Posted by: ibnrajab | 1 Jun 2009

Selamat bercuti, balik kampung

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum warahamatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan yang bertugas sebagai guru, kepada anak-anak ana dan sesiapa sahaja yang dapat bercuti pada waktu cuti sekolah ini. Selamat balik kampung juga diucapkan khas buat adinda sekeluarga yang berpeluang balik bercuti ke kampung pada kali ini. (termasuklah adinda yang curi-curi bercuti hujung minggu kerana masih dibangku kuliah j-QAF) untuk sama-sama balik menziarahi orang tua.

Semoga percutian kali ini memberikan sejuta kenangan dan semoga kita semua dapat memanfaatkan masa dengan penuh kualiti untuk sama-sama mengamalkan ziarah menziarahi dan seumpamanya. Banyak juga jemputan ke majlis-majlis seperti perkahwinan, kesyukuran, akikah. InsyaAllah, jika diizinkan masa, segala permintaan dan jemputan-jemputan berkenaan akan cuba sedaya mampu untuk dipenuhi. Ambillah kesempatan tersebut untuk mempereratkan lagi tali silaturrahim antara kita.

Sekali lagi, selamat bercuti, dan selamat balik ke kampung dan seterusnya pulang semula untuk menyambung tugas rasmi dengan penuh semangat, motivasi dan keikhlasan di hati.

Wassalam.


Leave a response

Your response:

kategori