Rayuan Tabung Haji

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang rayuan mengerjakan ibadah haji yang boleh diajukan kepada pihak pengurusan Tabung Haji. Mengikut pengalaman ana sendiri, memang pihak Tabung Haji tidak menyediakan apa-apa borang atau format berkaitan rayuan tersebut. “Kalau adapun rayuan yang berbentuk surat rayuan, yang dihantar oleh pihak pendeposit kepada Tabung Haji, kami memang terima surat itu tetapi tidak menjamin bahawa kami mampu menyediakan tempat bagi mereka mengerjakan haji pada tahun berkenaan” komen salah seorang pegawai Tabung Haji yang menjawab pertanyaan ana.

Mengikut pegawai tersebut, memang pihak pendeposit Tabung Haji ada niat mengerjakan haji, kalau tidak masakan mereka menyimpan atau menabung di Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tindakan mereka berurusan dengan pihak Tabung Haji itu telah menunjukkan suatu reaksi positif terhadap apa yang mereka niatkan. Iaitu mengerjakan ibadah haji. Selain itu ia menyenangkan mereka melakukan simpanan sedikit demi sedikit sehingga mampu mengerjakan ibadah rukun Islam yang kelima itu.

Mengikut had kouta sekarang, kalau seseorang itu mendaftar haji pada tahun ini, kemungkinan beliau dapat menerima tawaran atau giliran melakukan haji pada tahun 2020. Atau dengan perkataan lain terpaksa menunggu lebih dari 12 tahun. Oleh itu, tindakan awal pendeposit mendaftar haji adalah wajar. “Kalau dah niat, daftarlah segera..” sambung pagawai tadi.

Cuma, sekiranya pihak pendeposit ditimpa musibah yang menjejaskan tahap kesihatannya, maka pihak Tabung Haji sebenarnya membuka ruang sekiranya mereka ingin membuat rayuan agar dipercepatkan gilirannya menunaikan ibadah haji. Seperti mereka yang telah sembuh dan telah mendapat perakuan Dr. pakar berkenaan kemampuannya menunaikan ibadah haji. Sekiranya mereka tunggu kemungkinan tahap kesihatan mereka menjadi bertambah buruk. Sebagai contoh, pengidap strok yang telah sembuh mereka amat terdedah kepada risiko serangan kali kedua atau berikutnya.

Setelah pihak Tabung Haji menerima surat rayuan daripada pihak pendeposit, mereka biasanya (mengikut pengalaman beberapa jiran dan relatif) akan hantar satu surat menolak rayuan tersebut. Alasan yang diberikan biasanya kerana kuota telah penuh.

Tetapi pada pandangan peribadi ana, pihak Tabung Haji sebenarnya tidaklah menolak 100% rayuan tersebut. Mereka masih memproses rayuan berkenaan berdasarkan no. rujukan surat balasan berkenaan. Sekiranya ada peluang, nama pendeposit yang merayu itu tadi akan mendapat pertimbangan. Betullah kata pegawai tabung haji itu “Pakcik ada hak merayu..”

Kronologi proses rayuan salah seorang pendeposit TH
20.06.2006
– Sepasang suami dan isteri mendaftar untuk menunaikan ibadah haji di Pejabat Tabung Haji. Tarikh giliran menunaikan haji yang tertera pada slip itu adalah pada tahun 2014.

17.02.2008 – Si suami diserang angin ahmar (strok)

02.03.2009 – Si suami diakui 99% telah sihat dan diperakukan (oleh Dr. pakar) boleh melaksanakan ibadah haji. Sehubungan itu,  satu surat rayuan telah dihantar ke Pejabat Tabung Haji dengan disertakan surat akuan Dr pakar tadi untuk membolehkan si suami dan ditemani oleh si isteri termasuk dalam senarai peserta jemaah haji tahun 2009. Mengikut pendapat Dr. yang disampaikan secara lisan kepada si isteri, penyakit si suami boleh menyerang lagi dan serangan berikutnya adalah lebih teruk.

13.04.2009 – Surat dari Tabung Haji menolak rayuan mereka suami isteri menunai haji pada tahun ini.

16.08.2009 – Pegawai Tabung Haji datang sendiri ke rumah sepasang suami isteri tersebut membawakan perkhabaran gembira, mereka telah terpilih untuk menunaikah haji tahun ini. Segala persiapan perlulah dilakukan segera kerana jemaah haji pilihan biasa telah melakukan semua itu sejak sebulan yang lalu.

Kesimpulan
Kalau anda telah berniat untuk melaksanakan ibadah haji (anda memang perlu bahkan wajib meniatkannya), maka segeralah menabung dan mendaftar haji di Pejabat Tabung Haji serta lakukanlah potongan bulanan ke atas tabungan tersebut. Kalaupun jangkamasa yang perlu anda tunggu itu terlalu lama, tetapi sekiranya anda berdepan dengan  keadaan-keadaan rumit yang mewajarkan anda dipertimbangkan, agar giliran anda itu dipercepatkan, maka buatlah rayuan. Kalaupun ia ditolak, jangan berputus asa. Berdoa dan bertawakkallah! InsyaAllah, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani..

Wallahu aklam.

p/s: Untuk membuat rayuan menunaikan haji, pendeposit tidak perlu memastikan jumlah keseluruhan kos mengerjakan haji telah mencukupi dalam akaun mereka terlebih dahulu. Asalkan mereka mempunyai sebab yang munasabah spt tahap kesihatan, terus sahaja buat rayuan. Sekiranya terpilih, barulah berusaha memenuhi jumlah yang sepatutnya ada bagi menampung kos saraan haji pada tahun tersebut. InsyaAllah, bantuan Allah itu amat luas kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa dan berserah diri kepadaNya..

p/s 2: Tahniah buat mak dan ayah ana yang pada saat-saat akhir telah terpilih (hari ini) bagi mengerjakan haji pada tahun 2009.. Laqad taqabbalallahu niyyatakum! Semoga Allah mempermudah segala urusan. Amienn..

About these ads

34 Komen (+add yours?)

  1. Nukilan Nurani
    Ogo 17, 2009 @ 00:25:20

    assalamualaikum ustaz
    Rukun islam ada 5 sahaja, tak banyak tapi pelbagai alasan untuk penuhinya. rukun yang kelima Tunai Haji di Baitullah. Niat yang bersungguh nak buat kata setengah pendapat kalau orang yang berniat tu mati, matinya tidak seumpama mati katak.
    alhamdulillah ana pun dah buka akaun tabung haji,insyaallah start bulan 10 ni pihak bank akan membuat pemotongan…

    IR: w’salam. alhamdulillah semoga Allah cpt kabul niat enta

    Balas

  2. tandek sedah
    Sep 05, 2009 @ 21:01:50

    Saya telah mendaftar 2008 difahamkan tidak ada quota,Terkecuali melalui pakaj tapi mahal. Justeru perlu sya dipertimbangkan oleh Tbung haji yang ketika ini saya maseh sehat berumur telah menjangkau 67 tahun. Kiranya saya diberi tempat lebih lama lagi mungkin umur tidak mengizinkan saya. Harapan untuk dipertimbangkan menunai haji pada tahun 2009 ini.

    IR: mrk x dpt pertimbang mungkin krn br sgt dftr. insyaAllah cuba lg thn depan. smga Allah permudahkan

    Balas

  3. hadilah
    Jan 31, 2010 @ 20:54:40

    sye mndftar pde thun 2007…kire g haji bertiga dgn mak dan ayah sye…tp,blom dpt pggilan lg..tmsuk pggilan standby…hrp2 thun ni dpt…

    IR: insyaAllah..

    Balas

  4. Hj Mazlan
    Feb 13, 2010 @ 18:24:53

    Untuk mendapatkan maklumat berkaitan Urusan Haji layari blog Haji Saya: tanahsucimabrur.blogspot.com

    Balas

  5. Rina
    Mei 21, 2010 @ 20:26:51

    Saya mendaftar haji pada thn 1999. Pada thn 2007 saya menerima surat panggilan standby tetapi saya menolaknya. Thn 2010 ini saya telah membuat surat rayuan utk menunaikan rukun islam kelima ini. Harapan saya agar permohonan saya ini dapat dipertimbangkan.

    IR: alhamdulillah. semoga Allah permudahkan. insyaAllah

    Balas

  6. zeyana binti abdullah
    Jun 18, 2010 @ 13:47:15

    Salam…
    Ibu dan Ayah saya telah mendaftar haji pada thn 2006. Sekarang dah 2010. Jika dilihat pada status permohonan adalah ‘menunggu’. Namun, tiada sebarang surat daripada TH. Saya amat-amat berharap agar kedua orang tua saya dapat menunaikan Ibadat Haji pada tahun ini (2010), berikutan keadaan kesihatannya yang semakin menurun… Namun, adalah lebih baik jika perkabaran GEMBIRA itu diterima awal, agar persediaan yang cukup rapi dapat dbuat.

    IR: cubalah buat rayuan

    Balas

  7. Asmaeyah bt Ani
    Jul 22, 2010 @ 14:30:47

    Saya telah membuat rayuan pada awal tahun 2010 bersama dengan kawan saya, masalahnya kawan saya telahpun diberi surat untuk standby pada tahun ini tetapi saya tidak mendapat pun surat standby tersebut. Mohon pihak tuan mempertimbangkan rayuan saya ini.

    Balas

  8. syuhadah
    Feb 20, 2011 @ 08:01:09

    Salam.

    Boleh saya tahu rayuan itu di hantar ke address mana? ada alamat Email yang saya boleh send surat rayuan haji ibu saya?

    IR: wa’alaikumussalam wbt. hantar rayuan ke mana-mana pej tabung haji terdekat. wallahu aklam

    Balas

  9. hanidah hashim
    Mac 22, 2011 @ 13:13:35

    assalamualaikum ustad mazlan >>> bolih ke saya tahu nama saya ke didalam rayuan pada tahun ini.

    Balas

    • perayu setia
      Jul 10, 2011 @ 18:50:14

      sila mklumkan keputusan rayuan secepat yg mungkin kerana kami terikat dgn tugas sebagao pemeriksa kertas pmr dan spm.

      Balas

  10. Abdullah Tahir Bin Hj Salleh
    Mei 12, 2011 @ 10:02:32

    Saya adalah calon terpilih untuk mengerjakan haji tahun lepas. Oleh kerana kenduri perkahwinan anak saya, saya terpaksa tangguhkan ke tahun ini. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Tabung Haji. Saya sangat berharap boleh mengerjakan haji tahun ini bersama isteri saya. No Akaun saya: 630501044669024. Sila pihak tuan senaraikan nama kami tahun ini.

    Balas

    • Zubaidah Mohamad
      Feb 12, 2012 @ 22:58:35

      Saya dan suami telah mendaftar haji pada tahun 2007. Mengikut jadual giliran kami adalah pada tahun 2017. Walaubagaimanapun pada tahun 2008 suami saya diserang sakit jantung dan telah menjalani pembedahan pada tahun 2009.Pada tahun 2010 suami saya bersara pilihan dari jawatan kerajaan atas sebab2 kesihatan.Pada masa ini keadaan kesihatan suami saya agak baik tetapi saya takut kesihatanya akan terjejas pada bila2 masa. Saya telah membuat rayuan pada tahun 2011 dan 2012, harap2 kami berjaya.

      Balas

  11. Zahari AG.
    Ogo 25, 2011 @ 10:24:48

    Assalamualaikum W.B.T,
    Saya sebagai anak terkilan melihat keadaan kedua orang tua saya yang sabar menunggu giliran untuk ke tanah suci.Bapa saya berumur 74 thn dan ibu berumur 65 tahun.Sehingga kini tiada kabar berita diterima dari tabung haji.
    Oleh itu saya ingin membuat rayuan bagi pihak kedua orng tua saya moga dipercepatkan pemergian mereka ke tanah suci memandangkan usia yang kian lanjut,semoga Allah memberi mereka kekuatan Amin.

    Nama bapa: Abd. Ghani b. Mohamad
    No. KP : 371231-11-5087

    Nama ibu : Zaitun@Dayang bt. Muhamad.
    NO. KP : 460828-11-5164

    Balas

  12. Jamilah Ahmad
    Sep 05, 2011 @ 13:30:23

    Salam, saya ingin mendapat tawaran Haji pada 2011. dan masih lagi menunggu
    dan bagaimana ingin mendapat tawaran ya. dan nie ic no saya 730317145748

    Balas

  13. narimah bt jantan
    Sep 19, 2011 @ 07:23:43

    Assalam..hampir setiap hari sy akan menyemak status di web TH dgn harapan ada berita gembira. Mohon diberi pertimbangan utk mengerjakan haji pd tahun ini. Moga Allah merestui dan mempermudahkan urusan. AMIN

    Balas

  14. ROSJASMI BT ABDULLAH
    Sep 23, 2011 @ 15:34:59

    ASSALAMUALIKUM W.M….
    KAMI MENDAFTAR HAJI TAHUN 2007….TAHUN INI KAMI DAFTAR DENGAN PAKEJ HAJI….TAPI TIDAK TERSENARAI..KATANYA KUOTA DAH BERKURANGAN UTK JEMAAH PAKEJ…BETULKAH BEGITU?

    Balas

    • Hj Othman bin Hj Mahmud
      Sep 24, 2011 @ 10:11:28

      Salam.
      Saya boleh tolong uruskan. Jika puan benar2 ikhlas nak pergi haji dengan Pakej, sila hubungi sqaya segera. Bayaran minima RM 18K. Syaratnya pergi dengan mahram lelaki atau 3 orang perempuan yang baik akhlaknya..saya cuba, tempat tak banyak. Sila beri maklumat puan dengan segera;
      1.Nama penuh
      2. No. Passport antarabangsa
      3. No Akaun Tabung Haji.

      T.Kasih Hj Othman 013-3415134

      IR: terima kasih.. kepada rakan2.. blh lah buat tindakan..

      Balas

  15. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online
  16. azizah amirullah
    Dis 13, 2011 @ 16:01:50

    SALAM…
    AYAH DAN IBU SAYA TELAH MENDAFTAR HAJI PADA TAHUN 2006 DAN TAHUN 2007…PADA TAHUN 2010 IBU SAYA TELAH DITAWARKAN SEBAGAI CALON STANBY DAN IBU SAYA TELAHPUN MEMBUAT MEDICAL CHECK UP TETAPI SETELAH MENUNGGU PANGGILAN TERNYATA HAMPA. MALAHAN PADA TAHUN 2011 DIA TIDAK DITAWARKAN . SOALAN SAYA BOLEHKAH IBU BAPA SAYA PERGI MENUNAIKAN FARDU HAJI BERSAMA-SAMA WALAUPUN TIDAK MENDAFTAR SECARA BERSAMA ?. BOLEHKAH IBU DAN AYAH SAYA PERGI UNTUK TAHUN 2012 KERANA BAPA SAYA SUDAH LANJUT USIA IAITU 68 TAHUN. SETAKAT INI RAYUAN TELAH DIBUAT SEBANYAK 3 KALI..

    Balas

  17. Siti binti Abdullah
    Dis 20, 2011 @ 19:53:07

    Salam.. nak tanya.. kalau kita dah submit borang rayuan kesihatan dari dari pakar doktor.. adakah pihak tabung haji akan memhubungi pihak hospital tersebut untuk membuat pengesahan samada borang yang disubmit itu betul atau palsu.

    Balas

  18. MOHD ZAINOL BIN SAAD
    Jan 13, 2012 @ 09:55:36

    Mengikut senarai pendaftaran TH pemergian saya ke Tanah Sucti adalah pada tahun 2013, PERSOALANNYA bolehkah saya membawa isteri (pendaftarannya pemergiannya adalah pada 2031) untuk menunaikan haji bersama saya pada tahun 2013? Kiranya boleh (HARAPNYA BEGITULAH) bilakah (tarikh/tahun) perlunya saya membuat RAYUAN?? Terima kasih!

    Balas

  19. HawaIsmail
    Feb 23, 2012 @ 11:39:18

    Saya ingin sangat nak tunaikan haji tahunini 2012 sebab dah bersara tapi giliran pada 2014 sebab rayuan tak di terima. Saya dah hantar butiran ke Tabung Haji Travel untuk ikut pakej tapi tak ada lagi jawapan. Ada sesiapa ada cadangan ajensi TH yang mana yang patut saya pilih.Terimakasih

    Balas

    • mrsshaikh
      Feb 28, 2012 @ 18:29:53

      As Salam.. banyak travel ajensi yang mengelolakan pakej-pakej haji.. cub tuan check dalam internert..spt

      Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

      Rajakam pakej haji dan umrah
      PN RAJA KAMSIAH BT RAJA KASSIM
      TEL NO: 016 6685497
      email : rajakam59@gmail.com

      RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.
      No. 193166-P
      No. 1341-1, Di Hadapan Sekolah Sultan Ismail, Kampung Besut, 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu, Malaysia
      Tel:609-859 2942 | Fax:+609-858 2945 | Email : info@rayhar.com

      Balas

      • HawaIsmail
        Mac 01, 2012 @ 08:09:05

        Assalamualaikum dan terima kasih semua yang memberikan nama ajensi. Masaalahnya boleh ke buat booking dengan beberapa ajensi sebab ajensi yang pertama tak jawap langsung butir2 yang telah saya faxkan. Kata mereka “akan diberi tahu selepas Aidilfitri”. Saya naklah dapat ajensi yang boleh memberi kepastian walaupun ketentuan akhirnya adalah daripada Ilahi.

  20. Shukur Mambang Kuek Kuek
    Apr 08, 2012 @ 15:48:30

    assalammualaikum…….Ayah saya telah mendaftar Haji pada tahun 2006 dan pada tahu 2011 ayah saya telah di tawarkan sebagai calon stanby ayah saya telah pun membuat madical check up serta injetion,selain itu pasport ayah saya juga telah di cop oleh pihak Lenbaga Haji….setelah menunggu jawapan dan maklum balas ternyata mendukacitakan.Ayah saya seorang yang kurang upayah dan rayuan juga telah di buat sebanyak dua kali…bolehkah ayah saya menunaikan ibadat Haji pada tahu ini

    Balas

  21. Azman Bin Abd Jalil
    Okt 06, 2012 @ 10:16:37

    Baik sgt tk.

    Balas

  22. tentera_hijau
    Dis 05, 2012 @ 15:39:19

    terharu saya membacanya, moga urusan saya juga dipermudahkan allah.amin

    Balas

  23. mohd zakaria bin abdul aziz
    Jun 21, 2013 @ 20:39:23

    assalammualaikum ustaz
    saya dan isteri telah mendaftar haji dan tahun jangkaan adalah2018.
    Kami berniat utk mengerjakan haji awal dan mengambil keputusan utk menyertai pakej pd musim haji 1435H ;nanti .Ini kerana pd thn itu kami lihat byk kelapangan kpd kami dr segi org yg menjaga anak. Adakah kami berpeluang.

    Balas

  24. mohd zudee bin chesoh
    Sep 09, 2013 @ 23:29:06

    saya dah 3 tahun buat rayun utk prgi haji bersama isteri dan ibu. tapi takdak jawapan apapun dari Thaji. takapalah mungkin allah tak izinkan lagi. saya daftar tahun 2006 dan koata pada 2016 tapi saya seorang pesara tentera. insyaallah jika diizinkan olehnya saya sekeluarga pergi jua jika masih bernafas. sabarlah kepada yang terima nasib macam saya. terserah kpd allah segalanya.

    Balas

  25. wan noordiran bt wan long @wan ibrahim
    Nov 20, 2013 @ 07:23:22

    Menunggu keputusan rayuan haji 2014.

    Balas

  26. mimi
    Mei 08, 2014 @ 10:42:45

    As salam ustad, saya telah talak tawaran pergi haji pada tahun lepas, dan telah memaklum dan membuat rayuan untuk membuah haji pada tahun ni 2014 tapi hingga sekarang saya masih belum terima surat tawaran.

    Balas

  27. Norliza Omar
    Okt 31, 2014 @ 17:37:46

    Assalamualaikum…Ustaz.
    Ibu saya berumur 68 thn…ttp beliau bertongkat kerana sakit lutut, pendengaran pun dah kurang..,darah tinggi dan kerap pening…
    daftar thn 2010….giliran 2030….
    Saya ada bertanya staff tbg hj . Mereka kata mak saya blm warga emas lagi…klu nk pergi buat rayuan.
    jika ibu saya pergi seorg adakah staff tabung hj akan membantu…
    Pada pandangan ustaz ,siapa yg blh temankan mak saya..
    1.adik lelaki(bujang 38 thn)
    2.adik perempuan (bujang 33 thn)
    3.saya tlh berkeluarga (46 thn)

    Syukran atas jawapan….

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: