Zikir

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Zikir adalah perkataan arab. Asalnya disebut zikrun. Ataupun al-Zikru. Masdar bagi feel zakara yazkuru yang bermaksud ‘sebut’ jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Maka zikir itu adalah sebutan. Sekiranya diperincikan lagi maknanya, zikir itu adalah sebutan dengan menggunakan lidah, bukan semata-mata lintasan ingatan yang terbit dalam hati. Kerana ia adalah sebutan. Tidak cukup sifat zikir kalau ia hanya dilakukan dengan hati. Maksud zikir yang kedua ialah menghadirkannya di dalam minda (zihnihi). Iaitu sebutan dengan lidah yang akan menerbitkan hadirnya (terbayang) zat sesuatu dalam minda. Maknanya jika kita sebut nama anak maka kita akan terbayangkan wajahnya atau kereta kesayangan. Tetapi jika ia dikaitkan dengan Allah SWT, maka mustahil zat Allah itu akan terbayang dalam minda, tetapi kekuasaan dan keagunganNya akan terjelma yang menjadikan kita semakin tunduk dan patuh serta taat kepadaNya.

Zikir adalah suatu istilah dalam agama Islam. Ia merujuk kepada beberapa lafaz yang tertentu yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai wasilah (cara atau jalan) menghadirkan ingatan manusia kepada Allah. Ia merupakan suatu sunnah Rasulullah SAW. Menyebutnya akan memberikan kita bukan sahaja satu pahala tetapi banyak. Pahala mengikut sunnah, pahala memuliakan lafaz zikir yang Allah ajarkan, pahala ingat kepada Allah dan kebesaranNya, pahala yang sengaja disediakan oleh Allah seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah kepada anaknya Fatimah al-Zahra “Tiga perkataan yang ringan pada lidah tetapi sangat berat pada timbangan (neraca Allah pada hari akhirat) iaitu Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar”.

Rujukan
Sekiranya kita merujuk kepada hadith-hadith tinggalan Rasulullah, sangat banyak berkenaan dengan fadhilat zikir ini, ia seperti apa yang dikhabarkan oleh Abu Hurairah r.a “bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, ALLAH SWT berfirman: Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari”

Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya r.a. “Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: “Apakah itu Ya Rasulullah?” Sabdanya:”Zikrullah.”

Abu Musa r.a memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perbandingan oarang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang telah mati.” Yakni hatinya telah mati.

Ma’thurat
Al-ma’thurat adalah satu istilah kepada himpunan zikir-zikir yang sanadnya sampai kepada Rasulullah. Maksudnya, zikir tersebut telah diriwayatkan oleh para alim ulama daripada para sahabat bahawa ia adalan amalan atau saranan daripada Rasulullah SAW sendiri. Ada juga orang berzikir dengan bacaan atau lafaz-lafaz yang diperturunkan (tarikat) oleh guru-guru mereka. Bacaan yang sama juga, yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith. Cuma sekiranya sesuatu perkataan yang dianggap zikir itu tidak warid (diajarkan atau disarankan) oleh Rasulullah, ditakuti kita mencipta perkara baru (bid’ah) dalam beribadat (khusus). Zikir adalah ibadah khusus yang berkaitan dengan Allah secara langsung. Dalam hal yang demikian, setiap perkataan atau perbuatan itu perlu berlandaskan sumber yang betul iaitu al-Quran dan Hadith.

Realiti
Hari ini kita dapati susah betul mencuri masa untuk berzikir. Apatah lagi kalau kita solat secara bersendirian di rumah. Sedangkan di masjid sekalipun kita selalu bangkit awal untuk pulang dan meneruskan kerja-kerja yang lebih sedikit pahalanya berbanding zikir seperti menonton televisyen, berbual kosong hatta tidur sekalipun. Samentelah kalau kerja maksiat!

Kita sudah tidak ingat lagi seruan Rasulullah yang mengajak kita selalu membasahi lidah dengan zikrullah. Paling tidak sebutan subhanallah, al-hamdulillah dan Allahu akbar sebanyak 33 kali setiap satunya selepas setiap solat fardhu. Kita juga tidak mengajarkannya kepada anak dan isteri. Kita lebih tertarik kepada perkara-perkara lain yang lebih promosinya. Promosi melalui kaca TV, dan promosi yang kita suka.

Back
Marilah kita mulakan semula (seruan pada diri ana sendiri). Marilah kita berdoa agar Allah membantu kita dalam usaha kita menghasilkan insan (diri kita) yang terbaik yang memiliki amalan terbaik (ahsanu amalan: al-Mulk,2) dengan selalu kita mengamalkan doa di atas yang diajarkan sendiri oleh Bafinda Rasulullah SAW. Maksudnya “Ya Allah, bantulah kami untuk mengingatiMu, untuk bersyukur kepadaMu, dan untuk memperelokkan amalan ibadahku kepadaMu”.

Sekian, mohon maaf atas kekurangan, wassalam.

About these ads

10 Komen (+add yours?)

  1. Ayahanda
    Dis 17, 2008 @ 12:10:57

    Salam ustaz…

    saya pernah terdengar dan terbaca tentang satu doa atau zikir yang dikatakan juga dari Al-Quran sendiri dan disampaikan oleh Rasulullah kepada Usman.. iaitu zikir Pembuka Khazanah langit dan Bumi… buleh ustaz ulas ..

    IbnRajab: time kasih Ayahanda sudi singgah, utk ulas ana perlu lihat matan (isi) zikir itu. tq

    Balas

  2. Ayahanda
    Dis 23, 2008 @ 12:24:15

    Ni yang saya copy dari satu laman web…
    tolong ya ustaz, ikut bacaan tu nampak tak melencong, cuma takut benda lain yang tersembunyi …

    Ini zikirnya dan dalam tulisan melayu kita..

    Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi
    La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar.
    Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
    Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu
    Wal-Awwalu wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu
    Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl la yamutu
    Bi-yadihil-khayr wa huwa ‘ala kulli shay’in Qadir.

    Ertinya:

    Tiada yang disembah melainkan Allah
    Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
    Segala Puji Bagi Allah
    Aku memohon Ampun kepada Allah
    Tiada yang patut disembah melainkan Dia
    Dia yang awal Dia yang akhir
    Dia yang zahir Dia yang bathin
    Yang menghidupkan Yang mematikan
    Dia yang hidup tanpa mati
    Pada-Nya segala kebaikan
    Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu.

    Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : “Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
    Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni
    Kedua : terlepas daripada siksaan neraka
    Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan
    Keempat : dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat
    Kelima : dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.
    Keenam : dia di beri pahala seperti membaca seluruh Al-Qur’an, Zabur, Taurat dan Injil
    Ketujuh : sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga
    Kelapan, dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga
    Kesembilan, dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan
    Kesepuluh : permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

    IbnRajab: maaf ayahanda, ana tak perasan msg ni. tentang zikir tu, pada pendapat ana tak jadi masalah kalau nak amal. cuma ada beberapa typing error sahaja. biasalah bila teks arab ditulis rumi. berkenaan hikmah2 dan fadilat2 yg disenaraikan itu, terserah lah kepada Allah. Cukuplah seorang hamba mengharapkan Allah semata-mata. InsyaAllah, Allah akan memberikan ganjaran yang terbaik kpd hamba2Nya yang ikhlas. InsyaAllah

    Balas

  3. hafify
    Jan 05, 2009 @ 15:17:15

    assalamualaikum…

    Balas

  4. hafify
    Jan 05, 2009 @ 15:19:50

    assalamualaikum…

    ustaz, apakah zikir yang paling mustajab utk tenang hati, dipelihara drpd sifat marah, dikurniakan kesabaran tertinggi & keredhaan Allah.

    terima kasih sangat2…
    afi 019-6538030

    IbnRajab: wa’alaikumussalam wbt. biasanya utk tenang hati ana baca surah quraish.. (li ila..) baca surah al-Insyirah (Alam nashrah…) cuba amal, insyaAllah..

    Balas

  5. Trackback: Zikir 33 kali « IbnRajab Online
  6. nathirah
    Mac 21, 2009 @ 17:45:28

    assalamualaikum ustaz, macammana nak baca zikir fatimah? saya sudah tanya berberapa org tetapi tak ramai yang tahu. dan apakah hikmah membacanya? terima kasih.

    IbnRajab: sila baca tulisan ana kot ada jawapan dlm tu

    Balas

  7. rozie
    Jan 04, 2010 @ 19:26:44

    Ustaz,

    Saya dahului dengan as’salam muaikum dan terima kasih kerana mempamirkan zikir kunci pembuka khazanah langit dan bumi.
    Sekian lama saya mencari hari ini 4/01/09 saya temui. Juga begitu boleh ke saya dapat dalam zikir tersebut dalam bahasa jawi (Bukan tak percaya penulisan dalam bahasa kita cuma elok jika boleh dapat kedua-duanya).

    Sekian

    Terima kasih

    IR: w’salam. ini ana cuba tuliskan semula. wallahu aklam
    لا إله إلا الله والله أكبر
    وسبحان الله والحمد لله
    وأستغفر الله الذي لا إله إلا هو
    هو الأول والآخر والظاهر والباطن
    يحيي ويميت وهو حي لا يموت
    بيده الخير وهو على كل شيء قدير

    Balas

  8. scha
    Jan 11, 2013 @ 13:53:22

    assalamualaikum….ustaz….saya adalah mangsa manusia yang tak pernah puas melihat saya berjaya….boleh tak ustaz bg ayat yang boleh saya praktikkan setiap hari untuk berniagaterima kasih ustaz

    Balas

  9. ibnrajab
    Jan 11, 2013 @ 18:32:56

    Yg paling mujarab adalah sedaya upaya taat kpd Allah, insyaAllah, tiada manusia dpt mmberi bekas kpd kita bila Allah menjadi pelindung, selain itu, blh amalkn la haula wala quwwata illa billah d samping bacaan surah alwaqiah tiap mlm dn solat sunat dhuha.. Tp, kalau yg fardhu2 tu tinggal cth solat dan zakat, aurat x jaga… Doa apa pn Allah x terima.. Wallahu aklam

    Balas

  10. mama wana
    Feb 11, 2014 @ 00:28:43

    assalamualaikum ustaz, satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

    terima kasih ustaz

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: