Poligami

Bismillahirrahmanirrahim..

Entah mengapa hari ini terlintas di fikiran untuk membincangkan persoalan poligami pula. Sebenarnya ia adalah hasil perbincangan dengan beberapa orang sahabat suatu ketika dahulu. Teringat akan manfaat perkongsian ini maka ana gagahkan jua menulis tajuk yang sangat-sangat dialu-alukan oleh kaum Adam manakala sukar diaplikasikan oleh kaum Hawa. Namun, pada ana amanah ilmiah menuntut semua orang lelaki dan wanita menyampaikan dan berlapang dada menerima apa sahaja ilmu yang benar. Tidak ada ilmu yang lebih benar sekiranya hendak dibandingkan dengan ajaran atau ilmu syariat Islamiah.

Maksud
Poligami bermaksud memiliki isteri lebih daripada seorang pada satu-satu masa. Samada dua, tiga atau empat secara segali gus sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam. Lebih daripada itu tidak dibenarkan pula. Lawannya ialah monogami iaitu memiliki hanya seorang isteri pada satu-satu masa.

Syariatnya
Hukum berpoligami dalam Islam adalah harus kerana tidak ada nas yang jelas menyuruh atau melarangnya. Manakala mengaplikasikan poligami dalam kehidupan seseorang muslim adalah dikira mengikut sunnah kerana Rasulullah SAW juga memiliki lebih daripada seorang isteri pada satu-satu masa. Dalil yang mengharuskan poligami adalah al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sendiri. Pun begitu, sepertimana perkahwinan yang hukum asalnya adalah harus, ia boleh menjadi wajib mengikut keadaan atau situasi seseorang muslim (seperti tidak dapat mengawal nafsu sehingga ditakuti melibatkan diri ke lembah perzinaan). Ia juga boleh jadi haram seperti niat berkahwin kerana ingin merebut harta atau menganiayai perempuan yang bakal dikahwini itu.

Rasional
Maha suci Allah yang menjadikan manusia dan mensyariatkan (mengharuskan) kepada mereka berpoligami. Rasional sebenar atau hikmah yang paling tepat hanyalah diketahui oleh Allah yang Maha Mencipta. Cuma di sini sekadar perkongsian pendapat, ana ingin gariskan beberapa fakta (sekiranya boleh dianggap sedemikian) rasionalnya poligami diharuskan oleh syarak.

1. Maslahah
Setiap ajaran Islam merupakan maslahah (kebaikan) kepada umat manusia. Tidak ada sesuatu perkara (walau sekecil istinjak) yang dianjurkan dalam Islam tidak mengandungi maslahah atau kebaikan. Maksud ana ialah, poligami ini seperti ubat yang diambil mengikut keperluannya. Kerana setiap maslahah itu ada kadarnya yang tertentu. Seperti juga ubat, walaupun ia mujarab namun ia tetap ada kadar yang tertentu untuk diambil.

Poligami adalah ubat yang baik (maslahah) bagi seseorang suami yang ingin (dan mempunyai kelayakan mengikut syarak) mengahwini isteri lebih daripada seorang. Ia juga ubat bagi seorang wanita yang tidak dapat melahirkan atau terus melahirkan zuriat untuk suaminya. Manakala had atau kadar poligami terletak pada kemampuan orang yang ingin melakukannya. Di sini syariat menetapkan syarat berlaku adil. Kemampuan seseorang lelaki berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Jadi, poligami merupakan jalan keluar atau ubat bagi masalah yang dihadapi oleh muslim atau muslimah yang tersebut di atas.

2. Fitrah
Kita semua sedia maklum bahawa Islam merupakan agama fitrah (semulajadi). Setiap ajarannya sama sekali tidak akan bertentangan dengan sifat atau fitrah kejadian manusia bahkan seluruh alam. Begitu juga poligami. Islam hanya membenarkan suami berpoligami tidak kepada isteri. Tidak dibenarkan isteri memiliki lebih daripada seorang suami pada satu-satu masa. Itu adalah fitrah.

Fitrahnya, isteri mengandungkan anaknya selama sembilan bulan. Suami tidak sama sekali. Walau setinggi mana hasrat suami untuk mengandungkan anaknya nescaya kehendak tersebut dinafikan oleh fitrah. Sekiranya seorang isteri berpoligami, katakan memiliki tiga orang suami pada satu-satu masa. Suami A menghendakinya melahirkan 3 orang anak yang akan dibinkan kepadanya. Suami B pula 4 orang manakala suami C 2 orang. Sebagai contoh, suami A telah mendapat dua anak yang dibinkan kepadanya. Tahun hadapan isteri mengandung lagi. Setelah anak tersebut dilahirkan maka didapati (dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuk pengecaman melalui analisis DNA) ia adalah anak suami A. Maka pada masa itu suami A berasa puas manakala suami B (yang baru) terasa sedikit terkilan.

Usaha diteruskan pada tahun yang berikutnya. Didapati natijahnya tetap sama. Anak yang dilahirkan adalah zuriat (benih) daripada suami A juga. Apa perasaan suami B yang telah menunggu kelahiran zuriatnya? Dan apa pula perasaan suami C yang terpaksa menunggu entah berapa puluh tahun? Sudahlah si isteri hanya boleh melahirkan anak seorang sahaja setiap tahun. Itu adalah fitrah orang perempuan yang hanya disunnahkan Allah untuk bersalin setahun sekali.

Perkara sebaliknya jika suami berpoligami. Mana-mana seorang isterinya boleh sahaja melahirkan seberapa anak yang diingini. Bagi suami, ia boleh menerima 4 orang anak dalam masa setahun. Tidak menjadi masalah kerana dia tidak perlu mengandung. Itulah fitrah kejadian manusia. Lelaki dan wanita. Sunnah kejadian Allah pada makhluk-makhlukNya.

3. Memerangi nafsu itulah jihad yang tertinggi
Sekiranya ada perasaan yang menghalang daripada melakukan poligami, ketahuilah bahawa memerangi perasaan (NAFSU) tersebut merupakan suatu jihad yang pernah diibaratkan oleh Rasulullah sebagai perjuangan yang lebih hebat daripada medan perang. Semua pihak samada suami atau isteri perlu melakukan jihad berkenaan. Seorang suami perlu berusaha sedaya yang termampu olehnya bagi mempastikan ia boleh berpoligami. Manakala si isteri hendaklah sedaya upaya menyokong dan memberi motivasi kepada suami.

Kesimpulan
Daripada coretan ana tadi suka dijelaskan bahawa sebagai umat Islam, kita perlu mengatasi perasaan dan hawa nafsu (emosi negatif) apabila berhadapan dengan sesuatu tuntutan dalam mengaplikasikan ajaran agama. Sekiranya masih ada pihak yang mempersoalkan rasional disyariatkan poligami maka perlulah bertaubat dengan segera. Malah sebagai individu muslim samada lelaki atau wanita, perlu berusaha ke arah menangani pelbagai (banyak sangat) masalah yang timbul kerana syariat poligami yang mulia ini dipandang ringan. Setiap daripada kita perlu berusaha (terutama mencari ilmu serta kefahaman yang sebenar mengenai syariat Islam) samada lelaki atau wanita bagi mempastikan kita semua mampu mengambil poligami bagi menangani permasalahan umat Islam hari ini.

Penyakit utama umat Islam kini adalah; lelaki berkemampuan tetapi disekat untuk berpoligami samada oleh dirinya sendiri (kerana kekurangan ilmu atau kemampuan fizikal, kewangan dll) atau pasangan masing-masing. Kedua-dua faktor yang menyekat kemajuan poligami ini perlu segera ditangani.

Sekian, wallahu aklam.

About these ads

7 Komen (+add yours?)

  1. qolbi
    Apr 06, 2008 @ 10:51:08

    bagaimana pandangan sorang ulama besar seperti Buya HAMKA tentang poligami??/
    ternyata masa lalu jadi basis utk bertindak dimasa yg akan datang…

    http://qolbimuth.wordpress.com/2008/03/09/poligami/

    IbnRajab : TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN DAN LINK (ARTIKEL) YANG BAIK ITU JUGA..

    Balas

  2. ahmad kamal
    Mei 25, 2008 @ 12:02:16

    Assalamualaikum Ustaz,

    Poligami yang di haruskan dlm Islam menjadi topik sepanjang zaman.Bukan issue poligami saja, lain lain issue berkaitan dengan social, ekonomi dan kemasyarakatan perlu merujuk pada Al-Quran, Sunnah serta Islam Jurisprudence. Jadi kita tidak layak langsung mempersoalkan hukum Allah. Allah menetapkan satu-satu hukum itu pasti ada sebab dan musababnya. Kita tidak boleh menggunakan logik dalam hal ini sebagai seorang Islam.

    Issue poligami juga berkaitan dengan Pentadbir Syariah di negara kita. Badan seperti mahkamah syariah dan pengubal undang-undang syariah wajib meneliti perkara poligami ini. Ini disebabkan birokrsi syariah amat ketat di negara ini. Maka terjadilah perkawinan di negara jiran seperti di Thailand dan lain-lain cara yg ana tidak mahu sebutkan disini.

    Itu pada orang yg mampu berbuat demikian. Bagi orang yang tidak mampu maka terjadilah maksiat di merata-rata. Rentetan dari ini lahirlah anak dan pembuangan anak yg tidak kira tempat. Jadi siapa harus dipersalahkan? adakah pentadbir syariah di negara ini seperti mahkamah Syariah atau lain-lain badan?

    Ana fikir masalah asas perlu diselesaikan oleh badan-badan berkaitan. Kita tidak boleh sekat sangat orang yg nak kawin lebih dari satu ini. Ustaz-ustaz , para alim ulama harus bagi pendapat dengan melihat issue semasa. Masalah birokrasi harus dikaji semula bagi menyelesaikan masalah ini.Ana harap ada pihak yg akan meneliti masalah ini.

    Wassalam

    IbnRajab: WA’ALAIKUMUSSALAM AKHI..
    TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN YANG SANGAT BAIK. PADA PANDANGAN ANA, PERKARA LOGIK TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DALAM SOAL-SOAL AKIDAH ATAU APA SAJA YANG ADA KAITAN DENGAN AGAMA JIKA IA TELAH DINYATAKAN SECARA JELAS DALAM NAS SEPERTI AL-QURAN DAN AL-HADITH. CUMA SEKIRANYA MASALAH ITU CUBA DIFAHAMI DENGAN LEBIH DEKAT, ANA RASA PENGGUNAAN AKAL TIDAK DILARANG. AKAL TIDAK BOLEH MELAWAN NAS TETAPI BOLEH CUBA MEMAHAMI NAS. SEBAB ITULAH BANYAK KITA PERHATIKAN DALAM AL-QURAN ALLAH MENYERU UMAT ISLAM SUPAYA BERFIKIR. “DAN PADA DIRI KAMU SENDIRI, APAKAH KAMU TIDAK MEMIKIRKANNYA?” MAKSUDNYA BERFIKIR ITU ASAS IMAN SEBENARNYA.

    DI SINI ANA RASA TIDAK SALAH MENGAJAK PEMBACA AGAR MENELITI RASIONALNYA POLIGAMI ITU. IA BUKAN SAHAJA SYARIAT YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH TETAPI IA BOLEH DIFAHAMI MELALUI LOGIK AKAL.

    WALLAHU AKLAM, ANA BUKAN SEORANG ULAMA DAN AHLI FIKIR YANG BAIK SEBENARNYA. SEGALA KESALAHAN HARAP DIMAAFKAN. TEGURAN MEMBINA SEMUA PIHAK AMAT ANA HARGAI DI DALAM MEMBENTUK SHAKHSIAH DIRI. TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

    Balas

  3. acimotor
    Jan 14, 2009 @ 14:49:32

    Salam
    Isteri saya ingin berpisah setelah dapat tahu kami kawin di sempadan tanpa berdaftar disini semenjak 2002.
    soalannya
    1.berapakah denda mahkamah perlu saya bayar?
    2.

    IbnRajab: w’salam. ana tak tau sangat ni, tp rasanya kalau berpisah di mahkamah, tiada denda. wallahu aklam.

    Balas

  4. Ex-poligamist
    Jan 15, 2010 @ 12:51:52

    Salam,
    Tahniah, suatu penulisan yg baik, semoga sesiapa yg membacanya akan dapat menafaatnya insyaAllah.
    Ana pernah berpoligami, selama hampir 10 tahun. Alhamdulillah. Walaupun tak kekal, ianya sempat dirasai pahit manisnya, sempat dapat 2 org cahayamata dan banyak pengalaman yg boleh dikongsi bersama. Dalam kesempatan yg sedikit ini, ana tak berhajat nak kongsi pengalaman disini, banyak sgt. Cuma ana ingin katakan bahawa jodoh itu memang sesuatu yg Allah tetapkan, tak payahlah kita nak lawan ketentuan Allah itu dgn bermacam2 cara, yg kadang2 cara yg kufur atau terlarang oleh agama. Para isteri kena faham betul2, sekiranya Allah telah tetapkan anak ini akan lahir dari ibubapa itu, maka ianya akan lahir dari hasil persetubuhan ibu dan bapa itu. Tak payahlah risau, itu kerja Tuhan. Yg perlu kita risau ialah mencari keredaanNya, menjadikan segalanya halal, ibadah dan insyaallah saham/pahala utk kita semua. Cemburu buta, hasad dengki dan segala prasangka buruk terhadap poligami hanyalah permainan nafsu dan syaitan.
    Cuma yg menjadi isu besar di tanah air kita ini ialah pengamalan poligami yg tidak/kurang betul, terutama suami2 yg tidak berlaku adil dan tidak mentarbiyahkan para isteri dan anak2 dgn tarbiyah Islamiyah. Kalau hanya ikut sunnah pasal poligami, tapi yg lain2 tak buat, tak islamik, itulah yg menjadi bualan, sindiran dan bantahan orang ramai, terutama para isteri.
    Saya cadangkan ustaz/kita buat kursus/bengkel khas poligami, mungkin bersiri, kepada para pengamal poligami, agar ianya lebih mantap dan boleh menjadi pengajaran/contoh kepada masyarakat. Ini tak ada lagi. Bila ianya mantap, kita boleh tonjolkan kpd masyarakat/media contoh2 pengamalan poligamai yg betul.
    Sekian dulu..Wallahu’alam.

    IR: tahniah jg kpd anda atas komentar yg baik. cadangan itu insyaAllah ana akan usahakan. mula2 di tmpt kerja ana ni dulu

    Balas

  5. LAILA
    Jan 31, 2010 @ 19:25:23

    ustaz,suami berhasrat utk berpoligami.saya minta beliau berterus terang tentang perancangan beliau tentang bagaimana dia mahu bertindak.dgn gaji yg selama ini tidak cukup utk kami sekeluarga,saya khuatir dia tidak mampu jadi minta dia jelaskan apa yg akan dia buat utk memastikan segala keperluan mencukupi dan untuk berlaku adil. tetap dia tidak mahu dgn alasan,nanti saya marah sedangkan dia tidak pernah mencuba. pada saya,sekiranya dia berani melakukan perkara yg hebat,dia mestilah juga hebat dr segi perancangan dan yakinkan saya yg dia mampu..tetapi,utk menjelaskan tidak mampu,bagaimana dia mahu menjalani yg dia sendiri tidak pasti akan kemampuannya

    Dia juga merasa mampu dengan situasi saya turut menanggung perbelajaan rumahtangga dan juga bakal isteri akan turut menyumbang.Adakah kemampuan isteri termasuk dlm kemampuan suami?Tanpa bantuan isteri,dia tidak mampu langsung.Boleh bagi komen?

    IR: maafkan ana sekiranya respon tdk sepertinya. ana cuma blh mmberi pandangan dan ia mungkin bukanlah yg t’baik. pd ana, isteri bekerja perlu menilai/membayar harga pengorbanan suami jg, iaitu mgizinkan isterinya bekerja lalu meletakkan dirinya dgn risiko maksiat isteri d tmpt kerja, risiko maruahnya dan maruah keluarganya, risiko keperluan maksima nilai taat isteri kpdnya, mcm2 risiko lahiriyah dan batiniah sekiranya hendak disenaraikan. jd x salah sekiranya dh dpt izin suami, maka utk membarakahkan sumber, segala pendptn isteri jg blh dianggap pendpt keluarga. spt yg berlaku pd zaman Rasulullah, keempat2 isteri sahabat berkenaan memiliki kemahiran masing2 yg apabila digabungkan, ia mnterjemahkan firman Allah (surah al-Nur:32) yg menggesa org mukmin berkahwin sekiranya ingin kaya (jiwa dan harta). sahabat itu kahwin sorg, masih miskin, kawin dua masih miskin, kahwin tiga pun sama sehinggalah Rasulullah mencadangkannya kahwin keempat, barulah kaya krn segala kemahiran (sumber tenaga manusia, atau modal insan) telh lengkap. jgn sesekali fikir bhw manusia mampu mencipta miskin/kaya, ia adalah hak Allah. sekiranya dlm al-Quran Allah menjamin kekayaan melalui perkahwinan (hatta sehingga 4), siapa kita utk menafikan pengetahuan pencipta manusia, matahari, dunia dan akhirat?

    berbalik kpd soal kemampuan. agama x pernah menghalang isteri utk sama2 bekerja bg membantu ekonomi keluarga. org dulu2 pun menoreh getah sama2. bertani sama2. berniaga sama2 suami dan isteri. jelas kemampuan dr segi kewangan itu kan? ia blh diurustadbirkan. tetapi; adakah agama menghalalkan isteri melayani suaminya dlm waktu haid? mampukah isteri memenuhi kehendak suami pd masa itu? kalaulah ia sudi, dan tak kisah, adakah agama merestui? secara semulajadi ciptaan Allah, jelas isteri x mampu kan? dan ia sama sekali x blh diurustadbir. isteri perlu sedar, perkara anjuran agama itu telah masak ranum. yg belum masak adalah ilmu seseorang itu sama ada suami ataupun isteri. wallahu aklam.

    Balas

  6. syaZWANA
    Feb 13, 2010 @ 10:46:00

    I SETUJU POLIGAMI DARIPADA LELAKI MELAKUKAN HUBUGAN LUAR DENGAN WANITA LAIN….

    Balas

  7. Trackback: Rahsia Poligami | Blog Persediaan Perkahwinan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: