Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Dukacita dimaklumkan bahawa pihak KPM (Bhgn Pendidikan Guru) telah memaklumkan bahawa tidak ada iklan pengambilan baru yang akan dikeluarkan untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah pada awal tahun 2010. Sebaliknya, pihak KPM akan menapis daripada permohonan sedia ada untuk diproses dan diserap masuk sebagai ambilan untuk tahun 2010. Makluman tentangnya seperti berikut:
Sekian.
Bahagian Pendidikan Guru
Kepada yang berminat untuk menjadi guru dan tidak pernah membuat permohonan KPLI sebelum ini ataupun dah mohon cuma belum ada rezeki masuk IPG untuk buat KPLI, harap bersabar. Mungkin ada rezeki di lain-lain masa. Kalau dah mohon untuk intake Jun 2009 lepas tetapi belum dipanggil temuduga atau mendaftar, mungkin rezeki anda akan ada pada ambilan ini InsyaAllah. Doalah banyak-banyak dan berusahalah jika ada jalan.
Apa-apa pun, rezeki ada di mana-mana. Berusaha, berdoa dan bertawakkallah. Wassalam.
Upadate 02 November 2009:
Kalender Aktiviti Pemprosesan KPLI-SR Ambilan Januari 2010

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa
Untuk maklumat lanjut sila ke laman KPM atau klik di sini. Sekian, harap maklum. Wassalam.











assalammualaikum..
Saya ingin bertanya, adakah jika dilantik menjadi warden, wajib tinggal di dalam rumah kerajaan. Ada tak pekeliling yang mengatakan warden tak boleh di bayar epw?
IR: w’salam. berdasarkan keprluan dan nilai amanah, pd ana wajib duk dlm. bimbang jika duk luar akn menjejaskan komitmen dgn tugas warden yg tlh dibyr elaunnya utk tugas itu. menutup pintu kebimbangan itu ada dlm kaedah fiqh Islam. sekirnya duk rmh kjaan, tak layak epw. kjaan tdk lh berhasrat mmberi semua kemudahan kpd seseorg peg sahja. perlu fhm bhw elaun itu keistimewaan yg dikaitkn dgn tugas bknnya hak mana2 pegwai
By: Nor Hafeza Ezzadin on 22 Oktober 2009
at 1:45 PM
Jadual Majlis Haul Imam Habib Abdullah Alwi Al Haddad 2009(Seluruh Negara), Klik : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/10/haul.jpg
By: shafifah on 22 Oktober 2009
at 2:50 PM
salam..
semakan temuduga kpli ambilan jan 2010 blh dibuat mulai sekarang.. harap maklum..
sila ikuti pautan ini..
http://apps.emoe.gov.my/kpli/tdjan2010/
semoga berjaya! wassalam
By: IbnRajab on 12 November 2009
at 7:51 PM