Perihal cuti belajar warga KPM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita ana panjangkan maklumat yang diterima daripada rakan-rakan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa Bahagian Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (dahulu dikenali sebagai Bahagian Biasiswa KPM) akan mengiklankan dalam masa terdekat ini (kemungkinan akhir bulan Januari 2010) Permohonan PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) KPM 2010.

Jika sebelum tahun 2010, program ini dikenali sebagai HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) yang menawarkan program Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa. Ia sama sahaja, barangkali. Cuma kali ini (tahun 2010) mungkin oleh kerana langkah berjimat cermat melalui bajet lepas, maka program HLP tidak dapat diteruskan sebaliknya mereka menggantikannya dengan program ini (Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa). Sila download surat edaran dari BTKPM ini untuk rujukan.

Apa-apapun, peluang yang terhidang adalah ruang untuk warga KPM yang berkhidmat sebagai guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Sarjana atau PhD). Pada ana, program ini sangat baik. Elok semua guru yang berkelayakan memohon. Dapat atau tidak itu belakang kira. Paling penting adalah niat untuk meneruskan aktiviti mencari ilmu di mana ada ruang dan peluang.

Bagi rakan-rakan yang mungkin bertugas jauh di pendalaman Sabah dan Sarawak. Untuk mengikuti pengajian ke peringkat Sarjana ataupun PhD secara separuh masa mungkin memerlukan pengorbanan kewangan yang begitu besar. Tidak ada masalah sekiranya mereka berperluang begitu. Tetapi sekiranya tiada kemampuan, tawaran seperti ini (cuti belajar) sangat patut dipertimbangkan.

Elok juga, setelah lima atau enam tahun berkhidmat, kita mengambil peluang untuk caj balik ilmu. Samentelah peluang untuk meningkatkan tahap kesarjanaan iaitu di peringkat Sarjana ataupun PhD. Ia bukan sahaja program mengecaj semula ilmu, malah mempertingkatkan tahap kecerdasan, interlektual dan nilai tambah diri.

Cuma beza program ini dengan program HLP dulu, mereka yang ditawarkan program itu (HLP) akan mendapat elaun tambahan iaitu biasiswa di samping gaji bulanan berserta elaun-elaunnya. Yuran pengajian, yuran-yuran berkaitan akan ditaja oleh Kementerian selain itu dapat duit poket lagi. Jika bawa keluarga dan anak-anak tinggal bersama juga dibayar elaun untuk mereka. Boleh lihat tulisan ana di sini yang berkaitan untuk maklumat tambahan kemudahan cuti belajar dengan biasiswa (HLP).

Tetapi walaupun program terbaru yang ditawarkan oleh BTKPM ini tidak disertakan dengan biasiswa, pada ana, asal gaji berjalan seperti biasa, elaun-elaun juga dibayar, ia masih berbaloi. Besar kemungkinan yuran pengajian akan ditanggung sendiri oleh calon tetapi itu tidak juga menjadi masalah rasanya. Daripada tidak ada ruang langsung untuk sambung belajar, atau terpaksa cuti tanpa gaji untuk sambung belajar bukan?

Satu perkara yang menarik perhatian ana berhubung tawaran ini adalah had umur yang lebih baik. Jika HLP dulu, had umur untuk calon Sarjana dan PhD adalah 40 tahun, tetapi untuk program baru ini (cuti bergaji penuh tanpa biasiswa) had umur untuk calon sarjana dilanjutkan sehingga 46 tahun manakala PhD adalah sehingga 44 tahun. Maksudnya, mereka yang dahulunya tidak layak untuk dipertimbangkan cuti belajar, kini sudah layak. Syukur.

Ayuh para guru dan warga KPM, sahutlah seruan dan cabaran. Atasi segala rintangan yang memungkinkan untuk tidak meneruskan niat sambung belajar. Bagi orang Islam, cabaran “pembelajaran sepanjang hayat” adalah prinsip hidup mereka. Sabda Rasulullah SAW “Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad” (bukan liang lahat ye). Dan sabda Baginda lagi “Menuntut ilmu itu suatu kewajipan (hukumnya wajib) ke atas setiap muslim lelaki dan wanita”.

Semoga mendapat sedikit maklumat dan sumber inspirasi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, ana telah tamat mengikuti program sarjana di bawah program HLP tawaran tahun 2007 dan kini telah menyempurnakan pengajian dan telah selamat melapor diri untuk bertugas semula. Sekiranya ada ruang dan peluang lagi selepas ini, disertakan kesihatan maka ana berhasrat memohon cuti belajar lagi bagi meneruskan pengajian ke peringkat PhD pula. Doa-doakanlah semoga segala niat dan usaha kita akan dipermudahkan oleh Allah jua.

Wallahu aklam.

p/s: boleh rujuk blog ini untuk maklumat lanjut berhubung dengan perkembangan, iklan, dan sebagainya yang berkaitan dengan BTKPM.

About these ads

7 Komen (+add yours?)

  1. pakcikli00
    Jan 14, 2010 @ 20:46:22

    “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:

    http://beritamuslim.wordpress.com

    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat

    http://en.wordpress.com/report-spam/

    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda

    http://beritamuslim.wordpress.com

    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

    Balas

  2. Trackback: Cuti Belajar tanpa Biasiswa « IbnRajab Online
  3. acikdah
    Jun 27, 2010 @ 14:04:52

    Assalamualikum tn… saya ni sudah lama berkhidmat dan nak belajar semula, maklumlah anak2 sudah besar, sekarang ibunya pula mau belajar lagi. soalan cya, boleh bagi panduan/tatacara memohon cbtb tersebut? perlu isi borang cuti belajar/ borang kebenaran belajar ka terlebih dahulu? Adakah cbtb ini boleh dipohon untuk permohonan kemasukan sarjana bg ambilan JANUARI 2011? insyallh hasrat memohon utk sesi jan 2011. t.kasih.

    IR: w’salam. niat yg baik, semoga dipermudahkan. borg permohonan online di laman web kpm. selalulah menjenguk, biasa keluar tawaran pd akhir thn. Allah aklam

    Balas

  4. rin
    Jul 02, 2010 @ 19:40:04

    assalamualaikum…
    tak tahu nak luah kat siapa…..dah lama sangat nak sambung belajar ni peringkat sarjana..tapi tak pernah diberi peluang..nak buat secra pjj takut tak mampu so dah mintak HLP (1X) dan CBTB cuba jugak tak dapat jugak…di interview pun tak pernah dipanggil……daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai katanya semua dapat kat orang kementerian aje………but i’m still trying……..susah betul nak dapat…….

    IR: wa’alikumussalam. ni cg jg ka? insyaAllah dpt.. ana pn cuba byk kali. alhamdulillah akhirnya dpt jg. rajin2lah mencuba dan menjenguk laman web kpm

    Balas

  5. roslan mohammad
    Okt 01, 2010 @ 12:07:07

    saya dah pohon lebih kurang 2 kali untuk dapat hpl untuk menohon sarjana tatapi temuduga pun tak dipanggil hampa juga tq

    Balas

  6. wani
    Nov 06, 2010 @ 03:31:50

    dah mohon tiap2 thn…tapi x dpt i/view pun
    ada petua ker?
    course ape yg ade peluang dapat agaknye?

    Balas

  7. ruzieha bt abd halim
    Dis 10, 2011 @ 11:22:33

    sabar dengan proses menuntut ilmu yang sejati.. kepada yang berjaya cuti belajar bergaji penuh, syukur lah kerana ramai lagi bercuti tanpa gaji..perit pedihnya lebih sukar diluah.syukurlah..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: