Posted by: ibnrajab | 8 November 2007

Cuti belajar bagi pegawai pendidikan KPM (Skim PPPS)

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh..

Tujuan ana menulis tentang tajuk ini pada hari ini adalah semata-mata untuk berkongsi dengan para pengunjung web ini tentang kemudahan yang disediakan untuk kita selaku warga pendidik KPM. Iaitu apabila mereka ditawarkan Biasiswa untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke peringkat MA atau PHD. Ana menyeru diri sendiri, rakan2 dan sesiapa sahaja warga pendidik agar menyahut seruan Kerajaan seterusnya menjayakan agenda ‘Pendidikan Sepanjang Hayat’ sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam melalui hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”. Begitu juga “Menuntut ilmu itu suatu kefardhuan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan” (riwayat Bukhari)

Gaji.
Pegawai akan menerima gaji penuh (termasuk kenaikan setiap tahun secara pergerakan gaji biasa), Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Elaun Sara Hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Sekiranya pegawai sebelum ini menerima EPW maka dalam tempoh cuti belajar akan ditukar kepada ITP. Perkhidmatan pegawai juga tidak dikira ‘putus perkhidmatan’ yang menjejaskan ganjaran dan bayaran pencen, tidak seperti sekiranya pegawai mendapat cuti belajar tanpa gaji.

Elaun Sara Hidup.
Pegawai juga akan dibayar elaun sara hidup pada kadar RM900.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian (Sarjana 24 bulan dan PhD 36 bulan). Bagi pegawai yang membawa keluarga bersama juga akan ditanbah dengan bayaran Elaun Bantuan Sewa Rumah (EBSR) dan Elaun Bantuan Keluarga (EBK) sepanjang tempoh pengajian tersebut. Tambahan tersebut adalah pada kadar seperti berikut:
1. Pegawai dan suami/isteri ditambah RM200.00
2. Pegawai, suami/isteri dan seorang anak RM300.00
3. Pegawai, suami/isteri dan dua/lebih anak RM400.00
4. Pegawai dan seorang anak RM250.00
5. Pegawai dan dua/lebih anak RM300.00

Yuran Pengajian.
Semua yuran pengajian, bayaran peperiksaan dan lain-lain bayaran yang dikenakan oleh universiti akan dibayar terus oleh KPM kepada pihak universiti.

Elaun Buku dan Elaun Alat Perkakas.
Setiap tahun akademik, pegawai akan dibayar elaun buku pada kadar RM500.00 (Sarjana) dan RM550.00 (PhD) dan juga elaun alat perkakas pada kadar RM600.00 (Sarjana dan PhD).

Elaun Tesis.
Pegawai akan dibayar elaun tesis pada kadar semasa (Sarjana dan PhD) sekali sepanjang kursus.

Elaun Penempatan dan Elaun Akhir Pengajian.
Sekiranya pegawai berpindah rumah dan membawa keluarganya tinggal bersama sepanjang kursus maka beliau akan dibayar elaun penempatan sekali sahaja di awal tahun pengajian pada kadar RM700.00. Begitu juga apabila tamat pengajian, pegawai akan dibayar RM350.00

Selain itu, setiap makhluk Allah sehingga ikan2 di laut akan mendoakan keselamatan penuntut ilmu dan juga hadith “Barangsiapa yang memudahkan perjalanan seseorang ke arah menuntut ilmu, Allah akan memudahkan kepadanya jalan ke Syurga”.

Wallahu aklam.
p/s: rujukan Lampiran 1A1, Syarat-syarat cuti belajar bergaji penuh dan hadiah latihan bagi mengikuti kursus dalam negeri di bawah program skim latihan pegawai perkhidmatan pendidikan, dikeluarkan oleh Bahagian Biasiswa, KPM.


Respon

  1. Menarik.. tak sabar…

  2. assalamualaikum
    tahniah.. dpt naik setakok lg..
    mcmana nak smbung belajar? beh ko jd pensyarah weh..
    ma’assalamah.. binnajah insyaAllah

  3. walaikum salam..
    jd pensyarah beh la.. ngaja budak2 besaq
    nak sambung MA, apply je.. insyaAllah semua dapat..

  4. [...] elaun isteri dan anak-anak dan pelbagai elaun lagi yang telah ana jelaskan dalam tulisan yang lepas akan dibayar oleh pihak Bahagian Biasiswa KPM sekali dalam masa tiga bulan sehingga tamat cuti [...]

  5. salaam a’laik ya syeikh … weh … kaifal haal … betul ke ni… anta jadi pensyarah kat mana haaa !!!! … ana jadi pensyarah gakk.. heheh .. kat bebudak kecik2 ….

  6. syeikh … boleh ana minta senarai no hp kawan2 lama …

    IbnRajab: Wa’alaikum salam akhi.. terima kasih sudi berkunjung.. no hp rakan2 kita ada kat grop.. anta dah join kan? rujuk sana ok.. sekarang ni ana jadi student akhi,, ukm.. jom sertai kami.. ramai rakan2 kita (ex al-bayt) kat sana.. sebelum itu ana pensyarah di IP Rajang, Sarawak.. alhamdulillah ala kulli hal akhi.. wassalam

  7. Assalamualaikum ibnrajab,
    saya nak tanya, bagaimana nak memohon cuti belajar ni

    IbnRajab: wa’alaikumussalam mazrin. selalulah ikuti perkembangan (iklan) di laman web KPM. biasanya pada akhir bulan nov setiap tahun

  8. Terima kasih ibnrajab.

    IbnRajab: ok, no hal :)

  9. akum ibnrajab

    mak saya adalah seorang guru yg nak melanjutkan pengajian master d usm selepas baru saja menamatkan pengajian degree juga d usm.

    adakah faedah2 d atas juga turut boleh dinikmati oleh mak saya?

    saya amat berharap Ibnrajab dpt menjawab pertanyaan saya melalui email.trma kasi

    IR: w’salam adik. kalau mak adik dpt biasiswa utk melanjutkan pengajiannya itu, maka dia layak. syarat nk dpt biasiswa umur tidak lebih 40 thn dik. wassalam

  10. askum, apa syarat2 bagi seorang guru jika ingin melanjutkan pengajian sarjana secara sepenuh masa dan bergaji penuh ni?adakah perlu cemerlang SKT atau syarat lain yang ketat? tq.

    IR: w’salam. syarat2 lengkap sbgmana yg ternyata dlm web kpm beserta iklan tawaran. bg ana mungkin ada satu lagi syarat, iaitu syarat rezeki. kalau ada rezeki maka dapatlah insyaAllah. wallahu aklam

  11. Saya berminat utk minta biasiswa thn ni…bagaimana dengan persediaan utk interview..ada public speaking ke

    IR: dulu x de

  12. Assalamualaikum… saya konvo master nov thn lepas, saya apply hlp dis 2009, lansung tak dpt panggil interview, saya dah keja PPPLD 8 tahun & PPPS 5 tahun, boleh tak bagi tips camana nak mudah dapat hlp PHD

    IR: w’salam. kena rajin isi borg insyaAllah dpt la akhirnya.. kec kalau x memenuhi syarat spt umur dah lewat 40 thn

  13. Assalamualaikum…
    Saya dengar khabar tiada lagi HLP untuk tahun depan, apa komen ustaz?

    IR: ya ka. apa2 pun tunggu iklan dalam web KPM. wallahu aklam


Leave a response

Your response:

kategori