Biasiswa 2012 untuk guru

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 (dipanjangkan dari laman web KPM untuk rujukan para pengunjuang IbnRajab Online)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) danĀ  Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang KPM mulai 16 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.

Sila Klik : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm

Sekian, terima kasih.
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

About these ads

38 Komen (+add yours?)

  1. tingtong
    Sep 11, 2011 @ 22:22:01

    Salam tuan, saya memohon jasa baik pihak tuan sekiranya tuan memiliki satu sampel proposal/kertas cadangan untuk sambung master tajaan KPM ini, saya tidak mempunyai pengalaman mahupun rakan2 terdekat yg dpt membantu. Diucapkan terima kasih di atas bantuan. Sekurang-kurangnya mendapat idea pelaksanaan. Saya merancang jika tidak tahun ini, thn dpn, insyaAllah mahu menambah ilmu dalam bidang pengajian bahasa inggeris/tesl. amin

    Salam Eid Mubarak
    – fateh, bp

    IR: cth proposal bahasa inggeris x ada dgn sy. proposal ni kena belajar cara menulisnya. blh hadir belajar dgn pakar2 kat sini. we are very open insyaAllah

    Balas

  2. tingtong
    Sep 14, 2011 @ 21:24:33

    maksud ana, tidak semestinya bahasa inggeris, supaya terbit idea,atau bagaimana ustaz adakah cara yg lain ana boleh google? ana dapat tajuk pun jadila.. huhu… mengapakan ana kekurangan sumber…ana sedih…..masyaAllah. syukran jazilan, alhamdulillah

    Balas

  3. najmizubir
    Okt 18, 2011 @ 00:39:10

    biasiswa kpm ade buke lagi x????

    Balas

  4. saiful
    Okt 19, 2011 @ 16:23:36

    KPM xder bukak lagi ker Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa, baru2 ni ader iklan pengijazahan guru2 diploma jer yg dato najib bentang budget br2 nih.

    IR: artikel ni tulis pasal biasiswa kpm lah.. ish x sempat baca terus komen? iklan dibuka dr 16 ogos hingga 16 september baru ni.. utk biasiswa 2012.. ni juga mesti tak ada buka laman web KPM ni.. try usha tahun depan lah.. anda dah terlepas peluang utk tahun ini (biasiswa 2012)

    Balas

    • TEH
      Nov 17, 2011 @ 15:45:14

      Budget terbaru utk 2012 yg Dato Najib bentangkan termasuk juga utk buat master, cuba buka link ini dan turun ke paragraph hampir kebawah…

      http://www.pendidikanmalaysia.com/2011/11/budget-2012-and-its-focus-on-education.html

      “To allow civil servants and teachers to have a better career path and brighter promotion prospects, the Government will offer tuition fee assistance to further their studies on a part-time basis. In 2012, the Government with the cooperation of public institutions of higher learning will offer 5,000 master and 500 doctoral scholarships for eligible civil servants, including teachers with an allocation RM120 million. The Government will also offer 20,000 places for diploma teachers to pursue their undergraduate studies.”
      (petikan budget 2012)

      Balas

  5. sm
    Okt 23, 2011 @ 09:22:25

    Ana pun terlepas. Iklan tak sampai sekolah pun. Tempoh masa sangat singkat untuk mengurus. Mana dengan bebanan semasa bertugas di sekolah lagi. Kena sedia awal tahun depan la kalau ada rezki untuk buat permohonan tahun depan.

    IR: insyaAllah.. selamat mencuba

    Balas

  6. shah
    Nov 08, 2011 @ 11:17:39

    bila akan tahu keputusan tawaran temuduganya 2012?

    IR: x ada maklumat.. selalu lah updated web kpm

    Balas

  7. rose
    Dis 13, 2011 @ 10:40:30

    SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA BAGI BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA

    Semakan Panggilan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (Hlp) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (Cbbp Tb) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2012 boleh dibuat mulai 13 Disember 2011 sehingga 18 Disember 2011 di KPM

    Balas

    • IbnRajab
      Dis 13, 2011 @ 18:27:41

      ya.. dah keluar keputusan siapa dipanggil utk temuduga.. tahniah bagi yg berjaya.. ramai dalam kalangan cikgu2 sekolah yg dpt.. ana dlm kumpulan mrk yg x berjaya.. kami di ipg ni kurang bernasib baik.. mungkin ada hikmahnya

      Balas

  8. sam raymi
    Dis 13, 2011 @ 19:15:21

    boleh share soalan temuduga?

    Balas

  9. salasiahasdin
    Dis 14, 2011 @ 00:02:15

    Assalamaualaikum,
    Saya baru semak nama utk temuduga dan alhamdulillah dipanggil utk temuduga.Masalahnya bila tau nak kena temuduga, hati dah berderau semacam serba tak kena dibuatnye. Apa2 permohonan kalau ada temuduga mesti rasa berdebar je so nak minta tolong apa la agak2 nye soalan yang bakal ditanya dan apa persediaan yang perlu dibuat?Tarikh temuduga minggu depan ni.Harap dapat membantu,terima kasih.

    Balas

  10. salasiahasdin
    Dis 14, 2011 @ 00:03:50

    Lupa pulak nak bg tau, sy ambik master pengajian bahasa melayu

    Balas

    • ernie
      Dis 16, 2011 @ 12:55:31

      samala saya…23/12 ni interview, tp xtau nk prepare apa…buat proposal hr tu pn mcm xfaham sgt…confuse dgn tajuk sendiri….klu cikgu ada tips…bleh share?

      Balas

  11. Habsah Ctiey Zulkifli
    Dis 25, 2011 @ 16:04:21

    permohonan biasiswa kpm untuk pelajar pendidikan kemsukan 2011/2012 bila? ijazah pendidikan ape yg dtwaran? sbb ada tg ckp bukan semua cos yg twrkn biasiswa kpm….

    Balas

  12. siti
    Dis 27, 2011 @ 04:59:03

    macamana interview (bagi yg dah pergi) susah ke tak???

    Balas

  13. Jojo
    Dis 28, 2011 @ 16:48:01

    bila boleh mohon untuk belajar part time (Phd) dan macam mana dengan yuran pengajian seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2012? macam mana nak tahu secara lebih detail lagi?

    Balas

  14. najmizubir
    Feb 02, 2012 @ 02:09:17

    biasiswa 2012 dh terlepas….bile la plk agk nyer biasiswa????
    tlg share ye….

    Balas

  15. najwa
    Feb 17, 2012 @ 14:42:53

    salam…saya nk tanye…biasiswa utk ijazah pertama ambilan september 2011 bila akan keluar ya??

    Balas

  16. Nan
    Feb 28, 2012 @ 20:28:53

    Hi…saya ingin bertanya bilakah boleh memohon untuk menyambung master tajaan KPM tahun 2012 ? saya kini sedang bekerja sebagai seorang guru…

    Balas

  17. nazri
    Mac 06, 2012 @ 20:42:54

    salam…saya baru sahaja mendapat tawaran melanjutkan pelajaran keperingkat kedoktoran panggilan Januari 2011/2012. di UPSI..saya sedang mencari tawaran biasiswa di dalam laman web KPM..tetapi amat mengecewakan KPM hanya menawarkan cuti belajar tanpa gaji dan tanpa biasiswa….. saya hanya seorang sahaja bekerja…nak bayar rumah lagi..bayar kereta…inikah cara KPM menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran sehingga peringkat lebih tinggi…

    Balas

    • siti
      Apr 24, 2012 @ 00:45:50

      Salam saudara Nazri… Tahniah diterima masuk ke upsi untuk phd level.. Saya juga seorg guru n sangat berminat nak sambung phd, tetapi mengenangkan, KPM tidak sediakan cuti bergaji penuh dgn biasiswa mcm JPA bg pd kakitangannya, so saya simpan dulu niat dihati. Kalo minta biasiswa di univ tempatan ada byk tapi xda tuk kakitangan kerajaan, so sepatutnya KPM ada sedia biasisw untuk kakitangannya juga.. Inilah masalahnya. Tapi mayb ada peluang untuk saudara cek dgn buget 2012 baru ni, kerajaan ofer 500 biasiswa tuk sambung phd secara part time kpd guru yg minat, try la cari kat mana info ni kalo jumpa ble syer jugak. :-). Sekian, gud luck!

      SIROSA

      Balas

      • Miza
        Okt 25, 2012 @ 22:38:05

        Salam pn sitii..sy juga seorg guru dan memang berminat sgt untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat phD..masalahnya, bila tiada biassiswa dan cuti bergaji penuh, sy seakan buntu..boleh mohon jasa baik encik kl ade solutionnya?

    • Miza
      Okt 25, 2012 @ 22:37:31

      Salam en Nazri..sy juga seorg guru dan memang berminat sgt untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat phD..masalahnya, bila tiada biassiswa dan cuti bergaji penuh, sy seakan buntu..boleh mohon jasa baik encik kl ade solutionnya?

      Balas

  18. syuhaida
    Mac 31, 2012 @ 00:14:28

    Assalamualaikum….
    saya merupakan penuntut ijazah pertama bahasa Melayu dengan pendidikan ambilan september 2011/2012..
    Adakah biasiswa kpm tidak ditawarkan untuk kursus bahasa Melayu dan TESL ???
    maklumbalas daripada pihak tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ribuan terima kasih

    Balas

  19. Rena
    Apr 03, 2012 @ 11:28:49

    Bagaimana nak mendapatkan penyata akaun bagi yang telah menerima bisiswa hlp 2011/2012?

    Balas

  20. liana
    Jun 08, 2012 @ 22:59:56

    askum…harap ada yg tahu camana nk dapatkan phd dengan biasiswa kpm? sy mmg niat nk sambung tp tunggu kalu de cerita tentang ni.. jika da berita harap dpt disebar2kn ya… tq

    Balas

  21. niknor
    Jun 18, 2012 @ 00:53:36

    saya seorang ustazah dan sedang mencari info tentang mcmana panduan nak buat kertas cadangan pendidikan islam utk HLP

    Balas

  22. MazlinaZakaria
    Jul 18, 2012 @ 11:01:33

    peluang mcm ni setiap tahun ada ke?

    Balas

  23. norli
    Ogo 08, 2012 @ 10:20:29

    salam, boleh tak inform utk next year 2013…bminat nk smbung master..thank u

    Balas

  24. naznaw
    Apr 17, 2013 @ 13:33:16

    salam..saya seorang guru yang ingin sambung master dan nak apply biasisiwa kpm.macam mana caranya dan bila kemasukan?harap dapat membantu tq

    Balas

  25. norhafiza binti rosmi
    Mei 29, 2013 @ 11:12:31

    salam…saya juga berminat untuk sambung belajar master fir this year..sama macam naznaw…saya nak tahu cara untuk apply biasiswa kpm dan bila kemasukannya bagi tahun 2013 ni…terima kasih

    Balas

  26. ibnrajab
    Jun 12, 2013 @ 15:40:28

    Dah buka dn dah tutup pun..

    Balas

  27. hasnor hafiza
    Jan 03, 2014 @ 13:44:47

    salam…boleh ke tolong maklumkan saya bile tawaran 2014 sambung belajar dibuka…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: