Usahawan Lintah – peluang bisnes

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini ramai orang bercakap tentang ternakan lintah. Malah ada dalam kalangan mereka bukan sahaja setakat bercakap tetapi mengusahakannya sehingga memperolehi pendapatan yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Jangan tidak percaya kerana jikalau kita rajin explore blog dan laman web maka kita pasti terjumpa. Samentelah lagi apabila kejayaan seorang usahawanita Malaysia masuk dalam akhbar Berita Harian 22 Dis 2007 tentang Lintah; Penghisap darah laris untuk produk kecantikan dan kesihatan.

“Ramai pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berbulu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai. Sejak ribuan tahun, lintah telah banyak digunakan dalam bidang perubatan terutama dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Kandungan hirudin yang ada di dalam lintah adalah antikoagulan yang sangat berkesan menahan darah dari membeku manakala Histamin pada lintah pula dapat mengembangkan salur darah”

Info lintah
Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan. Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus. Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram. Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut. Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.

Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya. Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur. Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan. Ada pakar berpendapat lintah adalah binatang dwijantina yang mana jantinanya akan berubah-ubah mengikut umur dan saiz. Apabila berjantina lelaki, lintah menjadi liar dan galak. Sebaliknya apabila bertukar jantina betina lintah akan mula betindak pasif dan bertelur setelah mengawan.

Makanan lintah yang utama adalah darah. Samada darah kerbau, lembu, kura-kura, ikan darat, belut dan juga manusia. Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi. Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

Secara tradisi lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

Pakar Lintah
Sela masa daripada telur kepada benih lintah adalah 2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang beranak. Kematangan lintah tidak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Lintah akan mencapai umur menopause (tamat pembiakan) iaitu dalam 2 hingga 3 tahun. Induk lintah biasa hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Manakala yang bertelur sehingga 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).

Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Habitat lintah yang paling sesuai untuk bertelur adalah kurang gangguan, Sikit makan, Kualiti air pH 7 ke atas, Oksigen 4 mmg, Suhu biasa, dan cahaya yang gelap.

Potensi Lintah
Dari segi potensi pasaran pula, harga lintah dewasa boleh mencecah antara RM60 hingga RM300 sekilogram mengikut saiz dan syarikat yang membeli. Sebagai contoh, 1 ekor lintah dewasa boleh menghasilkan 300 lebih anak. 500 ekor X 300 ekor anak = 150,000 ekor. 1kg = (anggaran 100 ekor) Harga Pasaran (paling murah) 1kg lintah = RM60.00. Maka 150,000 ekor / 100 ekor = 1500kg X RM60.00 = RM90,000 (Sembilan puluh ribu ringgit Malaysia).

Anggaran Kos Kolam termasuk induk (benih)=RM4,000 hingga RM5,000. Anggaran Kos Pembiayaan Kolam dan induk (benih) untuk 6 bulan iaitu Makanan disyorkan = 439 kg X RM15 = RM6585. Kos belut (harga pasaran belut semasa RM10-15/kg. Kos Kolam + Kos Pembiayaan adalah RM5,000.00 + RM6,585.00 = RM11,585.00. Aggaran Keuntungan untuk satu kolam pula adalah; Jualan (1500kg) = RM 90,000. tolak Anggaran Perbelanjaan RM 5,000.00 dan Anggaran Perbelanjaan (makanan) = RM 6585.00. Maka anggaran Pendapatan bersih adalah RM 78,415.00. Sebulan penternak dijangka mendapat (RM 78,415.00 / 6 bulan) RM 13,069.00 (Ringit Malaysia tiga belas ribu enam puluh sembilan). Kalau ada 10 kolam maka darablah dengan 10. Anggaran.

Hukum Lintah
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimanapun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seumpamanya untuk kegunaan luaran sahaja hukumnya adalah harus (ruj. Al-Dumairiy, Hayat al-Hayawan 74)

Melalui laman al-ahkam.net pula, Hukum lintah (leech family): samada najis atau suci tidak dapat dipastikan dan ia tertakluk kepada kaedah fiqh yg masyhur: al-Asyl fii al-asy-ya al-ibahah (hukum asal bagi segala sesuatu yg diciptakan adalah harus). Al-Imam Syed Ridha dalam tafsir al-Manar ketika mentafsir ayat al-Baqarah: 29 (Dialah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu) berkata, harus mengambil manfaat dari segala ciptaan Allah untuk dijadikan bahan makanan, minuman, pakaian, kenderaan, perhiasan dan juga PERUBATAN. (Tafsir al-Manar (1/247), juga kata al-Amir alSyun’ani, “sebenarnya asal segala sesuatu adalah suci dan pengharamannya tidak semestinya ia najis.” (subulus Salam, 1/49). Kata Syaikhul Islam Abul Abbas Ibn Taymiyah alharani alsalafi, “asal segala sesuatu di muka bumi dgn kepelbagaian jenis dan sifat adalah suci dan halal secara mutlak, tidak diharamkan kepada manusia memakai, mengguna atau menyentuhnya.” [Majmu’ Fatawa 21/535)

Tambahan pulak lintah walapun tidak pernah dijadikan makanan manusia, tapi sudah sekian lama digunakan dalam perubatan, terutama di Barat sebagai terapi pembuangan darah dan toksin dari pesakit dengan menggunakan lintah hidup. Maka lintah telah terbukti mempunyai nilai perubatan di sisi manusia. Maka jika terbukti lintah mempunyai nilai perubatan, boleh diternak dan dimanfaatkan dan ia adalah halal.

Namun, tidak dapat dielakkan, menjual lintah hidup2 adalah berkait dengan hukum najasah (mengikut mazhab syafie). Jika memandang kpd kenajisannya, maka berjual beli dengannya adalah haram. Tetapi jika menurut mazhab Hanafi, dengan memandang kepada manfaatnya, maka harus ia dijualbeli.

Ada juga pendapat mengatakan hukum menjual lintah hidup sama seperti menjual ular sawa, katak dan biawak kepada orang yang tahu memanfaatkannya. namun jika diketahui tujuannya adalah untuk dimakan, maka tidak harus menjualnya kepada orang Islam, kerana memakannya adalah haram. Mengikut kaedah apa yang membawa kepada haram adalah haram.

Jika digunakan untuk tujuan yang harus seperti perhiasan, ubat sapu dll maka haruslah dijual dengan syarat ia hendaklah memaklumkan hukum kenajisan haiwan itu, supaya ia dapat berlepas diri daripada sebarang akibat yang tidak baik di kemudian hari.. Ya, hukumnya kekal harus selagi tidak menimbulkan mudarat kepada penggunanya. Jika ia boleh mendatangkan kesan mudarat, maka berubahlah hukumnya kepada haram. Tetapi jika mudarat itu hanya menimpa seseorang tertentu, dan tidak kepada orang yang lain. Maka yang haram hanya ke atas orang yang terkena mudarat sahaja.

Kursus lintah
Hari ini ramai penganjur kursus menternak lintah samada orang perseorangan atau pun agensi yang besar-besar. Sebagai contoh Siri kursus anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bermula April 2008 dengan pendaftaran sebanyak RM300 seorang. UPM juga pernah menganjurkan kursus seumpamanya di Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Putra Malaysia sekitar bulan Mei 2008 dengan yuran RM400. Di Kelantan kursus seumpama ini tumbuh bagai cendawan lepas hujan dan iklan-iklan berkenaan dengannya bertaburan dalam akhbar-akhbar utama yang boleh didapati di negeri ini terutama akhbar Sinar Harian edisi Kelantan.

Sekian, sekadar suatu perkongsian. Wassalam.

Updated 6 Julai 2009 (setelah setahun artikel ini diterbitkan)

Ana difahamkan perusahaan ternakan lintah ini telah sampai ke kemuncaknya sehingga ia tidak dapat memberikan pulangan sebagaimana yang diharapkan lagi. Pelbagai masalah telah dan sedang dihadapi oleh sebahagian usahawan dalam bidang ini. Namun ana tidak berhasrat memadamkan entry ini memandangkan ia mengandungi input ilmu yang boleh dimanfaat dan dikongsi bersama. Wallahu aklam.

About these ads

46 Komen (+add yours?)

  1. Rohayat Sikh Omari
    Jul 05, 2008 @ 23:11:46

    di mana lokasi anda dan saya berminat.Tolong hantarkan nombor telefon utk mendapat lebih penjelasan.no telefon saya 09-7742307/017-9404010

    IbnRajab: InsyaAllah.. ana dah foward no tel anda ini kepada pengusaha tersebut dan no tel rumahnya adalah 0197621122 (Anuar Man) “Segala maklumat (berkaitan harga) dalam blog ini adalah maklumat am sahaja manakala yang muktamad adalah mesti berhubung dan berbincang dengan beliau sendiri, harap maklum.. TQ”

    Balas

  2. maizan
    Jul 06, 2008 @ 16:05:51

    saya baru nak mulakan project saya lihat peluang yang awk sediakan amat menarik..dimana lokasi anda dan bagaimana saya nak hadir ke krusus awk..
    saya begittu berminat saya mempunyai kolam tetapi belum bermula..

    ingin tahu

    IbnRajab: Ana mewakili sepupu sangat2 mengalu-alukan anda untuk sama-sama mengusahakan projek ini.. minta hubungi email ana sebagaimana yang tertera atau terus hubungi pengurus projek melalui no handsetnya (sebagaimana tertera pada jawapan komen di atas).. TQ!

    Balas

  3. Adni
    Jul 09, 2008 @ 08:05:48

    Dr M dikatakan tembak 2 burung dgn 1 peluru…demo pulok 3 – 4 ekor skali tembok :-) Belut tu sbg makanan (baca darah) lintah ke? Dilepaskan ke dlm kolam lintah hidup2 ?

    IbnRajab: hehe.. bukan bisnes ana ustaz, ana (tolong) promote (and support sikit2) je.. mmg belut (ikut kajian beberapa pakar) adalah makanan yang sesuai untuk tumbesaran dan kualiti lintah yang baik.. di samping makanan2 yang lain seperti dlm artikel.. dan belut dimasukkan ke dalam tangki lintah secara hidup tetapi diikat pada kail agar lintah cepat hidu darahnya, atau (orang lain buat) letak dlm perangkap tikus supaya belut tidak lari lintang pukang. Wallahu aklam tetapi mengikut pendapat ulama (sebagaimana fatwa yang dijelaskan dalam artikel) bisnes dan ternakan lintah ini adalah harus. Mengikut cerita bangau, ular yang makan katak itu kata “Memang makanan aku”

    Balas

  4. Trackback: Menternak Lintah?? « ..Khaleef..
  5. Abu Farhi
    Jul 12, 2008 @ 05:22:50

    Assalamualaikum…
    Jazakumullah… bagus info anta. Mudah-mudahan memberi peluang kepada yang berminat. Ana ada maklumat yang ana dapat dari majalah joran… pasal ternak ketam. Pi la tengok kat blog nii… http://tipsusahawan.blogspot.com. Kongsi maklumat… Syukran.

    IbnRajab: Ahlan akhi,, tima kaseh sudi singgah laman blog ana yg seadanya ini. best jugak info yang anta ketengahkan tu, nampak macam baru. Ala kulli hal, time kasih kerna banyak bantu ana dan bagi galakan juga, jazakumullahi khairan

    Balas

  6. dawood
    Jul 12, 2008 @ 06:50:22

    salam..ana nak tanya tentang sumbangan modal.macam mana proses dia???

    IbnRajab: hmm tentang tu anta terpaksa berhubung dengan pemilik (Abe Wa) di no handphone yang ana bagi kat atas tu. Ana pun ada sumbang modal gak sikit. Kalau ada rezeki ia akan berkembang insyaAllah.. bisnes ni mengajar kita sabar dan menambah kebergantungan kita pada Allah, yang akhirnya membuahkan iman.. itulah yg ana maksudkan dengan menceburkan diri dalam bidang bisnes. kalau makan gaji sbb kita dah tau tarikh tersebut ada dapatan, tapi kalau bisnes, kena banyak doa, buat biar betul dan habis betul dengan Allah, baru ada berkat. Baguslah anta ada minat, hubungi beliau, sms pun ok kot (atau bagi no anta ana submit kat dia)

    Balas

  7. Abu Farhi
    Jul 12, 2008 @ 10:22:18

    Info yang amat baik. Mudah-mudahan ada pihak yang dapat manfaat. Kalau rasa geli sangat dengan lintah. Cuba baca info ana. Ana nak kongsi info ternak ketam plak. Sila ke http://haba08.blogspot.com. Syukran.

    IbnRajab: mudah-mudahan akhi.. syukran.

    Balas

  8. Musaddad
    Jul 13, 2008 @ 17:26:59

    info yang menarik… http://ibnismail.wordpress.com

    IbnRajab: alhamdulillah.. terima kasih singgah laman ana.. weiihh anak murid sudah boleh lawan tok guru nih.. canggih.. tahniah kerna sudi menulis dalam blog.. semoga ilmu dimanfaati.. rahmat Allah diperolehi

    Balas

  9. Mohd Ismail
    Jul 19, 2008 @ 09:00:33

    Assalamualaikum,
    Saya juga berminat dlm penternakan lintah ni dan sedang berjinak2 untuk menceburinya… Saya ada mengikuti perbincangan dengan rakan2 yang telah pun menceburi bidang ternakan lintah ini… Apa yang di fahamkan belut tadi dilepaskan hidup2 untuk santapan si lintah di dalam gelung jaring supaya ianya tidak dapat bergerak dan bertindak balas dari mencederakan lintah.. Persoalan saya, 1- Adakah dengan cara melepaskan belut dalam keadaan ini merupakan satu penyeksaan ke atas haiwan tersebut (belut) kerana ianya terseksa akibat dikerumuni lintah yang menghisap darahnya ? 2- Dari segi hukumnya pula, Apakah hukum dari sudut pandangan Islam apabila belut ini diperlakukan sebegitu ?

    IbnRajab: Terima kasih kepada anta yang sudi bertandang dan soalan yang baik. Apa yang ana boleh nyatakan di sini, 1. Kalau dinisbahkan kepada manusia, memang terseksa jika ada pihak menghisab darah sehingga mati. Kerana sebelum menemui ajal, kita akan merasa lemah selemah-lemahnya. Apakah belut ini merasakan seperti manusia itu wallahu aklam. Cuma daripada segi ihsan terhadap binatang, orang yang melakukan perbuatan itu tidak ada ihsan. 2. Kalau pasal hukum, sebagaimana yang ana tulis dalam artikel (berdasarkan kepada rujukan), hukum menternak lintah dan melakukan perniagaan berasaskannya adalah harus. Dengan sebab dan alasan sebagaimana telah dinyatakan. Kesimpulan ana (wallahu aklam), menyediakan belut untuk mengusahakan penternakan lintah secara komersial (bukan sengaja berniat untuk menyeksa belut semata-mata) dan kerana tidak ada makanan lain yang sesuai di samping berusaha mencari sumber makanan yang lain adalah harus.

    Balas

  10. faizan
    Jul 28, 2008 @ 20:13:37

    saya nak tahu disini ada sediakan krusus sekali ka…
    dan pasaran nya ada sekali ka….

    IbnRajab: setahu ana pengusaha belum adakan kursus, tapi blh call tanya dia, sbb ana skang sedang sambung belajar kat ukm bangi, lama tak jenguk. ttg pasaran dia memang ada sediakan. atau blh terus call or sms dia lah. no ada kat sini semua. thanks for coming my site. n minta maaf tak banyak membantu.

    Balas

  11. ihsan
    Ogo 18, 2008 @ 22:18:29

    ade tak cara suntikan untuk mempercepatkan tumbesaran lintah…

    IbnRajab: maaf, ana tak pasti tu

    Balas

  12. husni
    Ogo 19, 2008 @ 18:10:56

    assalamualaikum semua..
    nak tanya..ada x kat sini yang nak beli/jual
    lintah untuk area gua musang,kelantan..coz
    saya rancang nak bela kat sana..kalau ada
    sape2 yang tahu or ada..email kat sya di
    husninordin@yahoo.com….saya tgah nak
    survey market kat sana b4 start..
    kwn ustaz tu cover area kelantan x?
    terima kasih…wassalam

    IbnRajab: dia buat area Bachok, lbh spesifik kampung Kuala Melawi, Anak Rhu, Telong dan kawasan sekitar (berhampiran UMK-Bachok)

    Balas

  13. zul
    Ogo 22, 2008 @ 18:34:36

    Assalamualaikum..
    Berminat utk buat income tambahan secara santai? Modal rendah tp pulangannya ‘indah’. Seminggu berpotensi utk dpt RM900 ke atas. Anda yg tentukn income anda. Potensi balik modal dalam sebulan TERBUKTI!! Berlesen & sah dr hukum syarak.

    Nak tahu bagaimana?
    SMS saya yer…
    Zul/Klang( 012-2220158 )

    Balas

  14. master lintah
    Ogo 29, 2008 @ 11:04:37

    husni,

    sila hubungi saya untuk dapatkan bekalan induk / bernih lintah

    016-6239131

    Balas

  15. nazura
    Sep 08, 2008 @ 17:19:14

    salam….
    suami saya baru berjinak-jinak dalam ternakan lintah nie. kami telah membeli 20 ekor lintah dan kami tempatkan didalam tangki air. adakah kawasan yang luas menyebabkan lintah itu tidak bertelur? lagi satu jika sdah bertelur tempoh berapa lama pula dari kokun itu akan menjadi lintah. terima kasih.

    IbnRajab: ya ka. tp susah saya nak jawab soalan tu sbb bukan saya tak trlibat secara langsung dlm ternakan lintah. maaf

    Balas

  16. amirrazak
    Sep 18, 2008 @ 11:59:25

    akum…ana berminat untuk mengeluarkan modal…diharap boleh e-mail saya di kelibatazmir@yahoo.com atau call terus 0192282165. lokasi penternakan sepupu anta tu di mana ye??

    IbnRajab: lokasinya di Bachok, Kelantan. No saudara sudah saya fwd kepada tuan punya bisnes. tq

    Balas

  17. hadi
    Sep 26, 2008 @ 16:03:35

    saya baru nak mulakan ternakan lintah..
    berapa harga yang boleh tuan tawarkan untuk 6000 ekor induk dan dihantar ke pantai remis perak..harga di sini skitar RM 1.00 – RM 1.20. kalu dapat sy perlukan harga yang rendah sikit sebab kuantiti banyak..
    call saya 0127241019

    IbnRajab: ana dah fwd no saudara ni kpd pengusaha. jika saudara perlukan maklum balas segera harap berhubunglah dgn beliau. No beliau tlh ana sebutkan dlm artikel. TQ

    Balas

  18. salina
    Okt 27, 2008 @ 19:07:26

    assalamualaikum wrt…saya fresh gradute yang amat berminat dgn business lintah ini..saya cuba untuk mendapatkan penjelasan atau bengkel berkenaan projek lintah ini terlebih dahulu kerana saya begitu berminat untuk menceburi business ini…harap dapat bantu saya…
    terima kasih….

    IbnRajab: wa’alaikumussalam. minat yg baik dan ada peluang yg cerah insyaAllah. ana rasa saudari perlu berhubung terus dgn pengusaha menggunakan no tel yg tertera. tq!

    Balas

  19. adam
    Nov 02, 2008 @ 13:07:10

    A`salam,
    Saudar IbnRajab saya baru sahaja mengusahakan ternakan lintah dan apa yang menjadi masalah saya adalah pasaran kerna tidak tahu kemana hendak dijual,kalau-kalaulah saudara IbnRajab bule membantu saya dalam hal ini alangkah baiknya; dan saya bersedia menjadi vendor kepada mana-mana pihak pun dan segala hal yang berkaitan urusan pembelian,penjualan,keuntungan dan penghantaran saya sedia berbincang, harap saudara IbnRajab dapat membantu…

    e-mail:- adam16506@yahoo.com
    no tel: 0197260085
    lokasi: Johor bahru

    IbnRajab: insyaAllah, kalau ada ruang saya akan tolong.

    Balas

  20. adam
    Nov 03, 2008 @ 16:43:04

    Sepupu ana (Abe Wa) ada melakukan perusahaan ini. Beliau mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk sama-sama mengembangkan perniagaan dan sama-sama mengambil manfaat daripadanya. Perkongsian ataupun usahasama yang beliau tawarkan adalah seperti;
    1. Menjadi vendor (penternak di bawah seliaannya);
    2. Menyumbang modal (mengikut sistem islam iaitu Mudharabah);
    3. Menjadi agen pemasaran; dan apa sahaja bentuk usahasama (boleh dirunding)

    A`salam
    Terima kasih atas kesudian saudara IbnRajab kerana kesudian saudara untuk menolong saya, merujuk pada chapter di atas saya berminat untuk menjadi vendor kepada sepupu saudara (abe wa) jadi bagaimana cara saya dapat berhubung dengan beliau

    e-mail:- adam16506@yahoo.com
    no tel: 0197260085
    lokasi: Johor bahru

    IbnRajab: hs 019-7621122 rmh 09-7789413

    Balas

  21. Lintahcorner
    Nov 08, 2008 @ 17:52:12

    Assalamualaikum,
    Saya ada mengushakan penternakkan lintah, bermula dengan kolam tanak dan sekarang kolam kanvas.
    Kolam tanah mempunyai banyak masaalah jika dibandingkan dengan kolam kanvas sekarang ini.
    kami dikejutkan dengan kehadiran sejenis rumpai yang menyebabkan air berubah dan mengakibatkan lintah juga mati. rumpai tersebut terlalu cepat membiak walaupun pada mulanya tidak diendahkan langsung kerana ianya kecil tetapi akhirnya memakan diri dan lintah.

    Tapi sekarang dah faham dan jika ada pasti kena buang punya dan lintah kita orang pun membiak juga akhirnya.

    sekian.

    IbnRajab: maklumat dan perkongsian ilmu yg baik.. jazakumullah!

    Balas

  22. Medicineleech
    Dis 14, 2008 @ 20:45:32

    Assalamualaikum, saya menceburi bidang penternakan ini sejak bulan jun lalu.. alhamdulillah hasil agak memberansangkan. Cuma saya tidak berminat dengan konsep jualan kontrak kerana beliannya amatlah murah berbanding dengn saudara jual sendiri.. jadi pasal kokun tu saya buleh katakan kalau ada daratan maka adalah kokun.. maksudnya kalau lanntai diletak selut insyallah kokun akan ada

    IbnRajab: tq, maklumat yg baik

    Balas

  23. zainal
    Dis 25, 2008 @ 00:20:48

    kadang2 belut yg kita bagi untuk makanan lintah tu menggigit dan menelan lintah.bagaimana cara2 utk mengelakkannya?

    IbnRajab: biar belut2 tu telan lintah, sat lagi ia akan kenyang!

    Balas

  24. nawi
    Jan 04, 2009 @ 15:30:06

    salam…adakah saya boleh jadi syer patnr yang modalnya bawah seribu..dan bagaimana n siapa saya nak hubungii..ni no saya 0129417151

    IbnRajab: syer tlh mencukupi. mayb next time. Kalau ada ruang, ana akan info

    Balas

  25. iries
    Jan 21, 2009 @ 13:18:32

    sy berminat dgn perniagaan ni sila ctc sy melalui email sy.

    Balas

  26. iries
    Jan 21, 2009 @ 13:20:28

    sila hubungi sy
    iriestcute@yahoo.co.uk
    019 655 9644

    IbnRajab: ana tlh fwd alamat email sdr/i ini kpd pengusaha. jika mahu, blh rujuk no ctc beliau dlm artkel. tq

    Balas

  27. asfee
    Jan 25, 2009 @ 02:09:51

    as’kum saya dari jb mcmmane
    cara utk menjadi agen di jb

    IbnRajab: ctc pengusaha sdiri melalui no2 di atas. dia mmg ada line di johor (ana tak sure kat kaw mana). tq

    Balas

  28. abdul rashid bin abdul razak
    Jan 30, 2009 @ 10:29:01

    saya berminat utk ternak lintah di Negeri Sembilan
    No Tel 017-3312811

    IbnRajab: ok

    Balas

  29. apis
    Feb 04, 2009 @ 11:41:01

    saya berasal dari terengganu.saya berminat nak menternak lintah di terengganu.saya ingin tau adakah ada senarai para pembeli atau pemborong lintah disekitar kuala terengganu.selain itu adakah pemborong dari kelantan sanggup membelinya?

    Balas

  30. apis
    Feb 04, 2009 @ 16:26:44

    sila hubungi saya
    affiesz@yahoo.com.my
    019-9255673

    IbnRajab: ana tak tahu ttg pasaran skang, maaf sbb ana fokus study.. jika berminat, sila berhubung dgn pengusaha. tq

    Balas

  31. abdul rashid bin abdul razak
    Feb 05, 2009 @ 10:33:25

    bagaimana saya mahu hubungi pengusaha lintah di Negeri Sembilan
    Saya sungguh berminat untuk mengusahakannya.
    Harap sedia membantu.
    neokn52@live.com
    017-3312811

    Balas

  32. Ieda
    Feb 06, 2009 @ 20:47:00

    Sya ingin Mencari pembekal yang berminat untuk menjual benih lintah :
    – Panjang 1 inci
    = Harga 0.25- 0.28 sen seekor.
    JIka ada sila hubungi Ieda = 017-3041814

    Balas

  33. er
    Feb 12, 2009 @ 21:55:48

    saya dari muar johor, ingat mencari pembekal dari muar. 012-6750221

    Balas

  34. nasha d beauty n spa
    Mac 05, 2009 @ 11:56:49

    rawatan yang kami sedia adalah rawatan menggunakan lintah untuk penyakit
    gout
    resdung
    migrine
    meghilangkan jerawat batu
    dll
    alamat di pandan capital shooping complek kat pandan indah KL
    (Bawah Menara MPAJ)
    tel 016/2713419/0163647088 sem/nasha
    (Telah Terbukti Keberkesannya)

    Balas

  35. Faisal
    Apr 16, 2009 @ 09:08:35

    Assalamualaikum,
    Saya berminat utk menternak lintah di Sabak Bernam, Selangor. Siapa yg perlu saya hubungi. Modal saya tidaklah besar sangat.
    hp: 017-2021327
    pesszo@yahoo.com

    Balas

  36. TokeyLintah
    Mei 18, 2009 @ 22:19:19

    Kepada yang ingin menceburi bidang ternakan ini,kami juga membekal lintah kepada memerlukan dan
    kami juga menjual lintah ternakan kami kepada pemborong lintah dengan harga borong.

    Harga Setiap Saiz:

    1. Benih – RM0.25 sen Seekor
    2.Straw Vitagen – RM0.38 Sen Seekor
    3.Straw – RM0.65 Sen Seekor
    4.Induk – RM0.80sen Seekor
    5.Monopous – RM70/kg

    ( Harga Boleh Dirunding )
    Hubungi kami :
    019-9883156(Badrul)
    019-7530119(Haffiz)

    Balas

  37. shidi
    Mei 25, 2009 @ 16:46:44

    salam sejahtera saya berminat dengan projek ini untuk menjadi vendor di sarawak .Dapat kiranya tuan menerangkan bagaimana cara dan syarat2 yang di perlukan. tkasih

    Balas

  38. muslimah iman
    Jun 23, 2009 @ 10:03:31

    as salam mu a.laikum,
    bilakah masa yang sesuai lintah dibuat bekam? Lintah yang telah diberi makan, berapa lama baru boleh dibuat berbekam?
    Saya ada beli lintah untuk buat bekam,tapi lintah-lintah tu hanya bergolek-golek dan berlengkar-lengkar tak mahu menurut perintah
    menghisap darah. Beli yang mula tak pulak, letak terus ngap sampai kenyang, muntahkan dan hisap lagi. Tempat yang dibuat bukannya rempat yang sama. Anak-anak saya merengek-rengek minta buat buat bekam,tapi lintah ni merajuk ke? Ada juga yang hisap tapi kejap, dan ada yang hisap sikit muntahkan …apa kenanya.?
    Tolonglah jawab, dah banyak sangat email kat pengusaha lintah tapi
    tiada respon…..sampai email hisapdarah@yahoo.com…hanya email
    OOOOOOO aje..rupanya main-main.

    anamuslimah88@ymail.com 06-2686870

    Balas

  39. fairus
    Jun 25, 2009 @ 13:04:19

    bagaimana pasaran dikelantan.saya amat berminat dengan penternakan
    lintah ini.berapa modal yang diperlukan untuk permulaan perniagaan ini.bagaimana nak dapatkan benih lintah2 ni.boleh contact saya tak.
    0194366506

    Balas

  40. syahriman
    Jul 04, 2009 @ 14:31:43

    SALAM.saya sudah ternak lintah hampir 9 bulan tetapi saya tak tahu nak pasarkan di mana kerana masa menceburi bidang ini saya melalui sepupu saya. tetapi bila nak pasarkan macam -macam pulak alasan yang diberikan.sekarang lintah saya semakin bertambah.saya harap ibn rajab dapat membantu saya.tolong balas dengan segera.pertolongan anda amat diperlukan….

    IbnRajab: nampaknya perusahaan lintah ini sudah sampai ke era kejatuhannya. ana dimaklumkan byk pihak telah kerugian dan tidak meneruskan perusahaan lintah ini lagi termasuklah sepupu ana (abe Wa). Ana dengar perkara yg sama berlaku kpd ternakan cacing. wallahu aklam

    Balas

  41. JUNAIDI BIN YUSUF
    Jul 10, 2009 @ 16:41:12

    Saya amat berminat dgn ternakan lintah,Tapi saya tidak tahu bagaimana hendak bermula dan berapa anggaran modal yang di perlukan utk saya mulakan perniagaan seperti ini?

    Bagaimanakah cara saya mendapatkan benih benih lintah? Sekiranya dpt,boleh kah di hantar ke alamat dibawah ini dan berapa kah tambang nya?

    JUNAIDI BIN YUSUF
    LOT 1717 KPG LOPENG JLN RIAM 98000 MIRI SARAWAK.
    TEL : 012 870 5755

    IbnRajab: siapa yg berminat, blh ambil tindakan wajar

    Balas

  42. farid
    Jul 27, 2009 @ 14:37:35

    bagaimana ttg pasaran lintah di malaysia? saya tinggal di johor..apa pendapat tuan? cntc sy di email saya..

    IbnRajab: tiada pasaran stkt ini.. dulu pun pasaran utk pengusaha2 baru je.. kini dah ramai pengusaha. wallahu aklam

    Balas

  43. faizal
    Ogo 31, 2009 @ 00:55:22

    assalamualaikum….
    boleh dak tuan berikan no hp pembeli lintah di kelantan yg bernama zambri?

    Balas

  44. Nurul Aqilah kamaruddin
    Mac 21, 2013 @ 16:49:11

    Assalamualaikum.. saya nurul pelajar Universiti tempatan, saya berminat untuk membuat temujanji dengan Usahawan Lintah. Boleh saya dapat contact num. atau email untuk berhubung dengan pihak tuan?

    Balas

  45. mazlan
    Apr 29, 2013 @ 21:20:25

    Assalamualaikum….saya pun tengah cari lintah utk rawatan bekam lintah di klinik saya di Tanah merah….sesiapa yg boleh supply sila call saya ye…019-2262884.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: