Kamus al-Munjid (المنجد)

Al-Munjid adalah sebuah kamus berbahasa Arab yang ditulis oleh orientalis (mereka yang belajar ilmu Islam untuk menyerang Islam daripada dalam) dan diguna secara meluas di seluruh pelusuk dunia terutama dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Tanpa disedari, kamus tersebut telah terbukti (dengan beberapa kajian akademik) menjadi agen untuk memesongkan pegangan (Akidah) umat Islam di samping menyebar luaskan fahaman agama Kristian.

Usaha peribadi
Ia merupakan suatu usaha peribadi bersifat akademik seseorang sarjana. Dalam dunia akademik usaha tersebut mungkin dipuji. Lebih-lebih lagi dalam dunia kristianisasi ia merupakan suatu usaha yang sangat disanjung tinggi. Oleh kerana itu maka tidak hairanlah kamus berkenaan telah mendapat tempat yang pertama (kalau boleh dikatakan) hatta dalam kalangan orang-orang Islam sendiri sehingga ada (muslim) yang sanggup menjadi pengedar utama kamus berkenaan. Daripada segi ekonomi juga kamus tersebut mendapat tempat yang sudah tentu mengkayakan tuan yang menulis dan menjadi penajanya.

Kesedaran
Sebagai seorang Islam, kita perlu lebih berhati-hati dengan apa sahaja yang kita amalkan (kita lakukan). Setiap pekerjaan kita hendaklah berasaskan pengetahuan yang cukup. Kalau tidak terus cukup pun, sekurang-kurangnya kita berada pada tahap orang yang sentiasa mencari ‘cukup’ tersebut. Jangan sesekali kita merasa puas hati terhadap sesuatu yang kita kerjakan itu. Kalau boleh, kita hendaklah sentiasa ‘check n balance’ setiap perkerjaan seharian kita. Termasuklah penggunaan kamus ini.

Masalah Kamus Munjid
Sekiranya kita merujuk kepada kamus ini, sebenarnya tidak ada apa sangat yang membuatkan ianya begitu tersohor melebihi kamus atau mukjam yang lain (yang menjadi rujukan bahasa Arab). Melainkan ianya mudah diperolehi dan boleh juga dikatakan ‘famous’ (terkenal) sehingga budak yang baru masuk belajar bahasa Arab pun terus diperkenalkan dengannya.

Manakala sekiranya didalami isi kandungannya maka kita pasti akan dapati segalanya adalah senjata akademik untuk menguasai umat Islam supaya mereka jauh sedikit daripada fahaman agama yang sebenar dan membawa mereka mendekati (mungkin juga) menghormati agama lain terutama Kristian. Sebagai contoh kita bicangkan perkara-perkara seperti di bawah:

1. Nama-nama Nabi
Kalau ia berkaitan dengan nabi orang kristian maka ia akan disucikan dengan perkataan seperti “al-kudus”. Sebaliknya dengan Nabi Muhammad tidak dinyatakan dengan “Sallallahu ‘alaihi wa sallam”. Begitu juga suatu penyelewengan fakta yang besar apabila mereka mengatakan bahawa Nabi Muhammad adalah Nabi untuk orang Islam sedangkan al-Quran dengan jelas menyatakan pengutusan Nabi Muhammad adalah sebagai rahmat untuk sekalian alam. Nabi akhir zaman yang membawa risalah Islam yang sempurna sehingga ke hari Kiamat.

2. Nama-nama tempat ibadah
Sekiranya ia berkaitan dengan agama Kristian maka kita akan dapati huraiannya begitu panjang lebar. Sebaliknya jika ia berkaitan dengan agama Islam. Contohnya perkataan “Kanisah” iaitu gereja maka akan diterjemahkan sebagai tempat ibadah orang Kristian. Di asaskan oleh jesus. Dinyatakan juga tentang pembahagian gereja (katolik dan sebagainya). Sebaliknya perkataan masjid iaitu tempat sembahyang orang Islam. Tidak pula dinyatakan tentang masjidil haram, masjidil aqsa, kaabah dan lain-lain.

3. Terjemahan istilah Islam
Tidak dinyatakan dengan tepat maksud istilah tersebut. Seperti perkataan solat. Cukup dengan terjemahannya sebagai cara ibadah orang Islam. Tidak dinyatakan nama waktu-waktunya seperti subuh, zohor dan sebagainya. Tidak pula dinyatakan pembahagiannya kepada solat sunat seperti solat dua hari raya. Tidak juga disebutkan tentang solat jumaat dan khutbahnya. Maksud perkataan solat daripada segi istilah syaraknya tidak disentuh sama sekali iaitu “perbuatan yang dimulakan dengan salam dan diakhiri dengan tahiyyat”. Begitulah seterusnya terjemahan istilah-istilah lain dalam agama Islam. Tidak dinyatakan dengan tepat.

Berhati-hati
Kata guru ana, kesalahan umat Islam yang berbentuk fizikal mudah dikesan seperti kesalahan meminum arak, tidak menghormati orang tua, terpengaruh dengan budaya barat dan sebagainya. Tetapi kesalahan minda mereka dalam menerima sesuatu perkara tidak mudah dikesan. Sebagai contohnya sekiranya mereka merujuk kamus ini yang menyatakan Nabi Isa atau jesus itu adalah utusan Allah sebaliknya Nabi Muhammad itu hanyalah nabi untuk orang-orang Islam sahaja. Itu sudah cukup untuk menghancurkan akidah umat Islam bermula daripada akar umbinya lagi.

Akhirnya akan timbullah persoalan agama di dunia ini sama sahaja. Sama baik sama padan. Asalkan ada agama. Masing-masing agama ada nabi masing-masing. Maka mesej Islam yang Allah kehendaki iaitu sebagai penyelamat manusia seluruhnya di dunia dan di akhirat tidak akan tercapai. Sedangkan Islam adalah suatu agama fitrah, asalnya daripada Allah yang menyeru manusia agar selamat perjalanan hidupnya di dunia mencari bekalan menuju ke akhirat yang berkekalan.

Oleh yang demikian, tulisan ini bukan berniat menggesa pembaca agar membuang terus kamus al-munjid sekiranya telah dimiliki. Tetapi penggunaannya perlu sentiasa diawasi terutama sekiranya anak-anak yang baru belajar bahasa Arab ingin menjadikannya sebagai rujukan. Lebih baik merujuk kepada kamus-kamus yang ditulis oleh orang Arab sendiri. Secara logiknya pun, tidak ada sesuatu bangsa lain yang terlebih faham bahasa ibunda orang lain melainkan bangsa itu sendiri.

Wallahu aklam.

About these ads

8 Komen (+add yours?)

  1. div1026
    Dis 31, 2008 @ 15:14:59

    btw da ebook kamus munjid ga?
    klo da ksh linknya.
    syukron katziron…..
    matur suwun….

    IbnRajab: x da, maaf.

    Balas

  2. Edy Eirmanto
    Feb 23, 2009 @ 11:12:48

    Kenapa kok kita baru tahu sekarang ya?, padahal kamus ini menurut keterangan banyak digunakan dari berbagai kalangan, apakah ulama2 kita tidak mengetahui?

    IbnRajab: alhamdulillah, semoga generasi Islam seterusnya tidak menggunakan kamus munjid ini lagi

    Balas

  3. hanan
    Apr 22, 2010 @ 17:01:42

    Assalamualaikum, bolehkah saudara terangkan maksud ‘tib’ di dalam selawat syifa? Ada yg menghukum selawat ini adalah bidaah.

    Ini adalah penjelasan Ust Haron Din
    http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18

    Ini pula hasil kajian Majlis Fatwa Perlis (sila klik ‘Keterangan’ utk info lengkap)
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1366

    Terima kasih.

    IR: wa’alaikumussalam wbt. bg ana, itu adalah doa syifa, bukan selawat syifa. atau doa selawat syifa. bila berdoa, kita perlu masukkan unsur selawat. dan x ada bid’ahnya jika kita berdoa. dgn apa2 lafz yg dibenarkan syarak. doa dgn selwat itu mmg dituntut dan mmg cara berdoa pun. apa yg bid’ahnya? “tib” maksudnya penyembuh (kamus muyassar). kita berdoa dgn selawat utk tujuan penyembuhan, apa salahnya? kita berselawat tanpa doa pun ada mujarabnya, selawat dgn doa harap2 ada lah jg mujarab sbb lafaznya tidak salah dr segi syarak. sbnrnya, selawat itu jg doa pd maksud bahasanya. wallahu aklam

    Balas

  4. nuzaine
    Mei 30, 2011 @ 16:18:35

    adakah referensi sebagai pengganti alternatif kamus al munjid tersebut?

    IR: ada, byk.. sgt byk

    Balas

  5. jalu
    Jun 15, 2011 @ 13:38:40

    BANYAK ORANG BERFIKIR BAHWA DIALAH (ORANG ITU) YANG BENAR ATAU PALING BENAR DALAM MENAFSIRKAN AJARAN AGAMA DIDALAM ISLAM YAITU ALQUR’AN DAN TELAH BERBUAT SESUAI SUNNAH ROSSUL, TAPI BARANGKALI TIDAK BANYAK ORANG YANG BERFIKIR DAN BERTANYA DIDALAM DIRI SENDIRI ” APAKAH YANG SAYA TELAH PELAJARI DAN SAYA LAKUKAN TELAH SESUAI DENGAN TUNTUNAN HIDUP KITA SECARA PRIBADI DENGAN AL QUR’AN DAN CONTOH ROSSUL.. KARENA ROSSUL/NABI MUHAMMAD SAW BERPESAN UNTUK BERPEGANG TEGUH KEPADA AL QUR’AN DAN SUNNAHNYA.

    Balas

  6. bayu saka
    Apr 03, 2013 @ 19:36:30

    ada file PDF kamus al munjid ga???
    klo ada bsa di download di mana?

    Balas

  7. syukril
    Mei 05, 2013 @ 16:53:02

    bro… klo untk sofware munjid gtu ad nggk kra2??? pBA niee… hehehe

    Balas

  8. Musyrikin
    Mei 24, 2013 @ 16:56:16

    (y)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: