Jangan takutkan Kredit kad

Penggunaan kad kredit merupakan perkara yang sangat biasa dewasa ini. Kalau ada individu yang tidak memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit mungkin kelihatan agak ketinggalan zaman. Memiliki kad kredit bukan suatu yang boleh dibanggakan. Jauh sekali untuk menunjukkan status kekayaan seseorang. Setiap warga negara Malaysia yang bekerja pasti boleh sahaja memiliki kad kredit. Tambahan pula dengan tawaran dan promosi yang sentiasa diketengahkan dengan cara yang sangat kreatif oleh pihak bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini.

Kad kredit merupakan suatu cara untuk sesebuah kedai atau penjual menarik pelanggannya. Maklumlah sebab pelanggan tidak perlu bawa banyak wang tunai terutama untuk membeli barang-barang yang bernilai tinggi. Begitu juga pihak bank yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Mereka berharap agar pelanggannya berhutang maka pihak bank dapat mengenakan caj perkhidmatan ke atas hutang yang tidak dapat dibayar.

Di samping itu sebenarnya, setiap kali pengguna menggunakan kad kredit, secara tidak langsung bank telah mendapat untung (komisen) daripada kedai yang mengizinkan pelanggan membuat bayaran menggunakan kad kredit. Sebab itu biasanya kedai-kedai kecil akan mengenakan caj ini (di antara 1.5% sehingga 3%) kepada pelanggan untuk mengelakkan mereka membayar caj perkhidmatan ini kepada bank.

Pemulaan
Ana mula berjinak dengan kad kredit ini mulai tahun 2002. Setelah genap setahun dan disahkan jawatan pada masa itu (kebetulan ada pula promoter bank yang datang bawa hadiah). Sehingga kini ana masih lagi aktif menggunakannya. Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kepada Allah kerana setakat ini ana bebas daripada terlibat dengan hutang kad kredit. Kerana sepanjang tempoh 5 tahun ini ana bayar kesemua jumlah yang dibilkan dalam penyata kad kredit. Selain itu, ana sentiasa memantau akaun kad kredit melalui internet.

Tahun pertama ana guna kad bank Islam. Tiada caj perkhidmatan untuk tahun tersebut (Biasalah bank buat promosi). Setelah masuk tahun kedua, ana kena caj RM60.00 pada awal tahun 2003. Rupa-rupanya bank kenakan caj (yuran tahunan) ini diawal tahun lagi. Pada masa itu terdetik dihati rasa tidak puas hati (kepada bank Islam). Sebelum tamat tempoh penggunaan tahun yang kedua itu (dalam bulan 11, atau awal bulan 12) ana call bank untuk batalkan kadnya.

Tahun 2004 sehingga kini ana guna kad kredit CitiBank. Setelah 3 tahun had yang dibenarkan pula mencapai RM16,500.00. Alhamdulillah setakat ini ana tidak pernah mengeluarkan walau satu sen untuk dibayar kepada CitiBank. Tahun pertama memang tidak dikenakan yuran tahunan, kemudian untuk tahun yang kedua sehingga kini ana tukar pula kepada plan ‘free for life’. Syaratnya hanya mudah iaitu belanja sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan. Setakat ini, ana tidak pernah lagi guna kad kredit kurang daripada 10 kali sebulan. Minyak kereta sahaja dah 4 hingga 6 kali.

Kemudahan
Kelebihan menggunakan kad kredit selain tidak perlu bawa banyak tunai dalam bag duit terutama apabila kita ‘outstation’ ia boleh membantu kita mengetahui sebanyak mana perbelanjaan bulanan. Jadikan kad kredit cara pembayaran pilihan terutama apabila anda ingin membayar bil-bil. Begitu juga membeli belah. Anda sepatutnya mencari kedai-kedai besar seperti supemarket, hypermarket dan kedai-kedai borong yang menyediakan kemudahan bayaran kad kredit.

Kalau boleh, beli sekali untuk bekalan sebulan atau paling minima untuk bekalan setengah bulan. Perkara-perkara seperti beras, susu anak, bahan-bahan kering seperti bawang dan sebagainya yang semestinya kita akan beli dan guna. Wang tunai seboleh-bolehnya tidak digunakan melainkan pada waktu kecemasan. Rancanglah kewangan keluarga anda berbantukan kad kredit.

Sekiranya anda ingin membeli barang yang bernilai tinggi, contohnya komputer, peti sejuk dan sebagainya (terutama alat-alat elektronik dan perabot) maka pilihlah cara menggunakan kad kredit tanpa faedah. Dengan cara ini anda bukan sahaja cepat menikmati barangan tersebut malah beban kewangan juga berkurangan. Sama sahaja amaunnya dengan bayar tunai. Namun, perlu anda ingat untuk membayar bil kad kredit sepenuhnya. Jika tidak anda akan dikenakan caj oleh bank pula. Lama kelamaan anda berhutang.

Hutang
Pada ana, masalah hutang kad kredit tidak timbul sekiranya kita tahu menggunakan kad kredit dengan baik. Iaitu niat menggukan kad kredit bukan untuk berhutang sebaliknya untuk memusatkan perbelanjaan sahaja. Selain itu untuk memudahkan kita melakukan pembelian. Bayaran pun kepada hanya satu sahaja iaitu ke bank yang mengeluarkan kad tersebut.

Jangan gunakan tunai sekiranya anda boleh guna kad kredit dan jangan mula menggunakan kad kredit sekiranya anda hanya tahu menghabiskan wang tunai. Jangan sesekali anda menggunakan kedua-duanya sekali untuk memuaskan hawa nafsu yang sememangnya tidak pernah kenal erti puas! Pilih salah satu cara pembayaran sahaja untuk setiap belian anda. Samada tunai, atau kad kredit yang anda bayar semua bilnya nanti.

Sekian, wassalam.

About these ads

11 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Jan 04, 2008 @ 11:54:02

    salam.
    kalau ikut penelitian anta kad kredit mana yang palng baik sekali ?
    tk.

    Balas

  2. ibnrajab
    Jan 07, 2008 @ 09:40:35

    Walaikumussalam akhi,,,

    jika mengikut pengamatan ana, kad kredit yang tidak mengenakan caj tahunan (yuran) itulah yg terbaik.

    Balas

  3. imran
    Apr 12, 2008 @ 18:07:16

    Kredit haram kan haram ?

    Kenapa perlu guna ?

    Balas

  4. ibnrajab
    Apr 13, 2008 @ 08:16:40

    Akhi imran,

    Ya betul tu, kredit haram itu hukum haramnya jelas pada namanya lagi.. maka ana setuju dgn anta.. cuma kad kredit bukan semuanya kredit haram.. ana tak berani hukumkan semua kad kredit itu haram.. kalau semua kad kredit itu maksudnya kredit haram, sudah tentu bank islam tak mengeluarkannya..

    wallahu aklam

    Balas

  5. mariah
    Dis 05, 2008 @ 14:12:57

    dalam islam apa yang halalnya? Semua haram…hendak mengembara ke negara orang pun susah…kat negara orang mana ada makanan halal…..jadi makan jer la apa yang ada..tibai semua sekali babi ke, sosej ke, burger ke…..janji kenyang…saya mengembara ke Thailand , Laos, Vietnam, Japan kat tempat boleh guna kredit kad saya guna kredit kad..senang dan mudah ..kredit kad ok…bayar bulanan ok jer..semua ok..

    IbnRajab: jgn menghukum atas apa yg anda tidak ketahui. yg akhirnya membongkar kebodahan dan kedangkalan ilmu anda sendiri.

    Balas

  6. matjai
    Jan 19, 2009 @ 10:51:07

    imran = loser.

    Balas

  7. zane
    Jan 15, 2011 @ 22:33:03

    Kad kredit hukumnya haram bukan kerana perangkap hutang tetapi cara transaksi dan bagaimana ia menjana riba dalam pasaran. Fahami betul-batul perbezaan antara transaksi kredit dengan debit. Dengan kredit kita memberikan hak kepada pihak bank untuk menambah wang secara fractional reserve tetapi urusniaga tunai tidak memungkinkan itu berlaku. Ingat! Wang kertas dijana melalui hutang yang didalamnya ada riba yang menyusahkan manusia miskin dan mengayakan segelintir pemilik bank. Sepatutnya wang hanya digunakan sebagai medium perantaraan secara jelas dan bertepatan sesuai dengan aturan penggunaan wang sunnah seperti disarankan rasulullah saw.

    Jangan mengambil mudah dengan menyimpulkan semua urusan atas nama Islam itu halal. Belajar banyak sahabatku!

    Balas

  8. Wane
    Jan 18, 2011 @ 23:31:01

    Balas

  9. afiqasyraf
    Mei 08, 2011 @ 04:46:48

    Memang Rase Bodoh Kalau Semua X Leh Nat Buat Dalam Islam..
    Kad Kredit X Leh.. Babi X Leh.. Nak Makan Pun Susah.. Tapi Semua Tu Ader Hikmah… X Tau Ke Aper Dah Jadi Kat Bank2 Amerika Nie… Riba Tinggi Nak Mampus.. Pastu Terus Bankrupt.. Rakyat Aerika Bukan Kaya Pun… Hutang Jer Banyak.. Same Jugak Kad Kredit Nie.. Tujuan Kad Kredit Dicipta Bukan Untuk Memudahkan Manusia.. Orang Yg Cipta Kat Kredit Tuu Bisnesman..
    Kad Kredit Dicipta Untuk Meningkat Nafsu Membeli Manusia… Hutang X Sedar.. Interest Tinggi.. Islam Mengajar Untuk Mengawal Nafsu..

    Tentang Babi Tu.. Kalau Lah Babi Tuu X Haram.. Aku X Kan Makan Babi..
    Kalau Ko Nak Tau… Prof. Atau Doktor Yang Bukan Islam X Kan Bagi Anak Diorang Makan Babi… Sikit Pun X Leh..

    Babi Haram Sebab Bawak Penyakit… Memang Aiskrim Nampak Sedap.. Tapi Kalau Ader Babi Maksudnyer Kotor..

    Kalau Korang Susah Nak Pegang Babi Nie Haram Dalam Islam..
    Berpeganglah Babi Nie Memudaratkan.. Kotor.. Najis..
    Kan Senang…

    Korang Maken Ke Taik @ Tahi @ Poo @ Najis

    Andai Kata 1ml air kencing lembu dimasukkan dalam 100 ml air kopi OLDTOWN..

    Rasernye Sedap Gak.. Tapi 1ml Air Kencing Boleh Membawa Ribuan Bakteria.. Bakteria Mudah Membiak… Setitik Air Kencing Masuk Ikut Rahang Korang Dalam Maser Beberapa Hari Je Dah Berbilion Menginap Kat situ…

    Mungkin Korang Kate.. Abis Yang Ko Kencing Tuu Dari Badan Jugak Kan..
    Kalo Kater Camtu Baik Korang Blajar Balik Biologi..

    Samer Lah Macam Babi.. ( Lagi Teruk )..

    Maksud Aku Bukan Jangan Berpegang BABi Tuu Haram Tapi Yakinlah Dan Percaya Semua Yang Haram Dalam Islam Ada Hikmah Yang Sangat Besar..

    Kaji Balik.. Islam Bukan Hanya Pada Kepercayaan Tapi Kehidupan..

    Aurat X Boleh… Alah Rambut Je Pun…

    Tuu Korang Pikir Lah Sendiri..

    Aku Tengok Kalau Suami Isteri Ustaz Dan Ustazah Mesti Sweet Jea Family Diorang… X Pernah Gaduh.. Anak Semua Respect Kat Mak Bapak..
    Sopan Santun.. Baik Hati.. Memang Sejuk Lah Mater Mamandang…

    Tapi X Semua Ustaz Macam Tuu…

    Sebab Ustaz X Semesti Nyer Alim.. Ustaz Tuu Title Jer..

    Alim Ke Seseorang Tuu Diri Sendiri & Allah S.W.T. Sahaja Yang Tahu..

    Salam.. Pikir2 Kan Lah..

    Balas

  10. Oliver
    Jan 29, 2013 @ 17:23:17

    ada sesiapa sini yang boleh bagi idea bagaimana nak promote autopay (mennggunakan kad kredit)? TQ

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: