Doa ibu mengandung

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Amalan yang selalu digalakkan kepada ibu-ibu mengandung adalah seperti membaca beberapa ayat al-Quran dari surah al-Baqarah (ayat kursi dan akhir al-Baqarah) yang berkhasiat menghindarkan anak yang dikandung juga ibu yang mengandung daripada bisikan dan gangguan syaitan sama ada semasa mengandung, pasca kelahiran seterusnya sehingga anak membesar. Ia dibaca sebagai wirid pada waktu pagi dan petang dengan disusuli sekurang-kurang surah empat Qul iaitu surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.

Seterusnya elok diamalkan doa-doa yang biasa dibaca selepas solat, doa memohon keselamatan dan kesejahteraan serta zuriat yang soleh ataupun doa khusus semasa mengandung.

Selain amalan doa di atas, ibu-ibu mengandung juga digalakkan membaca keseluruhan al-Quran (khatam al-Quran) sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung sembilan bulan itu. Sekiranya tiada kemampuan, maka boleh juga dilazimi beberapa surah seperti surah Luqman, surah Yusuf, surah Maryam, surah Yaasin dan juga surah Taha.

Semoga bermanfaat. Wallahu aklam.

UPDATED SEPT 2012: Untuk download doa di atas berserta dengan terjemahannya, sila klik di sini.

About these ads

3 Komen (+add yours?)

  1. nurus
    Dis 14, 2010 @ 22:05:38

    doa buat ibu yg sedang mengandung

    Balas

  2. Trackback: Selusuh « IbnRajab Online
  3. Haslinda
    Mei 24, 2011 @ 20:58:40

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya nak minta sedikit penjelasan daripada Ustaz. Saya berumur awal 40-an dan telah memiliki 6 orang anak. Buat masa sekarang saya mempunyai ketumbuhan di luar rahim dan untuk pengetahuan Ustaz sejak 3 kelahiran yang terakhir saya mengalami beberapa kompilasi semasa melahirkan dan doktor telah memberitahu yang kemungkinan perkara yang sama akan berulang kembali jika saya mengandung lagi. Dan melalui pengesahan secara klinikal saya telah disahkan mengadung utnuk kali yang k 7. Apakah hukum jika saya ingin membuang kandungan saya ini yang belum berusia sebulan?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: