Posted by: ibnrajab | 13 November 2009

Temuduga KPLI ambilan Jan 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temuduga bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari 2010 telah dibuka mulai semalam 12 November 2009. Kepada para bakal guru yang memohon KPLI pada sesi pengambilan lepas, iaitu ambilan Jun 2009 tetapi tidak dipanggil temuduga, atau tidak mendapat tempat, kini mereka kemungkinan bernasib baik dan diberikan peluang.

Semakan boleh dibuat melalui link KPM. Sila klik di sini.

Selamat menduduki temuduga, semoga berjaya dan ikhlaslah dalam berkerjaya sebagai insan guru bila berjaya mendapat tempat itu nanti. Mengikut jadual, proses temuduga akan dijalankan bermula pada tarikh 16 November 2009 iaitu hari Isnin ini. Semakan calon yang berjaya pula boleh dilakukan pada 8 Januari 2010. Kalau berjaya, calon guru pelatih dijadualkan akan melapor diri ke IPG masing-masing pada 18 Januari 2010.

Wassalam. Wallahu aklam

Klik untuk dapatkan tips temuduga KPLI


Leave a response

Your response:

kategori