Menaip arab atau jawi

Sebenarnya, kalau anda menggunakan windows 2000 dan ke atas, komputer anda telah boleh digunakan bagi menaip arab atau jawi tanpa menggunakan apa-apa program atau software tambahan. Inilah yang dimaksudkan dengan teknologi multi language yang telah tersedia ada dalam program windows itu sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaip atau membaca dalam apa sahaja bahasa di dunia ini, samada cina, india, thailand, jepun dan sebagainya. Cuma, sekiranya anda tidak perlu kepada semua itu tidak perlulah anda mengaktifkan penggunaannya pada komputer.

Mengaktifkan bahasa Arab
1. Pergi ke folder ‘COntrol Panel’ dan klik ‘Regional and Language Option’
2. Pilih bar ‘Languages’
3. Dalam kotak ‘Supplemental language support’ ada dua kotak, pilih kotak pertama iaitu ‘Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Kotak yang kedua itu biarkan tidak bertanda (kalau bertanda sila nyahtandakannya kecuali pada masa yang sama anda juga ingin taip cina, korea atau jepun)
4. Klik ok.

Setelah itu system anda akan meminta driver asal windows yang tersimpan di dalam folder I386 yang ada di dalam CD installer windows (samada yang dibekalkan semasa anda membeli komputer atau dibeli dikedai-kedai software). Anda tunjukkan sahaja kepada system di mana anda telah simpan folder I386 tersebut samada CD, atau dalam drive anda (elok sekiranya anda copy folder I386 ini dan simpan dalam HDD kerana setiap kali anda ingin menambah atau membaiki mana-mana komponen asal windows fail dalam folder ini akan diperlukan)

Setelah itu, sekiranya system meminta anda restart komputer, ikut saja.

Setelah windows anda kembali, ulang semula langkah 1 dan 2 di atas. Kemudian langkah:
3. Dalam kotak ‘Text services and input languages’ anda klik detail.
4. Pada bar ‘Settings’ pilih ‘Add’ dalam kotak ‘Installed services’
5. Pada option ‘Input language:’ sila pilih mana-mana bahasa Arab (biasanya ana pilih Arabic (Saudi Arabia).
6. Klik ok.

Sekarang komputer anda sudah dimaklumi kehendak anda ingin menaip tulisan Arab. Buka sahaja mana-mana software (Microsoft Word, Excel, PowerPoint dll) dan anda sudah boleh manaip Arab.

Menaip Arab/Rumi.
Untuk memudah dan melancarkan proses taipan, anda bolehlah menggunakan shortcut keyboard bagi memilih jenis (input) bahasa samada Arab atau Rumi. Langkah mudah:
1. Tekan ‘Ctrl’ serentak dengan ‘Shift’ sebelah kanan anda bagi memulakan taipan sebelah kanan (untuk menaip jawi atau arab)
2. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ bagi menaip (input) Arab atau Jawi.
3. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ sekali lagi bagi mengembalikan taipan dalam Rumi.

Maksudnya, dengan cara menekan serentak ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ tersebut adalah untuk anda memulakan samada menaip dari sebelah kanan atau kiri. Sekiranya ingin mula menaip di sebelah kanan (Jawi dan Arab) tekan ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ kanan dan begitulah sebaliknya. Manakala untuk menukar input Rumi atau Jawi anda hendaklah menekan secara serentak ‘Alt’ dan ‘Shift’ setiap kali ingin menukar input keyboard.

Nombor Arab.
Ikuti langkah berikut sekiranya nombor anda tidak mengikut kaedah taipan pilihan. Maksudnya sistem pernomboran adalah sama sahaja walaupun anda menaip Arab.

Office 2007
1. Buka program word.
2. Klik lambang ‘Office’ di sebelah atas (hujung kiri)
3. Pilih menu ‘Word Options’ yang terletak pada sebelah bawah sekali
4. Pilih ‘Advanced’
5. Cari menggunakan scroll, pilihan pada ‘Numeral:’
6. Pilih ‘Context’
7. Tekan ok.

Sekarang, sekiranya anda taip Jawi maka nombornya Jawi begitulah sebaliknya.

Sekian, selamat mencuba.

About these ads

21 Komen (+add yours?)

  1. mohd afiq
    Sep 05, 2008 @ 11:36:47

    salam…..bagaimana jika mahu install jawi di dalam komputer sebab jawi dan arab menggunakan huruf yang berbeza……???

    IbnRajab: salam. ikut pengalaman ana, jika ana install program jawi (mungkin ana ada software yg tak berapa power) maka ia akan melembabkan sistem, maksudnya banyak program jawi tu kacau. sebenarnya tak ada beza taip arab, jawi, thai, korean atau apa2 input bahasa, yg penting font. jika anda berupaya bermain dgn font, masalah jawi-arab itu mudah je. bagi ana, just masukkan font tarditional arabic dan jawi-traditional. selesai masalah. caranya, apabila anda ingin menaip perkataan jawi yg tiada dlm senarai font traditional arabic, guna font jawi-traditional. nampak macam classic je cara ana ni. tapi ia praktikal sekiranya anda telah tetapkan sesuatu font menggunakan kaedah shortcut. selamat mencuba. wallahu aklam.

    Balas

  2. ihsan
    Mei 20, 2009 @ 22:03:01

    terima kasih atas perkongsian ini

    IbnRajab: terima kasih jg sudi bertandang.. :)

    Balas

  3. Faisal
    Jul 23, 2009 @ 16:21:28

    Saya ingin mencari syarikat yang memberikan khidmat mnaip buku dalam tulisan jawi. Sekiranya tuan menegetahui sila maklumkan alamat dan no tel

    Diatas kerjasama diucapkan terima kasih

    IbnRajab: salam kenal.. insyaAllah kalau ada maklumat ana kongsikan

    Balas

  4. Trackback: Esan Studio v2 » Blog Archive » Tetapan Jawi dalam Windows
  5. abuyon
    Jul 27, 2010 @ 22:11:18

    salam

    sekadar mencari sesuap nasi…
    saya menyediakan khidmat mencetak banner, bunting, majalah, buku, kad atau apa
    jua dalam tulisan/huruf JAWI termasuk surah Yasin.

    sekian..wassalam

    Balas

  6. payah nya nak buat tulisan arab atau jawi
    Jul 01, 2011 @ 04:59:51

    font tu apa?.aku telah berkal;i -kali sudah buat cara yg diajar dlm web ini ,namun satupun belum berjaya

    Balas

  7. yzre
    Jul 25, 2011 @ 18:34:30

    alamak……pihak kedai xbg installer windows la…..camner ek….

    IR: minta ngan rakan2 yg ada..

    Balas

  8. Pemimpin Raja
    Ogo 08, 2011 @ 22:17:01

    Salam, ana nak tanye.. klu nak taip tulisan jawi atau arab, dengan baris sekali macam mane erk?? ana gune window 7, microsoft office 2007.. nak buatpresentation macam kuthbah maiwip tu.. blh tolong tq..

    IR: utk baris, tekan Shift combine dgn huruf, cth utk baris atas (Shift+Q), explore sdiri utk baris2 yg lain. selamat berjaya

    Balas

    • Mohd. Lukman Said
      Mei 23, 2013 @ 22:32:22

      Tuan!
      Sekadar berkongsi pengalaman
      baris atas : shift q
      baris atas 2 : shift w
      baris depan : shift e
      baris depan 2 : shift r
      baris bawah : shift a
      baris bawah 2 : shift s
      baris mati : shift x
      hamzah di bawah alif : shift y

      Balas

  9. kongsi halal
    Dis 08, 2011 @ 19:23:46

    mohon kongsi….

    Balas

  10. naimy
    Jan 28, 2012 @ 01:01:42

    salam..nak tanya mcmana nak kembalikan baris untuk taip huruf arab, sebab ana tak bleh taip baris, tak lekat…dan bila paste semua dokumen yg ada baris, barisnya hilang terus..yg kekal hurufnya sahaja…

    Balas

  11. umi nita
    Jul 15, 2012 @ 13:33:01

    banyak ilmu saya dapat di sini. terima kasih banyak. moga dipanjangkan…

    Balas

  12. Attiyah
    Jan 13, 2013 @ 13:03:27

    Bagus, sangat membantu. sudah 2 kali saya rujuk disini :)

    Balas

  13. shamsudin
    Apr 08, 2013 @ 21:59:07

    info yang sangat berguna… terima kasih

    Balas

  14. Umi
    Apr 30, 2013 @ 21:43:01

    camne nak taip huruf hamzah pada kedudukan 3/4 selepas alif

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: