Penginapan berbaloi di UKM

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saja nak kongsi. Sebenarnya kalau anda saja jalan-jalan area UKM, anda boleh bermalam di sini. Maksudnya di salah sebuah kolejnya. Iaitu Kolej Kausar. Tak kira sama ada anda pelajar UKM ataupun tetamu biasa. Maksud ana pelawat. Yang datang melawat anak di UKM, hatta walaupun anda datang ziarah/kenduri saudara ataupun rakan-rakan anda di kawasan yang berdekatan dengan UKM. Anda masih boleh menetap dan bermalam di dalam kawasan UKM ini.

Bayaran yang dikenakan adalah RM6.00 (Enam Ringgit Sahaja) semalam untuk satu orang (pelajar). Jika anda adalah pelawat yang tidak mempunyai kad pelajar UKM, bayaran yang dikenakan adalah RM10.00 semalam untuk satu orang. Tiada bayaran minima ataupun syarat-syarat lain yang akan dikenakan. Maksudnya jika anda ingin bermalam hanya semalaman, maka bayarannya adalah RM6.00 (untuk student), kalau seminggu (5 hari 4 malam) maka RM24.00. Tunai.

Jadi kepada para pelajar separuh masa (ataupun sepenuh masa tetapi menetap jauh dari UKM) yang datang ke sini kadang-kadang hanya untuk buat rujukan perpustakaan, ataupun menghadiri kuliah hujung minggu, jumpa penyelia atau apa sahaja tujuan anda, elok sangat menginap di Kolej Kausar ini. Ia adalah lebih menjimatkan daripada anda sewa bilik (samada secara berkumpulan atau individu) secara bulanan (contohnya RM150.00 sebulan). Kerana apabila sesuatu bilik telah anda sewa, maka anda kena bayar penuh walaupun anda hanya menginap dua malam sahaja. Terlalu membazir.

Cuma pelawat yang bawa keluarga (tidak sesuai dan) tidak dibenarkan menginap di sini kerana tempatnya macam asrama. Begitu juga rombongan pelajar sekolah. “Pada awalnya, sistem asrama harian ini diwujudkan bagi menyediakan penginapan kepada pelajar UKM separuh masa (PJJ), Kemudian ia dibuka kepada umum”. Kata salah seorang pegawai yang bertanggungjawab di Kolej Kausar ini.

Manakala kemudahan yang ada di sekitar Kolej Kausar adalah; tempat letak kenderaan (kereta atau motosikal), kiosk untuk reload kad pra bayar, pondok telefon awam dan kemudahan asas yang lain. Selain itu, kedudukannya yang berdekatan dengan Kolej Zaaba membolehkan pelawat menikmati hidangan makan tengahari atau malam di situ dengan kadar yang sangat berpatutan. “Makanan di sini (Kolej Zaaba) adalah paling murah kalau nak bandingkan dengan Kolej-kolej lain” komen salah seorang pelajar.

Untuk pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03-8926 3424.

Sekian, selamat berjimat cermat. Wassalam.

About these ads

13 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Feb 17, 2009 @ 16:47:51

    ghitewww erk.. thanx for d info

    IbnRajab: ya en_me. bila nak bertandang ke UKM?

    Balas

  2. keghorl
    Mei 06, 2009 @ 00:23:36

    slm ziarah

    IbnRajab: tq sudi singgah. ana dah pun jg singgah blog anta. teruskan menulis demi menyebarluaskan ilmu Allah

    Balas

  3. annonymous
    Nov 06, 2009 @ 19:45:08

    salam ziarah…pembetulan ek, sbnrnye kolej kausar dan kolej za’ba adalah kolej yang sama. dahulunya dikenali sebagai kolej kausar, tapi dah diubah nama kepada kolej za’ba…ana student degree ukm yg menetap di kolej za’ba….:)

    IR: w’salam. ya ka. tp ana dpt resit bayaran (2009) yg tertera nama kolej kausar. wallahu aklam

    Balas

    • imah
      Dis 13, 2009 @ 16:32:10

      ana juga x stdnt ukm.dulu nama kolej tu kolej kausar,skrang nama kolej zaaba.kdg2 still ada nama kolej kausar lagi sbb dah tbiasa.ana pnh myewa ngn kwn2,tp kmudhn yg dberi x lgkap.cthnya bntal n tilam tnpa cadar n sarung bntl.blk yg bdebu…fuh…suram je…kat blok E.

      IR: respon yg baik

      Balas

      • bakya
        Feb 12, 2011 @ 13:11:19

        salam…setahu saya pihak kolej menyediakan perkhidmatan sewa batal dan juga cadar..upon request..harga sewa tersebut saya tak pasti bole tanya pihak kolejjj… ;)

  4. Mohd Sufri Yakup
    Dis 11, 2009 @ 02:40:12

    salam. hari tu student MTHHQ dr IPGM Rajang dok kat kolej za’ba. MTHHQ kat IPIS.
    x jumpa pun ustaz

    IR: w’salam sufri. ust duk jarang2 kat sana (kolej kausar sebelah za’ba). nama lagi kolej harian. :)

    Balas

  5. man_tgk
    Nov 20, 2010 @ 10:29:15

    Salam, thanks for the info… maklumat yg sangat3 berguna buat saya yg boleh dikatakan agak kerap ke UKM… tapi, boleh x saya mahu tumpang tanya sedikit? =)

    Masih ada lagi kah perkhidmatan sewa bilik ni sekarang (tahun 2010 ini)? Adakah ia hanya dibuka apabila ada acara2 tertentu sahaja atau boleh menginap di sini pada bila2 masa?

    Kalau ada, mcm mana kita nk menyewa di sini? (org yg boleh dihubungi atau ditemui)

    Dan lagi satu, adakah untuk student dan x-student ukm sahaja atau sesiapa pun boleh menginap di sini? Atau perlu ada rakan/ahli keluarga yg belajar di sini?

    Saya bertanya kerana mybe tahun depan sy akan ke sana… so kalau masih ada perkhidmatan ini, tak lah susah2 saya mahu cari penginapan. Sebab di Puri Pujangga UKM agak mahal sewanya… terima kasih… wasalam… =)

    IR: w’salam. rasanya ia valid to current. cuba call no di atas

    Balas

  6. azimah abdullah
    Jan 02, 2011 @ 21:21:07

    salam..saya nak cari tempat menginap di ari minggu. saya pelajar luar campus..pelajar pjj. macam mana nak stay kat kolej yg diwar warkan ni. kene booking dulu ke?..kalo bwk family bo;eh tak? atau ada kat tempat lain di ukm yg bole stay.

    Balas

    • hashimah
      Feb 12, 2011 @ 13:18:21

      salam… saya juga selalu menginap disini (kolej Kausar)…penginapan sementara masih disediakan disini…malahan yuran telah diturunkan dengan harga berpatutan dan keluarga boleh dibawa di kolej ini tetapi kolej kausar lebih berkonsep asaram dimana lelaki dan perempuan tidak dibenarkan tinggal diblok yang sama….saya seronok menginap disini :)

      Balas

  7. Rere
    Apr 12, 2012 @ 17:55:04

    Salam, saya nak menginap di UKM minggu ni. Saya pelajar luar. Berapa kadar sewa bilik semalam? Untuk satu orang. Thanks

    Balas

  8. mohd husaini
    Mei 21, 2012 @ 13:30:17

    penginapan sewa ini ada lagi dak……………..sy ex student ukm…………..

    Balas

  9. kairol
    Feb 28, 2013 @ 12:27:20

    salam , saya merupakan penuntut di salah sebuah ipta , saya ingin tahu adakah penginapan ini dibuka untuk pelajar ipta ?

    IR: buka

    Balas

  10. mohd fazli
    Okt 15, 2013 @ 17:38:16

    Masih ade ke perkhidmatan penginapan sementara ni???

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: