
Maksudnya: Telah sujudlah mukaku ini kepada Penciptanya, yang membentuknya, dan yang membina (alat) pendengaran serta penglihatannya. Diciptakan dengan kuasa dan keagungan-Nya jua. Maha suci Allah, Dialah sebaik-baik Pencipta.
sebuah pandangan dan perkongsian
12 Feb 2010 4 Komen
in Himpunan Doa

Maksudnya: Telah sujudlah mukaku ini kepada Penciptanya, yang membentuknya, dan yang membina (alat) pendengaran serta penglihatannya. Diciptakan dengan kuasa dan keagungan-Nya jua. Maha suci Allah, Dialah sebaik-baik Pencipta.
10 Nov 2009 3 Komen
in Amalan, Himpunan Doa
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Amalan yang selalu digalakkan kepada ibu-ibu mengandung adalah seperti membaca beberapa ayat al-Quran dari surah al-Baqarah (ayat kursi dan akhir al-Baqarah) yang berkhasiat menghindarkan anak yang dikandung juga ibu yang mengandung daripada bisikan dan gangguan syaitan sama ada semasa mengandung, pasca kelahiran seterusnya sehingga anak membesar. Ia dibaca sebagai wirid pada waktu pagi dan petang dengan disusuli sekurang-kurang surah empat Qul iaitu surah al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
Seterusnya elok diamalkan doa-doa yang biasa dibaca selepas solat, doa memohon keselamatan dan kesejahteraan serta zuriat yang soleh ataupun doa khusus semasa mengandung.
03 Nov 2009 1 Komen
in Amalan, Himpunan Doa
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Doa menghadapi hari baru
1. Doa Rasulullah SAW riwayat Abu Malik al-Ash’ariy (sunah Abu Daud)

Maksud: Ya Allah, aku memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada pada hari ini, iaitu; kejayaannya, kemenangannya, seri cahayanya, keberkatannya dan hidayahnya. Dan aku berlindung denganMu daripada segala keburukan yang ada padanya; dan keburukan hari sebelumnya dan keburukan hari selepasnya.
15 Okt 2009 2 Komen
in Amalan, Himpunan Doa, Solat Sunat
Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh
Memenuhi permintaan beberapa orang bekas pelajar yang meminta ana memperkatakan berkenaan Solat Sunat Istikaharah, maka dengan izin Allah ana sempat melakukan sedikit rujukan. Walaupun telah beberapa kali secara peribadinya ana mengamalkan solat ini, namun rujukan masih perlu dilakukan agar ilmu sentiasa diperbaharui. Terima kasih kepada yang bertanya dan semoga tulisan kali ini menjadi panduan kita semua terutama diri ana sendiri.
Definisi
Istikharah adalah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar ‘khayara’. Daripada kata inilah terbitnya juga perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan. Apabila ditambah huruf hamzah wasl, sin dan ta di hadapan perkataan ini yang menjadikan ianya disebut istakhara, maka ia bermaksud meminta pilihan. Seperti perkataan ‘ghafara’ yang bermaksud ampun, apabila ia menjadi perkataan istighfar maka ia bermaksud meminta keampunan.
23 Ogo 2009 4 Komen
in Amalan, Himpunan Doa
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini ana ingin kongsikan suatu pesanan guru. Beliau berpesan agar kami tidak meninggalkan amalan membaca doa-doaberikut ini:
1. Ayat 19 Surah al-Shura. Dibaca setiap pagi dan petang sekurang-kurangnya 11 kali.

Maksud: Allah Yang Maha Berlembut dengan hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepada yang dikehendakinya. Dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
2. Doa selepas bacaan al-Fatihah (doa kedua) dan pada bila-bila masa sahajateringat (basah di bibir)

Maksud: Ya Allah, Tuhanku! Ampunilah dosa umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Tuhanku! Rahmati (Kasihan belas)lah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Tuhanku! Perbaikilah keadaan umat Nabi Muhammad SAW kepada yang lebih baik. Ya Allah, Tuhanku! Janganlah diambil kira kesalahan umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Tuhanku! Jadikanlah kami termasuk dalam kalangan umat Nabi Muhammad SAW.
Guru ana menambah “kalau boleh, selagi ada (nafas) janganlah ditinggalkan amalan ini”. Doa yang pertama itu diwariskan daripada ayat al-Quran semoga Allah mempermudahkan rezeki kita walaupun pada saat sukar. Manakala doa kedua pula diwarisi daripada guru-guru (alim ulama) dulu-dulu semoga Allah kasihan belas kepada kita dan memasukkan (mengiktiraf) kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW maka diampunkan dosa-dosa, diberi keberkatan dan kerahmatan hidup, maka oleh kerana kasihan belas Allah kepada kita, semoga diperbaiki segala tingkah laku serta dihindari daripada terjebak ke lembah kemaksiatan, dengan petunjuk dan hidayahNya jua.
Sekian, semoga bermanfaat. Wassalam.
p/s: Akhir-akhir ini ana terfikir, betapa lembutnya hati orang-orang solih. Mereka sentiasa berdoa keampunan kepada orang lain daripada umat Nabi Muhammad SAW yang telah dijanjikan oleh Allah sebagai umat terbaik daripada kalangan manusia itu. Akhir sekali mereka berdoa agar diri mereka juga tergolong dalam kumpulan umat terbaik itu juga. Maha Suci Allah yang terlebih peka daripada segala kepekaan makhluk-makhluknya lalu Dia memberi dan menambahkan hidayahNya ke atas orang-orang solih yang mulia itu. Maka yang solih akan bertambah iman dan darjat kesolihannya. Semoga kita semua tergolong daripada kalangan mereka. Amien..
09 Ogo 2009 8 Komen
in Himpunan Doa
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Akhir-akhir ini ana ada juga menerima beberapa ‘sms’ daripada sanak saudara, rakan-rakan dan mereka yang ana sendiri tidak pasti siapa, meminta ana memuatkan doa untuk diamalkan sebagai usaha meminta Allah SWT menjauhkan daripada segala bala bencana di dunia dan (ana harap termasuklah juga di akhirat). Ada juga yang secara terus terang menyebut “ust, dalam suasana ancaman wabak H1N1 ni, tak ada ka doa-doa yang sesuai untuk diamalkan?”
Sehubungan itu, ana (yang tidaklah banyak sangat menghafal doa-doa tertentu seperti ini) mengambil kesempatan yang ada untuk membuat sedikit rujukan kepada beberapa buah kitab. Akhirnya ana temui sebuah doa seperti di bawah ini.

Ya Allah, hindarkanlah kami daripada kenaikan harga barang-barang yang terlalu mahal, dan juga (jauhilah kami) daripada wabak penyakit dan taun dan segala kekejian dan kemungkaran, kezaliman peperangan yang pelbagai cara, dan juga segala cubaan, dugaan ataupun kekeliruan sama ada yang terang ataupun secara tersembunyi. Ya Allah, Selamatkanlah kami daripada segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat, dan juga kejahatan di dunia dan kejahatan di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan Maha Penerima segala permintaan.
Semoga sama-sama kita amalkannya. Sesungguhnya selain kita sedaya upaya mentaati segala perintah Allah di dalam melawan dan menghindarkan diri daripada bala bencana Allah, kita juga diperintahkan untuk berdoa dan bergantung harap kepada Allah. Setelah kita berusaha (dengan segala tindakan melawan wabak H1N1 seperti yang sedia maklum dan banyak diuar-uarkan dalam media dan juga dengan melakukan taat kepada Allah) maka eloklah kita meluangkan masa untuk sama-sama kita menghadirkan kelemahan diri kita lantas berdoalah kepada Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu, agar segala bala bencana seperti wabak ini dijauhi daripada kita semua. Akhirnya kita akan menikmati suasana yang aman damai dan selesa untuk melakukan ibadah kepada Allah dengan lebih banyak, lebih berkualiti dan lebih keimanan.
Semoga ujian Allah ini akan mengembalikan kita semua kepada Allah. Maha Suci Allah yang sangat sayang kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Di dunia dengan dicampakkan ke dalam jiwa mereka nilai iman, dan di akhirat dengan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh dengan segala keselesaan.
Wallahu aklam.
09 Mac 2009 1 Komen
in Himpunan Doa
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini salah seorang student ana (membuat panggilan telifon) bertanyakan doa yang selalu ana amalkan bagi memohon petunjuk dan hidayah. Sebenarnya, Islam menganjurkan semua manusia terutamanya orang-orang beriman agar sentiasa memohon hidayah (petunjuk) ke arah kebenaran. Agar mereka sentiasa dipandu ke jalan yang diredhai Allah. Tuhan sekalian alam. Yang Maha berkuasa dan layak disembah. [al-Fatihah ayat 6] Artikel ana tentang ayat ini juga berkaitan.
Antara doa yang selalu ana amalkan bagi memohon kesejahteraan dan petunjuk (hidayah) agar Allah sentiasa memandu ke arah kebaikan dan keredhaanNya ialah:

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon petunjuk (hidayah), nilai taqwa, hati yang mudah merasai kasihan belas dan bebas daripada belenggu keperluan kepada manusia.

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhan kami, sinarilah hati kami dengan sinaran (cahaya) petunjuk hidayahMu, sebagaimana engkau sinari bumi ini dengan sinaran (cahaya) matahariMu. Selama- lamanya. Dengan rahmat kasih sayangMu, wahai tuhan yang Maha Luas limpahan rahmatNya.

Maksudnya: Ya Allah, ya tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan yang benar, keluarkanlah kami daripada pelbagai kegelapan kepada petunjuk (cahaya iman), dan jauhilah kami daripada segala keburukan sama ada yang zahir ataupun yang tersembunyi.
Inilah antara doa-doa yang selalu ana amalkan selain surah al-Fatihah yang (wajib) dibaca 17 kali sehari semalam itu (dalam solat).
Wallahu aklam.
p/s: sekiranya anda ingin baca artikel-artikel ana yang lalu berkenaan hidayah, typekan saja keyword tersebut “hidayah” dalam kotak search di tepi kanan blog ini.
14 Jan 2009 6 Komen

Bismillahirrahmanirrahim
Bersempena peristiwa dahsyat yang menimpa umat Islam hari ini di bumi Palestin secara khususnya, kita umat Islam di serata dunia adalah disunatkan (mengikut hadith-hadith sahih daripada Rasulullah SAW) ketika ini bagi melafazkan qunut nazilah pada setiap solat (jamaah) fardhu yang lima. Kalau kita jadi imam. Manakala setiap makmum pula perlulah mengaminkannya.
Qunut adalah perkataan Arab yang bererti ‘taat dan khusyuk kepada Allah’. Ia adalah satu istilah kepada perbuatan Rasulullah SAW yang mengangkat tangan berdoa selepas bangkit daripada rukuk rakaat yang terakhir. Qunut yang warid (bersumberkan amalan) daripada Rasulullah adalah seperti qunut solat witir dan qunut nazilah.
Nazilah adalah perkataan Arab berasal daripada kata ‘nazala’ bermaksud turun atau timpa. Ia bererti ‘suatu kesusahan, suasana genting, bencana yang menimpa manusia pada satu-satu masa’. Qunut nazilah yang dibacakan oleh Nabi adalah bersempena peristiwa peperangan Ahzab, peristiwa pembunuhan beramai-ramai para huffaz (penghafaz al-Quran) oleh kabilah Ri’l, Dzakwan dan ‘Ushayyah dan juga bagi memohon keselamatan beberapa sabahat baginda (spt Salamah Ibn Hisyam, ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah dll) serta kaum muslimin yang ditindas.
Rasulullah SAW pernah mengamalkan qunut nazilah selama sebulan tanpa henti. Perkara ini tidaklah bermaksud menghadkan bacaan qunut tersebut selama itu tetapi ia sunat dibaca mengikut lama masa umat Islam berkekalan dalam sesuatu bencana. Kerana Rasulullah SAW menghentikan bacaan qunut tersebut setelah tawanan perang dibebaskan atau mad’u (mereka yang didakwahkan) itu memeluk Islam dan bertaubat.
Hadith imam Bukhari meriwayatkan Nabi melakukan qunut nazilah pada setiap solat Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya manakala imam Ahmad dan Abi Daud meriwayatkan Nabi membacanya pada solat Asar juga. Terpulanglah kepada kita. Cuma paling kurang pun, marilah membaca qunut ini sekurang-kurang dalam solat Subuh, Asar dan Maghrib bagi menandakan sokongan kita kepada rakan-rakan dan sahabat yang berjuang di bumi Palestin. Kerana ini adalah antara yang kita mampu bantu.
Lafaz qunut nazilah hendaklah mengandungi doa keselamatan umat Islam dan doa kehancuran serta kekalahan musuh-musuh (atau diangkat bencana yang menimpa). Sebaik-baiknya hendaklah ringkas dan menggunakan lafaz Rasulullah SAW sendiri. Atau dengan sedikit tambahan seperti doa di atas. Biar sedikit tetapi ikhlas dan istiqamah daripada panjang lebar yang membebankan ahli jemaah yang lain (uzur, nak cepat dan sebagainya).
Wallahu aklam, semoga kita semua amalkan. InsyaAllah, bumi Palestin (tak lama lagi) akan diperintahkan oleh Islam. Allahu Akbar!
Rujukan: artikel di laman IslamWay.
14 Sep 2008 Tinggalkan Komen
in Himpunan Doa
Ya Allah! Bersihkanlah hati-hati kami daripada segala keburukan sebagaimana engkau bersihkan pakaian yang putih daripada kekotoran. Ya Allah! Jauhkanlah antara kami dan antara segala keburukan sebagimana engkau jauhkan antara timur dan barat.
08 Sep 2008 Tinggalkan Komen
in Himpunan Doa
Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal sehingga kami tidak tamak kepada (perkara-perkara) yang haram. Juga sempurnakanlah kami dengan segala kelebihan (pemberian)Mu sehingga kami tidak mengharapkan (kepada) selain daripadaMu.
26 Ogo 2008 9 Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Sebagai orang mukmin, kita sangat digalakkan agar berdoa. Nabi SAW berpesan yang bermaksud: Senjata orang mukmin adalah doa. Sebaik-baik doa adalah yang diucapkan dengan ikhlas. Sekiranya mampu hendaklah pula dengan menggunakan bahasa Arab kerana kemuliaan bahasa itu. Bahasa Arab adalah bahasa yang dituturkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Bahasa Arab juga bahasa Ahli syurga.
Apabila berdoa menggunakan bahasa Arab, hendaklah seboleh-bolehnya mengetahui asas-asas bahasa itu. Tidak boleh ikut suka hati sahaja. Satu keistimewaan bahasa Arab adalah, kalau pendengarnya adalah seorang yang sangat peka tentang bahasa itu, ia boleh mendatangkan ketidaksenangan di hati apabila mereka mendengar suatu kesalahan. Semacam ada gangguan apabila mendengar bahasa Arab yang disebut secara membuta tuli dan secara sambil lewa sahaja.
Kalau ia (bahasa Arab) dikaitkan dengan al-Quran, maka lebih dahsyat. Sebab itulah sebelum membaca al-Quran seseorang perlu belajar tajwid. Kalau anda perhatikan, guru al-Quran sangat sensitif (garang dan marah) apabila mendengar muridnya tidak lancar atau tidak fasih membaca al-Quran. Setiap sebutan ayat-ayat al-Quran mesti dituturkan sebetulnya. Kalau boleh sefasih sebutan Arab.
Hal ini kerana, kesilapan dalam menggunakan bahasa Arab boleh mengubah maksud ayat al-Quran atau maknanya. Samada kesilapan pada baris, panjang pendek (mad) apatah lagi kesilapan makhraj (tempat atau cara sebutan) huruf. Kesilapan-kesilapan ini hanya boleh diperbetulkan dengan cara belajar. Bukan semata-mata dengar kemudian mengikuti (taklid).
Doa dua ibubapa
Di sini cuba diperturunkan sedikit panduan sekiranya anda ingin berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan kedua ibu bapa.
1. Berdoa seorang diri

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
2. Anda menjadi imam bagi adik beradik anda (seibu sebapa) sahaja

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.
3. Anda menjadi imam orang lain.
Termasuklah kalau anda mengimami solat bersama keluarga sendiri yang terdiri daripada anda, isteri dan anak-anak anda. Apatah lagi kalau anda adalah imam di masjid atau di khalayak ramai.

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (semua), dan (dosa) kedua ibubapa-ibubapa kami, dan rahmatilah kedua-dua mereka sepertimana mereka mendidik kami pada waktu kecil.
Sekiranya anda perhatikan maksud doa dalam kedua-dua situasi terakhir itu nampak macam sama sahaja. Tetapi sebutannya dalam bahasa Arab cukup berbeza. Perkataan walidaina memberi maksud dua orang ibu bapa kami. Ibu bapa yang dimaksudkan adalah orang yang sama kerana mereka berdua juga ibu dan bapa adik beradik anda. Cuma perkataan walidina bermaksud kedua ibubapa-ibubapa kami kerana kedua ibu bapa anda bukannya kedua ibu bapa isteri dan anak-anak anda. Begitu juga mereka bukannya kedua ibu bapa semua makmum anda. Jadi sejumlah ibubapa-ibubapa itulah yang membezakannya.
Ikut perkataan al-Quran
Ada pendapat mengatakan doa ibubapa ini dipetik daripada ayat al-Quran (surah al-Isra’ ayat 24). Maka ikut sahajalah perkataan al-Quran. Itu bagus dan tepat sekali. Cuma kalau ikut perkataan al-Quran kita tak boleh ubah ayatnya. Mesti naqal (nukil) satu persatu. Maka anda perlu memetik potongan keseluruhan ayat tersebut iaitu:

Cuma sekiranya anda perhatikan lagi, dalam ayat berkenaan tidak ada perkataan “ampunkan dosa”. Maka anda tidak perlu menambah perkataan “ighfir zunub”. Ayat al-Quran tidak boleh disebut secara sesuka hati, ditambah dibuang di mana suka sahaja. Pelajarilah bahasa Arab. Jangan sakiti telinga mereka yang tahu sedikit sebanyak tentang bahasa Arab (apatah lagi mereka yang mahir seperti guru-guru al-Quran) apabila mendengar doa-doa dibacakan.
Sekian, wallahu aklam.
12 Ogo 2008 2 Komen
in Himpunan Doa
Ya Allah! Kami memohon rahmat dari sisi-Mu yang boleh; membimbing hati kami, menyatukan urusan-urusan kami, merungkaikan segala kekusutan kami, memperbaiki orang yang tidak ada bersama kami, mengangkat darjat mereka yang ada bersama kami, membersihkan amalan kami, menambahkan kematangan kami, mengembalikan kemesraan kami dan melindungi kami daripada segala keburukan..
28 Jul 2008 1 Komen
in Himpunan Doa
Assalamu’alaikum wbt
Inilah sebuah doa yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Di dalamnya terkandung seluruh kehidupan manusia dari dunia sehinggalah akhirat. Sebuah doa yang ringkas tetapi membawa maksud dan pengertian yang luas dan sempurna. Betapa tinggi kemampuan Rasulullah SAW dalam mengungkapkan setiap patah perkataan doa tersebut sehingga ia mudah diterima oleh setiap lapisan masyarakat untuk memahami dan mengamalkannya. Keikhlasan Baginda dengan jelas dapat kita hayati setiap kali membaca doa ini. Semoga Allah menerimanya daripada kita sebagaimana ia diterima daripada Baginda Rasulullah SAW.

Ya Allah Ya Tuhanku! Perbaikilah urusan agamaku yang mana ia adalah segala-galanya bagiku. Perbaikilah urusan duniaku yang mana ia adalah tempat aku mencari bekalan. Perbaikilah urusan akhiratku yang mana ia adalah tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupan ini untuk aku menambah segala kabaikan, dan Jadikanlah kematian itu sebagai pelindung daripada memungkinkan aku melakukan kejahatan.
Amien.. ya Rabbal ‘alamien!
22 Jul 2008 1 Komen
in Himpunan Doa

Ya Allah! Kami memohon kebaikan daripadaMu yang tidak dapat diberikan oleh selain daripadaMu. Sangat mulia pertolonganMu dan sangat agung pujian atasMu. Tidak ada Tuhan melainkan Engkau. Lindungilah dan jagalah kami daripada segala keburukan dan daripada godaan syaitan yang kena rejam
Komen Terbaru