Qunut Nazilah

 

Qunut Nazilah

Bismillahirrahmanirrahim

Bersempena peristiwa dahsyat yang menimpa umat Islam hari ini di bumi Palestin secara khususnya, kita umat Islam di serata dunia adalah disunatkan (mengikut hadith-hadith sahih daripada Rasulullah SAW) ketika ini bagi melafazkan qunut nazilah pada setiap solat (jamaah) fardhu yang lima. Kalau kita jadi imam. Manakala setiap makmum pula perlulah mengaminkannya.

Qunut adalah perkataan Arab yang bererti ‘taat dan khusyuk kepada Allah’. Ia adalah satu istilah kepada perbuatan Rasulullah SAW yang mengangkat tangan berdoa selepas bangkit daripada rukuk rakaat yang terakhir. Qunut yang warid (bersumberkan amalan) daripada Rasulullah adalah seperti qunut solat witir dan qunut nazilah.

Nazilah adalah perkataan Arab berasal daripada kata ‘nazala’ bermaksud turun atau timpa. Ia bererti ‘suatu kesusahan, suasana genting, bencana yang menimpa manusia pada satu-satu masa’. Qunut nazilah yang dibacakan oleh Nabi adalah bersempena peristiwa peperangan Ahzab, peristiwa pembunuhan beramai-ramai para huffaz (penghafaz al-Quran) oleh kabilah Ri’l, Dzakwan dan ‘Ushayyah dan juga bagi memohon keselamatan beberapa sabahat baginda (spt Salamah Ibn Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah dll) serta kaum muslimin yang ditindas.

Rasulullah SAW pernah mengamalkan qunut nazilah selama sebulan tanpa henti. Perkara ini tidaklah bermaksud menghadkan bacaan qunut tersebut selama itu tetapi ia sunat dibaca mengikut lama masa umat Islam berkekalan dalam sesuatu bencana. Kerana Rasulullah SAW menghentikan bacaan qunut tersebut setelah tawanan perang dibebaskan atau mad’u (mereka yang didakwahkan) itu memeluk Islam dan bertaubat.

Hadith imam Bukhari meriwayatkan Nabi melakukan qunut nazilah pada setiap solat Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya manakala imam Ahmad dan Abi Daud meriwayatkan Nabi membacanya pada solat Asar juga. Terpulanglah kepada kita. Cuma paling kurang pun, marilah membaca qunut ini sekurang-kurang dalam solat Subuh, Asar dan Maghrib bagi menandakan sokongan kita kepada rakan-rakan dan sahabat yang berjuang di bumi Palestin. Kerana ini adalah antara yang kita mampu bantu.

Lafaz qunut nazilah hendaklah mengandungi doa keselamatan umat Islam dan doa kehancuran serta kekalahan musuh-musuh (atau diangkat bencana yang menimpa). Sebaik-baiknya hendaklah ringkas dan menggunakan lafaz Rasulullah SAW sendiri. Atau dengan sedikit tambahan seperti doa di atas. Biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah daripada panjang lebar yang membebankan ahli jemaah yang lain (uzur, nak cepat dan sebagainya).

Wallahu aklam, semoga kita semua amalkan. InsyaAllah, bumi Palestin (tak lama lagi) akan diperintahkan oleh Islam. Allahu Akbar!

Rujukan: artikel di laman IslamWay.

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. canggihlaksana
    Jan 14, 2009 @ 12:43:52

    Salam tuan punya tanah.. nak copy paste ke laman saya http://myrtksl.wordpress.com dengan izin. boleh kah??

    IbnRajab: w’salam. blh, insyaAllah :)

    Balas

  2. abuwildan
    Jan 14, 2009 @ 23:03:51

    dah tukar baju blog ni..canggih..manggih….sempena tahun baru ke ?
    tapi rasanya baju dulu lebih lawa dari hak ni…he he jgn marah!

    IbnRajab: saje je. ya ka? tak pe ;-)

    Balas

  3. Trackback: Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris « My komuniti
  4. faris
    Jan 15, 2009 @ 17:39:04

    baju bulan sempena pilihanraya kecil ganu!

    IbnRajab: ;-))

    Balas

  5. Dr.Ariffaizal
    Jan 16, 2009 @ 09:24:55

    Salam. Apakah bacaan dalam Qunut Nazilah seperti yang dibaca oleh Rasulullah?

    W’salam. Sekadar pengetahuan ana yg amat terhad, Rasulullah diriwayatkan membaca “Ya munzilal kitab… sehingga ihzimhum, wansurna alaihim”, begitu juga matan hadith2 sahih menyatakan nabi berdoa ke atas kaum yang membunuh para huffaz dan menawan beberapa org sahabat beliau. wallahu aklam.

    Balas

  6. Trackback: Gesaan Qunut Nazilah « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: