Cuti guru tidak jejas pencen

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Ada beberapa rakan konfius dan kami berbincang berkenaan cuti-cuti yang boleh diambil oleh kakitangan awam yang berkhidmat sebagai guru ini. Kebetulan, ana adalah ahli sebuah persatuan guru kebangsaan (NUTP) dan maklumat-maklumat seperti itu memang didedahkan melalui majalah dan edaran-edaran yang diterbitkan. Jadi sebagai rujukan mudah, ana turut senaraikan di sini beberapa jenis cuti yang layak dipohon oleh seorang guru, dan cuti tersebut tidak menjejaskan pencen dan ganjaran pencen mereka kelak.

JENIS CUTI GURU YANG TIDAK MENJEJASKAN PENCEN ATAU GANJARAN

JENIS CUTI

JUMLAH CUTI

RUJUKAN

KELULUSAN

CATATAN

Cuti Rehat Khas

7 hari

Pek. Perkhidmatan Bil.20 Tahun 2005

Pengetua/ GB/ JPN/JPA

 

Sakit

Swasta – 15 hari, Kerajaan – 90 hari + 90 hari, Kusta/barah – 24 bulan

Perintah AM Bab C Para 31(a)

Pengetua/ GB/ JPN/JPA

 

Haji

Jangkamasa yang diperlukan – tidak lebih 40 hari

Perintah Am Bab C 34/35

JPN

Disahkan/tetap, Sementara – 6 th

Peperiksaan

Tempoh Peperiksaan

Perintah Am Bab C

Pengetua/ GB

Hari Peperiksaan

Bersalin

60 hari

Pek. Perkhidmatan Bil.2/1998

Pengetua/ GB

5 kali

Tanpa Rekod (PJJ)

30 hari

KP(BB)06/01/4 Jld(48) 5.6.98

JPN

- Hanya di IPT Awam 50 tahun

Aktiviti NUTP/ Koperasi

14 hari + (2 hari perjalanan)

Perintah Bab C, 42(a)

JPN

Dalam Malaysia 

Isteri Bersalin

7 hari

Pek. Bil.9 Tahun 2002

Pengetua/ GB

 

Kematian Ahli Keluarga

3 hari

Pek. Bil. 10 Tahun 2002

Pengetua/ GB

 

Cuti belajar bergaji penuh dalam bentuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) juga diberikan kepada guru-guru yang memohon, layak dan berkeyakinan untuk meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Cuti HLP ini juga tidak menjejaskan pencen dan ganjaran, bahkan mereka yang diberikan cuti ini layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya berkaitan.

Namun, apabila tamat cuti belajar dan masih belum menamatkan pengajian, pegawai akan dipertimbangkan cuti peperiksaan untuk menghadiri VIVA tesis mereka. Tetapi, sekiranya mereka perlu lagi cuti untuk menghantar tesis yang telah dibuat pembetulan selepas VIVA, atau menghadiri majlis Konvokesyen atau apa sahaja yang berkaitan dengan urusan pengajian tersebut, mereka hanya boleh dipertimbangkan Cuti Rehat Khas mengikut ketetapan yang sedia ada.

Sekian sahaja, sekadar untuk perkongsian. Wallahu aklam.

Rujukan: Pekeliling-pekeliling berkaitan dan majalah terbitan Kesatuan Guru Kebangsaan (NUTP). Klik di sini untuk download jadual di atas dalam bentuk JPG.

About these ads

2 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Jul 18, 2010 @ 07:10:37

    sonoknyerr cuti cuti kanns.. ehehe

    salamm

    IR w’salam. lama en_me x mengomen kat sini? ingat dah tak menjenguk :)

    Balas

  2. xxeona
    Jul 24, 2010 @ 19:36:33

    Tuan banyak pengalaman ,banyak bersabar dan menyebarkan insyaALLAH tuan sentiasa dikenang untuk penitian satu kebenaran.
    Saya orang baru dalam arena ini, tertarik dan terbuka hati menyertai dunia maya atas kehendakNYA jua.
    Terima kasih. Kira tertitip cerita dalam artikel di cikgutour.com pada bila-bila masa keranaada banyak penggabungjalinan yang pasti dalam siri
    artikel/perkongsian tuan-wassallam -xxeona.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: