Khairat kematian ASB
22 Jan 2009 6 Komen
Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh
Ana tak tahu pun, bahawa setiap pendeposit ASB/ASN dan apa sahaja saham terbitan PNB ada khairat kematian. Sebab ana memang tak melabur dalam ASB. Tak ada niat dan mungkin tak akan ada niat nak buka akaun ASB. Insya Allah. Cuma hari ini (apabila ada urusan di pejabat ASB bagi pihak orang lain) ana diberitahu;
1. Bagi simpanan RM10 hingga RM4999.00 : khairat kematian sebanyak RM200.00
2. Simpanan RM5000 (5k) hingga 10k : khairat kematian sebanyak RM1000.00 (seribu)
3. Simpanan RM10k (ribu) ke atas (maxima 100k setiap individu) : khairat kematian sebanyak RM2000.00 (dua ribu)
Waris boleh lah menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Kalau tak tuntut, wang tersebut dikira hangus. Dan sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5000.00 (lima ribu ringgit) waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad. Sebaliknya, (simpanan RM5k ke atas) maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).
Tuntutan harta si mati lebih dari 5k
Prosesnya, ambil borang di Amanah Raya Berhad (ARB), kemudian pergi dapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah (dengan mengisi borang dan sertakan salinan kad pengenalan waris/waris-waris), kemudian kembalikannya bersama borang tadi ke pejabat ARB semula. Tunggu panggilan daripada ARB. Satu sijil kuasa pembahagian harta si mati (ASB)nya akan dikeluarkan. Bawa sijil ini ke pejabat (cawangan ASB) negeri. Pejabat pos tak dapat buat. Isi borang. Sahkan borang ini di hadapan suruhanjaya sumpah dan matikan setem hasil. Kemukakan kepada pejabat ASB semula dan tunggu proses transfer duit kepada akaun atau akaun-akaun waris. Ia memakan masa dari 3 minggu sehingga sebulan setengah.
Sekian, semoga berinfomasi dan membatu. Wallahu aklam.





Ogo 04, 2011 @ 13:12:47
Salam..kata ada muat turun borang tu,tkde pun..saya nk muat turun utk tuntutan diatas kematian bapa saya…kalau saudara ada,boleh beri kepada saya?Saya tiada masa utk ke HQ.T.Kasih diatas budi baik Tuan.
Okt 18, 2011 @ 18:49:05
salam. takde pn dlm artikel sebut pasal blh download apa-apa borang..
Sep 27, 2011 @ 14:04:06
saya rasa tiada borang online.. ente kena pergi ke pejabat ASNB ambik borang..
Sep 27, 2011 @ 14:04:35
saya rasa tiada borang online.. ente kena pergi ke pejabat ASNB ambik borang.. ente kena ada masa gak.. kalau nak tuntut
Dis 21, 2011 @ 13:32:10
salam.arwah mak saya da rm18k dlm asb.tp asb cuma bg duit kharat rm200 shj.
IR: lain yg dicakap, lain yg dibikin ka? ermm
Mei 03, 2012 @ 19:51:55
Salam, ni nah tanya.
Kalau warisnya iaitu isteri/suami bukan Bumi/islam dan tidak memegang account ASB. Apakah dia tidak sah menuntut Harta-ASB simati?