Cukai pendapatan, jangan tangguh lagi

Cukai pendapatan adalah bayaran wajib yang dikenakan oleh Kerajaan ke atas penduduk sesebuah Negara yang layak. Ia dikira berdasarkan pendapatan bercukai yang mana sekiranya ia besar maka peratusan yang dikenakan cukai juga besar. Contohnya seorang yang jumlah pendapatan bercukai mereka di antara RM10k hingga RM20k maka cukai yang dikenakan adalah 3% manakala mereka yang pendapatan bercukai mereka RM20k hingga RM30k pula dikenakan cukai 7%. Begitulah seterusnya cara peratusan cukai ditetapkan sehingga setinggi 45%.

Sebagai penjawat awam kita semua adalah perlu patuh kepada ketetapan undang-undang yang menyaran kita melaporkan pendapatan. Sekiranya kita layak untuk dikenakan cukai, maka perlulah kita membayarnya bagi mengelakkan kita dikenakan tindakan undang-undang. Adalah diingatkan, sebagai penjawat awam yang biasa-biasa sahaja (macam ana), maksudnya yang tiada punca pendapatan lain seperti perniagaan dan sebagainya maka tarikh akhir menghantar borang cukai adalah pada 30 April ini.

Sebagai orang yang peka kepada pengurusan ekonomi, kita perlu menjadikan perkara ini selesai sebelum tarikh tutupnya bagi mengelakkan denda dan sebagainya akibat daripada kelalaian dan sifat suka bertangguh. Tak nak endah dan tak nak buat pengiraan serta hantar borang itu sekarang pun lambat laun kena buat juga. Kalau bertangguh tapi tak kena denda ok lah juga tapi kalau terkena denda maka sebagai orang yang peka ekonomi, perbuatan kita itu sudah tidak ekonomik. Oleh itu, marilah kita menyahut seruan, bayar cukai awal-awal.

Isi borang cukai online
Dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak LHDN, kita sekarang boleh mengisi dan menghantar borang cukai dengan menggunakan internet (borang e-BE). Sepatutnya sebagai penjawat awam hari ini, kita tiada alasan untuk tidak pandai melakukan transaksi atas talian. Sedangkan anak-anak kita telah pandai itu dan ini menggunakan internet kerana kita telah mengajarkan mereka pembelajaran akses kendiri (mendapatkan ilmu pengetahuan secara sendiri dan salah satu caranya adalah dengan menggunakan perantaraan internet).

Terlupa kata laluan
Sekiranya anda telah mula mengisi borang cukai menggunakan internet pada tahun lepas lagi, maka sepatutnya anda akan mendapati urusan akan menjadi lebih mudah pada tahun ini. Namun, sekiranya anda terlupa kata laluan (kerana penggunaan sekali setahun sahaja) dan setelah tiga kali mencuba, percubaan anda yang seterusnya akan disekat. Untuk itu, anda perlu menekan satu butang ‘terlupa kata laluan’ dan anda akan diberikan peluang sebanyak tiga kali lagi iaitu dengan menentukan pembayang kepada kata laluan anda (yang terlupa itu).

Tetapi sekiranya percubaan anda menemui kegagalan juga, maka anda hanya perlu menghubungi pegawai di LHDN sendiri di talian 1300883010 (tak perlu pergi ke mana-mana pejabat LHDN kerana itu akan merugikan masa, petrol dan duit anda secara tidak sepatutnya) yang akan melayani anda dengan cepat, mesra dan memuaskan. Dalam masa tak sampai dua (2) minit, maka anda akan dipandu itu dan ini bagi membolehkan anda ‘set’kan semula kata laluan yang baru.

Apa yang perlu dan tidak perlu
Setelah anda dapat masuk (log in) ke dalam sistem, maka perkara yang perlu anda ketahui adalah apakah sumber pendapatan yang dikenakan cukai dan pendapatan yang tidak dikenakan cukai. Sebagai contoh, sekiranya anda adalah pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41, pendapatan yang dikenakan cukai adalah gaji pokok dan elaun wilayah (sekiranya anda bertugas di luar wilayah asal), elaiun warden asrama dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan tugas rasmi anda. Manakala sumber asasi yang dapat dikelaskan sebagai elaun-elaun umum (semua orang dapat mengikut keadaan biasa) seperti COLA, ITP, EPW, ITKA adalah pendapatan yang tidak dikenakan cukai. Jadi tidak perlulah anda masukkan ke dalam borang cukai.

Biasiswa Kerajaan
Sekiranya anda adalah penerima biasiswa Kerajaan bagi melanjutkan pelajaran samada di peringkat master atau PhD, elaun-elaun yang dibayar oleh bahagian Biasiswa KPM itu tidak dikenakan cukai juga. Maknanya jika anda sedang bercuti belajar dengan biasiswa KPM, maka anda hanya perlu masukkan jumlah gaji pokok sahaja serta dengan bonus (kalau ada) ke dalam borang cukai. Kerana elaun-elaun yang berkaitan tugas rasmi sudah tidak dibayar kepada anda seperti elaun warden, elaun wilayah dan sebagainya.

Pengiraan
Setelah anda memasukkan data ke dalam sistem (e-filling) itu, maka cukai anda akan dikira secara automatik. Sekiranya pendapatan bercukai anda (setelah jumlah pendapatan keseluruhan ditolak perbelanjaan) kurang daripada RM20k maka anda tidak perlulah bersusah payah mencari semula segala resit-resti beli buku, majalah, resit zakat pendapatan, zakat harta dan sebagainya, memang pendapatan anda (yang kurang RM20k itu) tidak akan dikenakan cukai pun. Jadi buang masa anda sahaja mencari resit-resit berkenaan sedangkan tanpanya pun anda memang tak dikenakan cukai. Anda masih belum kaya lagi.

Kerana RM10k yang pertama hanya dikenakan cukai RM175 kemudian RM10k yang kedua hanya dikenakan cukai sebanyak 3%. Maksima anda kena bayar cukai pun RM475. Rebet anda sendiri sudah RM350, isteri RM350 lagi (jumlah rebet anda dan isteri sudah RM700) maka anda memang tidak kena cukai. Tetapi kalau anda bujang, maka rebet hanya RM350 jadi anda hanya perlu cari rebet RM125 sahaja lagi. Pada masa itu, anda perlulah cari segala resit-resit zakat dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam data. Itupun kalau pendapatan bercukai anda melebihi RM16,000.

Sebaliknya, kalau pendapatan bercukai anda melebihi RM20k, adalah agak sukar bagi anda mengatakan diri tidak dikenakan cukai. Kerana pendapatan anda RM20k yang pertama itu sudah dikenakan cukai sebanyak RM475 manakala bakinya pula dikenakan cukai lebih daripada 7% (sila rujuk jadual cukai untuk mendapat kepastian tentang peratusan dikenakan cukai). Peratusan ini akan menjadi lebih besar sekiranya pendapatan bercukai anda juga adalah besar.

Kesimpulan
Marilah menyahut seruan bayar cukai sebelum tamat tempohnya dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang mesra dan mudah lagi tidak merugikan masa emas yang sepatutnya diluangkan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah. Elakkan daripada dikejar denda-denda yang sepatutnya dapat dielakkan. Hanya kelalaian kita sahaja yang menjadi penghalang dan menjadikan kita saudara syaitan kerana asyik membazirkan rezeki pemberian Allah.

Kalau anda kena bayar cukai pun maka bayarlah. Sepatutnya anda bijak menguruskan rezeki dengan menolong mereka yang memerlukan terutama ibubapa (peralatan dan perubatan) dan orang-orang dibawah tanggungan anda. Sekiranya anda tidak kedekut untuk membeli komputer bagi kegunaan anak-anak setiap tahun, membeli peralatan bantuan orang tua, membeli buku-buku untuk memenuhi ruang perpustakaan di rumah anda, membayar zakat sebanyak-banyaknya, sudah tentu rebet-rebet yang disebutkan tadi (walaupun pendapatan anda mencecah jutaan ringgit) tidak memungkinkan anda kena bayar cukai seterusnya meninggikan martabat dan pahala anda yang sentiasa bermurah hati dan tidak kedekut dalam berbelanja perkara-perkara ke atas mereka yang memerlukan. Sebagai contoh Zakat ini sekiranya anda bayar 2 juta pun anda akan dapat rebet 2 juta tanpa ada sedikitpun pengurangannya.

Sekian, selamat mengisytiharkan pendapatan anda dengan ikhlas dan amanah. Wassalam.

rujukan artikel ini kepada:
1. Pegawai LHDN di talian (180083010)
2. Pegawai di Bahagian Biasiswa, KPM (03-88847128)
3. Laman web e-Filling LHDN atas talian https://www.hasil.org.my/melayu/bm_index.asp

About these ads

4 Komen (+add yours?)

  1. Kampung Kelawar
    Apr 12, 2009 @ 11:50:32

    Asalamualaikum saudara,

    Elaun kritikal adakah dikenakan cukai pendapatan?

    IbnRajab: rasanya kena cukai. utk maklumat lbh tepat sila ajukan pertanyaan kpd pihak LHDN

    Balas

  2. Trackback: Bayar cukai 2008 « IbnRajab Online
  3. zawawi Jaafar
    Jun 22, 2009 @ 11:18:54

    cukai pendapatan lambat bayar didenda terlalu tinggi rasanya lebih hebat daripada ALONG

    Balas

  4. Jasmin
    Jan 30, 2012 @ 16:40:02

    Saya tidak pernah gagal menghantar borang kepada LHDN, sehinggalah apabila saya berkahwin dan menghantar borang kepada LHDN bersama suami, LHDN telah memberi kami banyak masalah. Mereka inginkan kami mengisi borang dari tarikh kami kawin iaitu dari tahun 1997 hingga lah pada tahun 2011. Suami saya pula sebelom itu bekerja di Johor. LHDN Johor tidak dapat menemui butir-butir suami. Bagaimana kami nak dapatkan butir-butir lama? Sehingga lah sekarang masalah hantar borang ke LHDN kami suami isteri tidak selesai. Adakah kami akan di kena kan penalti? Berapa ratus ribu yang akan dikenakan pada kami? Bagaimana kami nak bayar penalti jika kami tidak ada duit utk membayarnya? Adakah harta kami akan disita? Wang KWSP kami akan di sapu? Kami bukan tidak bayar cukai, setiap bulan kami bayar dgn cara potongan gaji. Tolong lah jawab soalan saya jika ada seorang yang prihatin.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: