Proposal disertasi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat ke hadrat Allah. Dengan izin dan pertolongan serta kemudahan yang Allah sediakan, hari ini berjaya juga ana submit proposal disertasi ke Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM, untuk dinilai. Semoga ia diluluskan. Orang kata, kalau tajuk proposal diluluskan, maka separuh daripada kerja membuat disertasi telahpun siap.

Di kesempatan ini, ana ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pemurnian proposal ana tersebut sehingga ia berjaya dicetak seperti seadanya hari ini. Banyak tenaga telah dicurahkan oleh beberapa orang pensyarah Jabatan Bahasa Arab, UKM dalam membaca dan memberi tunjuk ajar yang patut ke atasnya. Rakan-rakan seperjuangan juga tidak jemu-jemu memberikan komen yang membina. Juga semangat serta sokongan moral ahli keluarga bermula isteri tercinta, kedua ibu dan bapa, adik beradik dan lain-lain.

Doa ana semoga Allah SWT terus mempermudahkan hambaNya ini di dalam perjalanan menuju kajian yang serba kerdil ini. Harapan juga kepada rakan-rakan yang sentiasa berkunjung ke laman ini agar sentiasa mendoakan kejayaan ana yang baru di permulaan langkah ini, dan kita semua dalam setiap bidang dan lapangan yang diceburi. Sesungguhnya setiap manisnya kejayaan itu dimulakan dengan pahitnya pengorbanan yang diiringi keberkatan kurniaan Allah SWT.

Alhamdulillah, wa Allahu aklam.

About these ads

1 Komen (+add yours?)

  1. sikinisma
    Nov 18, 2008 @ 16:09:21

    tahniah..moga dipermudahkan segala urusan…Amin !

    IbnRajab: insyaAllah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: