Penambahbaikan kemudahan cuti bersalin

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

Adik ana tercari-cari borang permohonan cuti bersalin bagi kakitangan awam. Sebagai bantuan, ana cuba selongkari laman web JPA dan memuat-turun pekeliling berkenaan. Ana memang biasa dengar, kemudahan cuti bersalin ini telah diubah dan pegawai dibenarkan mengambil cuti lebih awal sehingga dua minggu sebelum bersalin mengikut tarikh dijangka bersalin. Sebelum ini, ana tidaklah mengambil pusing kerana perkara tersebut (kemudahan cuti bersalin) tidak berkaitan dengan kehidupan ana sekeluarga pun.

Namun, dah kebetulan membaca suka ana kongsikan isi pekeliling berkenaan di sini.

Penambahbaikan kemudahan cuti bersalin kepada kakitangan perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

  • pegawai boleh menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin;
  • pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan ketua jabatan meluluskan permohonan cuti bersalin dengan menggunakan borang seperti di lampiran surat pekeliling;
  • tempoh cuti bersalin yang diambil lebih awal dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk di dalam jumlah 60 hari cuti bersalin yang diperuntukkan kepada pegawai;
  • kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal ini disediakan sebagai suatu pilihan kepada pegawai. Pegawai yang tidak berhasrat menggunakan kemudahan cuti bersalin lebih awal boleh menggunakan cuti bersalin tertakluk kepada kaedah sedia ada iaitu bermula dari tarikh pegawai bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam pekeliling perkhidmatan atau pindaannya dari semasa ke semasa; dan
  • ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal ini direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai.

Untuk maklumat lebih lanjut atau untuk mendapatkan borang permohonan cuti bersalin, sila download pekeliling berkenaan di laman web JPA atau klik di sini sahaja.

About these ads

1 Komen (+add yours?)

  1. lim
    Okt 28, 2010 @ 09:46:28

    nak tanya bila kuatkuasa cuti bersalin yg 90 hari?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: