Kiamat pada hari Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Satu SMS masuk ke Inbox Handset ana berbunyi “27.11.09 aidiladha – Jumaat; 18.12.09 maal hijrah – Jumaat; 25.12.09 krismas – Jumaat; 01.01.10 tahun baru – Jumaat; 15.01.10 Gerhana matahari – Jumaat; 26.02.10 maulidur rasul – Jumaat; 10.09.10 aidilfitri – Jumaat; 27.08.10 nuzul al-Quran – Jumaat; Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat, maka adakah dengan kebetulan-kebetulan seperti ini, kiamat sebenarnya telah dekat?” Renung-renungkan.

Wah! Prihatinnya. Alhamdulillah, ada orang yang masih lagi peka dan ada kesedaran untuk saling ingat memperingati tentang sesuatu yang dapat menambah iman. Mengingati kematian, ingat kepada hari pembalasan (Akhirat) itu adalah sumber makanan rohani bagi meningkatkan keimanan. Tetapi adakah perbuatan ini wajar? Adakah dibenarkan di sisi syarak?

Sememangnya ada hadis daripada Rasulullah SAW, yang mengaitkan hari kiamat dengan hari Jumaat. Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya “al-Muwatta” bahawa Rasulullah SAW bersabda (Maksudnya) ;

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”.

Satu hadis lain, daripada Abu Hurairah ra, bahawa RasuluLLah SAW telah bersabda (yang bererti ) “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itulah Adam dicipta, pada waktu itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan waktu itu juga dia dikeluarkan daripadanya. Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasa’i serta Tirmidzi yang mengesahkannya).

Bagaimanapun, setakat ingatan dari ilmu ana yang tidak seberapa ini, tarikh-tarikh dan peristiwa-peristiwa sebagaimana yang disebutkan dalam SMS tersebut di atas tidak ada kaitan dengan tanda-tanda ketibaan hari Kiamat dalam Islam. Agama telah menggariskan beberapa tanda-tanda hampirnya hari kiamat; sama ada tanda kecil ataupun besar (kubra).

Tanda-tanda kecil Kiamat telah banyak dan mungkin kesemuanya telahpun berlaku. Cuma tanda-tanda besar ada yang telah berlaku dan ada yang belum terjadi seperti kejadian terbitnya matahari dari ufuk barat dan terbenam di ufuk timur. Hayatilah tanda-tanda kiamat seperti anjuran Islam itu terlebih baik daripada menghubungkaitkan segala peristiwa dan tarikh-tarikh dengan kedatangan hari Kiamat.

Persoalan Kiamat, kematian, kehidupan, rezeki, jodoh pertemuan, qada dan qadar serta segala yang berkaitan dengan alam ghaib adalah kerja Allah. Dia tidak meminta hamba-hambaNya mencampuri urusanNya itu kerana ada amanah lain yang mampu dilakukan, yang perlu dan sepatutnya dilakukan.

Mafhum firman Allah “Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki”.

Apa yang ingin ana sampaikan di sini adalah, janganlah terlalu merungsingkan fikiran sehingga hendak menghitung segala hari, mengambil peduli segala peristiwa dan tarikh dan mengaitkan dengan sesuatu yang akan membawa maksud “masuk campur urusan Allah”. Bukan itu sebenarnya yang Allah suruh.

Tazkirah memanglah perkara patut dan perlu dilakukan kepada sesama manusia. Itu penting bagi memberi kesedaran dan peluang menambah iman. Tetapi biarlah bahan tazkirah itu apa-apa yang dianjurkan oleh al-Quran (yakni ayat-ayat al-Quran sendiri), atau bersumberkan hadis Nabi atau paling tidakpun bahan tazkirah daripada kata-kata sahabat, alim ulama dan mereka yang beramal dengan ajaran Islam.

Mengambil tazkirah daripada tarikh-tarikh (terutama yang akan terjadi seperti 31 Disember 2012) itu sebenarnya menakutkan manusia terhadap perkara yang tidak terjangkau oleh pemikirannya dan tidak pula dianjurkan oleh penciptanya. Dalam al-Quran Allah tidak mengambil tarikh sebagai sumber cerita dan bahan pengajaran. Sebaliknya Allah mengambil peristiwa seperti kisah umat-umat terdahulu yang derhaka dan ingar.

Pepatah arab ada mengatakan “Manusia itu adalah musuh kepada perkara-perkara yang masih belum diketahuinya” yakni perkara-perkara yang belum terjadi, yang masih di dalam ilmu Allah yang menciptakan. Sehingga dulu-dulu, kerana takutkan sesuatu perkara buruk menimpa, manusia pernah meminta bantuan Jin dan Syaitan yang pada masa itu mampu naik ke langit dan meninjau-ninjau khazanahnya lalu membawa berita kepada manusia.

Perbuatan sedemikian (contoh menilik nasib) berbantukan Jin, Iblis dan Syaitan adalah dilarang dan termasuk dalam dosa besar di sisi Islam.

Apa yang ana cuba sampaikan di sini adalah, jangan gerun kepada tarikh bila hari Kiamat itu, sepatutnya kita yang menyakini Kiamat itu perlu berusaha membuat sebaik persiapan ke arahnya. Ataupun kita semua ini yang yakin dengan kematian (kiamat setiap individu) perlu sentiasa bersedia dengan amalan yang terbaik yang akan dinilai oleh Allah.

Kalau pada masa sekarang kita berhadapan dengan waktu makan, maka makanlah. Sekiranya tiba waktu malam dan rasa mengantuk pula, tidurlah. Atau telah tiba waktu solat, maka solatlah. Jangan kerana asyik melakukan satu-satu perkara maka dilupakan atau disengaja lupakan tanggungjawab yang lain. Tanggungjawab terhadap Allah itulah yang utama.

Jangan kita menyebarkan sesuatu perkara walaupun dengan niat yang baik tetapi menggunakan sumber yang lain daripada yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dalam Islam setiap perkara itu jelas dan perkara-perkara yang ada kaitan secara langsung dengan konsep akidah itu telah lengkap sempurna dan tidak boleh ditokok tambah.

Perkara-perkara berhubung alam ghaib, kiamat, syurga dan neraka perlu diajar, disampaikan berdasarkan sumber-sumber tertentu sahaja yang Qatie. Umat Islam tidak perlu mengambil sumber pegagangan ahli agama lain dan mengaitkannya dengan perkara-perkara Qatie dalam agama Islam.

Tetapi, perkara-perkara yang melibatkan ramalan yang tidak ada kaitan dengan perkara akidah seperti ramalan cuaca itu bolehlah diteruskan. Pun begitu, perkara asas hendaklah juga tidak dilupa, bahawa ramalan cuaca itu hanya ramalan semata-mata, ketentuan itu adalah hak milik mutlak Allah SWT.

Cuma perkara itu (ramalan cuaca) bolehlah diteruskan dan sebaliknya ramalan kiamat adalah tidak boleh dibuat langsung. Ia adalah perkara Akidah dan tidak bersumberkan sunnah Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah meramalkan kiamat tetapi hanya menyebut tanda-tandanya sahaja. Sebarkanlah apa-apa yang disebut oleh Baginda sebagai tazkirah yang baik. Bukan selain daripadanya.

Wallahu aklam.

About these ads

6 Komen (+add yours?)

  1. lin
    Nov 11, 2011 @ 21:51:04

    sgt bgus..terima kasih..

    Balas

  2. hantu ade x
    Jan 13, 2012 @ 22:52:22

    o….yehhh….

    Balas

  3. Fitri
    Jan 20, 2012 @ 08:25:55

    Good information!
    Keep doing write!

    Balas

  4. azman
    Feb 13, 2012 @ 00:16:10

    assalam. Sebentar tadi anak saya ertanya jika qiamat berlaku hari jumaat, maka numaat yg mana? Ikut waktu tempatan atau mekah atau di mana? T.ksh.

    IR: anak yg baik. cuma blh ambil peluang didik anak, Allah bgtau melalui hadis Nabi hari Jumaat, Allah x bagitau Jumaat mana, tahun bila dll.. jadi, bagitau anak, lbh baik jaga dan buat apa yg Allah bagitau dulu, cth solat, tutup aurat, cakap/akhlak baik, taat mak ayah dll.. dan apa2 yg Allah x bagitau tu, jgn kecoh2.. itu Allah x bagi dosa/pahala.. Allah aklam

    Balas

  5. Ikmal
    Jun 18, 2012 @ 17:54:40

    Assalam, saya nk tanya satu perkara:
    Seperti yg kita tahu Al-Quran merupakan sumber utama utk sebarang masalah dan segala isi kandungannya juga adalah tepat tidak kira masa dan tmpt.. Dlm Al-Quran ada menyebut hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat dan seperti yg kita tau Jepun merupakan negara pertama yg akan masok hari baru sebelum negara2 yg lain.. Sekiranya hari kiamat berlaku pada hari jumaat waktu Jepun dan negara lain masih lagi hari khamis, takkan di Malaysia dan negara lain berlaku hari kiamat pada hari khamis, sedangkan kita semua yakin hari kiamat berlaku pada hari jumaat.. Contoh lain, jika kiamat berlaku pada hari jumaat waktu Malaysia, negara2 lain ada yang masih lagi hari khamis.. Takkan kiamat berlaku pada hari khamis di negara lain sedangkan org Islam di situ sangat yakin kiamat berlaku pada hari jumaat. Tolong jelaskan., TQ..

    Balas

  6. azim kpop(i love islam)
    Jul 07, 2012 @ 17:18:49

    best betol bace nih ana suka

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: