Proposal oh proposal

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Melalui perbualan telifon dengan pegawai yang berkenaan di Jabatan Arab dan Tamadun Islam (JATI) UKM, beliau memaklumkan bahawa proposal tesis ana telahpun mendapat kelulusan pihak jabatan untuk kajian penyelidikan. Ana rasa syukur sangat dan tak sabar untuk memulakan kajian. Harap perasaan yang berkobar-kobar ini akan berterusan sehingga ke saat kelahiran sebuah tesis tersebut dengan jayanya.

Dewasa ini, tidak ramai pelajar di peringkat sarjana atau PhD sekalipun yang berminat melakukan kajian membawa nama al-Quran. Mereka lebih suka dan diterujakan dengan kajian-kajian yang berbentuk lapangan. Kononnya itu lebih realiti ke arah penyelesaian masalah. Bagi ana, biarlah apa pun orang nak kata, kajian yang meletakkan asasnya adalah al-Quran itu lebih penting dan hasilnya kelak lebih manis dan menambah iman sebagaimana kata Syed Qutb “Hidup di bawah naungan al-Quran itu nikmat, suatu nikmat yang tidak akan dirasai kecuali oleh mereka yang pernah merasainya”

Menyahut cabaran tersebutlah maka ana memilih tajuk tesis: Penggunaan Shāhid al-Qurān Dalam Kitab Sharh Ibn cAqīl dan Sharh Qatr al-Nadā Wa Ball Al-Sadā : Bab Marfucāt Satu Kajian Perbandingan sebagai tajuk kajian ana. Semoga Allah mempermudahkannya bagi ana. Seterusnya menjadikan impian dan matlamat ana melakukan kajian ini suatu kenyataan yang akan menyerlahkan fakta bahawa kajian yang berasaskan al-Quran itu wajar mendapat prioriti utama terutama sarjana Islam yang mengkaji ilmu bahasa Arab.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan ana. Walaupun perjalanan ana di dalam pengajian ini masih terlalu panjang, tetapi langkah pertama ini perlu jua disyukuri. Allah telah berfirman, sekiranya kamu syukur, nescaya aku tambahkan lagi nikmat kepadamu. Itulah harapan ana semoga nikmat-nikmat dalam perjalanan menyiapkan tesis ini dan seterusnya mendapat kelulusan daripada pengajian ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Mengetahui dan Maha Pengasih lagi Penyayang itu.

Teruskan mendoakan kejayaan kita semua. In Sya Allah.. wassalam

p/s: berkat doa rakan-rakan dan restu ikhlas orang tua, hr ni ana dpt result sem baru ni yang agak cemerlang walaupun ramai yg tohmah ana bukan budak library, kerana asyik ulang alik jaga orang tua. syukur sangat.

About these ads

2 Komen (+add yours?)

  1. HALIMAH
    Dis 18, 2008 @ 11:32:01

    salam ya utz..alhamdulillah dpt jua sy view blog utz..wah comel2 ank utz..em..quite tough juga yer perjuangn utz ..p bgus cz sy pun sedar akn kewajipan kita apatah g sebagai pelajar yg beragama islam dan mmg lahirnya d beri nikmat islam sepatutnya menjadikan al-quran sebagai rujukan utama..tahniah akan perjuang utz walau pun still in early stage..if da pa2 yg nak d share ble je..semoga utz terus mantap dalm kerja ibadah n istiqamah dlm kebaikan..wslm utz..

    IbnRajab: ye ka, tq

    Balas

  2. uday mu'tah
    Apr 08, 2012 @ 21:56:09

    salam ustaz dan salam perkenalan…..

    tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat sarjana di UKM…ana nak tanya ustaz, adakah pihak jabatan akan menghubungi kita melalui telefon apabila proposal disertasi diluluskan ataupun hanya meletakkan surat kelulusan di kaunter pejabat ?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: