Zikir 33 kali


Assalam’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bismillahirrahmanirrahim

Ana pernah menulis berkenaan tajuk zikir ini. Cuma hari ini ana nak kongsikan satu kisah yang diriwayatkan daripada saidatina Fatimah al-Zahra ra (Radhiallahu anha) berkaitan zikir. Beliau ialah anak perempuan Nabi SAW yang dikahwinkan dengan saidina Ali bin Abi Talib kaw (Karramallahu wajhah – Allah telah memuliakan wajahnya yang tidak pernah menyembah berhala sepanjang hidupnya sebelum Islam).

Kisahnya ini bermula apabila beliau (Fatimah ra) merasa sedikit tertekanan daripada kesempitan hidupnya sekeluarga (tidak mewah). Sebagaimana umum mengetahui, kehidupan saidina Ali sekeluarga adalah sederhana sepanjang hayat. Beliau tidak dikurniakan harta yang bertimbun-timbun seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang saidatina Fatimah tidak mendapati apa-apa bekalan harian tambahan untuk menyediakan juadah mereka yang agak mewah.

Suatu hari, saidatina Fatimah merasakan apa salahnya sekiranya beliau pergi bertemu ayahandanya (Rasulullah SAW) bagi memohon sedikit bantuan. Tentu ayahandanya tidak keberatan untuk menolong (mendoakan kekayaan untuknya) sebagaimana suatu ketika Nabi Musa as pernah mendoakan Qarun. Akhirnya Qarun telah menjadi orang yang paling kaya dicatatkan dalam sejarah kehidupan seorang manusia di atas muka dunia ini. “Apa salahnya jika Rasulullah mendoakan agar Allah memurahkan sedikit lagi rezeki mereka sekeluarga” Fikir Fatimah ra.

Apabila berjumpa Rasulullah SAW, Aisyah terus sahaja memberitahu hajat dan niat di hatinya itu. Lantas Rasulullah memberitahu (maksudnya) “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra. “Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [rujuk sahih bukhari].

Rasulullah SAW mengajarkan anakandanya suatu zikir yang dapat memberikan kekayaan sejati. Iaitu yang dapat mengkayakan jiwa seseorang manusia. Bukan hanya kaya fizikal yang lebih berisiko mengkhayal dan menghanyutkan manusia dengannya. Lantas dengan itu akan menyesatkan manusia itu sendiri dan akhirnya menjadikan jiwa manusia itu miskin, semiskin miskinnya. Seperti Qarun yang akhirnya ditelan jasadnya oleh bumi bersama-sama harta kekayaan yang pernah dibangga-banggakannya itu.

Tangan manusia

Apa yang ingin juga ana kongsikan di sini ialah keajaiban tangan kita sendiri. Kalau anda perhatikan tangan kita boleh dijadikan alat membilang tasbih (zikir) sebanyak 33 kali itu. Sebagaimana yang digesa oleh Rasulullah SAW. Secara semulajadi. Perhatikan setiap keratan (sendi) yang ada pada setiap jari tangan kita. Kalau kita pandai mengaplikasikannya, kita tidak perlu menggunakan alat tasbih untuk membantu kita membilang jumlah zikir sebanyak 33 kali ataupun 100 kali. Samentelah tangan kita ini dibawa ke mana-mana sahaja kita pergi berbanding alat tasbih biasa.

Tangan kita ini mempunyai lima jari. Setiap jari mempunyai tiga keratan (sendi) kecuali ibu jari yang hanya mempunyai dua keratan sahaja. Cuba anda mula membilang keratan-keratan tersebut. Jumlahnya tentulah 14 keratan (sendi) kan? Ok. Cuba sekali lagi anda bilang keratan jari anda bermula dengan jari kelingking sebelas atas sekali. Mulakan membilangnya ke bawah. 1, 2, 3 kemudian lebihkan satu ke tapak tangan anda menjadi bilangan 4. Naik semula ke atas dengan bilangan 5, 6 dan 7. Kemudian pindah ke jari manis dengan cara bilangan yang sama. Anda akan dapati bilangan 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14. Pindah lagi ke jari hantu untuk bilangan 15 hingga 21. Seterusnya jari telunjuk untuk bilangan 22 hingga 28. Akhir sekali ibu jari untuk bilangan 29 hingga 33. Ops! Jumlah bilangannya adalah 33 kali.

Sekarang, jari anda sendiri boleh membantu anda berzikir 33 kali pada waktu pagi dan pada waktu petang, sebagaimana saranan Nabi Muhammad berdasarkan hadith Fatimah al-Zahra seperti di atas. Tiada alasan untuk anda tertinggal alat tasbih dan tidak dapat mengira jumlah zikir anda lagi. Satu lagi yang istimewa, tidakkah anda akan berbangga di akhirat nanti (di hadapan Allah dan Rasul serta seluruh umat manusia) bahawa anda menggunakan jari jemari anda bagi berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah? Untuk mencari kekayaan sejati. Kekayaan jiwa anda.

Bukankah ia mudah untuk mencari kekayaan sejati? Tetapi berapa keratkah di antara kita yang mengerjakan dan mengejarkannya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada yang belum mengetahuinya. Dan sebagai tazkirah kepada yang telah mengetahui dan mengamalkannya. Wallahu aklam.

p/s: selain itu, sekiranya anda perhatikan jari-jari tangan kiri anda, dengan merapatkan kepala ibu jari ke jari telunjuk dan meninggalkan sedikit ruang seperti nombor kosong kebujur-bujuran, ia akan membentuk kalimah Allah (dalam tulisan Arab atau jawi). Untuk lebih jelas, jauhkan (besarkan ruang) sedikit antara jari kelingking dan jari manis. Begitu juga, kebiasaan garis-garis di tapak tangan anda, tangan kanan anda membentuk nombor 18 (tulisan Arab) dan tangan kiri membentuk nombor 81. Tambahkan nombor-nombor tersebut, 18+81=99. Itu adalah jumlah (99) nama-nama Allah yang Maha Suci. Cubalah perhatikan!

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. ummu azzam
    Mac 04, 2009 @ 15:38:12

    IbnRajab: Terima kasih atas pembetulan. memang ana tersilap. fikir org lain tp tertulis nama lain

    Ini merupakan bekal bermakna Rasulullah SAW kepada kaum wanita yang dimuliakan oleh Islam dan diambil berat oleh baginda. Hakikat wanita yang bekerjaya dan berumahtangga akan mengalami keadaan sebagaimana Puteri Baginda ini. Apatah lagi jika tidak mempunyai pembantu rumah. Jadi inilah harta yang baginda tinggalkan kepada kita sebagai teman dan pengubat.

    IbnRajab: komen yg baik. jazakumullah sekali lagi

    Balas

  2. How I Shed Thirty Póunds in Only a Month
    Mei 07, 2009 @ 02:53:15

    Hi, good post. I have been thinking about this issue,so thanks for blogging. I’ll definitely be subscribing to your posts. Keep up the good work

    Balas

  3. Santi Itnas
    Ogo 14, 2011 @ 00:18:10

    Assalam, ada persamaan tak antara Zikir 33 kali dgn Zikir Munajat
    Subhanallah Walhamdulillah..?

    Balas

    • Hafiz Chouji
      Ogo 28, 2011 @ 08:14:05

      Salam, saudari.

      Sama je semua tu. Tak kisah la orang kita panggil Zikir Fatimah ke, Zikir 33 ke, semuanya sama. Term Arabnya ada begini:

      Subhanallah = tasbih (pensucian / mensucikan Allah)
      Alhamdulillah = tahmid (pujian / memuji Allah)
      Allahuakbar = takbir (pembesaran / membesarkan Allah)

      Soalan yang saudari tanya, adakah sama “Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu akbar” dengan Zikir 33. Yang pertama itu lebih dikenali sebagai tasbih kerana lafaznya dimulakan dengan tasbih (rujuk di atas). Tak kisahlah nak amalkan yang mana pun, sama sahaja asalkan kita istiqamah beramal dan tau kenapa kita beramal. Allahu a’lam. :’)

      Balas

  4. Radzi bin Osman
    Mac 14, 2012 @ 12:51:48

    mohon share

    Balas

  5. Trackback: Kerja Tidak Glamor, Tetapi Cukup Mulia di sisi-Nya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: