Ta’aruf

——————-
=**= PENAFIAN =**=
——————-

** PENULISAN YANG TERHASIL DI DALAM BLOG INI MERUPAKAN CETUSAN IDEA YANG TERBIT DARIPADA PENGALAMAN PERIBADI PENULIS SENDIRI DAN RUJUKAN KEPADA BAHAN YANG MUNGKIN BELUM DICAPAI OLEH ORANG LAIN. IANYA SAMA SEKALI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PERIBADI SESIAPA DAN MANA-MANA PIHAK SAMADA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA KECUALI DINYATAKAN SEBALIKNYA DAN TELAH MENDAPAT KEBENARAN SECARA KHUSUS. PUN BEGITU, SEKIRANYA TERDAPAT PERTENTANGAN DENGAN FAKTA-FAKTA YANG LEBIH TEPAT DAN MUKTABAR TERUTAMANYA AL-QURAN DAN HADITH, MAKA PENULISAN INI ADALAH TERBATAL DENGAN SENDIRINYA. SEGALA YANG BAIK ITU MERUPAKAN ILHAM DARIPADA ALLAH JUA, MANAKALA JIKA ADA KEBURUKAN ADALAH KELEMAHAN PENULIS SENDIRI. HARAPAN AGAR PELAWAT MENGAMBIL SEGALA YANG POSITIF SAHAJA UNTUK DISEBARLUASKAN DEMI ILMU DAN AMAL JARIAH, MANAKALA JIKA ADA FAKTA YANG TIDAK SESUAI PENULIS SANGAT MENGALU-ALUKAN SEBARANG TEGURAN YANG MEMBINA. SAYUGIA DIINGATKAN BAHAWA PEMILIK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP APA JUA BENTUK KERUGIAN SEKIRANYA PELAWAT MENCUBA APA-APA TEORI YANG DIPERSEMBAHKAN. HARAPAN SEMOHA ALLAH MENJAUHKAN KITA SEMUA DARIPADA SEGALA PERKARA YANG TIDAK DIINGINI **

 

——————————
=**=  TENTANG PENULIS  =**=
——————————

Ayah
Anak kelahiran kampung Aur, Telong Bachok Kelantan (1944). Seorang bekas nelayan, penternak lembu dan petani. Berkemahiran (part time) dalam membaiki pelbagai jenis enjin disel (bot nelayan dan enjin siraman pertanian). Tabiatnya selalu ada backup kewangan. Di saat-saat emergency, ada saja duit yang dapat dikeluarkannya.

Mak
Anak kelahiran kampung Bukit Chenda, Gunung Bachok Kelantan (1948). Suri rumah sepenuh masa. Hobinya suka bertani.  Berkemahiran dalam memberi khidmat nasihat dan kaunseling. Dengan itu dia selalu jadi tempat mengadu sama ada oleh jiran-jiran, rakan-rakan, sanak saudara terdekat terutama anak-anaknya. Seorang yang tegas dan tetap pendirian. Prinsipnya “Hak orang kita tak nak, sebaliknya hak kita perlu dipertahankan”.

Akhawaati
Kami semua lima beradik. Ana anak tunggal lelaki. Kakak yang sulong adalah hasil perkongsian hidup ayah dengan isterinya yang pertama. Kini menetap di Setapak Kuala Lumpur. Mempunyai enam orang anak dan seorang cucu merangkap cicit kepada ayah. Kakak ana yang kedua, merupakan anak sulong belah mak ana. Kini bekerja di Kelantan bagi membesarkan anak lelaki tunggalnya. Adik-adik ana; seorang dah berumah tangga dengan orang Kuching Sarawak. Bekerja sebagai seorang guru Pendidikan Islam. Murah rezeki, dalam tahun 2008 sahaja dianugerahkan dua orang anak lelaki. Adik perempan ana yang seorang lagi bertugas sebagai guru j-QAF di Lembah Subang, Selangor. Belum berumah tangga. Mungkin tak lama lagi. InsyaAllah.

Zaujati
Anak kelahiran kampung Kemasin Bachok Kelantan. Anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Bersekolah awal di SK Kubang Golok Bachok, Kelantan kemudian SMU(A) Amir Indera Putera, Bachok Kelantan. Mendapat ijazah pertama dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah.

Anak-anak
Setakat ini tiga orang. Seorang anak lelaki. Sekarang di tahun satu SK Tangok, Bachok Kelantan. Dua orang puteri; seorang daripadanya bersekolah PRA di sekolah sama SK Tangok (5 Tahun) dan seorang lagi berusia satu tahun.

Sirah zaatiyyah
Dilahirkan di Kampung Kuala Melawi Bachok Kelantan. Di atas rumah kecil yang dibina di atas tanah orang. Kemudian berpindah ke rumah yang lebih selesa yang dibeli dengan harga RM1000.00 (1979). Juga sebuah rumah yang dibina di atas tanah orang. Mendapat pendidikan awal yang rasmi di SK Gunung Bachok Kelantan (1982-1987). Kemudian SMU(A) Yaakubiah Nipah, Bachok Kelantan (1988-1994). Pada 1994 mengikuti keluarga untuk berpindah ke Kampung Baru Sri Manja, Rekang Hulu, Bachok Kelantan. Sebuah rumah yang dibina di atas tanah pemberian Kerajaan. Diberi hak milik atas nama ayah sehingga 99 tahun. Pada tahun yang sama melanjutkan pelajaran ke Jordan. Setelah kembali, ana diarahkan mengambil KPLI dan setahun kemudian ditempatkan di SMT Matang, Kuching, Sarawak (2001). Penghujung tahun berkenaan, ana bertemu jodoh dengan seorang putri penghulu Kampung Kemasin, Bachok Kelantan merangkap sepupu kepada seorang sahabat karib ana yang sama-sama berjuang di Jordan. Stesen kerja terakhir ana adalah di IP Rajang, Bintangor Sarawak (mulai Feb 2006). Kini ana sedang bercuti belajar kerana mendapat tawaran HLP dari KPM secara sepenuh masa bagi mengikuti pengajian peringkat sarjana di UKM (Bahasa Arab). Alhamdulillah ala kulli hal wa fi kulli hal..

Sumber Inspirasi
Masa kecil-kecil, mak ana selalu beritahu bahawa, suatu ketika dahulu beliau berdoa agar Allah menganugerahkannya seorang anak lelaki, akan dihantarnya ke sekolah agama sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di Madinah. Katanya, kalau orang belajar di Madinah, bacaannya sedap bila jadi imam. Boleh mengajar ilmu agama dan mencurahkan bakti serta berjasa kepada orang lain. “Kalau tak sampai Madinah pun, boleh jadi imam mak solat nanti pun cukup lah”.

Pencapaian diri (sebagai sumber motivasi untuk anak-anak, adik beradik, anak-anak buah, anak didik dan relatif)

1985 – Hadiah Galakan Pelajar (Kategori sekolah rendah) daripada YAM Raja Permaisuri Kelantan;
1994 - Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama di universiti Al al-Bayt Jordan;
2005 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pelajaran Malaysia 2004;
2007 – Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia;
2008 – Anugerah Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia bagi semester satu dan semester dua.

Permata hati

‘Aidi Bassyar
DOB: 10 Okt 2002

‘Afifah Humaira’
DOB: 05 Mac 2004

Akrimy Mathwa
DOB: 10 Jun 2008

=========== WALLAHU MIN WARAIL QASD ============
======= IN URIDU ILLAL ISLAHA MASTATA’TU ========

Respon

  1. assalamualaikum…\
    bagaimana ana nak mhn MA bahasa arab UKM. Bila dibuuka [endaftarannaya
    \

    IbnRajab: pergi sndiri ke Pusat Pengajian Siswazah UKM, atau mohon secara online di http://www.ukm.my dan pendftrn dibuka sepanjang tahun

  2. salam ukhwah ustaz.

    IbnRajab: wa’alaikumussalam. tq singgah :)

  3. salam taaruf,buat al ustaz,
    semuga berjaya dalam pengajian di ukm tu,
    ana ada baca biodata anta…
    kirim salam buat ustaz Zamri Ariffin,Jabatan Bahasa Arab UKM tu,
    kawan ana masa di SMU Arabiah pasir Mas,1978-1981

    IbnRajab: wa’alaikumussalam. terima kasih sudi bertandang ke IbnRajab Online dan doa. ustz Zamri kini ketua jabatan Arab UKM. insyaAllah semoga usaha kita semua dipermudahkan olehNya. salam ikhlas kembali

  4. Assalamualaikum.
    Rasa-rasa kenal tak ana?Seronok baca biodata ustaz.Comel-comel anak ustazPepun semoga dapat menyiapkan disertasi dgn baik dan selamat.Adik ana baru-baru ni rumah sewa dia kena pecah masuk pencuri.Semua data dia hilang sebab data ada dalam laptop.Habis ler.K,wish me luck too.Wassalam

    IbnRajab: kalau jumpa kenal lah kot. :) anyway tq sudi singgah blog ana yg tak seberapa ni dan tinggalkan komen jg. anak2 je comel tu, ikut ibunya. biasa data perlu lah dibuat back-up, paling baik kalau dpt send ke email, buat satu folder khusus dlm emai tu. mana2 blh download dan bila2 masa. kemudahan zaman skarang ni kan? anyway semoga semua kita selamat.. wallahu aklam

  5. salam ukhwah, syukur alhamdulillah semoga ustaz dan keluarga selamat dah bahagia selalu.. ana juga seorang ummi yang mempunyai harapan yang tinggi kepada anak2 lelaki ana sebagaimana harapan ummi ustaz semasa ustaz kecik2 dulu.. semoga anak2 lelaki ana menjadi anak2 yang soleh, mendapat pendidikan di sekolah agama sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke madinah, pandai mengaji alquran serta menjadi imam kepada ana, abah dan adik beradiknya yang lain.. amin2 yarabbal’alamin.

    IR: wa’alaikumussalam. syukran sudi singgah. insyaAllah, Dia maha penerima doa hamba2Nya yang ikhlas. Amien..

  6. Assalamualaikum, ustaz..salam ziarah..ini buat kali pertama saya ke blog ustaz..sgt berinformasi.. sekiranya tidak keberatan..bole ke sy berkongsi ilmu ustaz di blog saya..?

    IR: wa’alaikumussalam. terima kasih atas kunjungan. boleh insyaAllah,,


Leave a response

Your response: