Bonus Tabung Haji 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Bonus Tabung Haji dah masuk! Siapa yang menyimpan di Tabung Haji, bolehlah berkunjung ke pejabat Tabung Haji berdekatan sama ada bagi menyemak atau mengeluarkan bonus yang dikreditkan pada 28 Februari 2009 (semalam). Bonus untuk tahun 2008 diisytiharkan sebanyak 5% sama seperti bonus tahun 2007. Cuma bezanya, tahun lepas Tabung Haji menyediakan bonus khas sebanyak 2% lagi sebagai tambahan.

Ana tak la banyak sangat simpan dalam Tabung Haji. Adalah sikit-sikit duit anak-anak. Hari ni ana pergi juga kemaskini akaun. Memang bonus telah pun dikreditkan. Bukan nak ambil pun bonus tu, cuma feeling dapat duit percuma tu kadang-kadang berharga dan menjadi motivasi untuk bersyukur. Sekurang-kurangnya, lebih sikit ucapan alhamdulillah ana hari ini.

Allah SWT berfirman “Sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat-nikmat ke atas mu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih”. Untuk lebih maklumat tentang syukur, boleh rujuk artikel ana di sini. Sekadar perkongsian ilmu.

Ana ada seorang sepupu yang simpanannya di Tabung Haji agak banyak. Dia baru saja buat rumah setelah berbelas tahun bekerja. Katanya “buat rumah ni separuh kosnya ditanggung oleh Tabung Haji”. “Macamana tu?” ana tanya minta penjelasan. “Setahun dapat bonus dalam 5 hingga 6 ribu, sepuluh tahun dah 60 ribu. Bonus tu yang membiayai separuh kos rumah ni” sambungnya.

Ada orang pinjam duit beratus ribu untuk buat rumah besar. Tak sampai sebulan kerja dah apply loan. Mula-mula untuk beli kereta besar, berbini dengan kos kenduri besar, akhir sekali beli rumah pula besar. Kemudian hiduplah ia dalam kesempitan kerana lebih separuh daripada gaji buat bayar loan. Kerana nak sangat ikut nafsu besar. Berbanding orang yang menyimpan dan membuat pelaburan. Semakin tahun duit semakin bertambah. Bertambah kerana simpanan dari gaji dan bertambah kerana bonus akhir tahun.

“Simpan duit ni, dalam sepuluh tahun pertama memang tak suka, tapi selepas 10 tahun, dapat la rasa duit tu bekerja untuk kita. Sebab duit bonus itu sendiri (RM6000) lebih besar daripada jumlah potongan simpanan tahunan kita (300 sebulan x 12 bulan = RM3600)”. Katanya lagi, sedikit memberi pendidikan mengurus kewangan.

Itu kalau simpan di Tabung Haji. Apa halnya mereka yang buat pelaburan di institusi kewangan yang memberi pulangan lebih dari 5% setahun? Sebab itu tak mustahil kalau salah seorang rakan ana (bukan bangsa Melayu) berkata “saya beli kereta ni ustaz, bukan bayar dengan duit gaji saya, tapi ada bank tolong bayarkan”. Ana mulanya tak faham, tapi akhir-akhir ini agak faham. Bukan sebarang bank senang-senang nak tolong bayarkan, tetapi bonus daripada simpanan dan pelaburan di bank. Itulah ayat yang sebenarnya.

Betullah orang kata “tak akan senang orang yang ikut nafsu, rasa tak ingin kalah dengan orang lain, orang lain berumah besar kerana cerdik, tetapi kita berumah besar, bertahun kerja hanya kerana nak bayar hutang! semakin lama bekerja semakin bosan dan rasa tak senang”.

Buatlah simpanan, jauhi berhutang, nescaya anda akan lalui kehidupan yang senang. Kata pepatah “antara orang yang tidak lena tidur malamnya, iaitu orang yang banyak berhutang”. Pada ana, orang yang bernafsu besar (sebenarnya).

Ana pun baru nak belajar. Semoga Allah beri kekuatan untuk melawan nafsu besar. Amien.

Wallahu aklam.

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. saso
    Mac 03, 2009 @ 11:00:30

    artikel yg menarik

    IbnRajab: alhamdulillah, t.kaseh

    Balas

  2. en_me
    Mac 03, 2009 @ 16:07:21

    kalo berhutang untuk wat simpanan oke tak ustaz? contohnye, buat loan bank untuk simpanan ASB ghitewww..

    IbnRajab: tak berbaloi gitu. kalau trlibat dgn riba lagi punah. bagi ana simpan dr pendapatan, dan kalau boleh cuba utk besarkan pendapatan. umat Islam perlu bermotovasi “kerja hingga boleh bayar zakat! kalau dpt paling byk blh keluarkn zakat”. bila nak invest, pilih institusi yg bg pulangan dn berprestasi baik. ana sdiri tak invest dlm ASB wlpun majlis fatwa kbgsaan halalkannya. wallahu aklam

    Balas

  3. wan
    Jun 22, 2009 @ 15:59:35

    Assalamualaikum, Kenapa Tabung Haji tidak menyediakan perkhidmatan ATM. Bukan apa senang nk mengeluarkan duit bagi yang menyimpan di TH. Cadangan saya la ustaz. Pengeluaran tu biar la mempunyai had nya. Contoh setiap orang hanya boleh mengeluarkan 500 je sebulan melalui mesin ATM. Jgn pakai MEPS.
    Kalau x ada had pengeluaran macam mana nak pergi haji.

    IbnRajab: w’salam. mungkin sbb tabung haji bukan bank kot. tp mrk sediakan meps dah ok. tak lah trpksa tunggu hari bekerja utk keluarkan wang kalau dah sesak dan terdesak

    Balas

  4. azie
    Ogo 15, 2009 @ 17:43:34

    Assalamualaikum…
    Menarik betul isu ni.saya sendiripun masih dalam percubaan untuk menyimpan tetap secara bulanan…tapi kadang2 terdesak ‘ter’ambik jugak,macamana tu?

    IbnRajab: w’salam. alhamdulillah. takpa ambil masa sesak. mmg simpanan ni utk digunakan pd masa2 susah. tp kalau blh cari tpt simpanan yg memberi peluang duit kita tu utk bekerja lebih keras lantas memberikan pulangan lbh kompetitif lagi elok.

    Balas

  5. Zamani
    Sep 12, 2009 @ 08:03:20

    Sebenarnya kita boleh keluarkan duit tabung haji melalui kad ATM bank Islam, syaratnya kena ada akaun bank Islam le. Bank Islam telah ada link dengan tabung haji, tapi pengurusan in [perlu diaktifkan di tabung haji dulu.

    IR: terima kasih atas makluman. sbnarnya ada dua bank yg link dgn TH. bank Islam dan bank rakyat

    Balas

  6. wahida
    Dis 06, 2009 @ 11:08:40

    Assalamualaikum ustaz…
    saya ada terdengar tentang bon yg TH nak keluarkan…dah ada dipasaran atau belum?
    sy sgt2 berminat untuk melabur.

    IR: w’salam. o ya ka. ana pun x dgr lagi brita tu. elok jg. tp bg ana lagi elok sekiranya dipilih pelabran yg lbh konsisten dgn sykt yg terbukti dpt menguruskan pelaburan dgn baik dn mmberi pulangan yg lebh kompetitif. mksud ana pelaburan dlm unit amanah. wallahu aklam

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: