Maksud Islam

Islam adalah agama Allah yang diturunkan sebagai panduan hidup manusia sejak zaman berzaman. Bermula dengan zaman Nabi Adam sehingga manusia terakhir dilahirkan. Islam sahaja suatu cara hidup yang sempurna dan sepatutnya menjadi pegangan setiap manusia. Agar mereka selamat di dunia dan sejahtera di akhirat yang berkekalan. Kehidupan di dunia ini (dengan segala isinya) hanyalah semata-mata menjadi tanda kewujudan kehidupan di akhirat.

Sekiranya diperhatikan di dunia ini, tidak suatu perkara pun yang diciptakan tanpa faedah. Sekiranya hasil ciptaan manusia pun ada faedah, masakan ciptaan manusia oleh Allah SWT adalah sia-sia sahaja? Adakah dikira berfaedah sekiranya ciptaan manusia hanya untuk menikmati kehidupan selama 50 sehingga 100 tahun sahaja? Dengan pelbagai halangan dan kesusahan, sakit dan kesakitan? Sedangkan kadar kesusahan manusia sekiranya hendak dibandingkan dengan kesusahan makhluk-makhluk lain adalah berlipat-lipat kali ganda. Susah yang manusia hadapi lagi banyak. Apakah ia sesuai dengan kejadian manusia? Apakah cukup faedah atau manfaat daripada ciptaan manusia?

Persoalan tersebut menjadikan kita faham kebenaran tentang wujudnya alam lain selain alam dunia. Dunia itu sendiri berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “kurang” atau “rendah”. Orang Arab menyatakan “Ad-Danwu minal Ardh” maksudnya “muka bumi yang bertanah rendah”. Alam lain yang dimaksudkan ialah suatu alam yang tiada penghujungnya dan penuh dengan nikmat-nikmat sesuai dengan manfaat kejadian manusia.

 Sebagai contoh manusia ingin melihat lebih daripada 2 kilometer. Di dunia perkara tersebut tidak tercapai. Sekiranya kita berada di suatu negeri, mustahil mata kita dapat melihat keadaan (atau keindahan) yang ada dan berlaku di negeri yang lain. Kalau penglihatan pada waktu malam pula, maka ia lebih terbatas kepada jarak mungkin 200 meter sahaja. Ada juga manusia terpaksa menggunakan cermin mata hanya untuk membolehkannya membaca atau melihat objek sejauh 100 cm sahaja daripada dirinya. Malah lebih dekat.

Dengan wujudnya teknologi seperti internet dan satelit, tv dan video dan seumpamanya maka kita dapat juga hari ini melihat negeri luar walaupun pada masa tersebut kita berada di negeri kita sendiri. Kemampuan manusia hari ini mencipta alat (dengan izin dan idea juga daripada Allah) juga merupakan bantuan Allah agar umat kini lebih faham erti wujudnya alam akhirat yang mana penglihatan padanya tidak terbatas. Sehingga mata kita ini mampu melihat zat Allah juga. Yang ianya telah menjadikan gunung itu hancur setelah Nabi Ibrahim meminta agar Allah menjelma. Usahkan mata manusia di dunia. Gunung itu pun hancur berkecai. Itulah kelemahan dunia yang Allah akan cukupkan (gantikan) dengan kesempurnaan di akhirat.

Manakala Islam, ia adalah suatu tatacara, dustur, atau panduan hidup yang sempurna bagi manusia di dunia. Hal ini ditegaskan sendiri oleh Allah dalam al-Quran. Islam adalah agama dan cara hidup yang sempurna di dunia dan dengannya sahaja manusia akan menikmati kesempurnaan di akhirat.

Islam maksudnya “Istislam” iaitu menyerah diri kepada ketentuan Allah. Apa sahaja yang diperintahkan Allah daripada sekecil-kecilnya seperti menyucikan diri daripada najis (bab taharah) sehingga peraturan mewujudkan negara yang taat dan patuh kepada Allah dan syariatNya. Masakan kita dikira muslim (orang Islam) kalau kita masih boleh mengatakan ada perkara-perkara yang telah ditentukan oleh Allah itu sebagai perkara yang remeh temeh? berhak kah kita untuk itu. Adakah kita dengan perbuatan (kita hari ini) telah benar-benar menyerah diri kepada ketentuan Allah?

Janganlah kita jadi seperti kaum yahudi yang mana suatu ketika mereka meminta Allah menentukan suatu perkara kepada mereka. Setelah ketentuan Allah itu tiba maka mereka tanpa segan silu telah memungkirinya.

Marilah sama-sama kita semak semula iman kita, Islam kita dan tempat kita di sisi Allah SWT.. wallahu aklam.

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. hurun_ain
    Ogo 03, 2008 @ 20:31:26

    sy suka baca bab2 keagamaan tapi sy tiada pembimbing yg benar2 boleh guide sy secara terperinci dr segi nasihat dan sy mengharapkan kata2 yg boleh membina..

    IbnRajab: al-hamdulillah.. sesungguhnya ilmu bermula dengan mencari.. mencari ilmu bukan sahaja dengan mendapatkannya dengan membaca buku/tulisan tetapi melalui pembacaan hati yang sentiasa tertanya-tanya akan keindahan hasil ciptaan Allah ini.. seterusnya akan melahirkan cinta kepada amalan yang Allah anjurkan.. yang akhirnya menjadikan kita insan benar-benar beriman dan diredhai Allah.. orang yang beriman kemudian bertambah-tambah lagi imannya akan mendapat rahmat dan inayah Allah lagi dan lagi.. insyaAllah.. teruskan usaha saudari/a untuk mencari diri, ilmu, iman, dan syurga Rabbi

    Balas

  2. Mohd Lukhman Hakem
    Sep 04, 2008 @ 12:41:29

    Assalamualaikum,
    saya hendak bertanya kan beberapa soalan, boleh beritahu saya maksud Islam,Agama,Ibadah,Tamadun,Iman dan Ehsan.. saya hendak mengetahui setiap maksud perkataan itu..
    disamping itu,saya juga ingin mengetahui sejarah solat,daripada ke subuh hingga la ke isyak.. saya harap,anda dapat membantu saya..terima kasih.

    Walaikum salam. Susah juga nk jwb soalan sdr Lukhman ni. Apa pun terima kasih sudi singgah dan baca artikel tulisan saya (yang hanya untuk muhasabah diri sendiri sebenarnya). Ikut hadis, Islam itu mengamalkan setiap rukun Islam lah. Iman pula kepercayaan yang boleh menjadikan seseorang itu beramal dengan ajaran Islam. Ehsan pula tingkat keikhlasan dan kepekaan dalam beribadah. Ibadah ialah menzahirkan ketaatan kepada Allah. Solat ini kalau drp segi bahasa iaitu doa. Sejarahnya bermula sejak Nabi Allah Adam AS yang berdoa memohon ampun. Kemudian umat Nabi Muhammad diajar (berdasarkan sunnah) cara melakukan solat seperti yang ma’ruf hari ini. Umat Nabi-nabi terdahulu juga melakukan solat, tetapi mungkin dengan cara yang hanya diketahui oleh mereka dan mungkin berbeza dengan solat umat ini. Wallahu aklam.

    Balas

  3. pakcikli00
    Jul 31, 2009 @ 10:42:02

    Tuan IbnRajab yang dihormati.

    manusia itu tidak pernah dicipta apatah lagi jika kita cuba memperbandingkan perbuatan kita dengan ciptaan Allah swt. Manusia sekadar menggubah (bukan merubah) ciptaan tuhan. Kerana Allah swt mencipta daripada benda yang tiada kepada ada. Oleh itu, tak usahlah tuan memperlekehkan amalan manusia untuk menyatakan kesempurnaan keujudan tuhan yang mencipta alam semesta. Apakah tuan keliru di antara khaliq dan makhluk? Wallahualam

    Wassalam.

    IbnRajab: maaf ana tidak memahami hasrat pandangan pakcikli00 trhdpt tulisan ana yg ini. Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua. amien

    Balas

  4. syaqeereen
    Jun 18, 2010 @ 14:07:35

    allah yang maha kuasa maha pengampun dan maha suci bagi setiap islah yang sembahyang

    IR: “islah yg sembahyang” apa tu?

    Balas

  5. ustaz aldi mustaffar
    Dis 11, 2010 @ 16:59:20

    En. Mohd Lukhman Hakem;

    Pengertian Islam : Mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W.

    Pengertian Iman : Membenarkan Dengan Hati Dan Berikrar Dengan Lisan Serta
    Beramal Dengan Ajaran-Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.

    Pengertian Ihsan : Melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa
    Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya.

    IR: syukran ustzz

    Balas

  6. Marthiniezc'cuteznaxarlestheea@yahoo.co.id
    Dis 28, 2011 @ 15:03:20

    Aku suka dngn pndapat anda. . . . .

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: