Bismillahirrahmanirrahim, wa bihi nastaien
Dua perkataan yang betul-betul pun jadi, main-main pun jadi. Iaitu perkataan ‘nikah’ dan seerti dengannya dan ‘talak’ dan perkataan yang seumpamanya. Kalau belajar kitab fikah bab ini, tuan guru akan beria-ia memesan agar dua perkataan ini (jika) perlu dilafazkan dengan penuh hati-hati. Katanya inilah dua perkataan yang diucapkan secara sungguh-sungguh pun jadi, main-main punjadi. Maksudnya, ia akan terjadi sepertimana yang dilafazkan.
Dua perkataan itu adalah berkaitan ikatan mutlak antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Sama ada termeterai atau tercerai. Ia termasuk dalam hukum Allah yang bukannya diletakkan untuk main-main. Perkara ini melambangkan bahawa hukum Allah itu suatu yang serius, penting, bermatlamat dan sesekali tidak berhak untuk dimain-mainkan oleh mereka yang waras akal fikirannya. Sebenarnya bukan dua perkataan itu sahaja hukum Allah yang tidak boleh dimain-main, tidak boleh dibuat selamba dan sambil lewa tetapi baki keseluruhan ketetapan Allah. Cuma “kuasa” dua perkataan ini terletak dihujung bibir ramai orang (iaitu wali dan suami).
Maksud
Cerai taklik bermaksud perceraian yang berlaku kerana suami telah bertaklik. Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan. Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat. Manakala daripada segi Istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu. Seperti kata suami “apabila saya meninggalkan isteri selama empat bulan tanpa nafkah, dan isteri telah mengadu kepada hakim syarie serta telah membuat bayaran RM1 bagi pihak diri saya, maka jika sabit kesalahan, pada masa itu jatuhlah satu talak khalie”.
Persoalan 1
Satu hari ana terima panggilan daripada seorang kawan lama. Kawan yang sudah sangat lama tidak berjumpa. Pelik juga kerana dia dapat nombor telifon ana. “Kalau nak, seribu daya kan?” jawabnya apabila ana tanya “mana dapat no ni?”. Tujuan dia hubungi ana kerana ingin meminta pendapat berkenaan situasi dalam rumahtangganya. Katanya dia telah lafazkan kepada isterinya “Kalau awak sms lagi lelaki ni, maka jatuh talak”.
Dengan tidak semena-mena isterinya itu menghantar sms “dah lah, suami saya tak nak saya sms awak lagi. tq” Tujuannya hanyalah untuk memberitahu itulah sms terakhirnya kepada lelaki berkenaan. Apakah situasi mereka? Adakah ikatan yang telah lama terjalin itu telah terpisah? Macamana?
“Perkara ni serius” Kata ana. “Aku tahu, tapi masalahnya adakah ia jadi (jatuh talak) sebab dia sms pun untuk bagitahu itu adalah sms terakhirnya”. Balas rakan ana. Maka ana minta sedikit masa bagi membuat rujukan. Kemudian bila dapat jawapan, ana call dia balik. Ternyata walaupun itu adalah sms terakhir tetapi peristiwa sebagaimana yang dilafazkan (taklik) itu telahpun berlaku. Iaitu si isteri telah menghantar sms kepada si lelaki yang dimaksudkan.
Walaupun ia adalah sms terakhir dan tidak ada tujuan lain selain memberitahu agar tidak lagi akan menghantar sms kerana suaminya tidak suka dan sangat serius dalam perkara itu (hantar sms). Maka pada saat si isteri menghantar sms terakhir itu, jatuh lah talak satu (kerana si suami tidak menyebut bilangan talak dalam lafaznya).
Agar peristiwa seperti dalam lafaz suami tidak berlaku, si isteri boleh meminta suaminya sendiri mengantar sms (terakhir itu). Atau, si isteri call sahaja (buat panggilan) kepada lelaki terbabit bagi memberitahu hasratnya. Atau, si isteri meminta rakannya yang lain memberi tahu (sama ada dengan sms atau apa sahaja cara) hasratnya kepada lelaki itu dan sebagainya lagi betuk peristiwa yang tidak memungkinkan perkara (seperti dalam lafaz taklik) itu terjadi.
Persoalan 2
Seorang mak saudara ana bertanya perihal rakannya yang telah ditaklik oleh suami. Kata suaminya “kalau lelaki ni datang lagi ke rumah ni, jatuh talak awak”.
Kebetulan satu hari si lelaki yang dimaksudkan oleh suaminya itu datang ke rumah mereka. Maka apakah talak telah jatuh? Kerana kedatangan si lelaki itu adalah di luar kemampuan si isteri. “Orang nak datang, dia tak bagitau nak datang, dan kita mana boleh nak tahan orang yang bernyawa nak ke sana ke mari, dan datang ke rumah kita” kata si isteri berkenaan.
Setelah membuat rujukan, ternyata talaknya juga telahpun terjadi. Kerana ia betul-betul terjadi seperti yang dilafazkan oleh si suami. Kalaulah si suami berkata “kalau awak tak larang lelaki tu datang, maka jatuh talak” barulah talak tersebut tidak jatuh hanya dengan kedatangan lelaki yang tak diundang itu. Kerana disebutkan syarat ‘tidak halang’.
Setelah perkara seperti ini berlaku, kedua-dua pihak suami dan isteri udah tidak boleh tidur bersama. Mereka perlu segera merujuk kepada Mahkamah syariah dan menjalani prosidur tertentu. Pun begitu, mereka masih boleh duduk serumah. Kalau sabit kesalahan (cerai) oleh mahkamah, lepas ni mereka boleh rujuk perkahwinan mereka itu semula. Dan menjadikan persitiwa ini sebagai panduan agar tidak melafazkan talak lagi pada masa hadapan.
Kesimpulan
Berdasarkan perbualan ana bersama mereka yang mengajukan persoalan di atas. Kedua-dua pasangan seakan tidak inginkan perceraian berlaku. Mereka tidak menyangka bahawa peristiwa sebagaimana yang dilafazkan itu akan berlaku. Mereka ingin menyatakan bahawa mereka benar-benar serius. Dan berharap (di dalam hati) agar isteri tidak lagi melakukan peristiwa itu (kes 1). Atau membiarkan peristiwa itu terus berlaku (kes 2).
Kedua-dua kejadian tersebut telah memberi impak yang baik kepada semua yang terlibat. Mereka akhirnya faham akan kepentingan lafaz taklik yang (jika) perlu dilafazkan adalah dengan ilmu. Banyak yang mereka pelajari daripada peristiwa tersebut dan mendoakan agar hubungan mereka suami isteri selepas ini akan bertambah baik. Sesungguhnya ilmu yang satu ini, sangat mahal harganya (sehingga dapat -dan telah- meruntuhkan sebuah rumahtangga) dan mereka akan lebih menghargainya lagi (buat panduan di hari kemudian).
Ala kulli hal, kedua suami dan isteri perlu kepada ilmu pengetahuan agama yang tinggi di dalam usaha mereka menjalani kehidupan rumahtangga yang baik, cemerlang, sempurna dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Satu-satunya usaha yang perlu adalah menimba ilmu dan sesekali tidak merasakan ilmu telah penuh di dada.
Wallahu aklam.
p/s: Matlamat ana ‘public’kan masalah ini adalah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan ia tidak melibatkan nama mana-mana pihak secara khusus, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Pun begitu, ana tidak nafikan bahawa kedua-dua kisah ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman peribadi ana di dalam (asbab) menimba ilmu Allah. Sama-sama kita ambil pengajaran daripada dua kisah realiti ini dan jadikannya sebagai panduan.










Assalammualaikum.
Saya ada satu soalan yang hendak ditanya kepada ibnrajab.
Pada satu hari saya telah berkata kepada isteri saya jika dia membebel dan meninggi suara akan jatuh cerai padanya.
Soalan saya bolehkah saya menarik balik sumpah cerai tu dan jika boleh apa yang perlu saya lakukan?
IbnRajab: taklik tidak blh ditarik balik. kalau peristiwa itu (sbg dlm lafaz taklik itu berlaku) maka jatuh talak. suami blh rujuk isteri di mahkamah seterusnya mengambil pengajaran dan berdoalah semoga Allah memberi kekuatan dan hikmah di dlm menggunakan kedua2 perktaan cerai atau talak di kemudian hari. wallahu aklam.
By: Hamba Allah on 5 April 2009
at 1:13 AM
bagi kes 2, kmk nak komen la ust..si istri pun satu hal, kenaklah nya suruh laki lain masuk rmh juak.pdhal dlm islam x bleh laki lain masuk rmh tnpa izin suami.mgkn bena, kt xdptlah nak hlg, dah nya tb2 dtg, tp kt ptt pike dr sudut larangn dlm islam..so apa komen ust utk kmk yg krg ilmu tok?
IbnRajab: betul la tu.
By: Jumali on 10 April 2009
at 7:37 PM
Assalammualaikum,
Saya telah berselisih faham dgn istri saya baru2 ni. Saya tidak beberapa suka isteri saya main bowling dgn kengkawan lelakinya. Bulan Mei ade tournament boling akan diadakan diputrajaya. Saya telah melarang dia menyertainya kerana tidak suka dia membuat latihan bersama kengkawan lelakinya. Isteri saya mendesak saya, “kalau saya pergi jugak, abg nak buat ape?” Saya pun berkata “Saya cerai awak kalau awak pergi tournament bowling kat putrajaya tu” (dgn niat hati saya hanya nak menakutkan isteri saya
Selepas beberapa hari, kami berbincang dgn baik mengenai perkara ini, dan saya mengizikan dia pergi bermain boling diputrajaya.
Persoalan:
Adakah jatuh talak jika isteri saya bermain ditournament selepas kami telah berbincang scr baik dan saya mengizinkannya?
Baru-baru ini isteri saya menimbulkan tanda tanye pada saya, samada saya melafazkan bermain boling sahaja atau bermain di tournament boling di putrajaya. Apa perlu saya lakukan?
Mohon nasihat ustaz
IbnRajab: wa’alaikumussalam. Susah jg nak menjawab soalan sdr ni. Ana saran sdr kemukakan persoalan ini ke mahkamah syariah agar sdr jelas duduk perkara dan lbh tenang hati. Namun ana utarakan jg di sini sbg pendapat peribadi setakat sedikit ilmu yg dimiliki. Pada ana, sekiranya peristiwa spt dlm lafaz saudara itu benar2 berlaku, maka talak telah jatuh. kerana lafaz “cerai” itu adalah sorih (jelas dan mandatory) walapun sdr tak niat, tapi lafaz itu mandatory dan kaedahnya “satu lafaz yg sungguh2 pun jadi, main2 pn jadi”. dan kerana taklik tdk blh ditarik barik. hikmahnya (wallahu aklam) bg mengelak org Islam bermain2 dgn lafaz taklik. Berkenaan dgn pertanyaan isteri mengenai lafaz sdr itu, hanya sdr yg mengetahuinya dan sdr perlu amanah. kalau betul ia dilafazkan spt yg sdr tulis, dan kalau isteri sertai juga walaupun dgn izin sdr, talak telah jatuh. Sdr bolh rujuk semula kerana hanya 1 talak jatuh sbb sdr tak ttpkan bilangannya. Kemudian jadikan ini sbg ilmu dan pengalaman berguna utk menguruskan lafaz berkenaan pd masa2 akan datang. Ana mohon maaf ats pandangan ini. Apa2 pun ana nasihatkan, rujuk ke mahkamah syariat utk keputusan muktamad. Wallahu aklam
By: hamba Allah on 15 April 2009
at 8:23 PM
Assalammualaikum,
Saya hendak bertanyakan satu soalan. Suatu hari saya pulang kerja bersama ketua(lelaki) satu tempat kerja. Dalam perjalanan saya telah menghantar sms kepada suami untuk memaklumkan kepada dia. suami tidak m’bnrkn, ttp kmi sdh hmpir dgn kwsn rumah. Saya dan suami tidak bertegur sepanjang hari itu. Ini bkn p’tama kli blku tp kli ke 2. keesokan harinya dlm perjalanan ke tempat kerja saya terima sms dr suami dan die menyatakan sya tlh mencbr die lalu die mnyatakn sekiranya terjadi lg die akan mlpskn sya dgn tlk 1. stlh sling b’bls sms dan m’mikirkn psl anak2, die menarik balik. Baru2 ini saya diajak skli lg plng b’sama, tlbih dhulu saya m’hubungi suami utk mnta kbnrn. suami mengizinkan.
Persoalanya:
Ttp jatuhkah talak tersebut walau dgn lafaz yg dsmpikn melalui sms
IbnRajab: w’salam. kalau lafaznya jelas, ttp jatuh walaupn dgn sms. satu lagi, lafz taklik tak blh ditarik balik, jika berlaku peristiwa yg ditaklik, maka jatuh talak. blh rujuk semula dn jadikan pengalaman trsbut sbg ilmu memandu rmhtangga di masa2 dpn. wallahu aklam
By: riu on 15 Mei 2009
at 8:49 PM
Assalamualaikum,
Saya telah bersuami, kerana kealpaan dan kekurangan diri saya, saya telah berkawan dgn seorang lelaki(kawan lama)..Suami telah bertaklik “saya tak izinkan awak menghubungi lelaki itu, jika awak menghubunginya juga(sms,mms, emel) maka balik lah awak ke rumah mak awak”. Saya diam, dan jelas dgn ayat2 suami. Seminggu kemudian suami MENARIK BALIK TAKLIK TERSEBUT..”Saya mengizinkan awak berkawan dan mnghubungi kawan awak tu” Beberapa bulan telah berlalu..Tiba2 saya mendail nombor hp kawan saya itu, tetapi belum masuk nada bunyi, saya matikan telefon. Ustaz, tolong saya..Jatuh kah talak terhadap saya? Sekian terima kasih. Wasalam.
IbnRajab: wa’alaikumussalam. kalau tengok pada lafaz, ianya tak jelas, sbb suami tak sebut lafaz ‘cerai’ atau ‘talak’. (Balik ke rumah mak) bermaksud balik lah, bukan muktamad didefinisikan sbg talak atau cerai. pada pandangan ana, tidak ada taklik di sini. utk lebih kepastian sila rujuk mahkamah syariah. wallahu aklam.
By: hamba Allah-azni on 25 Mei 2009
at 8:47 PM
Assalamualaikum ustaz, terima kasih di atas jawapan ustaz. Sekian, wasalam.
IbnRajab: wa’alaikumussalam. sama2. sekadar pandangan berasaskan sedikit ilmu. ila al-liqa
By: azni on 28 Mei 2009
at 3:01 PM
Assalamualaikum ustaz, saya ada kemusykilan, saya teramat letih lalu meminta suami supaya tidak ke masjid malam itu. saya meminta suami berjanji untuk pulang awal sehingga berlaku perselisihan kecil lalu mencabar suami melafazkan taklik..(sesuatu yang amat saya sesali) suami menurut dan mengatakan seperti berikut: “kalau abang tidak kembali ke rumah jam 7.45, maka jatuhlah talak satu”.lalu suami kembali jam 7.43.. soalan saya adalah, suami tidak melafazkan dengan jelas tarikh atau hari takliknya maka saya bimbang taklik itu tidak terhenti pada malam itu sahaja dan akan berterusan pada malam berikutnya.. saya ada bertanya pada suami dan dia mengatakan niatnya hanya pada malam itu sahaja. bagaimana pendapat ustaz?
IbnRajab: bergantung kpd lafaz suami. melihat kpd apa yg tertulis di sini, ia hanya utk mlm itu sahaja. wallahu aklam
By: suma on 6 Jun 2009
at 10:02 PM
assalamualaikum ustaz…saya nak tanye…di awal perkahwinan, saya & suami membuat perjanjian iaitu jika dia berkahwin lain, maka automatik saya bukan isterinya lagi. Dia bersetuju dan tidak membabitkan paksaan. Adakah itu dikira lafaz taklik? Sampai bilakah saya akan terikat dgn lafaz tersebut? Katakanlah suami kawin lari dgn wanita lain. Adakah dikira jatuh talak satu keatas saya? Bolehkah kami rujuk kembali dan bagaimanakah caranya?
IbnRajab: lafaz taklik ialah lafaz talak atau cerai yg disertakan dengan peristiwa yg bakal berlaku. jika berlaku peristiwa sebagaimana yg ditaklikkan itu, maka jatuh talak. berkenaan dgn masalah sdri puteri, ana tidak pasti adakah perjanjian itu melibatkan suami melafazkan taklik? kalau ia taklik, maka kalau suami kahwin lari atau hatta dgn izin isteri ttp jatuh talak sebab mmg peristiwa takliknya berkahwin lagi atau poligami. talak taklik blh dirujuk. wallahu aklam
By: puteri on 25 Jun 2009
at 2:21 PM
Assalamualaikum ustaz
suami saya dengan jelas dan terang mengatakan “jika awak berhubungan dengan dia lagi(lelaki lain) (sms,chat or phone) maka jatuhla talak ke atas awak” tetapi dia mengatakan “tapi jika awak berhubung dengan dia, untuk sengaja membuat saya menceraikan awak, itu tak dikira jatuh talak” apa pandangan ustaz, n semasa saya berhubung melalui phone dengan lelaki tersebut saya didalam haid. adakah jatuh talak.. n saya tidak tahu niat saya semasa berhubung dengannya… tapi saya memang tidak mahu talak itu jatuh.
bolehkah dia merujuk dengan saya, apa prosedurnya? sila bantu.
terima kasih
IbnRajab: wa’alaikumussalam. talak adalah jatuh walaupun dlm keadaan isteri haid ttp hukum menjatuhkan talak pada masa itu adalah haram. berkenaan dgn kes ni, perlu rujuk di mahkamah. lagi pun kalau talak itu jatuh ia perlu dilaporkan ke mahkamah dan melalui proses2 yg telah ditetapkan. mmg talak boleh dirujuk. wallahu aklam
By: ija on 4 Julai 2009
at 3:01 PM
Salam..
Permasalahan seperti Puteri di atas.
Disebabkan lafz taklik, talak akan jatuh kepada isteri jika suami berkahwin lagi.
Jika isteri merelakan suami kahwin lagi, talak akan jatuh selepas suami bernikah dengan wanita lain. Kemudian, pasangan ini mahu merujuk semula. Maka, lafaz taklik yang pada awalnya dipersetujui, tidak wujud lagi, betulkah ustaz? Ini kerana ia telah dileraikan apabila talak pertama jatuh tatkala suami menikah – walaupun dengan izin isteri. Mohon penjelasan.
By: Puteri 2 on 5 Julai 2009
at 3:58 AM
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada beberapa kemusykilan.. Suami saya pernah melafazkan seperti dibawah pada waktu dan masa yang berbeza.
1) Kalau u curang dengan lelaki lain, abang ceraikan u
2) If u sell the car, i will divorce u
3) Kalau u keluar dari pintu ni , i bebaskan u / abg lepaskan u
Mohon untuk ustaz beri pandangan. Setiap kali dia lafazkan ketiga-tiga ayat tu dia kata dia tarik balik. Perkara 1 dan 2 saya tak pernah lakukan tapi perkara 3 saya kena keluar jugak dari pintu bilik tidur.
IbnRajab: wa’alaikumussalam sha. lafaz taklik x blh ditarik balik. nnt apabila berlaku mana2 peristiwa sbgmana yg dilafazkan, jatuh talak. kemudian blh rujuk kembali. perkara 3, mungkin bukan taklik sbb tak guna lafaz nyata (cerai/talak). Apa2 pun ana syorkan rujuklah pihak2 yg lebih arif atau pihak berkuasa spt pej kadi atau mahkamah syariah. wallahu aklam.
By: sha on 7 Julai 2009
at 5:24 PM
utk pengetahuan ustaz, saya keluar dari pintu bilik tidur pada hari keesokkannya. Bukan pada waktu yang disebut. Saya juga sedang mengandung 7 bulan.
By: sha on 7 Julai 2009
at 5:36 PM
assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya tentang taklik. pada bulan 1 tahun ini, saya telah hamil 7 bulan. Kali terakhir kami “bersama” adalah semasa bulan januari 2009. dan sehingga hari ini, kami masih belum “bersama” atas alasan suami saya ada masalah kesihatan lelaki ie: lemah tenaga batin.
sebenarnya ustaz, sejak tahun lepas lagi saya sudah tahu suami saya lemah tenaga batin kerana dia menghidap penyakit kencing manis yg teruk. saya sudah byk bersabar, ustaz kerana hati kecik saya masih menyayangi suami saya.
soalan saya, jika dikira semenjak saya hamil 7 bulan sehingga kini, sudah lebih 4 bulan kami tidak “bersama” kerana dia sentiasa menolak dan tidak mampu melakukan hubungan intim bersama saya. saya amat kecewa dan sedih. Apakah hukumnya ustaz, dan adakah taklik sudah jatuh? tolong nasihatkan saya ustaz.
IbnRajab: w’salam. adakah sdri maksudkan taklik dalam majlis akad nikah? kalau itu yg dimaksudkan, sdri perlu merujuk mahkamah syariah dan membuat aduan serta perlu melalui beberapa proses. kalau disabitkan, baru jatuh talak. wallahu aklam
By: dahlia musa on 11 Julai 2009
at 3:32 AM
Assalammualaikum,,,
Ustaz..
Saya nak bertanya pendapat. Saya telah berkahwin selama 4 tahun dan dikurniakan 1 anak. Baru2 ni pada bulan 5 2009 saya dapat tahu isteri saya ada berkawan dgn seseorg lelaki. Saya terbaca sms hp isteri saya ada satu sms yang berbunyi“12 – 13 Jun 2008. Cititel Pulau pinang, seharian waktu bersamamu tidak terasa saat berlalu” dari kawan lelaki tu.. Saya tak pasti tahap kawan mcm dimaksudkan. Hati saya berderau ustaz, hancur lulur pun ada. Saya memohon kesabaran dari Ilahi dan tabahkan hati saya. Saya ajak isteri saya berbincang dan saya tanye siapa lelaki tu. Isteri saya seorg juruaudit kerajaan dan sering bertugas di seluruh Malaysia. Kerap juga dia outstation dan saya kerja di kl duduk di KL. Isteri memberitahu saya budak lelaki tu hanya seorg kawan biasa. Pada tarikh yang dimaksudkan itu isteri menerangkan dia hanya keluar berdua dgn budak lelaki lepak di kedai mamak di Penang sampai ke 2 – 3 pagi. Isteri saya menganggap lelaki itu hanya kawan biasa dan lelakisudah berkahwin dan juga berkerja sebagai juruaudit kerajaan tapi berlainan bahagian dgn isteri saya. Isteri saya telah memberhentikan hubungan dgn budak lelaki tu pada awal tahun 2009 apabila lelaki mula menaruh harapan. Isteri saya becerita dia tidak menaruh harapan pun pada budak lelaki itu. Walauapapun cerita isteri saya, terdetik dalam hati saya menaruh syak wasangka. Saya ckp isteri saya akan call budak tu, isteri saya melarang kerana ini akan lagi mengeruhkan keadaan. Tapi saya tetap call juga.
Pada keesokkan harinya saya menelefon budak lelaki tu. Rupanya saya kenal lelaki tu dan saya pernah jumpa laki di gathering berbuka puasa dgn kakitangan isteri saya. Saya slow talk dengan tanya apa hubungan dia dgn isteri saya. Dia tak nafikan dia yang suka kat isteri saya, dan dia sanggup tinggal anak isteri dia untuk bersama dgn isteri saya jika saya ceraikan isteri saya. Perasaan saya masa tu tak dpt nak digambarkan. Dia pernah luahkan pada isteri saya mcm tu kat isteri saya dan semenjak tu isteri saya menjauhkan daripada dia. Dia cakap isteri saya good listerner, baik peramah dan mudah dirapati. Saya tak nafikan isteri saya memang org akan suka merapatinya kerana dia seorng yang peramah. Dia minta maaf dgn saya yang dia cuba mengacau rumahtangga saya. dan dia juga sempat berkata bukan salah dia sorg saya, isteri saya juga turut dpersalahkan kerna melayan lelaki hingga membuat lelaki tu suka pada isteri saya. Sempat juga dia menasihati saya supaya menasihati isteri saya supaya jgn cepat mesra bila berkawan dgn seseorg lelaki. Saya telefon dia tidak ada kuar perkataan maki hamun pun pada dia. Saya minta hanya jgn ganggu isteri saya dan minta dia tolong pikirlah anak dan isteri dia. Dan dia hormat dan rasa bersalah dgn saya.DIa berjanji dia tidak akan mengaggu rumahtangga saya.
Sekarang isteri saya rasa bersalah sgt dgn diri saya. Dia kata saya tak layak utk jadi suami dia kerana dia malu dgn saya. Dia cakap saya terlalu baik utknya. Dia begitu tesentuh dgn cara saya utk menyelesaikan masalah tu. Dia ingat saya akan berkelahi dgn lelaki tu.
Sblm insiden ini, dia pernah berkawan dgn lelaki (suami org) lain dan juga salah pekerja jabatan yang sama tapi berlainan bahagian dan tempat. Dan saya tahu juga mengenai perkara ini dan saya berkelahi dgn isteri sehingga saya menampar isteri saya. Lelaki ini dah meninggal dunia pada thn lepas kerana pnykt paru2 berair dan saya menziarah keluarga allahyarham. Lelaki yang pertama yg saya cerita tu juga merupakan rakan kepada allahyarham.
Ustaz, saya tgk isteri saya skrg byk berubah. Kalau dulu dia seorg peramah, ceria dan easy going. Semenjak insiden baru ni dia byk berubah, dia cuba mjadi isteri baik dgn membuang perangai yang lama dan pada masa yang sama dia mnyatakan jiwa dia kosong. Saya nampak cara dia mcm hipokrit , dia cuba berbaik dgn saya dan dia juga malu ngan saya. Saya tahu dia suka berkawan. Bila jadi mcm ni dia buang knkawan dia semata nak jaga hati saya. Saya sedih bila mngatakan jiwa dia kosong. Ibarat saya hanya memilik jasadnya tetapi tidak dgn hatinya. Dia mengaku dia seorg pendendam dan tidak dapat lupa saya memukul pada masa dulu. Tapi saya pukul dia hanya untk mengajar tetapi saya mengaku menampar itu bukan caranya. Saya minta pendapat dan nasihat ustaz
Dayus ke saya ? Perlu kah saya mencerai isteri saya?
IbnRajab: Wa’alaikumussalam akhi Hamba Allah. Pada mulanya ana tidak ingin publish persoalan akhi ini kepada khalayak, namun setelah memikirkan mungkin ada hikmah berbentuk pengajaran atau input ilmu disebalik persoalan yang akhi kemukakan ini, mugkin kepada diri ana sendiri atau rakan-rakan pengunjung laman IbnRajab Online yang lain, maka dengan izin Allah ana publishkan. Terlebih dahulu ana nak kata bahawa ana bukanlah yang terbaik atau pakar dalam memberikan panduan dalam kehidupan berumahtangga ini, kerana kekurangan ilmu dan pengalaman. Namun atas dasar perkongsian ana beranikan juga diri untuk berbincangan. Tidak sesekali ada niat nak masuk campur dalam mana-mana urusan atau masalah rumahtangga orang lain. Pada pandangan ana, akhi memang kasih dan sayang kepada isteri berdasarkan tindakan2 yg tertulis di sini. Begitu juga isteri akhi yang memang kasihkan akhi berdasarkan sikap yang akhi tulis tentang isteri. Mungkin anda berdua tidak nampak kesan nilai saling kasih mengasihi ini kerana akhi dan isteri berada di dalam, cuma bagi ana yang berada di luar ini, bagai menyedarinya sangat2. Tahniah kepada anda berdua. Cuma, mungkin isteri memerlukan masa untuk menerima cara anda. Mungkin anda boleh terus tujukkan kasih sayang kepada isteri. Ingatlah, betapa dulu anda rajin semasa nak tackle dia sehingga dia sanggup dan setuju jadi isteri bukan? Orang kata, lelaki ni kalau dah nak, dia banyak idea. Sekaranglah masanya anda cuba jana idea2 yang mungkin dah lama tidak ditonjolkan itu untuk membuat jiwa isteri tidak merasa kosong. Ana yakin, anda tahu di mana kuncinya. Isteri selagi ia bergelar isteri, mereka sebenarnya rasa amat sayang kepada title itu. Mereka amat sayang kepada suami, anak2 dan mereka nak suami dia faham keadaan mereka yang begitu. Kalau anda sayang pada isteri, janganlah memikirkan langsung untuk bercerai. Anda perlu lebih kehadapan di dalam memikirkan nasib anak2 dan anda berdua. Orang sayang pada orang biasanya apa dia selalu buat? Anda boleh buat perkara sama, paling simple selalu ucap terima kasih pada isteri. Manusia mana tak mahu dihargai bukan? inikan pula oleh suami sendiri. Pada ana, untuk mengubah nasib dan orang lain, kita perlu ubah diri kita dulu. Macam tengok cermin juga, kalau anda tak senyum dulu, janganlah anda harap wajah anda di dalam cermin itu akan senyum pada anda terlebih dahulu. Kemudian tanyakan diri, siapa yang seronok bila nampak wajah mereka yang ceria pada cermin? Adakah cermin atau diri sendiri? Macam itulah isteri dan siapa2 pun, mereka akan turut buat apa yg kita buat dan tunjukkan kepada mereka. Hanya kera dihutan yang tidak mengenal erti bunga, tetapi kalau ia manusia yang pernah masuk ilmu dan iman, mereka mudah kenal erti kasih sayang dan perasaan. Dayus maksudnya membiarkan isteri langgar syariat Allah sedang ia mampu memberi teguran atau tindakan wajar. Wallahu aklam, maafkan ana atas segala kekurangan di dalam memberikan pandangan berkenaan persoalan ini
By: Hamba Allah on 11 Julai 2009
at 11:57 AM
Salam,
Ustaz, Saya dan suami telah berkahwin lebih kurang 9 tahun. Pada minggu yang lalu kami telah bertengkar dan suami saya telah melafazkan “Jika awak confirm nanti (confirm dalam jawatan) tak usah lah kita hidup bersama lagi. Awak bawalah anak-anak bersama awak”. Tetapi dia telah menarik balik lafaz tersebut pada malamnya. Apakah jatuh talak jika saya confirm dalam jawatan saya nanti?
IbnRajab: pd pdpt ana, tak ada lafaz talak taklik di sini. blh rujuk pejabat agama utk lebih jelas. wallahu aklam
By: Hani on 22 Julai 2009
at 12:17 PM
saya ada satu soalan.
Adakah jatuh talaq atau cerai saya bila saya berkata tetapi tiada niat iaitu:
a) kalau kamu keluarkan duit itu dari bank, jgan datang balik ke rumah lagi
b) kalau macam ini, kita sudah tidak ada apa-apa lagi.
c) diucapkan banyak kali
IbnRajab: tidk jatuh. wallahu aklam
By: AB. SEM on 27 Julai 2009
at 10:10 AM
saya ingin bertanya… seorang suami telah melafazkan taklik “jika awak hubungi lagi kawan awak si polan, maka jatuhlah talak 1″, kemudian dia menceraikan isterinya dengan lafaz sorih seperti “saya ceraikan awak dengan talak 1″. si isteri tidak pernah lagi melanggar syarat taklik tersebut. kemudian si suami telah ruju’ semula dgn si isteri. adakah lafaz taklik tu masih kekal. maksudnya, jika selepas ruju’ tu si isteri menghubungi kawannya si polan, adakah talak akan jatuh pada isteri?
IbnRajab: pd pdpt ana, jatuh. qias kpd lafz taklik slps akad. sekiranya berlaku perceraian dgn lafaz sarih kemudian rujuk, kemudian suami meninggalkan isteri utk tempoh 4 bulan tanpa nafkah dan isteri mengadu di mahkamah dgn bayaran tertentu dan jika sabit kesalahan, maka jatuh talak 1 seperti dlm lafaz taklik yg dibaca setiap pengantin baru di Malaysia. wallahu aklam
By: saya on 27 Julai 2009
at 2:21 PM
A’kum. Saya ada beberapa soalan.Saya ada berselisih faham sdikit dgan isteri saya. Ditambah dgn campur tgn keluarga isteri. Akibatnya isteri telah menfailkan tuntutan cerai di mahkamah syariah. Dalam tuntutan itu, ada dinyatakan lafaz cerai berbunyi Lepaslah talak satu ke atas engkau. Demi Allah, walaupun saya ada bergaduh pada masa itu saya tidak pernah melafazkan talak bahkan menyebut ayat itu. Dikatakan ada saksi mendengar pada masa itu iaitu mak saudara isteri saya. Saya masih sayangkan isteri dan anak-anak saya. Saya tidak ada niat pun untuk bercerai. soalannya:
a) Bagaimanakah saya hdk menghadapi tuduhan tersebut?
b) Apakah yang patut saya lakukan?
c) Bolehkah mak saudara isteri saya menjadi saksi?
d) Adakah tunututan itu boleh dianggap fitnah untuk memisahkan kami?
IR: w’salam. ana rasa baik kalau sdr dptkan nasihat drpd pihak2 berkenaan di pej agama atau peguam syarie skiranya mampu. blh juga dptkan khidmat bantuan guaman. ana minta maaf krn tiada pengalaman dlm hal yg spt ini. berkenaan lafaz yg direka2 itu, ia adalah hak mutlak suami dan jika ada saksi yg mengiyakannya dihadapan kadi, ianya berdosa kalau saksi ke atas perkara yg tidak berlaku. azab yg berat dijanjikan (dlm agama) kpd mereka yg melakukan saksi palsu. wallahu aklam
By: hamba Allah on 29 Julai 2009
at 9:20 AM
Assalamualaikum, sebelum meninggalkan saya (pulang ke kg di Indonesia) suami saya telah gagal memberi nafkah zahir dan batin lebih kurang 2 bulan,dan kini dia mghilang lebih kurang 21 hari tanpa berita. Adakah saya perlu menunggu 4 bulan hijrah baru membuat pengaduan atau saya boleh membuat pengaduan kerana dari sebelum dia hilang pun dia sudah tidak bertanggungjawab ke atas saya.
IR: w’salam. pd pdpt ana, dah blh buat aduan. wallahu aklam
By: mawarbiru on 3 Ogos 2009
at 3:06 PM
Assalamualaikum…
Saya ingin bertanya…
Saya mempunyai kawan lelaki yang saya kenal melalui chatting. Tetapi suami tak suka dengan salah seorang dari mereka. Maka dia melafazkan “jika engkau berchatting dengan si A, maka jatuhlah talak 1 ke atas engkau”. Selepas itu saya tidak pernah berchatting lagi dengan si A. Tapi sesekali saya ada sms dan bercakap di telefon dengan si A. Soalan saya, adakah telah jatuh talak itu ke atas saya?
IR: w’salam. alhamdulillah krn sdri tidk meneruskan perbuatan yg tidak disukai suami. tidk jatuh talak sehingga sdri melakukan spt yg dilafazkan suami. wallahu aklam
By: me55 on 24 September 2009
at 4:13 PM
Alhamdulillah…terima kasih.
IR: sama2
By: me55 on 25 September 2009
at 2:45 PM
Salam IR,
Saya ada satu kemusykilan. Ini berkaitan dengan ibu dan ayah tiri saya. Baru-baru ini Ayah tiri saya bertaklik “sekiranya ada antara kami semua menghantar makanan dari rumahnya kepada ayah kandung kami maka akan gugur talak satu ke atas ibu saya”. Kami berasa sangat sedih apabila kami mengetahui perkara ini kerana sebelum ini kami kerap membeli makanan dan memasak di rumah Ibu dan dihantar kepada Ayah. Setelah ditanya kembali, ayah tiri saya membenarkan kembali kami menghantar makanan tersebut. Soalannya bolehkah dia menarik balik taklik yang dibuat olehnya?
IR: para ulama bersepakat lafaz taklik tidak blh ditarik balik. elok sekiranya merujuk ke pejabat agama bg mengesahkan perkara berkenaan agar kita tidk berada dlm kegelapan atau syak wasangka. wallahu aklam
By: Mzm on 29 September 2009
at 12:17 PM
1) sila lihat senario ini.
isteri didapati keluar bersama lelaki lain. isteri cuma mengatakan itu mereka hanya kawan biasa. selangberberapa bulan, suami menemui teman bicara melalui internet. suami berbicara secara manja dengan teman onlinenya tetapi tiada bermaksud sebagai pasangan kekasih.
suatu hari isteri syak lalu meminta kata laluan bagi komputer suami. suami khuatir kerana terdapat gambar teman onlinenya disitu. isteri marah lalu mengatakan “sekiranya abg ada bini2 yang lain.. kita bercerai!”..
suami mengatakan “ok” tanpa bermaksud untuk menceraikannya.tpi demi menyembunyikan hal tersebut.
selang berberapa hari, isteri menjumpai emel-emel suaminya dengan teman online nya itu. dan marah. lalu meninggalkannya.
soalannya.. bagaimanakah halnya tentang perceraian itu? adalah sah bercerai atau tidak?
IR: tiada perceraian kec melalui lafaz suami yg sarih atau kinayah dgn niat
By: Ron on 1 Oktober 2009
at 12:07 PM
Salam ustaz,
sy ada berchatting dengan kawan perempuan (kawan lama di universiti) tidak lebih dri seorang kekasih, tujuan untuk bertanya kabar2 kawan2 lama. tetapi isteri tidak suka jika sy berchatting dengan perempuan memalui YM.
satu hari dia terlalu marah sehingga kan meminta cerai… buat pengetahuan ustaz, sy telah di tempat kan kerje di sarawak, dan isteri di sabah… (skarang dalam proses permohonan untuk pindah). dia menuduh sy macam2… sedangkan ape yang dia cakap kan itu langsung sy x lakukan..
bila sy pujuk untuk berdamai dia tetap berkeras utk memninta dilepaskan.. seboleh2 nya saya x nak ape2 berlaku dlm hub kami ni… Sampai satu tahap sy meminta nye peluang, sy memberitahu nya
tolong la bagi satu lagi peluang, sebab sy tahu sy x lakukan ape yg dia cakap kepada sy dan pd akhir ayat sy menyebut,
“Sekiranya sy lakukan lagi (berchatting di YM, Awak minta laaa ape awak nakk”)
setelah itu, kami mula berdamai… dan menyesal dengan ape yg berlaku kerana sedikit salah faham tersebut… kami bahagia
setelah beberapa hari, isteri bertanya keada saya, bagaimana situasi jika sy melakukan kesalahan yg sama (berchatting di YM)
adakah jatuh talak ustaz????
Syukran….
IR: w’salam. takde apa. selagi tidak lafaz perkataan talak/cerai. wallahu aklam
By: hamba Allah on 25 Oktober 2009
at 5:33 AM
Salam ustaz,
Satu ketika berlaku pertengkaran kecil diantara saya dan isteri. secara tidak sengaja saya melafazkan “Cukup sebulan kita bercerai”. Secara hukum talak akan sah namun bilakah talak itu sah?Bolehkah saya bersama isteri saya sepanjang sebulan itu?Bilakah lafaz rujuk boleh dibuat?
By: msnail on 26 Oktober 2009
at 12:56 PM
Salam ustaz,
pada 1hb saya telah bertengkar dengan isteri saya dan secara tidak sengaja saya menyatakan “Cukup sebulan kita cerai”. Adakah cerai itu sah?Bilakah cerai akan sah?adakah cukup sebulan ustaz?Bilakah lafaz rujuk boleh dilafazkan?Bolehkah lafaz rujuk dilakukan melalui panggilan telifon?
Salam
IR: w’salam msnail, Insan. bila cukup sebulan maka jatuh lah sebagaimana yg dilafaz taklikan itu. perlu lapor kpd mahkamah. kemudian rujuk dgn lafaz yg difahami oleh isteri sbg rujuk. kmdian berhati2lah pd baki bilangan talak yg masih ada itu. semoga segalanya menjadi pengajaran buat kita dlm mengharungi baki dr2 dlm menjalani kehidupan berumahtangga. jgn mudah melafazkan talak sama ada secara sorih atau taklik. apa2 masalah sekiranya terlalu rumit dan memerlukan nasihat pakar, rujuk dulu ke pihak jabatan agama. jika tidak mahu sampai ke sana, byk2 bersabar.. byk2 berfikir dgn panduan iman dan akal. wallahu aklam
By: Insan on 26 Oktober 2009
at 1:04 PM
Salam ustaz,
IR: wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
Saya telah melafazkan talak taklik sebanyak 5 kali kpd isteri sy..
1. (Mac)Pada satu mlm, kami bergaduh n isteri sy nak kuar dr umah itu..sy melarang dgn bckp jika awk keluar rumah tnp izin sy, sy ceraikn awk talak satu..isteri sy xkuar umah pd waktu tsbt..
adakh jth talak sekiranya isteri sy keluar umah tnp izin sy pd waktu2 lain?cth sbln selepas itu?
IR: bila2 pun jatuh sekiranya tidak ada had masa tanpa izin dlm lafaz taklik utk mlm itu sahaja
2. (jun)Kami tlh pergi ke melaka n tlh menginap di dlm sebuah hotel..kami bergaduh ats satu sb n isteri sy bniat nk lari dr hotel tsbt..sy mrh n bckp kalu awk keluar dr bilik ini tnp izin sy, maka jth talak satu kat awak..isteri sy xjd utk keluar..adakah jth talak bila kami bdua keluar keesokan arinya utk check out?
IR: tidak jatuh krn keluar checj out adalah dgn izin
3. (Julai)Pada satu hari kami bergaduh besar ats sb2 tertentu..sy tlh mghantar dia ke tmpt keje dia..dia ckp kat sy yg dia xmau p keje n ckp akn p ke mn tmpt yg sy xkn jupe die..sy mrh n ckp kalu awk p ke tmpt lain selain dr opis or umah mak or umah akak die tnp izin sy, sy ceraikn die ngn talak satu..pada kejadian, dia xp ke mn2 just duduk kat opis die smpi sy dtg amik..adakh talak itu akn bekekaln sumur idup?adakah akn jtu talak tsbt skrnya dia p ke tmpt lain pd hari2 berikutnya sekiranya tnp izin sy?
IR: dia perlu minta izin selalu bila nak pergi ke mana-mana utk mengelakan lafaz terlaksana.
4. (ogos)Pada satu hari isteri sy mgancam utk xnk plg ke umah.sy pn mlafazkan cerai taklik ngn bkata kalu awk xbalik umah smpi kul 12 tgh mlm jatuh satu talak kat awak..die pun balik sblm waktu tsbt pada hari itu..adakah talak itu bekekaln seumur idup atau ia hny sah pada waktu kejadian itu sj?
IR: hr itu shj
5. (Okt)Sy tlh mlafazkn cerai taklik isteri sy ngn berkata jika awk buka lg email opis sy sy ceraikan awk..isteri sy xbuka email sy lg cm dia telah buka email opis sy yg telah masuk ke email die..sy xtau yg dia ada ubah setting kat email opis sy yg mn ape2 yg msk kat email opis sy akn msk ke email isteri sy..adakah jth talak bl isteri sy membuka email sy yg telah msk ke emailnya?adakah cerai ini berkekaln seumur idup?
IR: jatuh. isteri hendaklah mmilih utk delete shj email2 ofis yg masuk ke mailbox dia. dan kena tukar setting
Sblm ini sy ingat cerai taklik boleh ditarik balik..itu yg smpi 5 kali sy melafazknnya..slps sy membaca lafaz cerai xblh ditarik..sy yakin yg cerai 1-4 diatas tidak jth sb isteri sy selalu mntk izin jk dia nk ke mn2..yg ke 5 sy krg pasti..sy cm nak tau adakah lafaz taklik ini berkekaln atau ia hny sah pada waktu tersebut sj..hrp ustaz dpt membantu..sy msh cintakn isteri sy..
IR: lafaz taklik jika umum ia akan terlaksana sebaik sahaja peristiwa spt dlm lafaz itu dilanggar. Alhamdulillah sdr telh sedar akan kepentingan lafaz cerai taklik ini. hrp semoga dpt menjalani baki kehidpan rumahtangga dlm sabar, iman, ilmu dan harmoni. Apa2 pun ana anggap respon ini skdr pedpt peribadi. utk lebh maklumat, rujuklah pihak2 berkuasa spt pejabat agama, kadi dll. wallahu aklam
By: insan on 29 Oktober 2009
at 12:34 PM
terima kasih ustaz ats nasihat & pendapat ustaz..
IR: sama2
By: insan on 3 November 2009
at 8:26 AM
Assalamualaikum ustaz…
IR: wa’alaikumussalam wbt
Saya ada kemusykilan…akibat kejahilan kami suami isteri, suami telah melafazkan taklik sebanyak 3 kali:
1. pada pertengahan jun, suami telah melafazkan taklik “kalo ko tengok muka dia, jatuh talak 1″. saya merayu supaya ditarik balik lafaz tu kerana saya dan orang tu sama tempat keja dan mustahil saya x terpandang, walaupun x sengaja. Namun dia menyatakan macam itupun x boleh, maksudnya, tetap jatuh. Dan betulla esoknya saya secara tak sengaja saya terpandang wajah lelaki itu, sepanjang hari saya xleh buat kerja kerana risau. Bila saya telefon dan beritahu suami, dia bercakap dgn suara yg lemah. Namun apabila saya pulang dan bercakap dengannya, dia seolah2 x menunjukkan apa2 rasa sedih. Katanya dia dah lama tarik balik taklik tu…jadi saya biarkan saja kerana anggap ianya takde apa2. Dan kami menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa.
IR: taklik tdk blh ditarik balik. dlm kes ini ianya tlh berlaku spt yg dilafazkan. blh rujuk. kemudian jalanilah kehidupn dgn hati2 agar tdk mengulangi perkara sama
2. Kali kedua suami melafazkan taklik, pada pertengahan ramadhan tahun ini(dalam bulan september). Lafaznya, “kalo ko naik keta dorang, jatuh talak 3″ kereta itu adalah kereta kakak saya kerana saya telah keluar untuk membeli belah dengan kakak sekeluarga tanpa meminta izin darinya. Saya pun menunggu dia tetapi akibat dari kepanasan, saya terlupa tentang lafaz nye lalu terus ke kereta kakak saya utk duduk berteduh. Saya duduk dengan kaki terjuntai keluar. Kakak saya meminta saya menutup pintu kerana takut aircond x rasa, maka saya mengangkat kaki utk diletakkan kedalam tetapi sebelum sempat saya meletakkan kaki saya teringat lafaz suami maka saya terus terjun ke luar.
IR: talak tdk terlaksana krn puan hanya menumpang teduh. ianya berkekalan sehinggalah ia terlaksana walaupun setelah rujuk utk kes 1 di atas.
3. Selang beberapa hari saya ada meminta kebenaran utk ke dinner yg dianjurkan tempat keja saya, dengan harapan dapat bawa suami dan anak2 ke sana, tapi suami x izinkan dan melafazkan taklik sekali lagi ” kalo ko pegi dinner jatuh talak 1″, saya terkejut kerana permintaan sedemikian pun di taklik juga. katanya mcm tu saja cara nak ajar saya.
IR: lafaz ini jg umum, ia akan terlaksana utk mana2 dinner tnpa izin.
Maka dengan itula saya mencari maklumat tentang taklik ini, dan saya dapati untuk yg lafaz pertama saya rasa jatuh talak, tapi bagaimana dengan perhubungan suami isteri selama ini? Kerana saya ada juga baca tentang rujuk, yang mengatakan ‘bersama’ juga dikira rujuk. Bayangkan hampir 3 bulan kami berkeadaan begitu. Lepas saya beritahu suami saya yang talak x boleh ditarik balik, dia terus merujuk saya dengan lafaz ” papa rujuk mama” dan saya balas “mama terima”.
Kalo bersama sudah dikira rujuk, bagaimana dengan situasi yang kedua? Adakah saya sudah jatuh talak pada waktu itu? Tapi jika ditanya suami, niat dia ialah jika saya naik dan keadaan kereta bergerak. Adakah lafaz tu kekal utk selamanya?
Mohon penjelasan ustaz kerana saya sekarang sangat keliru, apatah lagi ianya melibatkan talak 3.
sekian terima kasih.
IR: wallahu aklam. cuma ana ingin tegaskn bhw respon ana hyalah pdtp peribadi. blh minta penjelasan lanjut dr mana2 pej agama atau pihak berkuasa. tujuan ana menulis tajuk ini adalah bukan utk memberi hukum ke atas mana2 pasangan. cuma skdr perkongsian agar kt sentiasa berwaspada dn peka trhdp peri pentingnya lafaz ini dlm kehidupan berumahtangga. suami isteri adalah bertanggungjawab scr bersama ke atas kerukunan rumhtangga merka. isteri hendaklah sedaya upaya tidak menyakiti hati suami atau melakukan perkara2 yg mmbawa kpd marah suami lalu menjatuhkan talak taklik. suami pula perlu sentiasa menambah ilmu utk membantunya memimpin rmhtangga yg diredhai Allah. mdidik isteri dlm islam ada tiga langkah pertama iaitu; nasihat, pisah tmpt tidur dan memukul dgn niat krn Allah utk mendidik bkn menyakiti pd tmpt2 yg dibenarkan oleh syarak. mohon maaf sekiranya ada kesalahan dlm respon. wallahu aklam
By: ingintahustatus on 2 November 2009
at 9:16 PM
Terima kasih untuk respon di atas. Satu lagi saya tertinggal, sekiranya berlaku perceraian di antara saya dan suami dengan talak 1 yang bukan diakibatkan oleh melanggar taklik, adakah sume lafaz taklik ini akan terbatal sekiranya kami rujuk kembali?
Maaf kerana terlalu banyak tanya.
IR: tidak terbatal sehingga ia (peristiwa berkenaan) terlaksana. waspada selalu agar ia tdk trlaksana dn lbh pntg, semoga Allah memberi kekuatan utk tdk mudah bertaklik di lain masa, insyaAllah. wallahu aklam
By: ingintahustatus on 2 November 2009
at 11:07 PM
lagi satu uztaz, berkenaan lafaz taklik talak 3 itu, kakak saya mempunyai 2 kereta, adakah lafaz itu available untuk kedua2 kereta tersebut?
Terima kasih untuk jawapan yang terdahulu.
IR: sekiranya umum, tidak dihadkan, maka utk kedua-duanya. wallahu aklam
By: ingintahustatus on 3 November 2009
at 8:34 PM
salam ustaz,
suami saya telah mlafazkn taklik pd ptg 7/11.. ‘ klu kau keluar dr kaw apartment ni tanpa izin aku, akan jatuh talak 1 ‘. Lalu dia pun keluar dr rumah.. 1 jam kemudian, dia pulang dan bgtau ‘ abg tarik balik taklik tersebut tanpa sbrg syarat ‘. Bagaimana ustaz? Sekiranya kami berpindah ke rumah lain? Adakah lafaz taklik itu akan terbatal?
IR: taklik x blh ditarik balik. ia akan berlaku sekiranya peristiwa spt dilafazkan itu terlaksana. iaitu keluar kaw aptmnt berkenaan tanpa izin. tetapi sekiranya pindah ke apartment lain dn keluar tanpa izin tidak terlksana. wallahu aklam.
By: G on 7 November 2009
at 6:51 PM