Faham Ikhlas

Bissmillahirrahmanirrahim..

Kalau diperhartikan perkataan ikhlas dalam kaedah bahasa Arab, kita akan dapati ianya berasal daripada masdar (kata dasar) daripada feel (kata buat) akhlaso, yukhlisu, ikhlas. Manakala feel thulathinya pula (yang merangkumi tiga huruf) kholaso, yakhlusu, kholus yang faailnya (pembuatnya) adalah khoolis. Tetapi sekiranya feel rubaie (yang merangkumi empat huruf) akhlaso, yukhlisu maka faailnya (pembuatnya) adalah mukhlis.

Peringkat-peringkat Ikhlas: Kholus kemudian Ikhlas.
Kedua-dua feel (perbuatan) yang disebutkan tadi kholaso dan akhlaso menunjukkan bahawa peringkat ikhlas ini ada dua;

Peringkat Pertama: (Kholus)
Khoolis adalah faail (kata pembuat) bagi feel (kholaso) yang memberi makna tepu, tulin, tidak dicampur dengan perkara lain, seperti emas yang khoolis ialah emas yang tidak dicampurkan dengan bahan-bahan lain, ia juga dinamakan emas tulin.

Oleh itu setiap orang hendaklah suci niatnya (khoolis) hanya kerana Allah di dalam setiap pekerjaan yang dilakukan olehnya. Dengan perkataan lain, niat yang tulin lagi suci murni kepada Allah SWT. Maka khoolis ataupun kholus (masdar feel tersebut) hanya dikhususkan kepada Allah sahaja. Yakni buat kerja semata-mata kerana Allah (khoolisun lillah)

Justeru, apabila seseorang itu suci niatnya (khoolis) kerana Allah SWT maka beragamanya juga akan menjadi khoolis (suci). Penyerahan dirinya kepada Allah juga khoolis (suci), seterusnya kehidupannya sehari-hari pun akan menjadi suci. Akhirnya semua perkara yang dilakukannya adalah suci kerana Allah semata-mata. (khoolis)

Sesungguhnya Allah tidak redha kepada orang Islam yang tidak menjadikan niatnya suci murni keranaNya. Suci (khoolis) yang dimaksudkan di sini ialah suci dalam erti kata yang mencakupi semua perkara. Agama yang suci (Islam) dan penyerahan diri yang suci kepada Allah (ibadah).

Firman Allah di dalam Surah az-Zumar, ayat 2-3 yang mafhumnya:
“Sesungguhnya Kami telah turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (al-Quran) dengan kebenaran, maka sembahlah Allah dengan sebenar-benar ikhlas. Ingatlah hanya bagi Allah sebuah agama yang khoolis (suci terpelihara dari syirik).”

Peringkat kedua: Ikhlas
Selepas kita berjaya merealisasikan peringkat menyucikan perkara agama hanya kerana Allah (khoolis), barulah datangnya ikhlas. Ikhlas ini masdar (kata dasar) bagi feel yang kedua iaitu (akhlaso). Ikhlas kepada Allah merupakan roh agama, iaitu ikhlas mengerjakan kesemua perintah dan tuntutan agama seperti yang dikenakan ke atas umat-umat terdahulu, yang mengikuti ajaran Nabi-nabi dan Rasul-rasul terdahulu. Ianya digambarkan dalam ayat 5 Surah al-Bayyinah yang mafhumnya:
“Mereka tidak disuruh melainkan beribadah kepada Allah, melakukan segala pekerjaan agama dengan penuh keikhlasan, mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Itulah agama yang betul lagi lurus (suci).”

Oleh yang demikian, agama yang betul lagi lurus (khoolis ataupun suci) adalah agama yang dapat merealisasikan konsep ikhlas pengikutnya kepada Allah, yang digambarkan dengan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Begitu juga, apabila seseorang muslim itu khoolis (suci murni) kepercayaan kepada Allah, maka dengan sendirinya dia telah mengikhlaskan kehidupannya kerana Allah. Seterusnya jadilah dia seorang insan muslim yang berjaya mengikuti jalan Allah yang lurus.

Untuk kita lebih memahami konsep khoolis dan ikhlas, marilah kita perhatikan firman Allah di dalam Surah az-Zumar, ayat 11-15 yang mafhumnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku telah disuruh beribadah kepada Allah SWT dengan ikhlas, taat mengerjakan agama-Nya (yang khoolis). Dan aku juga telah disuruh menjadi orang pertama yang menyerah diri kepada-Nya. Katakanlah, sesungguhnya aku takut menghadapi siksaan yang pedih lirih pada hari pembalasan jika aku derhaka kepada tuhanku. Katakanlah, Hanya Allah sahajalah yang aku sembah dengan ikhlas, bagi-Nya sahaja agamaku (yang khoolis). Maka sembahlah (wahai orang-orang kafir) apa-apa yang kamu suka selain daripada-Nya (jika kamu tidak takutkan azab siksaan-Nya).”

Tiga Peringkat: Khoolis, Mukhlis dan Mukhlas
Sebelum kita meneruskan bicara, marilah kita perhatikan betapa uniknya bahasa Arab yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan bahasa al-Quran seterusnya menjadikannya bahasa ahli Syurga. Kalau kita perhatikan, dengan berlakunya sedikit perubahan (seperti baris) ke atas perkataan dalam bahasa Arab, langsung membawa perbezaan daripada segi maknanya. Oleh sebab itu, khoolis bererti suci, murni ataupun tulin. Mukhlis pula bermakna orang yang ikhlas, manakala mukhlas pula bererti orang-orang yang Allah sucikan (hati-hati mereka).

Oleh itu, selepas setiap seorang itu berjaya merealisasikan dua konsep yang pertama, iaitu konsep khoolis kemudian ikhlas kepada Allah, maka insya-Allah Dialah (Allah) yang akan memulia dan menyucikan orang tersebut daripada sekalian makhluk-Nya. Justeru, akan tergolong di kalangan orang-orang yang suci di sisi Allah (mukhlas). Sesungguhnya Allah telah menyifatkan Nabi-nabi sebagai hamba-Nya yang mukhlasin (jama’ muklas), kerana mereka telah menyucikan (khoolis) kepercayaannya kepada Allah, kemudian ikhlas pula mengerjakan segala tuntutan Allah, maka akhirnya Allah menjadikan mereka semua orang-orang yang suci murni (mukhlasin).

Sifat inilah yang Allah berikan kepada nabi Yusuf AS. Firman-Nya dalam Surah Yusuf, ayat 24: yang mafhumnya:
“Begitulah kami memalingkannya daripada melakukan perkara-perkara buruk dan mungkar, sesungguhnya dia tergolong di dalam golongan hamba-hambaku yang mukhlasin.”

Begitu juga Allah telah menceritakan perihal Iblis laknatullah yang tidak dapat memperdayakan umat manusia yang mukhlasin. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hijr, ayat 39-42 yang mafhumnya:
“Iblis berkata: Wahai tuhanku, oleh kerana engkau memutuskan bahawa aku sesat, maka sudah pasti aku akan menjadikan pandangan mereka (manusia) baik kepada perkara-perkara mungkar (maksiat) di dunia, dan aku akan menyesatkan mereka semua. Kecuali hamba-hambamu yang mukhlasin (yang telah engkau sucikan hati-hati mereka). Allah berfirman: Ini adalah jalan yang lurus, aku pasti akan menjaganya. Sesungguhnya engkau (iblis) tidak ada kuasa terhadap hamba-hambaku itu.”

Justeru, sebagai orang yang berilmu hendaklah bersifat dengan ketiga-tiga sifat tersebut. Pertama mesti khoolis (sucikan) diri kita, kehidupan kita dan juga agama yang kita anuti ini hanya kepada Allah tanpa mensyirikannya (Islam). Kemudian kita berusaha sedaya upaya untuk mengikhlaskan segala perbuatan kita yang berkaitan dengan diri kita sendiri, kehidupan kita sehari-hari seterusnya kerja-kerja agama kita yang suci. Setelah itu, kita mengharapkan Allah SWT me’mukhlas’kan diri kita dan mengolongkan kita bersama hamba-hamba-Nya yang mukhlasin, amin..

Disunting daripada buku dalam bahasa Arab yang ditulis oleh Dr Solah al-Khalidiy, Jordan 1996.

About these ads

4 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Mimbar 1/10 « IbnRajab Online
  2. Trackback: Ucaplah salam dengan betul « IbnRajab Online
  3. Trackback: Pilihan yang buruk « IbnRajab Online
  4. Trackback: Syaitan kita bertukar « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: