Kerja sebagai ibadah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kerja sebagai ibadah. Adakah kita menghayati kata-kata itu? Apakah yang dimaksudkan dengan kerja dan pekerjaan sebenarnya? Menurut Kamus Dewan, kerja adalah bersinonim dengan khidmat, tugas, tanggungjawab, kewajipan, usaha, urusan dan kegiatan. Kerja dalam konteks bahasa Arab dikatakan “Amal” yang bermaksud perbuatan yang dibuat dengan qasd (niat). Qasd juga bermaksud perbuatan dengan keteguhan hati ingin melakukannya.

Ibadah pula adalah istilah Islam bermaksud melakukan kerana ingin menzahirkan nilai Ta’abbud iaitu pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian itu diambil daripada perkataan Arab juga iaitu “ABD” yang bermaksud “Hamba”. Hamba kepada Allah tidak sama dengan hamba kepada sesama makhluk. Hamba kepada makhluk atau kepada sesama manusia menzahirkan rasa hina dan kehilangan nilai, sebaliknya hamba kepada Allah menzahirkan ketinggian nilai insani. Manusia menjadi lebih nilai kemanusiaannya jika dia adalah hamba Allah sebaliknya nilai kemanusiaannya kurang kalau ia hamba kepada manusia lain.

Kerja sebagai ibadah adalah melakukan perbuatan dengan sungguh-sungguh, dengan keazaman dan keteguhan hati semata-mata ingin menzahirkan rasa kehambaan kepada Allah. Ganjaran daripada kerja bukan semata-mata nampak pada zahir berbentuk gaji dan elaun tetapi ada nilai tambah iaitu keredhaan dan keberkatan anugerah daripada Allah untuk keselamatan, kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat yang lebih kekal abadi.

Benarlah sabda junjungan Nabi Muhammad SAW ”sesungguhnya setiap amalan (kerja) itu hendaklah dengan niat, sekiranya baik niatnya (kerana Allah) maka balasan (rahmat, kesejahteraan dan keberkatan) adalah sepertimana yang Allah redha. Sebaliknya jika buruk niatnya (kerana dunia semata-mata, kerana manusia sama ada lelaki mahupun wanita) maka ia tidak akan dapat selain perkara yang menjadi isi kepada niatnya itu sahaja (fizikal atau material) yang lebih berbentuk fatamorgana dan fana.

Oleh yang demikian, mereka yang faham konsep bekerja sebagai ibadah, akan menjadi lebih sempurna pekerjaannya. Lebih teratur, tersusun dan jika ada kelemahan pun, mereka masih boleh menerima teguran yang membina dengan hati yang tabah. Kerana mereka faham, yang sempurna hanya milik Allah dan mereka berusaha ke arah kesempurnaan sama ada pada pandangan manusia ataupun pandangan Allah (yang jauh untuk dicapainya). Tetapi mereka tetap berusaha dan ada ketenangan di sebalik tiap usaha mereka. Tidak ada keluh kesah, tidak ada ragu-ragu, dan tidak dapat dipengaruhi terutama oleh mereka yang zalim.

Kerana, segala perbuatan mereka dilindungi Allah berkat niatnya yang suci dan pengharapan serta kebergantungan mereka kepada hanya Allah. Hidup mereka akan selamat di dunia walau pada pandangan zahir penuh dengan kelemahan-kelemahan yang terinsaf dan yang lebih penting, mati mereka diterima oleh Allah SWT. “Wahai nafsu-nasfu yang mutmainnah…” (rujuk al-Quran; surah al-Fajr: 27-30).

Sebaliknya mereka yang kerja hanya kerana dunia, dan hanya kerana yang selain daripada Allah, tidak ada konsep ibadah dalam pekerjaannya, maka hidup mereka adalah fatamorgana. Mengejar dunia yang diibaratkan seperti bayang-bayangnya sendiri, semakin dikejar, semakin ia menjauh. Lalu hiduplah mereka dalam kepenatan yang tidak berpenghujung. Bukan itu sahaja, apabila mati mereka tidak diterima sebagai Hamba Allah.. dan ditempatkan ke dalam azab siksaan yang kekal abadi. Nauzubillah.

Oleh itu, berbaliklah kita ke pangkal jalan. Sedarilah apa tujuan pekerjaan kita sebenarnya. Soal diri sendiri dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi untuk kehidupan yang jauh lebih baik daripada ini, selepas ini.

Wallahu aklam.

Selamat bercuti persekolahan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama juga tidak menulis di sini. Entah, mungkin ketandusan idea, kesuntukan masa, kesibukan dunia dan seribu lagi alasan kalau hendak dinyatakan. Rasanya tidak sesuai, kalau di mana-mana sahaja para pembaca dihidangan dengan luahan saja. Di fesbuk dah banyak sekali luahan-luahana orang. Di blog kalau boleh jangan ditambah lagi.

Hari ini Jumaat. Tadi imam dengan bersemangatnya berkhutbah (ekceli membaca sebenarnya) tentang tajuk keibubapaan. Katanya tanggungjawab ibubapa mendidik dan membesarkan anak-anak dengan sepenuh perhatian. Bak kata orang tua-tua, bagai menatang minyak yang penuh. Bukan macam mem’binatang’ ya, tapi menatang.

Lagi

Selawat dan salam buat Baginda Al-Rasul

Lagi

Tahun 2012 Miladi

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pagi ini, sempat berbual-bual dengan seorang ‘orang tua’ di kampung. Bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan dan mengambil nasihat serta pengajaran daripada kata-katanya.

Sambil mengeluh, beliau menyatakan “ermm.. lepas setahun, setahun masa berlalu begitu sahaja”.

“Berlalu begitu sahaja ke pakcik?” ana menyampuk.

Lagi

Muhasabah 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

“Selamat tinggal tahun 2011 dan selamat memasuki tahun 2012″. Ungkapan yang selalu meniti di bibir banyak pihak sama ada juruhebah, selebrtiti dan juga orang perseorangan biasa bagi menyatakan perasaan dan kegirangan menyambut tahun baru. Satu lagi persoalan “biasa” yang menjadi bualan adalah berkenaan dengan azam tahun baru dan penilaian tentang pencapaian-pencapaian tahun dan tahun-tahun sudah.

Lagi

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2012

Lagi

Salam Hijratul Rasul SAW 1433H

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

IbnRajab Online mengucapkan selamat mengingati peristiwa Hijratul Rasul untuk tahun yang ke 1433H pada hari ini. Semoga peristiwa Hijratul Rasul yang membawa sinar baru kepada dunia dakwah Islam akan menyuluh sinar kepada jalan-jalan dakwah yang bakal kita selaku umat Nabi tempuhi. Ingatlah, tidak ada nilainya kita meraikan tarikh hijratul rasul ini sekiranya hati kita tidak pernah terfikir untuk meneruskan usaha untuk mempastikan kelangsungan dakwah Islamiyah.

Lagi

Selamat bercuti

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar semepena cuti akhir tahun persekolahan bermula hari ini (kami di besut, cuti awal sehari, semalam mula). Cuti persekolahan rasmi sahaja, dalam mencari ilmu tiadalah istilah cuti. Begitu juga dengan para guru, hanya bercuti kerja rasmi persekolahan sahaja, dalam menabur ilmu tiadalah istilah cuti juga. Banyak masjid-masjid dan surau atau tempat-tempat lain boleh dijadikan sebagai medan mencurahkan ilmu kurniaan Allah itu.

Lagi

Selamat hari raya aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada terutama rakan pengunjung blog IbnRajab Online yang dihormati. Kesibukan dua tiga hari sebelum menjelang aidil adha dan berterusan sehingga ke hari semalam, maka baru hari ini berkesempatan updated blog. Sebenarnya, hari ini pun kita masih beraya walaupun ramai antara kita yang telah balik bekerja, anak-anak telah kembali ke sekolah dan sebagainya. Namun, hakikatnya hari raya aidil adha ini adalah hari raya besar orang Islam.

Lagi

Ambang 10 zulhijjah 1432H

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bertemu kembali dengan bulan mulia, bulan haram (peperangan) di sisi Islam iaitu bulan Zulhijjah. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan izin ruang dan peluang. Untuk terus berusaha mencari bekalan yang terbaik. Bekalan taqwa. Hari ini dah 7 Zulhijjah. Bukan baru perasan, cuma baru ada kesempatan untuk menitipkan sesuatu buat tatapan rakan-rakan pengunjung setia IbnRajab Online.

Lagi

Tahniah, selesai interaksi sem 2/2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Alhamdulillah pembuka bicara. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan mereka yang mengikut jalan baginda berkekalan dalam rahmat Allah sehingga ke hari akhirat. Seterusnya permohonan maaf dari lubuk hati yang paling dalam ditujukan khas buat para pengunjung setia IbnRajab Online yang mungkin sesekali menjenguk ke sini tetapi tiada catatan atau updated. Hanya cerita-cerita lama, perkongsian-perkongsian lapuk sahaja.

Bagaimanapun, statistik memberitahu, followers IbnRajab Online makin meningkat dan terlalu banyak soalan-soalan yang tidak sempat diberikan respon. Mohon maaf sekali lagi.

Lagi

Ekspo Inovasi Pendidikan (EIP) 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan kurnianya, ana bersama dua lagi sahabat dari JAPIM (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan) berpeluang menyertai Pertandingan Inovasi sempena Ekspo Inovasi dan Penyelidikan (EIP 2011) yang bertempat di Dewan Bendahara, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu pada hari ini.

Lagi

Hiburan alternatif

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setelah tiga minggu berturut-turut tidak pulang bermalam ke pangkuan mak ayah di kampung atas urusan kerja (minggu lepas berhujung minggu di Sabah, dua minggu lepas hujung minggu di Melaka) yang terpaksa berlarutan hingga ke hujung minggu, hari ini (kira dah lewat juga dah, sebab Terengganu weekend dia mula petang khamis) kami sekeluarga berpeluang balik kampung. Syukur juga dapat posting balik ke Besut Terengganu, kerana anak-anak masih dapat merasai nikmat balik kampung. :)

Lagi

Salam Eidul Fitri al-Mubarak

Lagi

Biasiswa 2012 untuk guru

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 (dipanjangkan dari laman web KPM untuk rujukan para pengunjuang IbnRajab Online)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan  Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Lagi

tinggalkan vs tak boleh

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sebelum khatib naik mimbar untuk khutbah jumaat hari ni, Imam 1 menyapa ana “minta ustaz memberi tazkirah selepas jumaat, boleh?”. Memandangkan beliau berharap, ana anggukkan juga kepala tanda setuju walaupun satu perkataan yang berbentuk fakta belum dijana dalam minda. Usai jumaat nanti, apa yang Allah ilhamkan insyaAllah itu sahajalah yang akan ana kongsikan bersama-sama ahli jemaah. Mengharap.

Lagi

Cuti 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Untuk mengetahui cuti umum persekutuan atau negeri untuk tahun hadapan 2012, anda boleh muat turun dari sini. Semoga anda dapat merancang cuti dengan baik dan memanfaatkannya untuk kepentingan diri, keluarga dan organisasi anda.

Sekian, untuk makluman.

Salam Ramadhan 1432H

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat berpuasa Ramadhan 1432H kepada para pengunjung IbnRajab Online sekalian. Semoga Allah SWT menerima amal soleh kita semua. Dan insyaAllah kita mampu menggarap peluang Ramadhan tahun ini untuk menyediakan diri kita dididik oleh Ramadhan seterusnya mendapat pembersihan dosa melalui pengampunan Allah SWT di akhir Ramadhan sebagai bekalan menghadapi cabaran 11 bulan seterusnya.

Di bawah ini, ana sertakan artikel-artikel lalu yang dihasilkan untuk rujukan kita bersama:

Lagi

Wasiat Sya’ban

Bersempena dengan hari ini 28 Sya’ban 1432H, ana rasa elok dikongsikan sebuah hadis diriwayatkan daripada Rasulullah SAW tentang bicara akhir shaban. Ana sebenarnya berkongsi wasiat ini daripada rakan-rakan ahli ilmu Islam dalam bengkel moral tempohari. Untuk ringkaskan masa menaip menterjemah dan menaip semula teks khutbah Rasul berkenaan, ana search sahaja melalui google. Setelah membaca dan berpuas hati maka ana paste kat blog IbnRajab Online ini, Mana tahu ada yang belum membaca wasiat tanda kasih Rasul kepada umatnya ini.

Berikut ini wasiat Baginda Rasulullah saw. pada malam terakhir bulan Sya’ban, dalam khutbah Beliau saat menyambut datangnya bulan Ramadhan:

Lagi

Hujan oh hujan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Usai solat maghrib berjamaah tadi, ana mengajak ‘Aidi Bassyar pulang ke rumah. Anak ini perlu masuk tidur awal, esok nak ke sekolah. Jika lewat tidur, maka masalah lah ketika hendak bangun pagi. Jadualnya hari-hari, makan malam adalah selepas solat maghrib. Amalan asuhan bulan Ramadhan. Bila azan maghrib, berbuka dengan tamar dan air sahaja, usai solat baru jamah nasi. Berehat seketika sementara menunggu untuk solat Isya’ seterusnya tarawih. Itulah jadualnya.

Lagi

Adab berhias diri

KONSEP BERHIAS MENURUT ISLAM
Allah SWT itu indah, dan suka kepada keindahan. Manusia secara fitrahnya menyukai sesuatu yang cantik, indah dan kemas termasuk penampilan keperibadian yang baik. Selaras dengan itu Islam telah mengatur adab berhias diri sebagai panduan umatnya, merangkumi anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan seperti emas, perak, batu permata dan sebagainya bertujuan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Lagi

Mohon maaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada kesempatan ini, ana mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan cyber yang sudi berkunjung ke blog IbnRajab Online. Di samping itu, ana mohon maaf kerana lama tidak update laman ini dan soalan-soalan yang diutarakan juga tidak terjawab. Seolah masa yang dahulunya sentiasa lebih, dah tua-tua ni, banyak pula komitmen. Harap rakan blogger dan pengunjung semua memahami.

Lagi

Teka teki berkaitan al-Quran

Salamullahi ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Siapa-siapa dalam kalangan rakan-rakan yang ada maklumat, atau info yang jarang-jarang diketahui, diperasani oleh kita tentang al-Quran, boleh sama-sama mencatatnya di sini. Semoga amalan ini dicatat sebagai soleh di sisi Allah SWT. Untuk memulakannya: Apakah surah dalam al-Quran yang tidak ada padanya huruf (Fa’)?

Bersama menghayati keindahan al-Quran.. mencintai al-Quran dan dicintai oleh al-Quran, seterusnya mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, tuhan yang menurunkan al-Quran.

Semak arah kiblat hari ini

Assalamu’alaikum warahamtullahi wabarakatuh

Saja, post semula isi artikel yang ditulis setahun yang lalu. Pada hari yang sama, hari ini. Untuk sama-sama memperingati agar kita menyemak arah kiblat di tempat kita bagi mempastikan kesasihan arah kiblat tempat kita hadapkan wajah semasa solat dan lain-lain ibadah yang berkaitan dengan kiblat seperti sembelihan, mengebumikan jenazah dan sebagainya.

Rujuk artikel ana di sini. Wallahu aklam.

UMK di kampung ambo

Pintu masuk utama ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Lagi

Previous Older Entries