripada membantu rakyat dan kakitangan kerajaan,ini tiba2 saja bertukar syarat……kita kena perjuangankan,bukan sikit pegawai yang terlibat.

      Balas

    • emma
      Dis 09, 2013 @ 19:48:09

      saya asal sarawak. baru mmbeli rumah di sabah. kerana bekerja di sabah.suami org sabah.. dan saya tau sya x layak dapat epw tu lagi.. tpi dapat saya mndapat kelayakan epw tu balik sekuranya saya menukar nama rumah tersebut ke atas nama suami saya???
      kedua> jika saya membeli rumah di sarawak menggunakan loan kerajaan di negeri asal.layakkah saya mendapat epw?

      Balas

  28. steven,university of malaya
    Nov 17, 2010 @ 23:01:06

    Saya seorg guru dari Sarawak tetapi posting di Sabah,baru2 ini saya telah membeli sebuah rumah di Sandakan Sabah.Ini kerana pekeliling sebelum ini mengatakan bahawa sekiranya tempat bertugas adalah lebih daripada 25km daripada rumah yang dibeli dgn kemudahan pinjaman perumahan maka layak dapat epw.Baru2 ini ada pekeliling terbaru pula mengatakan bahawa tidak layak dapat epw tanpa mengira jarak.Sedangkan tempat saya bertugas adalah jaraknya 33km daripada rumah yang saya beli dengan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan.

    Balas

    • ADAM
      Nov 18, 2010 @ 09:02:01

      Tuan,
      Bagi sesiapa yang terlibat mesti berjuang ,sila buat surat kepada JPA,atau yang paling mudah ke paper(berita harian),sebab jika EPW ditarik gara2 membeli rumah,guru yang bertukar wilayah hilang keistimewaan.tak akan nak jual rumah yang dah dibeli.

      Balas

  29. amer
    Dis 19, 2010 @ 18:46:44

    Tuan,
    Saya pernah mengutarakan masalah tentang tambang percuma saya melalui ruangan ini bagi tahun 2010 ini dianggap lupus oleh JPN Sabah atas alasan terlewat 3 hari dari tarikh tutupnya.(belum dijawab oleh tuan) Adakah cara untuk saya mendapatkan kembali hak saya di peringkat kementerian dan jika ada alamat/no. tel/yang boleh saya hubungi saluran tersebut.
    Sekain . T. kasih.

    Balas

  30. syikin
    Jan 03, 2011 @ 13:24:17

    saya berasal dari sarawak
    ibu berasal dari sarawak
    ayah berasal dari kelantan
    saya baru sahaja mendapat tahu yang saya layak menuntut epw setelah 6 tahun berkhidmat
    soalan saya, selain borang JPA (EPW), apakah dokumen lain yang perlu disertakan.
    dan adakah saya akan mendapat tunggakan untuk 6 tahun lalu?
    terima kasih.

    Balas

    • SHAFIEI BIN MOHD TAHIR
      Feb 19, 2011 @ 01:28:16

      hai Syikin, nasib kita sama.
      Saya lahir d sabah, ibu berasal dr Selangor manakala ayah brasal dr johor,
      saya mula berkhidmat di KPDNKK mulai 19hb ogos 02.
      Bagi masalah puan, kenalah isytihar wilayah dulu dgn mgisi brg iaitu 1. Borang isytihar wilayah, 2. Dokumen bukti asal ibu bapa, 3. surat iringan prmohonan yg ditandatangani olh ketua jbtan, kemudian barulah mhn epw dgn mgisi brg epw.
      Sekarang status saya tlh menerima Penyata perubahan gaji (KEW.8) dr hq yg mnyatakan jumlah pembayaran sejak lapor diri, tetapi…. pihak Kota kinabalu pula query kononnya…..ada pekeliling yg mnyatakan bhw pmbayaran hanya di kira sjk saya memohon.
      melalui penelitian saya dlm pekeliling jumlah pmbayaran adalah sjk mula lapor diri.
      apa2 pun saya masih menunggu jawapan dr pihak berkenaan.
      jadi siapakah yang harus dipersalahkn? adakah Tuah atau Jebat!……..
      atau mungkinkah mereka dan keluarga mereka!………..

      Balas

      • abc123faq
        Feb 22, 2011 @ 12:01:25

        Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 telah menyatakan bahawa pegawai yang berkelayakan boleh dibayar mulai 1 Januari 2002 atau tarikh pegawai bertukar wilayah atau yang mana kemudian. Bagaimanapun bagi kes pegawai yang baru membuat peristiharaan wilayah asal samada mengikut wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai, tarikh pembayaran adalah mengikut tarikh peristiharaan dibuat. Untuk pembayaran dikebelakangkan tarikh (back dated) hendaklah dirujuk terlebih dahulu dengan Perbendaharaan untuk pertimbangan pembayaran kerana melibatkan peruntukan semasa. Sayugia diingatkan bahawa EPW merupakan suatu bentuk bantuan perumahan yang disediakan oleh kerajaan berdasarkan kepada peruntukan semasa dan bukannya hak mutlak pegawai.

        Semua pertanyaan berhubung dengan EPW bolehlah dikemukakan kepada alamat berikut:

        Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
        Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
        Bahagian Saraan
        (Sektor Dasar & Penyelidikan)
        Aras 5, Blok A, No. 3200
        Bangunan MKN-Embassy Techzone, Cyberjaya

        1. Cik Marziah binti Mohamed Mukhtar PP(S)S2A 03-83164473

        2. Puan Faizatul Rahayu binti Zakaria PP(S)E2B 03-83164481

        3. En. Azizul bin Mustafa PP(S)K3A 03-83164453

        Sumber : http://www.jpa.gov.my/docs/pnerbitan/panduan/2009/bs/2.ppt

  31. Lau
    Mei 04, 2011 @ 17:26:40

    salam sejahtera….
    Ingin saya tanya beberapa soalan:
    1. Saya seorang guru dan mmg tidak layan EPW sbb membuat pinjam kerajaan dan runah dalam stesen. Ke mana pihak harus saya maklumkan supaya epw saya dipotong daru gaji? Kalau ikut kerani, saya kena pergi ke unit perbendaharaan di putrajaya supaya mereka keluar surat untuk membenarkan pemotongan epw dari gaji saya.
    2. Saya juga ingin tahu, EPW itu start potong bila, dari tarikh dapat kunci rumah atau…..

    Sekian terima kasih

    Balas

  32. faddyn
    Jun 14, 2011 @ 15:44:24

    saya ingin bertanya berkenaan elaun wilayah ni.

    saya dilahirkan di sarawak manakala ibu dan bapa saya pula dilahirkan di kedah. Adakah saya layak untuk menerima elaun wilayah nih? dan berapa yang akan saya terima?

    Harap boleh beri jawapan

    Balas

  33. Fairiz
    Jun 23, 2011 @ 09:09:34

    saya nk tanya satu soalan..betul ke tambang percuma yang kita guna sekarang akan menjejaskan jumlah insentif yang akan kita dapat apabila kita pencen nanti?…

    Balas

  34. zamzamalakazam
    Apr 06, 2012 @ 16:20:26

    Saya berasal dr sarawak dan berkhidmat di johor..isteri org tempatan (johor)..saye telah membeli rumah guna loan gov..yg mjadi kemuskilan saye ialah layak kah saye memohon TMWA untuk melawat ibu saye di sarawak? Walau saye telah mbeli rumah sehingga kini EPW masih bjalan dan ape pdapat tuan yang bijak sana!! Bagai mane pula dgn BIW (bayaran insentif wilayah) adakah akan di potong jika telah mbeli rumah?

    Balas

  35. zed
    Ogo 19, 2012 @ 21:24:58

    nak tanya…isteri saya sepetutnya tdk layak dapt epw sebab beli rumah gov loan dalam lingkungan 25km…tapi kenapa dia masih layak dapat epw wlaupun dah 3 bulan start bayar loan…

    Balas

  36. ady
    Nov 14, 2012 @ 09:44:37

    SAYA ADA KEKELIRUAN.SAYA ORG SABAH BARU BERTUGAS DI KUALA KUBU BHARU..SKRANG NE KALAU SAYA AMBIL EPW MAKA ITP SAYA X DPT LA KAN..N KALAU SAYA AMBIL ELAUN WILAYAH COLA DAPAT X?

    Balas

  37. rozy
    Nov 15, 2012 @ 23:19:33

    saya masih keliru tentang jarak rumah dari tempat bekerja…adakah 25km @ 35 km…atau ??? ada tak pekeliling yg sebut pasal nieh?
    lagi 1, jikalau saya hilang epw, adakah kemudahan tambang balik hilang juga???

    Balas

  38. hidayat
    Jan 15, 2013 @ 21:17:42

    saya guru baru posting d sarawak. Jd sy br kahwin suamipun guru jg. Suami d kuching manakala sy d miri adakah kami berdua layak epw atau salah seorg sj.

    Balas

  39. nia
    Jun 02, 2014 @ 11:32:48

    Sy lahir di sabah..manakala ibu lahir di kedah n ayah lahir di perak..
    Sy lapor diri pada 15.3.2010..
    Spnjang bkeja sy x pernah di maklumkan ttg kelayakan menerima elaun wilayah.
    N then sy bertukar daerah. N di maklumkan layak menerima elaun wilayah n sudah mula dpt..
    Kemusykilannya adakah sy layak membuat tuntutan elaun wilayah sepanjang sy bekeja di tempt lama? Sila bantu sy selesaikan masalah sy..

    Balas

  40. ariff
    Jun 25, 2014 @ 15:25:47

    salam, saya dan isteri bekerja di sabah, pasangan baru sahaja bertukar daerah dari semporna ke kinabatangan. Masalah saya pihak kewangan ingin menolak gaji untuk pembayaran balik sejak tarikh kami bernikah iaitu hampir setahun sejak isteri bekerja di daerah semporna kerana kedua kedua kami mendapat kemudahan EPW. adakah ini relevan kerana adalah kesilapan kerani di semporna yang tidak menolak elaun walaupun sudah tahu kami sudah berkahwin. terima kasih.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: