Salam israk mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam israk mikraj ana ucapkan kepada semua pengunjung laman IbnRajab Online sekalian bersempena tarikh hijrah hari ini yang menunjukkan 27 Rejab 1430 Hijriyyah, dengan ucapan “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Sebenarnya bukanlah niat ana nak mencetuskan satu istilah salam dalam bentuk baru apatah lagi yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW. Wa iya zu billah min zalik. Cumanya salam itu satu patah kata dalam bahasa Arab yang bermaksud selamat dan sejahtera dalam bahasa Melayu. Maksud ‘salam israk mikraj’ di sini pula ialah, didoakan agar semua yang membaca artikel ini selamat dan sejahtera bersempena dan berkat peristiwa israk mikraj yang berlaku ke atas Rasulullah SAW.

Memperingati mana-mana peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah SAW adalah bukan suatu sunnah tinggalan Baginda. Bukan juga menjadi amalan sahabat-sahabat serta para tabien. Sebaliknya, selawat ke atas Baginda itulah yang menjadi sunnah dan ikutan para sahabat dan orang-orang soleh. Tetapi, fitrah semulajadi manusia, mereka mengingati sesuatu yang dianggap penting dalam kehidupan dan di dalam menjalani kehidupan di atas dunia ini. Orang kata tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja. Dan apa-apa peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah SAW yang terkandung padanya seribu satu pengajaran itu amat-amat patutlah menjadi ingatan dan kenangan serta panduan umat Islam.

Memang tidak dinafikan, orang-orang soleh sentiasa ingat dan berselawat ke atas Nabi. Samentelah lagi ada suruhan Allah berkenaan selawat tersebut. Firman Allah (al-Ahzab:56) bermaksud “Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya berselawat ke atas Nabi, wahai seluruh umat Islam yang beriman, berselawatlah kamu ke atas junjungan besar Rasulullah SAW. Nabi sendiri pernah memesan, barangsiapa yang berselawat ke atas ku dengan satu selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.

Dalam hadith yang lain pula Rasulullah SAW diriwayatkan berpesan kepada para sahabat-sahabatnya “Barangsiapa yang memberi salam ke atasku, maka Allah akan menyampaikan salamnya itu secara langsung kepadaku, walaupun selepas kematianku, lantas aku mendengar salamnya itu dan aku menjawabnya”.

Memang hari-hari kita disuruh berselawat ke atas nabi dan mengajak orang lain turut sama berselawat. Tetapi tidak ramai yang hari-hari tulis blog atau hantar sms kepada rakan atau sabahatnya untuk tujuan itu. Apa salahnya hari ini, bersempena dengan peristiwa besar dalam Islam ini, kita sama-sama meriahkannya dengan pesanan selawat berkenaan. Hari-hari itu adalah ciptaan Allah, ada hari ahad, isnin, hari jumaat sebagai penghulu hari, ada hari yang telah ditetapkan kita lahir ke dunia. Bukan setiap hari itu kita dilahirkan pun. Jadi secara fitrahnya tidak salah kalau kita mengingati dan mengajak orang lain mengingati apa sahaja yang ada kaitan dengan hari-hari tertentu. Asalkan ajakan kita itu tidak bersalahan dengan syariat.

Kalau hari raya aidil fitri atau aidil adha itu, sememangnyalah itu hari raya. Pada hari raya berkenaan, ada amalan-amalah sunnahnya yang tertentu seperti solat sunat hariraya, mengalunkan tasbih yang tertentu, ziarah menziarahi, memberi makan dan bermaaf-maafan. Tidaklah bererti pada hari israk dan mikraj ini kita buat perkara sama dan meletakkan hukum yang sama dengan hari raya itu pula. Tetapi tidaklah pula amalan ziarah menziarahi, memberi makan dan bermaaf-maafan itu ditentukan pada hari raya sahaja. Bahkan seluruh dalam hari-hari yang lain pun umat Islam dituntut dengan amalan-amalan tersebut. Cuma hari raya itu adalah sebagai tuntutan mengimarahkannya.

Bukanlah niat mereka yang meraikan hari-hari kebesaran Islam selain hari raya itu untuk melakukan bid’ah. Atas alasan meraikan hari-hari berkenaan tidak kedapatan dalam sejarah hidup Rasulullah SAW. Wal iya zubillah. Apalah salah hari-hari yang diciptakan sendiri oleh Allah? Apalah salah minda seseorang manusia yang teringatkan akan sesuatu peristiwa? Apalah salahnya seseorang hamba Allah ingin mengirimkan salamnya sesama mereka bersempena peristiswa israk mikraj dan lain-lain peristiwa besar dalam Islam? Pada pandangan peribadi ana, berdasarkan kepada rasional-rasional tersebut, tidaklah sambutan israk dan mikraj dengan pelbagai pengisian yang memanfaat manusia serta dilakukan pula ikut syariat itu suatu yang bid’ah.

Objektif Memperingati Peristiwa Israk Dan Mikraj
1. Memperolehi nilai ittiba’ Rasulullah
Mafhum firman Allah (Ali Imran:31) “Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu (orang-orang Islam yang beriman) mencintai Allah maka ittiba (ikutilah) aku (Rasulullah SAW) nescaya Allah akan mencintaimu”. Ittiba adalah perkataan arab yang bermaksud ikutan, atau mengikuti. Ittiba Rasulullah SAW maksudnya mengikuti atau mentaati segala apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu semua bentuk syariat Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Baginda.

Seorang anak mesti ittiba Rasulullah sebagai seorang anak, seorang ibu mesti ittiba Rasulullah sebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang suami, seorang pekerja, seorang ketua, seorang pemimpin atau seorang apa sahaja di dunia ini mesti ittiba Rasulullah SAW di dalam menjalani kehidupan berlandaskan keinginan Allah SWT iaitu beribadah kepadaNya, berlandaskan panduan syariat yang betul.

Seorang ketua keluarga (suami) hendaklah menjadikan Rasulullah sebagai idolanya dalam memimpin rumahtangga. Ia bertanggungjawab memberi nafkah, kasih sayang dan berlaku adil kepada isteri atau isteri-isteri dan anak-anaknya sebagaimana sayang, amanah dan adilnya Rasulullah terhadap isteri-isteri dan anak -anak Baginda. Peraturan dalam keluarga hendaklah melaksanakan seperti kehendak dan peraturan Allah. Tidak perlu seorang suami yang ittiba Rasulullah mengambil dan mengaplikasikan peraturan-peraturan ciptaan manusia seterusnya mengkesampingkan ketetapan Allah. Seorang suami tidak dibenarkan membiarkan anak-anak leka dengan hiburan dunia, berpeleseran, tidak tutup aurat dan tidak solat atau mengingkari segala perintah Allah yang lain. Hukuman Allah seperti merotan anak-anak yang tidak solat setelah mencapaio umur 10 tahun perlu ditegakkan dalam rumahtangga Islam.

Tidak perlulah memandu anak-anak mahir berbahasa inggeris yang kononnya bahasa teknologi sedangkan mereka tidak faham sepatah haram pun perkataan arab yang dibacanya menerusi al-Quran. Apatah lagi kalau si anak tidak dapat langsung membaca al-Quran? Didik anak-anak dengan ittiba Rasulullah SAW di mana pendidikan mereka bermula dengan mengenali Allah, rukun Islam, rukun iman dan ihsan seterusnya mendalami ilmu-ilmu al-Quran. Tidakkah telah lama terbukti bahawa teknologi umat Islam suatu masa dahulu pernah terkehadapan dan tidak pernah dapat diatasi oleh mana-mana teknologi sehingga ke hari ini? Dan tidakkah teknologi yang diasaskan kepada bahasa Inggeris itu tidak lain adalah sebagai ciplak atau klon yang dinafikan nota kakinya oleh mereka (penjajah) yang tidak mengamalkan nilai amanah ilmu?

Memperolehi nilai ittiba Rasulullah SAW ini dalam segenap segi kehidupan adalah objektif pertama mengingati dan mengajak orang lain mengingati segala peristiwa-pertistiwa besar yang berlaku ke atas Rasulullah di sepanjang hayat dan perjuangannya sebagai Rasul pilihan Allah itu. Termasuklah mengingati peristiwa israk dan mikraj yang berlaku hari ini dalam kalendar Islam.

2. Motivasi iman kepada kekuasaan Allah, membenarkan segala ajaran Rasulullah SAW.

3. Menghayati kepentingan melakukan perjalanan kerana Allah (musafir) dan kepentingan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam

KESIMPULAN
Peristiwa Israk dan Mikraj memperlihatkan kepada Rasulullah pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi yang bercerita kepada mereka. Termasuklah orang-orang munafiqin.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah. Tidak dapat diterima oleh akal manusia yang tidak beriman kepada Allah. Hasil daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang terbesar sekali ialah menerima perintah Allah SWT iaitu menunaikan ibadah Solat (penghubung antara makhluk Allah di bumi / alam dunia dengan Allah secara langsung)

Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat. Jika kita sakit tidak mampu untuk berdiri maka dibolehkan duduk. Jika tidak dapat duduk maka diberi lagi kelonggaran secara berbaring, malah jika baring pun menghadapi masalah maka dibenarkan untuk melakukan dengan isyarat sahaja. Daripada aspek lain, jika air tidak ada maka dibolehkan dengan bertayammum sahaja. Pendek kata, ibadah  solat hendaklah ditunaikan walau dalam keadaan apa sekali pun dan di mana pun kita berada, kecuali timbul sesuatu halangan yang memang ditakdirkan oleh Allah swt. seperti tidak siuman, pengsan, tidak sedarkan diri, gila dan seumpamanya.
 
Sebelum menunaikan solat hendaklah kita membersihkan diri daripada najis dan mengambil air sembahyang, membersihkan tempat bersujud, dan mendirikan solat sepenuh hati (khusyuk) agar menghasilkan ubat dan penawar mujarab bagi mendidik dan menyihatkan rohani dan jasmani manusia. Peristiwa israk dan mikraj juga sebagai isyarat tentang kepentingan umat Islam membela masjid al-Aqsa. Selain ia membuktikan kepentingan perjalanan (hijrah/musafir) kerana Allah untuk memotivasikan diri manusia dan menyelamatkan iman (isyarat hijrah Rasulullah ke bumi Madinah lalu membina Negara Islam di sana).

Wassalam.

p/s: dua nokhtah yang diwarnakan itu akan disambungtulis huraian selepas ini. InsyaAllah

About these ads

3 Komen (+add yours?)

  1. pakcikli00
    Jul 20, 2009 @ 16:13:00

    Anta memang pandai berbahasa taniah ! . Jika nak tahu bagaimana pula bahasa bahasi Dukun Asmara sila;
    klik di sini >> http://pakcikli00.wordpress.com/ terima kaseh.

    IbnRajab: terima kasih sudi bertandang

    Balas

  2. Peduli Pendidikan
    Jul 20, 2009 @ 22:40:32

    tulisan yang sangat bagus, kritis dan membangun…..

    trim’s

    IbnRajab: kembali :)

    Balas

  3. qhazanah
    Jul 22, 2009 @ 15:11:04

    Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..

    Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar terkini dari bumi Palestine..

    [GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?

    http://qhazanah.wordpress.com/2009/07/21/benarkah-batu-terapung-dalam-peristiwa-isra-mikraj-di-palestin/

    Syukran..

    IbnRajab: syukran sudi singgah blog ana. rasa mcm kenal.. :)

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: