Yaasin 41

Bismillahirrahmanirrahim, wa bihi nastaien

Terdahulu ana cuba ketengahkan cara bacaan Yaasin 7 Mubien. Hari ini ana ingin panjangkan pula ilmu guru ana tentang Yaasin ini. Katanya, jika ia dibaca cara 41 (usaha dengan izin Allah jua) akan dapat mengelakkan kecelakaan dan bala daripada menimpa kita. Ilmu ini pun diperturunkan oleh ulama juga. Bolehlah dirujuk kitab abwabu al-faraju yang dikarang oleh Dr Muhammad Alwi ataupun kitab-kitab yang membicarakan tentang kelebihan surah-surah al-Quran. Cuma walau apa pun kita perlu insaf bahawa, di dunia ini kita hanya berikhtiar, yang mengkabulkannya (memujarabkan) adalah Allah SWT jua. Dan di dalam surah Yaasin itu sendiri Allah tegaskan bahawa: Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, dengan berkata padanya “kun” maka ia pasti akan berlaku.

Manfaatnya
Kata guru ana, jika orang bujang selalu baca (amalkan) Yaasin 41 ini, mudah dapat jodoh yang baik. Suami pula akan berjaya dalam pengurusan rumah tangganya. Isteri akan menjadi mudah taat pada suami. Ibubapa senang menangani karenah (kenakalan) anak-anak. InsyaAllah, anak tidak akan buat kabair (dosa besar).

Penyediaanya
Paling baik jika ia dibacakan ke atas air zam-zam dan dijadikan minuman sekeluarga setiap hari. Air zam-zam yang dibacakan pula ayat-ayat suci al-Quran itu sememangnya mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik. Kerana unsur utama badan manusia merupakan air, jadi tidak dinafikan air yang suci mampu membentuk dan mengubah ke arah kebaikan. Juga ia dapat mengelakkan diri daripada terkena musibah batin seperti penyakit, sihir dan sebagainya. InsyaAllah.

Jadi demi kebaikan bersama, ana perturunkan ilmu bacaan Yaasin 41 ini.

1. Sebelum memulakan bacaan Yaasin, elok dimulakan dengan Isti’azah, Basmalah, kemudian surah al-Fatihah dan disusuli pula selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 11 kali.
2. Baca ayat pertama surah Yaasin 7 Kali.
3. Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat 38, ulang akhir ayat tersebut yang bermula dengan “zaalika taqdiru..” 14 kali.
4. Teruskan bacaan sehingga ayat 58 dan ulang sebanyak 16 kali.
5. Akhirnya apabila sampai ayat 81, ulanginya sebanyak 4 kali.

Semua sekali ayat-ayat yang diulang itu berjumlah 41 kali (7+14+16+4).

Sesudah itu, ambillah air zam-zam tadi, kemudian bacakanlah pula doa. Luahkanlah hasrat hati anda yang ikhlas itu samada untuk suami, isteri, calon suami atau isteri, untuk kesihatan (ubat) ibu bapa, anak-anak, pelajar dan sebagainya.

Sekian, semoga tulisan ini mendapat berkat dan manfaat kita bersama terutama kepada tuan guru ana, mereka yang memanjangkan ilmunya ini serta seluruh kaum muslimin dan muslimat sekalian. Wallahu aklam.

p/s: Air zam-zam kini boleh diperolehi di kedai-kedai yang menjual produk-produk agama seperti buku-buku agama, buah-buahan keluaran Arab seperti kurma, tien dan sebagainya. Kalau di Kelantan, kedai ‘Jaafar Rawas’ di Kota Bharu pun boleh didapati air zam-zam ini.

About these ads

8 Komen (+add yours?)

  1. cedey
    Ogo 27, 2008 @ 19:22:08

    salam ambang ramadhan akhi.. ana nak mitok nombo talipon ust pa atau rakan2 penysrah ipkb.. nok tanyo lagu mano result ana.. saing so skoloh ana bulih doh.. hok ana senyap jah lagi.. puah nok jawab cikgu2 skoloh tanyo bilo nok gi..

    IbnRajab: Ahlan akhi. Syukran. Ramadhan Kariem. Anta mohon pensyarah IPKB ka? no tel ust Pa: 019 9828 313. Tak taulah kot2 dia dah guna no lain. Selamat maju jaya akhi!

    Balas

  2. cedey
    Ogo 27, 2008 @ 22:05:37

    syukran akhi.. anta ado kebo? bulih tulun ana .. saing ana dapat doh tapi dia paka kebo saing2 pensyarah hok bukan pengajian islam.. bm

    IbnRajab: kebo manusia ana tak ada akhi, tapi kebo ana adalah doa agar anta berjaya. Jika ada rezeki, insyaAllah.

    Balas

  3. musafir sufi
    Ogo 28, 2008 @ 11:23:53

    tak larat weh nak amal yasin 41 ni….letih jelir..ada qaedah lain….

    IbnRajab: hehe.. sian ust letih keja ke? hmm.. sabar ust.. kaedah lain, ana amal 3 qul sblm tidur

    Balas

  4. Nubuwuah
    Dis 08, 2009 @ 15:42:51

    assalamualaikum ustz,

    nak tanya… apakan yassin 41 ini boleh digunakan untuk merawat pesakit?

    terima kasih

    Balas

  5. Nubuwuah
    Dis 08, 2009 @ 15:45:19

    assalamualaikum ustz

    izinkan saya mengamalkan nya..

    terima kasih

    IR: w’salam. ayat2 al-Quran termasuklah surah Yaasin blh digunakan utk tujuan perubatan yg mengubati penyakit zahir dan batin manusia, InsyaAllah. Cara bacaan Yaasin 41 juga diriwayatkan amalannya oleh ulama. amalkanlah sbg wasilah. Hanya Allah SWT yg Maha berkuasa memberi manfaat dan mudharat. wallahu aklam.

    Balas

  6. Roslan
    Ogo 18, 2011 @ 03:45:05

    Assalamualaikum ustaz. banyak dah saya baca dari buku,blog dan cerita berkenaan perubatan islam (guna ayat al-quran sepenuhnya) dan perubatan melayu ( campur aduk ayat quran dan mentera). Dulu semasa allahyarham datok saya masih hidup pernah cuba cuba nak belajar darinya tentang perubatan cara ini tapi tak sampai kemana kerana faktor usia dan tiada kesungguhan.bila dah masuk usia warga emas ini teringin nak belajar dan mengamalkan semula kerana sebab tertentu.Boleh ke belajar dan diijazahkan melalui buku atau online kerana menuntut ilmu mesti berguru dengan sesorang yang arif tentangnya secara berhadapan ( pendapat peribadi dan nasihat dari orang yang tahu/faham).Kalau boleh saya minta penjelasan sebab saya tak berapa faham .Maaf kalau yang saya tanyakan tidak ustaz senangi

    Balas

  7. Nur Kasih
    Jun 10, 2012 @ 11:54:56

    oh…cmtu…nnti nk cuba..huhu..tq for the informtn….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: