Tambang percuma kakitangan awam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Berkuatkuasa 1 Januari 2009 ini, Kerajaan Malaysia telah bersetuju memberi kemudahan tambang percuma (kapal terbang) pergi dan balik kepada pegawainya yang bertugas di luar wilayah asalnya sekali dalam setahun (sebelum ini sekali dalam dua tahun). Wilayah-wilayah tersebut adalah semenanjung, sabah, sarawak dan labuan.

Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, maka setiap pegawai (dan keluarganya) boleh lah balik mengunjungi orang tua mereka masing-masing setahun sekali. Kalau sebelum ini, pegawai yang berkeluarga dan isterinya tidak bekerja hanya menikmati kemudahan ini sekali dalam dua tahun. Tersiksa juga kalau nak balik tiap-tiap tahun. Terpaksalah beli tiket AirAsia yang termurah dan kena buat pembayaran awal.

Kadang-kadang bulan Januari dah beli tiket untuk balik kampung pada akhir November. Kalau ada apa-apa (isteri nak bersalin ke, kena jaga exam spm ke, emergency ke dll) maka tiket tu akan burn (lesap) kerana perjalanan dibatalkan. Jadi kadang-kadang bagi mengelakkan duit lesap begitu sahaja, maka belilah tiket akhir-akhir masa, dah nak balik baru beli. Risikonya, harga tiket dah mahal.

Kini, dengan kemudahan yang ada, dapatlah pegawai dan keluarganya (walaupun anak-anak ramai) balik berkunjung ke kampung halaman dengan hati yang (sedikit/lebih) tenang kerana duit yang kebiasaan dihabiskan untuk joli beli tiket dapat disumbangkan untuk kebajikan di kampung (samada untuk ziarah, buat majlis kesyukuran, bagi duit raya dan sebagainya).

Syukur sangat lah kepada yang Maha Esa. Rezeki ini daripadaNya. Dan terima kasih kepada pihak (di pejabat/jabatan kerajaan khususnya di JPA) yang bertungkus lumus membuat semakan dan kajian kepada pekeliling tambang sedia ada sehingga perubahan ini dilakukan. Tanpa sokongan anda nescaya perkara ini tidak difahami atau jauh sekali akan berlaku.

Ada juga ana dengar rungutan daripada rakan-rakan yang dah biasa senang. Maksud ana yang suami isterinya kerja kerajaan. Mereka dah biasa balik setahun sekali. Mereka tak pernah rasa beli tiket dengan duit sendiri. Mereka kata pekeliling ini hanya menguntungkan orang-orang bujang dan pegawai yang isterinya tak bekerja kerajaan. Sungguh tak bersyukur mereka ini pada ana. Sepatutnya mereka lebih positif dan berkata “alhamdulillah, sekarang dengan kemudahan yang ada, dapatlah rakan-rakan kita yang anaknya ramai, yang sorang sahaja kerja dengan kerajaan, yang selama ini banyak habis duit beli tiket untuk sama-sama balik kampung”. Sebenarnya, dengan berkuatkuasanya pekeliling ini dan keputusan kerajaan, mereka tak rugi apa pun. Tetap dapat balik sekali setahun juga. Walau mereka beranak seramai 18 orang.

Kerajaan sebenarnya memang bijak menguruskan kebajikan pekerja-pekerjanya. Yang tak bijak adalah mereka yang membuat penilaian. Ada kah menilai untung rugi. Pada ana, dengan berkuatkuasanya apa-apa pekeliling berkenaan kebajikan pekerja awam, tidak ada orang (pegawai) yang rugi. Cuma mungkin yang ada hanyalah rakan-rakan yang lain dapat nikmat yang (hampir) sama. Itu sahaja. Janganlah kerana rakan pun boleh tiket tiap tahun, sedangkan mereka kerja sorang, maka mereka yang kerja berdua itu rasa rugi. Tak logik langsung berfikiran begini. Inilah pemikiran kelas ketiga! Selalu ingin mencari yang negatif dan tak pandai mempositifkan keadaan.

Ini adalah komen peribadi ana, mungkin orang lain ada komennya yang tersendiri.

Sekian, wassalam.

p/s: bagi rakan-rakan yang inginkan salinan pekeliling tersebut bolehlah melayari laman web JPA atau klik sahaja untuk muat turun.

About these ads

20 Komen (+add yours?)

  1. mohd fauzi
    Jan 06, 2009 @ 21:13:40

    Assalamualaikum,
    Saya tertarik dengan tajuk ini dan ada sedikit persoalan. Macamana dengan saya yang sambung pengajian di Semenanjung, tetapi keluarga masih di Sarawak, dapatkah kemudahan tambang mengunjungi wilayah ini. Kerani IPS kata, tak layak (tak tau pekeliling mana yang di pakainya). Ni yang jadi musykil ni…..terima kasih

    IbnRajab: pendapat ana, kalau tuan dah dpt tiket balik belajar, maka tak layak lagi tambang percuma sehingga tuan kembali semula bertugas. isteri tuan tak leh claim utk suami sbb suaminya mmg sedang cuti belajar di wilayah asal. wallahu aklam

    Balas

    • ary
      Jun 16, 2011 @ 13:08:00

      kan bagus, kalau org sabah yang bertugas di sabah, juga dpt merasa tambang percuma ke semenanjung. mcm dulu2. tak dpt setahun sekali… 2/3 tahun sekali pun jadilah. ni cian org sbh. nak-nak yang ramai anaknya. nak ke kl pun susah.minta2 nanti adalah dikaji semula sistem tambang percuma ni.
      ary.

      Balas

  2. LINDA WATI BT ABDUL AZIZ
    Jan 29, 2009 @ 13:28:25

    Askm..saya dah suami bertugas di bawah jabatan yang sama iaitu Jabatan Pelajaran Sabah. Soalan saya, adakah kami berdua layak mendapat kemudahan Tambang Percuma setiap tahun?

    IbnRajab: setiap pegawai kerajaan (x kira jabtan apa) layak. cuma utk claim family, seorg shj layak.

    Balas

  3. mimi
    Feb 07, 2009 @ 17:52:25

    bibik kita termasuk ke dlm tambang free?

    IbnRajab: rasanya tak, kecuali transfer

    Balas

  4. Gegirl 07
    Mac 06, 2009 @ 12:59:40

    layak ka setiap pegawai diberi tambang percuma untuk mengunjungi semenanjung.

    IbnRajab: pegawai yang bertugas diluar wilayah asalnya layak

    Balas

  5. GL
    Mac 06, 2009 @ 17:39:57

    Askm… saya bertugas di Jabatan Pelajaran Daerah, Tawau sebagai guru , & berasal dari Tawau, Sabah. Adakah saya layak mendapat kemudahan Tambang Percuma untuk melawati Semenanjung Malaysia.

    IbnRajab: tak layak kerana kemudahan trsbut disediakan kpd pegawai yang bertugas di luar wilayah asalnya sahaja

    Balas

  6. haszmir hassan
    Mac 23, 2009 @ 22:50:29

    akum ada tak pekeliling untuk tambang tiket percuma untuk guru-guru sabah dan sarawak yang sudah berkhidmat 10 tahun ke atas

    IbnRajab: w’salam. maaf, ana tak pasti, blh try cari di laman JPA. tq

    Balas

  7. suha79
    Apr 12, 2009 @ 21:29:41

    salam..mcm mana dengan pegawai yang berasal dari labuan dan bertugas di sabah , sama ada dapat atau tidak tambang percuma ?

    IR: kalau labuan tu bukan dlm wilayah sabah insyaAllah dapat

    Balas

  8. hidayah
    Jul 20, 2009 @ 16:44:20

    assalamualaikum.saya dh 2 thn kerja.tapi,baru nak pergi temuduga spp.saya berasal dari sarawak.anak2 dan suami semenanjung.boleh ke mohon tiket ni kalau belum dilantik ke gred DG29? saya tak pernah pun minta sebelum ni

    IR: w’salam. tiket pertama selepas diposting adalah slps 9 bulan berkhidmat

    Balas

  9. nai
    Dis 10, 2009 @ 16:59:26

    salam…kalu suami bekerja di bawah jabatan separuh kerajaan,layak kah dapat tambang percuma ?

    IR: w’salam. bergantung kepada penerimaan dan pemakaian pekeliling oleh jabatan berkenaan. blh download pekeliling ini utk pasti.

    Balas

  10. Sadiah binti Luyar
    Sep 23, 2010 @ 21:58:33

    Adakah tambang percuma utk kes2 kecemasan kematian, sakit tenat dsbnya selain tiket tambang percuma sekali setahun?

    Balas

  11. Bar69
    Okt 20, 2010 @ 11:22:29

    Ada org cakap, tambang percuma ni akan ditolak semasa pengiraan gratuiti. Betul ke ?

    IR: tu mesti org yg x lulus ptk yg cakap..

    Balas

  12. amer bin marzuki
    Dis 11, 2010 @ 10:17:40

    Assalamualaikum,
    Saya ingin mendapatkan kepastian adakah kelayakan tambang percuma tahun semasa dianggap lupus kerana dikatakan lewat menghantar borang permohonan?(bertugas di Sabah berasal semenanjung) Jika benar,ada/apakah caranya untuk saya lakukan bagi mendapatkan hak tambang percuma tahun semasa (2010) ini?Samada di JPN @ kementerian ? Cadangan-kemudahan tambang percuma dibayar secara tunai seperti EPW. Ramai yg. alami kerugian seprti saya kerana pelbagai masalah tak diduga.Sekian.

    Balas

    • amer
      Dis 19, 2010 @ 19:03:10

      Harap ada rakan yang senasib dan berkongsi pendapat dalam maslah ini.

      IR: dah lambat mmg x dpt la. tambang ni kemudahan, bukan hak spt gaji.. mcm tawaran sambung belajar, jika isi borang lambat lepas tarikh tutup, nak claim kat sapa?

      Balas

  13. kodong
    Jun 29, 2011 @ 08:52:54

    kerani tempat saya tak tahu la pasal hal ni…dia cakap nak kena telefon sendiri Cawangan khidmat awam.permohonan untuk kemudahan ni nak di ajukan kepada siapa sebenarnya.??
    kerani gaji?
    ketua jabatan>?
    kementerian?

    Balas

  14. Noorhaida Mamat
    Mac 13, 2012 @ 15:13:57

    askum… jika isteri kkitgn berasal dr smnjung…suami berasal dr sabah.blh ke dpt tiket free ni???

    Balas

  15. Fauziah Johari
    Jul 07, 2012 @ 11:21:56

    Salam…
    Jika kedua ibu bapa berasal dari semenanjung dan anak lahir di sabah,maka boleh tak anak tersebut dapat tambang percuma balik ke sabah?

    Balas

  16. mia
    Ogo 31, 2012 @ 16:36:32

    salam,
    saya inginkan kepastian, bagaimana pula tambang percuma yang disediakan tidak sampai ke wilayah asal sbb naik 2 penerbangan..thn2 sblm ni dpt tp skrng dah tk dpt..knpa?

    Balas

  17. JOE
    Okt 16, 2012 @ 11:39:52

    SALAM…LAYAK KA JIKA DR KUCHING TRANSIT DI KL,KE SANDAKAN….KERANA,FLIGHT KE KK DR KUCHING HANYA PAGI DAN PTG SHJ…UNTUK JMAT MASA…WILAYAH ASAL SNDAKAN,BEKERJA DI SARAWAK…BLH KE???

    Balas

  18. Adyputra
    Okt 23, 2012 @ 20:21:57

    Salam, klu suami ( polis/asal sabah ) bertugas d kl , dan isteri ( guru/asal sabah ) bertugas d sabah, ada tak kemudahan tambang percuma untuk isteri dan anak melawat suami d kl ?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: