Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok – Kampus induk

Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok - Utama

Inilah pelan bakal Universiti Pertama Negeri Kelantan (UMK) yang akan dibina di kampung ana. Pintu 3 (P3) yang nampak dalam plan itu terletak betul-betul di hadapan pagar rumah keluarga ana. Semoga plan ini akan menjadi kenyataan. Sekarang ini kerja-kerja membersihkan kawasan sedang rancak dijalankan. Pintu pagar sudah hampir siap (dijangka siap sepenuhnya perengahan jun) manakala kemasukan pelajar dan operasi penuh UMK kampus Bachok ini dijangka awal 2010 nanti.

About these ads

37 Komen (+add yours?)

  1. anak tani
    Mac 18, 2008 @ 14:07:03

    ana nak sewa tanah depan umah anta nak wat kedai makan. bole ko ? nak resign jadi cikgu..nak balik kelate :)

    Balas

  2. ibnrajab
    Mac 18, 2008 @ 22:21:35

    Jgn resign akhi,, ana ada juga cadang nak buat lot kedai.. tapi buat masa la nih tak berani lagi buat loan.. biar jadi U dulu lah.. hehehe.. plan tu ok dah

    Balas

  3. Remali Yusoff
    Apr 28, 2008 @ 18:18:23

    Elok tu. Kalau ada tanah sekitar tu nak jual pada harga berpatutan boleh juga bagi tahu kat kawe sama. kawe tak sabar nak balik khidmat dengan UMS nie. Lama dah dok Sabah nie BORING benar dah. Tak ada apa disini. Tak kan hari-hari nak ge gunong Kinabalu.

    Anak JATI Kelantan

    Wassalam

    Remali Yusoff Ph.D.

    Balas

  4. ibnrajab
    Apr 29, 2008 @ 18:23:14

    Terima kasih Dr kerana sudi singgah blog tak seberapa ini.. harap teguran membina mana2 ada (jika ada email blh kita berhubung).. lnsyaAllah.. cuma kebanyakan tanah sekitar tu tak boleh dujual kerana ia rizab melayu, pemilikannya hanya terhad kepada 99 tahun sahaja.

    Ana sendiri ada pengalaman 7 tahun di Sarawak.. sekarang jika tak kerana sambung belajar masih kat sana kot.. lepas belajar kena balik sana semula.. mudah2an Allah permudahkan kita semua..

    Balas

  5. uzzey
    Jun 10, 2008 @ 18:51:44

    anta… mintok tlg bagitau UMK banchok ni duk kawase mano, dekat tepi pantai ko?

    IbnRajab: UMK Bachok akan dibangunkan di kawasan hujung kampung tangok menuju ke arah selatan (nama kampung rekang hulu) berdekatan dengan IKBN Bachok sedia ada. Sekiranya anta masuk melalui jalan kompleks sekolah-sekolah Tangok (SMK Dato Perdana, SK Tangok, SMKA Tok Bachok dan SM Teknik Bachok) maka selepas SMT Tangok itu lah bermula pagar (yang setakan ini sudah siap) UMK. Jarak dari pantai terdekat (Pantai Melawi, Anak Rhu, Rekang, Aur dan Telong) adalah lebih kurang 5-7KM sahaja (sori tak pasti). Duk rumah ana ni (tepi pagar UMK) tak dengar langsung bunyi ombak kecuali kadang-kadang kedengaran juga pada musim tengkujuh. Jalan (pintu) masuk utama UMK adalah dari jalan Beris Lalang dekat Jelawat itu. Semoga maklumat ini bermanfaat.. TQ

    Balas

  6. Remali Yusoff
    Jul 01, 2008 @ 09:46:00

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap maklumat tersebut. Saya ingatkan pintu masuk utama UMK ialah ikut jalan IKBN. Ini maklumat yang amat berguna.

    Saya tak sabar betul nak balik Kelantan terutama ke UMK nie nak bantu membangunkan rakyat Kelantan. Tetapi saya terpaksa duduk lagi di UMS nie kerana ada kontrak selepas Ph.D selama 3 tahun.

    Kalau balik Kelantan boleh lah kontak saya dengan nombor berikut: iaitu 012-9490569 (H/P). Saya ingat nak cari tanah selkita sana nak buat rumah ke atau kedai.

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D
    Prof. Madya bidang Perbankan Islam dan Kewangan Islam

    *** Jumpa lagi. Ada maklumat sila hantara melalui e-mail saya

    remyuf@ums.edu.my

    IbnRajab: terima kasih Prof. InsyaAllah ana akan hubungi Prof suatu hari nanti. Ada cita-cita nak jadi lecturer kat UMK ni sebenarnya. Sekarang ana tengah sambung MA dlm bahasa Arab kemudian InsyaAllah ada rezeki PhD. (nak ikut jejak Prof dan orang-orang yang berjaya macam Prof). Anak Kelate ke.. Perkembangan terkini tentang UMK, kerja-kerja sedang sangat rancak dilakukan, mereka nak siapkan pada tahun 2010 dengar2 citer. Wallahu aklam. Kedai2 sekitar rumah ana ni tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Ada dua unit rumah kedai telah disewa oleh pihak kontraktor UMK dengan bayaran sewa RM3000 sebulan. WOW, kalaulah ana ada modal..

    Balas

    • nor hayati ismail
      Mac 08, 2011 @ 15:47:31

      Salam Prof.,

      Sy anak kelantan, sdg buat MSc di Fakulti Sains UM dlm bidang Molecular Biology & Proteomik. Sy pn berminat sgt2 nk balik berkhidmat & kongsi ilmu dengan anak2 kelantan. Kalau Prof. dah dpt blk UMK, mohon bagitahu sy ye.
      Terima kasih,
      Yatie
      Universiti Malaya

      Balas

  7. Remali Yusoff
    Jul 09, 2008 @ 15:40:41

    Betul ke tu tengah rancak pembinaan nya. Elok la tu, saya memang anak JATI Kelantan. Saya berasal dari Kedai Baru, Kubang Kerian. Elok la tu kalau memang dapat disiapkan pada tahun 2010 nie. Sebab kontrak saya tamat pada 31 Ogos 2011. Lepas tu bolehlah balik Kelantan.

    Sila saudara beri la nombor telefon boleh lah saya hubungi nanti.

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D

    IbnRajab: no ana 0194390749, ana dah ambil no Prof, tapi risau nak kontak takut sedang bz ke apa.. segan pun ada hehe

    Balas

  8. ali
    Mei 21, 2009 @ 10:23:08

    ana guru kerja sabah,baru beli tanah sawah di kg rusa ,agak 7 klomter dari tapak umk,belakang stesen minyak petronas pd awal tahun 2008 dan dah timbus ..asal nak buat rumah tapi x jadi..ana nak tengok perkmbangan umk dulu,baru rancang apa hdk dbuat…ada org offer 30 ribu nak beli…agak2 apa boleh ana buat dgn tanah tu yek…jual @ simpan utk msa depan

    IbnRajab: luas brapa tanah tu?

    Balas

  9. ali
    Mei 21, 2009 @ 13:01:48

    lebar x le lebar sangat,tapi memanjang,ana agak nak buat rumah sewa boleh kok….ana cuba survey tanah2 yang berhampiran ..rata2 tanah sawah sekitar situ paling kurang RM 30 ribu Up…harga tanah sawah tepi jalan pulak 50 ribu up…ramai tuan tanah x nak jual krn prospek umk…kalau ada yang hdk beli harga jangan cerita memang x masuk akal dgn status tanah sawah…apapun ana nak jugak beli umah kedai sekitar jalan menuju umk…ada dgr apa2 info tentang projek premis perniagaan sekitar umk?

    Balas

  10. ali
    Mei 21, 2009 @ 13:08:12

    kalau saudara nak buat lot kedai kat tanah saudara depan umk tu,ana nak juga sewa/ beli…ana book dgn saudara…moga2 ana ada rezeki menyewa /beli lot kedai dgn saudara nanti…jgn lupa khabaq kat ana kalau lot kedai saudara ada ruang utk ana sewa/beli…

    IbnRajab: insyaAllah sekiranya angan-angan ini menjadi kenyataan. sama2lah kita berdoa

    Balas

  11. ali
    Mei 31, 2009 @ 08:00:57

    apa perkmbangan umk? dah naik bangunan? ada perancangan projek bangunan kedai sekitar umk ?

    IbnRajab: hmm.. nampak mcm slow je projek ni. skrang tgh buat paiping, pailing tanah.

    Balas

  12. Sukri
    Jul 12, 2009 @ 18:06:06

    Salam…
    Kat area sekitar UMK ni, ada ke tanah orang nak jual lagi? Ada sain kawe kata, jual/beli tanah di sini dah kena freeze. Betul ke?
    Kalau ada, saya berminat nak tahu lebih lanjut…

    IR: w’salam. ana x pasti pula. tp rasanya x la sampai freeze kot. wallahu aklam

    Balas

  13. Faiz Abdullah
    Okt 25, 2009 @ 11:13:36

    Salam…
    Ape perkembangan terbaru UMK sekarang???
    Agagk2, sempat ke nak buke 2010 ni???

    IR: w’salam. napak naik dah bangune tuh. sign board contaktor oyak siap julai 2010

    Balas

  14. cyborg1511
    Okt 31, 2009 @ 12:28:15

    saya student umk..jalan2 try cari lokasi memancing..terjumpe plak blog nie…

    berita terbaru dari TNC kami, maybe campus jeli akan siap 2011, n dh comfirm student yg ada kat pengkalan chepa ni, sebahagiannya akan dipindah ke jeli.. so pasni leh ar wat bisnes kat jeli..

    n sy akan ke bachok, dh 3 sem duduk sini, x tahu lagi kampus bachok 2 kat mane.. huhuhu

    anyway…thnks 4 info sebelum nie..nti saya cari..

    IR: sama2. selamat maju jaya!

    Balas

  15. Remali Yusoff
    Nov 09, 2009 @ 16:22:07

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Terima kasih banyak2 di atas maklumat yang saya dapat nie. Banyak dapat membantu saya mengenai maklumat UMK.

    Insyaallah, kita sama2 bangunkan UMK sepantas yang mungkin dari aspek;

    1) Fizikal;
    2) Ilmu;
    2) Nobel prize winner, dan lain-lain.

    Insyaallah, nak menang NOVEL PRIZE perlu buat kajian ‘fundamental’ atau ‘fundamental research’.
    Ini bagi mempercepatkan KEMASYHURAN UMK.

    Insyaalah, kita boleh berjaya.

    Salam

    Remali Yusoff, PhD
    Islamic Banking & Finance.

    IR: wa’alaikumussalam. tahniah tuan Doktor. semangat mcm ni yg perlu ada pada setiap anak bangsa. semoga berjaya dgn rahmat dari Allah. wallahu aklam

    Balas

  16. farini
    Feb 15, 2010 @ 11:46:20

    agak2 brapa harga tnh sawah seekar kat situ.saya ada tanah nk jual kt blakang sm teknik.

    IR: ada brapa ekar nak jual? mesti ada berminat ni

    Balas

  17. HAJI ISMAIL
    Jun 09, 2010 @ 18:39:59

    Prof, Saya sedang buat business dengan UMK, saya akan ke UMS konvo anak bulan Okt. nanti, bolehkan Prof mencemar duli untuk jumpa saya disana?

    Balas

  18. zarifah
    Jun 20, 2010 @ 23:27:36

    assalamualaikum…saya ada kesempatan melihat gambaran umk bachok beberapa hari lepas, semasa kursus di umk p.chepa.bagi saya ianya amat mengagumkan…rasa macam tak percayapun ada…kalau ianya menjadi kenyataan…makin ramailah orang luar kelantan akan dengki..kerana ianya akan menjadi universiti tercantik di malaysia.

    IR: w’salam. jgn la dengki. x baik. skrang, proses pembinaan berjalan lancar. sudh ada dua bangunan 3 tingkat dan lanskapnya sungguh cantik

    Balas

  19. ezanee
    Ogo 03, 2010 @ 21:17:50

    ambo ada tanah 4 ekar sempadan dgn umk bachok untuk dijual rm500k. klu kerkenan hubungi 012 9498349

    Balas

  20. student umk
    Sep 29, 2010 @ 03:50:55

    btul ke nk siap dah umk kt bachok n jeli?
    sy plajar umk..asal perak..
    lalu blik perak kt jeli nmpak tiang2 bgunan n bgunan 1 je..2 pun xsiap..
    time 2 blan 9 2010..
    cm xkn siap je..
    dah 3 taun bru siap tiang,lau lg 10 taun siap bumbung kot kn?
    senior ckp dri dlu kte nk siap taun dpan..
    tpi dah bpe kli taun dpan xsiap2 lg..
    sy plajar taun 1 sesi 2010..
    nmpaknye smpai graduate pun kt kmpus sementara ni jela kn?xmerasa la kmpus jeli 2..
    kt kmpus sementara ni air slalu xde..
    nk main pe pun ruang kecik sgt..dewan kuliah pun xbertingkat..dlm kuliah nmpak kpala org je..
    xnmpk dpan pun..
    bilik pun kecik..
    air kotor.,.
    wrne kuning..
    pening la duk sini..
    lg 1,knp wt dlm hutan..
    nk blik kg cm ne.,.
    bas xde..
    lau kecemasan x ke susah?
    kmi duk jauh dri klantan..jln kt jeli nmpak gajah..
    lau gjah ade rimau mesti ade jgak kn/
    sila bg pendapt@jwpn@pandangn..
    trma ksh..

    Balas

  21. Remali Yusoff
    Sep 30, 2010 @ 15:31:30

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Untuk menjawab pertanyaan pelajar dari Perak tu. Ini jawapannya:

    1) Saudara/ri patut bersyukor dengan Kampus Sementara UMK sekarang. Saya dulu masa mula-mula UMS buka memang susah dan lebih kecil daripada Kampus Sementara UMK.

    i) Kedai makan jauh. Hari2 makan nasi kantin milik India.
    ii) Jauh dari bandar di Sepangar. Jauh dari supermarket, kedai dan lain-lain. Sampai kereta saya di lastik oleh pendatang.
    iii) Jauh daripada sistem pengangkutan, seperti teksi, bus dan lain-lain.
    iii) Bilik kuliah kecil ada sampai duduk atas lantai belajar.

    Senang cerita Kampus Sementara UMK jauh lebih selesa berbanding dengan Kampus Sementara UMS, Sabah dulu. Kampus UMK semua ada, Piza Hutt, Bank2, Restoran, dekat bandar, dekat airport. bahkan anak saudara saya belajar di UPSI dahulu pun amat jauh dari bandar Ular SAWA pun ada. Patut bersyukor dengan apa yang diberi. Saya banyak pengalaman.

    Yang ikhlas

    Remali Yusoff, PhD
    Ekonomi Perancangan, Pembangunan dan Perbankan Islam.

    Balas

  22. student umk..
    Okt 21, 2010 @ 17:04:01

    kpd:remali yusoff..
    mmg xdinafikn kmi lg bertuah dri anda dlu..
    tpi skrg ums da siap kn?
    mslhnye,tolong bce baris ke 3 komen sy..
    dri dlu lg senior ckp umk bg jnji nk siapkn..
    tpi xjln2 projek umk..
    jln pun lembab sgt..
    mse msuk sini pun kmi dijnjikn bhwa umk da nk siap n akn dibwa melawat kmpusnye blan 12 ni..
    tpi jauh panggang dri api..
    ckp je siap..
    kebenarannye org2 kt jeli yg tau..
    kmi byar 2000 yurannye tpi xdpt kemudahan yg sepatutnye seperti pljar u lain yg byr 2000 gk..
    ps:rujuk komen tntg air n ruang riadah..
    jka ditgokkn,mungkin lg 5taun bru siap u kmi..
    da xtahan duk sini..
    sy pljar yg dpt pointer matrik yg bgus..
    mntak ukm,um n upm..
    tpi dpt disini..
    sy akui,ini mungkin tkdir tuhan untuk sy…
    n sy ttp dtg sini wlupun tau keadaan umk ni cm ne..sy trime ketentuan tuhan..
    pelik jugak ble dlm klas..
    kwn sy dpt 2.0,2.3 dpt msukj kos sy gk..
    pdhal sy dpt 3.44..mcm slme ni sy blajar xgune la..
    baik sy blajar bg dpt 2.0 je..
    xpyh sengkang mate time matrik dlu..
    lyk dpt biotech,bioperubtn n lain2..
    tpi ape nk wt kn..
    cume tuhan yg tau sape yg tntukn mse dpan kite..
    di tangan siape mse dpan kite..
    harap umk cpat2 siapkn umk jeli n bachok..
    da tau sgt da hal sebenarnye knp lembab sgt pembinaan..
    tpi sbgai plajar sy xleh sbutkn isu itu..
    tolong la,kmi merayu cpatkn pembinaannye..
    jgn jnji mnis je dibibir..
    dah pnat telinga mendengar..
    sila tgglkn komen anda..
    terima ksh..

    Balas

  23. Uwais Al Qarni
    Nov 29, 2010 @ 17:50:09

    Tumpang bertanya ye. berapa jauh perjlnan dari kampus jeli ke kampus bachok?? sekiranya suami bekerja di kampus bachok dan isteri di kampus jeli, kawasan mana yg sesuai utk kami tinggal ye? mintak nasihat nak panduan semua.. TQ

    Uwais Al Qarni

    IR: lbh kurang 100km. cari area pasir mas lah

    Balas

  24. nikita
    Nov 30, 2010 @ 20:24:27

    Salam,

    Tumpang tanya UMK Bachok dah siap ke ?
    BTW KB to Bachok jauh tak ?

    Rindu dengan UMS…ye ke UMK Bachok cantik…takleh lawan UMS kut :P

    Balas

  25. Remali Yusoff
    Jan 27, 2011 @ 14:54:46

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Terima kasih di atas komen dan rungutan saudara/saudari. Saya beri petua untuk mencapai kejayaan cemerlang dan keberkatan Allah dalam kehidupan.

    1. Kita perlu bersyukur kepada allah dengan nikmat dan kemudahan yang Allah berikan kepada kita;

    2. Pada saya kelewatan itu disebabkan kerajaan pusat beri projek kepada kontraktor yang tak layak – tapi nak jaga hati kroni. Memang la kalau macam nie bila Malaysia nak capai negara maju [(terutamanya orang bumiputera (Melayu)];

    3. Setahu saya saya la dan ini berlaku kepada anak saudara/buah saya sendiri. Dia dapat 3.4 (matrikulasi) pohon buat Sarjana Muda Veterinar tak dapat, akhir nya dia dapat buat kursus berkaitan pelajaran veterinar di UMT. Mungkin dasar kerajaan nak aturkan pelajar untuk tujuan INTEGRASI mungkin;

    4. Saya suroh dia belajar di UMK je atau di semenanjung. Tak mahu dia belajar di Sabah atau Sarawak. Kos tinggi dan lain-lain masalah bukan nak hidup 2 hari tapi 3 atau 4 tahun. Kalau di Kelantan tu jimat sikit. Untuk Master dan Ph.D buat la di luar negara;

    5. Saya pernah belajar di UK, lawat Itali, Jerman, Belanda, Iran, Jepun, China dan lain-lain. Bukan bangunannya yang penting TETAPI ILMU NYA SAUDARA/SAUDARI. Di Cambridge dan OXford – kampusnya lama. Cantik U di Malaysia, tetapi KESARJANAANYA jauh bagai bumi dengan langit dari segi keilmuaannya;

    6. Kalau saudara/saudari mahu BERJAYA utamakan ilmunya. Saya pernah belajar di Pakistan. Bangunan nya tak elok sangat macam di Malaysia – tetapi ilmu nya MASAALLAH.

    7. Saudara/ri perlu ubah cara berfikir, syukor dapat belajar ILMU KEUSAHAWANAN dari permulaan lagi. Saya sanggup bayar dan belajar sendiri unuk menguasai ilmu ini. Saya seorang jutawan dari Wakaf Bharu dan ingin menjadi VERY ESTABLISHED millionaire.

    Untuk renungan kita bersama

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D

    IR: salam prof. sy ingin sekali berjumpa prof.. apakata kalau ada ruang dan kesempatan turun kb, prof calling2 sy kita jumpa mana2.. terima kasih atas panggilan tel yg lps, sgt menghargai

    Balas

  26. student umk..
    Feb 16, 2011 @ 19:11:08

    Assalamualaikum.Bg org yg meminati keusahawanan mungkin ilmu di umk memg bagus..
    tpi 99% plajar fakulkti sains langsung xmint nk blajar keusahawanan..
    tolong jgn pksa manusia lakukan perkara yg bkn minat mereka..
    lg 1,di klantan boleh jimat?
    sy xrase mcm 2..makanan punye la mahal..
    cekik darah..sme mcm makanan kt kL..bkn 1 kdai,hmpir sume kdai mcm 2..
    lg 1,kelambatan projek 2 mmg patut di jadikn isu..knp xambil pekerja indonesia yg buat bangunan2 kt situ..asyik harap org melayu..kita sendri faham perangai bangsa sendiri..
    di negeri lain,ambil pekerja indonesia,3 bulan dah siap 1 bngunn 4 tingkt..tpi kt sini?10 tahun kot..
    da malas da nk tggu u 2 siap..mcm tggu bulan jatuh ke riba..
    xtahu la bile da graduate nnti nk keje ape..sbb kmi mmg xsuka keusahawann..mungkin nk dpt keje pun xde peluang..
    ade ke org nk ambil graduan sains tpi berkait ngn keusahawann?
    lgpun kmi u bru,lgsg org xknl..kecewa sgt dgn cara pemilihan plajar di upu..bgaikn menghancurkn hidup plajar..terima ksh kpd upu atas sume ni..
    sgt3 kecewa..apepun,bg encik Remali Yusoff,tahniah atas kejayaan anda..
    anda mmg hebat kerana berjya dlm hidup..tpi pgang la prinsip, sesuatu itu bkn untuk semua..mungkin sy xlayak menasihati anda yg memiliki phd,tpi ini luahan hati hmpir kebanyakn pelajar umk..
    terima ksh..

    Balas

  27. Remali Yusoff
    Feb 21, 2011 @ 12:24:39

    Untuk perhatian pelajar UMK.

    Ini satu peringatan ikhlas dari saya;

    1. Untuk berjaya didunia dan akhirat belajar lah bersyukor dalam hidup. Kuatkan pegangan agama Islam anda. Amalkan segala yang di ajar oleh Rasulullah dengan istiqamah;
    2. Tenangkan jiwa dengan berbanyak istighfar dan selawat serta salam kepada Rasulullah selalu;
    3. Hidup untuk berjaya hendaklah berpegang kuat pada agama, belajar mencari ilmu dan kuat bekerja/mesti rajin dan berserah kepada Allah. Allah akan tunjuk kejayaan kepada kita;
    4. Dengan cara itu hidup kita tenang, dan kita boleh berjaya dalam hidup;
    5. Keresahan hidup kerana tiada KETENANGNAN JIWA kita sendiri. Bayangkan saya sanggup tinggal di Pakistan selama 6 tahun untuk mendapat ilmu pengetahuan. Akhirnya saya berjaya. Ramai kawan saya yang selalu kutuk Pakistan dan cintakan Malaysia (selalu pulang Malaysia gagal dalam hidup) kerana mereka tidak memahami ERTI KEHIDUPAN;
    6. Pelajar saya di UMS dulu semasa Kampus Sementara lebih berjaya dari pelajar sekarang, kerana kekuatan PEMIKIRAN mereka. Kejayaan kita banyak bergantung kepada SIKAP kita sendiri. Tengok masyarakat China datang ke Malaysia dengan JARI SEPULOH. Telah menguasai 80% lebih keupayaan ekonomi PERAK. Ini yang perlu Studeng UMK fikirkan……MENGAPA………ADAKAH MEREKA TIDAK ingat kampung halaman mereka? Hanya kejayaan yang MEREKA TAGEH dan mereka berjaya. Seperti saya….bukan Ph.D saya yang saya banggakan……tetapi IMAM dan kejayaan saya (dapat Ph.D paling cepat di UMS dan mencapai status JUTAWAN) sedangkan saya adalah anak seorang petani di Kelantan.

    Maaf, pada ketika ini rasanya cukup dahulu untuk renungan Studenk UMK.

    PERCAYA LAH. SIAPA YANG BERUSAHA DIA AKAN DAPAT. INI ADALAH FIRMAN ALLAH. KITA SENDIRI YANG BOLEH MENGUBAH DIRI KITA……………………………?

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D

    IR: terima kasih prof atas perkongsian dan ingatan.. insyaAllah, kalimah yg terbit dr hati akan jatuh pula ke hati, amienn

    Balas

  28. budak baru belajr
    Feb 27, 2011 @ 03:11:32

    utk student UMK..

    sya pun student jgak..
    ada terlalu bayk merungut..
    hanya nmpak kelamhan kat umk sje.
    percaylah.. u decide ur self.. u make rite decison. then u get right action..

    Balas

  29. student umk..
    Mac 03, 2011 @ 01:44:34

    thnks prof remali..

    Balas

  30. Azim Fauzi
    Mac 24, 2011 @ 11:29:55

    Merujuk tajuk di atas ternyata apa yang ingin saya sentuh berkenaan program-program yang sepatutnya 3 tahun di mana-mana IPTA/IPTS namun mengambil tempoh 4 tahun pengajian UMK

    Hakiki kini, kebanyakan program di Malaysia pada peringkat Sarjana Muda adalah selama 3 tahun kecuali program-program seperti kejuruteraan, Kesihatan, Pertanian, Perakaunan dan Undang-undang yang mengambil masa 4 tahun. Tetapi jangan sehingga program SASTERA, Sains Sosial, Pengajian Islam, Kesenian, Perniagaan, Sains Gunaan menjadi 4 tahun seperti mana dilakukan UMK. Ini bukan sahaja lambat, memakan kos, dan apabila keluar peluang kerja adalah tidak tentu tidak seperti program Kritikal yang memiliki peluang kerja yang tinggi. Pokok pangkalnya apa yang saya cuba terangkan adalah tidak perlu menghabiskkan masa dalam program tidak kritikal seperti mana ditawarkan universiti UMK dimana sepanjang selama 4 tahun. Mengapa tidak 5 tahun atau 4 tahun 1/2.

    Meskipun arahan MQA mensyarankan Kesemua sarjana Muda 120 jam kredit ini tidak bermakna masa pengajian perlu dipanjangkan. Seperti dilakukan USM mereka meletakkan kursus wajib/teras program sebanyak 4 jam kredit dan kursus program sebanyak 3 /2 jam kredit. Perkara ini menyebakan 120 jam kredit boleh dihabiskan dalam 3 tahun dan tiada masalah. Perkara ini sudah dilakukan lebih 10 tahun lalu. Berbeza di UMK kesemua kursus maskipun kursus teras universiti, dan teras program 3 jam kredit adalah maksimum di UM. Namun sebenarnya UMK boleh menambah kapasiti jam kredit kursus sebagai contoh teras Sarjana Muda Keusahawanan, kursus penghantar Keusahawanan, Pengurusan Kewangan, Makroekonomi contohnya wajar diwajibkan 4 jam kredit ia berperanan sebagai kursus pra syarat dan wajib lulus memang patut diutamakan kepentingannya dengan menambah kredit.

    Perkara ini boleh menjadikan program 4 tahun menjadi 3 tahun. Justeru saya dicadangkan bagi pengambilan depan menjadi program 3 tahun. Mungkin MQA seperti mahu mengikuti standard Amerika Syarikat, tetapi MQA tidak suruh kita meniru konsep pengajian tinggi Amerika Syarikat. Apa yang dilakukan UMK bukan sahaja bakal melambatkan pengeluaran graduan yang sepatutnya boleh bergraduasi awal menjadi lewat malah membebankan kos kerajaan dan kos pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh lama. Di Amerika Syarikat, mereka tidak perlu melalui peringkat PRA-U seperti mana Malaysia, United Kingdom, Australia dan pelbagai negara-negara lain. Majoriti mereka menghabiskan American Diploma yang setaraf SPM dan terus ke Sarjana Muda. Disebabkan itu program Sarjana Muda di Amerika Syarikat adalah 4 tahun dan ia adalah munasabah. Namun tidak di Malaysia dan United Kingdom.

    Mungkin universiti Malaysia Kelantan membawa konsep keusahawanan, inilah apa yang diterangkan oleh bahagian bahagian Kemasukan/Akademik kepada saya namun. Adakah kerana itu sahaja tempoh pengajian sastera/sains tulen boleh menjadi begitu lama. Tempoh pengajian panjang tidak menjanjikan apa-apa kualiti. Namun pengalaman pekerjaan, pengetauhan yang dikecapi dan kualiti kelahiran mahasiswa adalah yang paling penting yang patut UMK tumpukan . 4 tahun bukan sahaja melawatkan peluang kerja pelajar malah boleh jadi membuang masa. USM, UKM, UM, UUM adalah uniersiti berprestij di tahap antarabangsa juga yang mewajibkan keusahawanan sebagai teras universiti. Kesemua kursus berteras Perniagaan, Sastera, Kesenian, Sains Gunaan, Sains Sosial adalah berasakan 3 tahun pengajian. Tidak sehingga kesemua kursus nya menjadi4 tahun seperti dilaksanakan UMK. Macam ini makin lambat Wawasan 2020 menjadi kenyataan kerana lambat juga keluaran siswazah di Kelantan. Perkara ini perlu dikaji sedalamnya pihak universiti. Sebaiknya sebagai universiti baru jangan membuat dasar secara terburu-buru tanpa memikirkan kesan pada pelajar, negara, lihat norma masyarakat, lihat kursus yang ingin dipanjangkan masa pengajian adakah ia bersesuaian?

    Ceritanya UMK tidak perlu menambah masa pengajian kerana ia bukan sahaja memberi masalah kepada pelajar seperti belajar lama-lama namun skop kerja kurang. Kalau nak jadi usahawan mana pelajar ini mencari sumber kewangan dengan hutang PTPTN selama 4 tahun, keluarga pula bukan orang senang. Ini kan pula jika seorang pelajar ada masalah dalam pengajian terpaksa menyambung semseter. Ini menjadikan hutang menjadi PTPTN 5 tahun, kursusnya pengajian warisan dan menjadi kerjaya penari. Berbaloikah? Belajar lama-lama namun kursus dan universiti terlampau baru dan masih tidak dipercayai keberkesanan di pasaran kerjaya.Perkara seperti ini ia juga akan bakal memberi masalah kepada graduan lepasan UMK dalam jangka masa panjang.

    Tempoh yang lama juga akan menjadikan pelajar akan bertambah-tambah ramai dan menjadikan UMK kampus baru bakal seperti tin sardin ditambah pula dengan tiada lagi kekosongan kediaman di UMK Mungkin akan ada kediaman di luar dirancang namun berbaloikah mereka perlu bersusah payah mengeluarkan kos sara hidup, pengajian, dan lain-lain selama 4 tahun hanya untuk kursus sepatutnya boleh disingkatkan dalam 3 tahun. Untuk kesan ian, pelajar-pelajar selain ini akan menghadapi masalah kediaman, pengangkutan, seterusnya hidup diluar mendekatkan mereka dengan kebebasan liar diluar. Perkara ini tidak asing di kebanyakan pelajar luar di universiti-universiti lain di negara. Kebanyakan perkara seperti ini mandorong memberi imej buruk kepada Universiti di kawasan kelantan.

    Muhamad Azim Bin Mohd Fauzi

    Balas

  31. Remali Yusoff
    Apr 13, 2011 @ 10:41:17

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Muhamad Azim.

    Saya sudah membaca dan memahami maksud saudara. Saya kasihan kepada saudara dan di sini saya inginkan memberi beberapa pandangan saya untuk menyelesaikan masalah saudara.
    1. Ini adalah perkara utama bagi saya, iaitu kita hendaklah tahu bersyukor dan banyak-banyaklah beristighfar kepada Allah, serta banyakkan lah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W). Melalui cara ini insyaallah kita akan mendapat rahmat dan keberkatan dari nya;
    2. Pada hakikatnya, saya selalu juga bermesyuarat dengan pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi – sebenarnya mereka kalau boleh ingin semua universiti kembali kepada 4 tahun kursus asas bagi kebanyakkan kursus Ijazah Pertama, kecuali Perubatan, Veterinar dan lain-lain yang perlu kepada 5 tahun dan ke atas;
    3. Untuk pengetahuan saudara Muhammad Azim – di UMS ini pun kita mahu kembali semula seperti mula-mula penubuhan dahulu iaitu kursus selama 4 tahun, kerana pelajar komem mereka terpaksa belajar dalam keadaan tertekan kerana banyak kursus yang perlu di ambil pada satu-satu semester. Sukar bagi mereka untuk mempelajari ilmu lainnya semasa belajar di universiti;
    4. Rakan-rakan pensyarah saya pun merungut katanya kita mesti kembali kepada 4 tahun kursus, kerana pelajar sekarang tidak MEMPUNYAI ILMU SECUKOP NYA KERANA 3 TAHUN MASA BELAJAR. MEREKA LULUS KERANA KITA BERI MEREKA LULUS. SEBENARNYA KALAU IKUT KAEDAH SEBENAR MUNGKIN 70 PERATUS ADALAH GAGAL;
    5. Apa maksudnya di atas saudara Muhamad Azim…………………..! Terutama kita orang MELAYU jangan nak AMBIL JALAN MUDAH SAHAJA……………….! Kalau kita mahu jadi bangsa yang bermaruah dan di hormati oleh orang lain. Kita perlu belajar kepada prinsip berikut untuk berjaya;
    a. Kerajinan / Kerja kuat – ada;
    b. Kebijaksanaan – ada;
    c. Kehalusan – ada;
    d. Kesabaran – ada;
    e. Ketakwalan – ada.

    Lihat mengapa…………di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kucing, Ipoh, Kuantan, Seremban dan lainnya KUASA EKONOMI di kuasai oleh masyarakat China? Pada saya, kita tak boleh salahkan mereka – tetapi kita perlu MUHASABAH dan Menilai diri kita sendiri. Mengapa kita LEMAH.

    Jawapanya:

    Saya perhati dan melalui kajian saya sikap orang MELALYU dan BUMIPUTRA ialah:

    1. Tidak begitu berminat pada Ilmu (konsep ilmu LUAS- perlu faham), suka kepada hiburan yang tak berfaedah…………….?
    2. Ingin jalan mudah – tidak berdaya saing……………..?
    3. Tidak saling membantu, hasad dengki yang kuat………………..?
    4. Suka menyalahkan orang lain…………………….?
    5. Suka di bantu – bukan ingin membantu………………?

    Saya beri disini sebahagian sahaja untuk perhatian saudara Muhamad Azim. Saya katakan ini dari pemerhatian dan kajian saya tentang kegagalan orang MELAYU/ Bumiputra berbanding bangsa China di Asia Tenggara.

    Yang penting Muhamad Azim – Ayuh kita dah di Universiti mari kita belajar semua ilmu yang berfaedah untuk dunia dan akhirat. Kerana untuk kesenangan DUNIA kita perlukan ILMU, untuk kesenangan AKHIRAT juga kita perlukan ilmu. Cuba fikir-fkirkan……………………….?

    Jangan banyak aaaaaaaaaahhhhhhhhhhhh – mengeloh. Sifat ini Allah pun murka………………..?

    Kutakan semangat dan TANAMKAN CITA-CITA yang tinggi untuk berjaya, hanya Allah dan saudara Muhamad Azim yang tahu tentang kehendak saudara.

    Saya dahulu TERPAKSA pergi ke Pakistan untuk mendapatkan ILIMU. Cuba fikir-fikirkan lah. Berfikir sejenak amat baik…………………..dari…….?

    Wassalam

    Sekiranya ada yang tersinggung saya mohon maaf jua untuk anak bangsa ku BANGKITLAH DARI LENA MU.

    Remali Yusoff, Ph.D

    IR: terima kasih pfor.. secara peribadi, saya sgt teringin jumpa dgn prof.. hrp suatu masa diizinkanNya

    Balas

  32. Zah
    Jul 16, 2011 @ 11:51:45

    Assalamualaikum,

    Saya merupakan ank pertama kelahiran UMK dan saya bangga krna sy pernah menuntut ilmu di UMK…Utk pengetahuan,pd hari pertama sy mnjejakkan kaki ke UMK Julai 2007, sy dpt rsekn byk kekurangan cthnya bangunan xsiap,tiada blok asrama & kurangnya fasiliti…Tetapi skrg setelah 4thun UMK,sy tgok sudah ad fasiliti yg disediakn oleh pihak universiti kpd pelajar…Boleh dikatakan,adik2 yg mndaftar masuk selepas batch 2007 amat beruntung krna boleh mneikmati kemudahan yg disediakan oleh pihak universiti.Jika dulu,kami tinggal di dorm bkn di blok2 asrama. Jika dulu tiada klinik kesihatan UMK,tp kini dah ada..Jika duku tiada gym,skrg dah ada…Sekurang-kurangnya adik2x sempat lagi merasa untuk belajar di kampus baru sama ada di bachok & jeli…tp,kami pekajar batch pertama?tak sempat….Nah, kn untung adik2x kalo nak dibandingkn dgn kami pelajar batch 1st ni?bersyukurlah…..

    Sekian…

    I’m proud to be student UMK!

    IR: w’salam.. tahniah! semoga perkongsian ini bermanfaat utk semua.. syabas krn mencipta sejarah bersama2 UMK

    Balas

  33. ibnrajab
    Jul 27, 2011 @ 21:23:46

    Balas

  34. zaid
    Mei 28, 2014 @ 16:32:26

    assalam,
    saya baru terjumpa blok ini , sangat teruja nak berkenalan dgn prof.

    Balas

  35. razi
    Ogo 16, 2014 @ 09:02:58

    Asalammualaikum.

    betulkah kursus pengajian warisan di umk peluang perkerjaan hanya 30% sahaja..
    Maaf sekadar bertanya..

    Balas

  36. rohaya bidin
    Ogo 25, 2014 @ 22:13:32

    Assalammualaikum……bg pendapat saya, jgn la pelajar berniat masuk u untuk mendapat kerjaya….tanamkan niat kita masuk u untuk mendapatkan ilmu….sekiranya fikirkan kerjaya, kita akan dpt kerjaya saje yg belum tentu pasti….Ttp sekiranya kita niat untuk mendapatkan ilmu, walauapa jua kos yg kita pelajari…insha Allah pasti ade rezekinya….janji Allah itu pasti…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: