Selusuh

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)

Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);
2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
– Surah Al-fatihah
– Surah al-Hasyr ayat 21-24
– Selawat Syifa
– Doa 1

Klik untuk download panduan lengkap

- Doa 2

klik untuk download panduan lngkap
3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.
5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Amalan penyediaan air dan minyak selusuh ini adalah diwarisi turun temurun daripada petua dan amalan orang-orang tua di Malaysia secara khususnya di Kelantan atau secara umumnya di rantau Asia Tenggara. Cuma pendekatan penyediaannya kini dimurnikan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan hati yang ikhlas ingin mendapat pertolongan daripada Allah SWT jua.

Tidak ada sebarang halangan untuk menggunakan al-Quran dan bermunajat serta berdoa kepada Allah apatah lagi meminta pertolongan daripadaNya bahkan ia adalah suatu ajaran Agama melalui gesaan al-Quran sendiri (surah al-Fatihah:5)

Sekian, selamat mencuba! Wallahu aklam..

Untuk download entry ini (lengkap dengan petikan al-Quran dan doa-doa) dalam bentuk *.pdf sila klik di sini

Anda juga mungkin berminat Doa Ibu Mengandung

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. musafir sufi
    Jun 20, 2008 @ 18:52:24

    satu ilmu baru bagi ana pd hari ni. syukran

    IbnRajab: ahlan wa sahlan akhi.. sedikit tazkirah je..

    Balas

  2. musafir sufi
    Jun 25, 2008 @ 05:27:25

    berwajah baru nampaknya web ibnrajab ni…

    IbnRajab: Jazakallah akhi kerana selalu bagi sokongan pada ana, semoga usaha kita yang sedikit ini akan diganjarkan yang sebaik-baiknya daripada Allah.. teguran membina antum semua amalat dihargai untuk membaiki kelemahan dan mutu persembahan blog yang seadanya ini.. tq akhi!

    Balas

  3. musafir sufi
    Jun 27, 2008 @ 09:53:37

    salam syeh,
    ana mohon untuk copy “selusuh ” untuk dimuatkan dalam blog terbaru (kedua) ana. ada masa jom layari http:ceritaabi.blogspot.com . berilah komen membina untuk blog ana yang tak seberapa ni

    IbnRajab: ok akhi, ambil la mana-mana yang anta fikir sesuai disebarluaskan.. semoga perkongsian yang baik akan memberikan kita semua ganjaran yang baik juga.. tahniah buat anta yang memiliki blog sendiri (kedua).. selamat meneruskan perjuangan kerana ia adalah tidak bersempadan sebenarnya.. hinggalah kita dijemputNya..

    Balas

  4. AnaMuslim
    Dis 30, 2009 @ 16:54:22

    Saya terjumpa ada satu produk minyak selusuh yang masih baru dan hanya ada di internet buat masa ni. Saya dah lawati laman web tu dan baca maklumat berkaitan, menarik dan nampak satu produk yang bagus dah ada testimonial. Untuk baca details di http://www.bidankampung.com atau http://www.bidankampung.blogspot.com. Lama dah saya cari produk macam ni! Mai sama2 kita pi tengok di laman web produk ni. Mengikut pembuat produk dari laman web rasmi mereka… Minyak selusuh boleh diminum selepas kandungan berusia 8 bulan 10 hari. Kira2 sebulan la sebelum tarikh jangkaan kelahiran.

    IR: syukran

    Balas

  5. Trackback: Kelahiran permata hati kami ke-4 « IbnRajab Online
  6. faizul anuar
    Sep 14, 2012 @ 11:00:30

    Syukrann jazilan ya Syeikh dgn pkongsian pintar yg sgt bmakna n bguna.Smoga ianya sgt bguna n bmanfaat utk masyarakat sejagat yg sgt mmerlukannya.Agar kita dpt mlahirkan umat Nabi Muhammad yg unggul dan beriman kpd Allah serta bbakti kpd ibubapa

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: