Awas! penceroboh email
20 Mac 2010 2 Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Cerita daripada pengalaman sendiri. Sebenarnya ana sudah tidak ingat berapa kali. Tetapi rasanya sudah dua tiga kali email (melbox) ana diceroboh. Penceroboh telah masuk ke melbox, dan menghantar email atau email-email spam ke alamat-alamat email yang mereka sendiri kehendaki. Mungkin juga email-email fitnah atau pornografi. Ana perasan apabila alamat-alamat email yang mereka gunakan itu tidak betul atau mengandungi kesalahan ‘typing’.
Windows 7
05 Feb 2010 2 Komen
Seronok guna Windows 7 yang baru ana install nih. Sangat mesra pengguna “user friendly”. Nak install apa-apa program yang disupport oleh Windows sangat senang. Contoh nak install keyboard untuk menaip jawi atau Arab. Jika dulu terpaksa cari CD installer bila nak tambah keyboard input, tetapi dengan Windows 7 yang baru ni, anda perlu ke Control Panel dan Add Langguages sahaja.
Nak runing apa-apa program pun laju. Tak ada sekat-sekat lagi sejak ana guna windows 7 dari awal Jan lepas. Paling seronok, tak perlu pening-pening cari driver apabila nak format komputer seperti selalunya. Apabila komputer dah siap tersedia dengan Windows 7, anda ambil menu “manage” sahaja dekat “My Computer” seterusnya Windows 7 akan membantu anda mencari apa-apa driver yang diperlukan oleh komputer anda secara atas talian (online).
Jom mari ramai-ramai bertukar kepada Windows 7.
Baca lagi.. @ read more..
09 Nov 2009 4 Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Suka ana nak kongsikan satu benda ni. Dah lama cari cara nak buatnya, tapi hari ni dengan bantuan dan kesepakatan secara bersama dengan adik ipar, juga berorientasikan teknik cuba dan jaya (try and error), akhirnya ana (atau sebenarnya kami) temui jalannya. Iaitu cara untuk memendekkan artikel yang panjang untuk di’view’ pada laman utama blog di WordPress ini.
Sebelum ni, baanyak masalah sekiranya menulis artikel yang panjang. Kerana kalau artikel itu panjang, pengunjung akan terpkasa melihat ataupun membaca keseluruhan isi artikel walaupun mungkin mereka tidak perlu (kerana sudah tahu dll). Begitu juga, jika laman utama memuatkan artikel yang panjang-panjang, maka tidak banyak artikel yang dapat dipaparkan di ruangan utama tersebut.
Quran in word
03 Feb 2009 2 Komen
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Hari ini ada rakan tanya tentang program yang membolehkan kita memasukkan ayat al-Quran dengan mudah ke dalam program microsoft word. Jadi pada kesempatan ini, ana nak kongsikan dengan semua (kalau belum tahu) akan adanya (wujud) program seumpama itu yang dikenali sebagai Al-Quran In Word. Ia diusahakan oleh rakan kita dari Indonesia. Semoga Allah memanjangkan usia beliau di dalam meneruskan amal kebajikan yang baik dan menjadi bekalan yang baik juga di akhirat.
Untuk download program ini, silalah klik laman ini kemudian boleh terus download. Pilihlah mana-mana yang anda suka kat site itu. Program ni user-friendly sebenarnya. Nak install pun mudah saja. clik file itu apabila ia dah selesai didownloadkan ke komputer anda. Ia akan masuk dalam word. Open MS Word dan boleh terus guna. Anda perlu tahu bahawa duplicate window word tidak akan mengfungsikan program ini. Maksudnya windows (paparan atau tetingkap) word pertama sahaja boleh guna. Jangan nanti anda duplicate tak fungsi maka anda sangka program ini telah rosak. Tak. Sebenarnya ia tak fungsi pada duplicate windows.
Kalau anda guna word 2007, anda cari program ni kat plug in. Kalau sekali (first time) anda guna biasanya ia akan mengeluarkan (menatijahkan) font yang tidak boleh dibaca, seperti kotak-kotak. Itu biasa. Anta perlu guna (cari ayat) sekali lagi. Tak delete yang tadi (kotak-kotak yang tak jadi tadi) tu pun tak pe. Kemudian apabila ayat al-Quran yang dikehendaki itu muncul, anda copy dan paste (letakkan) dalam mana-mana word anda seperti kertas soalan peperiksaan, nota dan sebagainya.
Satu lagi anda perlu ingat juga untuk installkan program ini ke komputer yang ada printer. Kalau tak, kat komputer anda ada (ayat-ayat al-Quran ini) tapi bila print, ia tak keluar (kalau keluar pun ia akan keluar font yang kotak-kotak dan tidak boleh dibaca). Itulah..
Sekian, dan selamat mencuba. Wassalam.
Awasi pencuri
10 Dis 2008 Tinggalkan Komen
Hari ini ana nak berkongsi email yang datang daripada si pencuri alaf baru. Mereka ingat senang-senang nak memperdayakan orang. Ana harap setiap pembaca kalam IbnRajab lebih berhati-hati dengan email-email yang sengaja dihantar oleh si pencuri seperti email yang masuk ke dua mailbox ana (yahoo dan tm.net) ini. Ambillah langkah perlu yang sepatutnya anda ambil.
Kedua-dua email tersebut dihantar oleh server yang berbeza-beza. Sekali pandang dan sepintas lalu nampak macam pihak bank sendiri yang hantar. Maklumlah bila tengok domain yang mereka beli dan gunakan (cimbgroup.com.my dan cimb.com). Mereka kononnya sangat proffesional. Macam lah pihak bank tak mampu nak guna server mereka yang asal bagi memohon sebarang maklumat tambahan daripada pihak pendeposit mereka. Domain asal bagi CIMB bank adalah (https://www.cimbclicks.com.my).
Email-email yang ana terima adalah dari dua alamat ini. Bernamakan “CIMBClicks Team” dengan alamat email “support@cimbgroup.com.my” dan satu lagi atas nama “CIMB Bank” dengan alamat email “service@cimb.com“. Ana syorkan jika anda nak buat spam email, masukkan kepada kedua alamat ini agar melbox mereka cepat penuh. Kalau anda adalah pegawai penguatkuasa, silakan kaji siapa pemilik berdaftar email-email tersebut. Tangkap mereka dan buatlah apa yang patut kerana mereka ini memamg sah pengkhianat bangsa. Pencuri alaf baru!
Manakala isi kedua-dua email yang ana terima itu adalah sama iaitu (email asal tanpa ada sedikitpun editing):

Dear CIMB Bank customer,
We are hereby notifying you that we’ve recently suffered a DDos-Attack on one of our’s Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.
Here’s how to get started:
1. Log in to CIMBClicks online account (click here) <– ana tak sertakan linknya.
2. You must request for TAC online via CIMBClicks – your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the “request TAC” button in the left menu of your account )
3. Logout from your account and close the browser.
4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.
5. Please allow 48 hours for processing.
Please comply and thanks for understanding.
2008 CIMB Bank
Note: Please do not reply to this email.
This mailbox is not monitored and you will not receive a response.
Tindakan ana
Setelah ana dapat email ini, ana dah rasa semacam email penipu. Jadi ana ambil tindakan untuk mendapat pengesahan daripada pihak CIMB Bank (CIMBCliks Devision). Ana log in akaun (perbankan internet) kemudian melalui kemudahan email di dalamnya ana hantar email bertanyakan isu ini. Lalu pegawai yang bertanggungjawab (En. Ravindran) membalas email ana (dalam masa tak sampai 24 jam) dengan:
Dear <nama penuh ana>,

Thank you for your email.
We believed that the attached email is a scam as the contents and contact info are absolutely not related to our bank, CIMB Bank Berhad. We would advise you to be extra careful of scam and fraud activity via internet. Do not disclose any of your personal details neither transfer any amount to unknown parties.
Regards and have a great day.
Faham dan yakin
Maka faham dan yakinlah ana. Kalau sebelum ini ana hanya mengandaikan email-email tersebut datang daripada si penipu. Maka kini yakinlah ana bahawa ia datangnya daripada si pencuri.
Nasihat
Sekiranya anda (penghantar email tersebut yang ada baca tulisan ini) dan yang kononnya nak mencuri duit daripada akaun pengguna internet banking, minta maaf sahajalah. Jangan anggap orang lain itu mudah terpedaya dan buta internet macam anda. Ingatlah bahawa, dengan menghantar email-email macam ni, alamat anda mudah dikenalpasti melalui no IP. Dengan mudah pihak berkuasa boleh mencari anda. Setiap domain yang dibeli (cth cimbgroup.com.my atau cimb.com) itu mesti ada pemiliknya. Jika anda gunakan domain tersebut untuk mencuri, anda boleh dikesan dan ditangkap!
Oleh itu, carilah pekerjaan yang halal. Jangan asyik berfikir nak cepat kaya. Jangan berfikir nak mencuri sahaja. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Kaya di dunia hasil mencuri bukannya boleh bawa bahagia pun. Sedangkan mereka yang bekerja keras tanpa ikut syariat pun tak bahagia. Hasil titik peluh yang tidak disertakan ikhlas kerana Allah tak bahagia, inikan pula anda yang nak hidup dengan mencuri. Samentelah pula akhirat anda akan tersangat kecewa dan rugi.
Kesimpulan.
Sebenarnya bukan mudah mana-mana pihak nak masuk dan selongkar akaun perbankan internet kita. Kecuali kalau kita izinkannya. Sama ada dengan mendedahkan ID, Password kepada sesiapa atau kita terlalu mudah mempercayai permintaan hal-hal peribadi menerusi email dan internet. Tidak ada istilah virus atau antivirus sebenarnya yang dengan tanpa kawalan kita ia boleh sahaja menyelongkari akaun perbankan. Ia semestinya melalui izin pengguna itu sendiri. Kalau menerusi email seperti di atas, ialah dengan memberi segala maklumat dan menuruti segala arahan mereka. Kedua kalau menerusi software yang dihantar, ialah dengan cara kita menerima sahaja (install) apa yang tertera di skrin sewaktu melayari internet. Sebaliknya kalau kita tidak ikut arahan email seperti ini, dan tidak pula syok tekan ‘ok’ sahaja pada apa-apa pop-up yang terkeluar semasa kita online, nescaya perkara seperti ‘ada pihak ketiga yang dapat masuk akaun perbankan internet’ tidak akan berlaku.
Sekian, wallahu aklam. Ana pun sebenarnya bukanlah pandai sangat, cuma ini adalah perkongsian apa yang ana lalui. Semoga bermanfaat.
Kemudahan IT UKM
03 Nov 2008 Tinggalkan Komen
Assalamu’alaikum wbt
Bagi siapa-siapa yang ingin jadi student UKM, atau yang dah lama jadi student UKM. Hari ni ana nak kongsi satu pengalaman menghantar komputer ‘notebook’ untuk diservis secara percuma. Apabila anda menghadapi masalah dengan komputer, usahlah pening-pening kepala untuk betulkan sendiri. Maksud ana jika melibatkan installer yang macam-macam dan dahsyat-dahsyat. Hantar sahaja komputer anda itu ke Pusat Komputer UKM.
Ianya terletak bersebelahan Fakulti Pendidikan (seberang jalan). Bangunannya bernama ‘Pusat Teknologi Maklumat’. Dari Masjid UKM, anda jalan terus dan ambil simpang (kanan) yang kedua. Jalan terus sehingga anda jumpa fakulti pendidikan dan sebelahnya pusat teknologi maklumat. Kat situ (masuk ofis dia) anda dikehendaki mengisi satu borang dengan menyatakan kerja-kerja yang perlu dilakukan ke atas komputer anda.
Segala perisian (software) adalah menggunakan lesen UKM dan sah disisi undang-undang Malaysia ataupun antarabangsa. maksudnya, sekiranya anda nak update software micfrosoft (Windows ataupun Office) melalui internet pun tak ada masalah kerana ia adalah sah dan berlesen.
Anda boleh minta apa sahaja software untuk tujuan pembelajaran anda di UKM, samada untuk buat analisa tesis seperti software SPSS, atau software Grafic seperti Authorware, Media, Movie Maker, ataupun software kejuruteraan seperti AutoCAD, lukisan geometry dan sebagainya.
Selain itu, bagi yang minat antivirus, mereka juga akan installkannya untuk anda. Kata pegawai kat situ yang sangat mesra “Nak minta kita tolong formatkan komputer kemudian isikan program-program pun boleh”.
Semua perkhidmatan adalah percuma. Ia sudah termasuk dalam yuran kemudahan yang dibayar kepada UKM di awal pendaftaran setiap semester.
Sekian, sekadar perkongsian.
Shortcut
06 Sep 2008 1 Komen
Assalamu’alaikum wbt
Pada kesempatan ini insyaAllah ana akan jawab soalan beberapa orang rakan berkenaan dengan kemahiran komputer. Tujuannya adalah semata-mata ingin berkongsi ilmu yang Allah berikan. Walaupun sedikit. InsyaAllah ada orang yang akan memanfaatkannya. Walaupun mungkin ada (otai-otai komputer) rasa ilmu ini terlalu kecil.
Ada rakan-rakan bertanya: Bagaimana menulis 22 x 3 log10 atau menulis perkataan al-cAlamīn? Mungkin ada sesetengah orang dia menjawab: senang je, ada software. Install dan hanya gunakannya sahaja. Tapi ana secara peribadi tak pernah jumpa software (yang dimaksudkan) itu. Mungkin lebih tepat, sebab ana tak suka cari (atau beli) software kot (melainkan software yg datang bersama komputer).
Bagi ana, selagi kita boleh buat sesuatu secara sendiri, kenapa kita perlukan software orang lain. Pada ana, software sebenarnya mengajar seseorang malas berfikir. Setiap perkara disediakan dengan mudah. Kita hanya install dan gunakannya (tanpa susah2 berfikir). Falsafah hidup sebeginilah yang (sebenarnya) akan merosakkan jati diri kita sebagai manusia istimewa. Yang Allah ciptakan lengkap dengan akal fikiran dan menggesa pula manusia agar sentiasa berfikir. Bila ada software (walaupun untuk selesaikan masalah mudah seperti virus) maka keistimewaan kita (iaitu otak) langsung dilupakan terus.
Bagi orang yang mencipta software, ia adalah suatu kerja yang sangat baik lagi murni. Menyenangkan orang lain. Memudahkan sesama manusia ini memang digalakkan dalam agama. Cuma apa yang perlu diingati adalah, adakah kita? Adakah kita ini yang memudahkan manusia tersebut ataupun kita sekadar cari perkara-perkara mudah sahaja? Cari software. Kita hanya guna saja!
Untuk tujuan mencipta (kalaupun tidak software) kemudahan untuk diri sendiri tanpa menghabiskan nilai wang ringgit (atau mungkin lebih tepat lagi jatidiri) anda maka sukacitanya dikongsikan kemahiran ini. (juga kemahiran-kemahiran yang ana kongsikan terdahulu, termasuklah cara menangani virus tanpa antivirus yang mendapat kutukan ramai itu). Ia adalah suatu percubaan untuk memudahkan diri sendiri sebenarnya, disamping mencari sesuatu daripada Yang Maha Pencipta (berbentuk habuan akhirat) sekiranya ada pihak yang ingin (berkongsi) membaca, menggunakan atau sehingga menyampaikan pula kepada yang lain. Dalam bentuk perkongsian, bukan merendah-rendahkan.
Cara melakukannya mudah saja. Gunakan shortcut (yang telah tersedia bersama software Microsoft Word anda, bukannya software berasingan). Jadi, untuk menghasilkan kuasa 2 itu (22) anda highlightkan nombor 2 yang kedua kemudian tekan Ctrl+Shift+(butang +/=). Iaitu tekan butang Ctrl kemudian ditekantambah (tanpa melepas butang yang pertama) butang Shift kemudian tambah butang (+/=). Samalah juga untuk hasilkan c pada perkataan cAlamīn. Manakala untuk menghasilkan nombor 10 pada log10, anda highlightkan no 10 itu kemudian tekan Ctrl+(butang +/=). Jadi, untuk meletakkan sesuatu byte (samada no atau abjad) di atas, anda guna Ctrl+Shift+(butang +/=), sebaliknya untuk meletakkanya di bawah, guna Ctrl+(butang +/=) sahaja tanpa butang Shift. Itulah yang dimaksudkan dengan penggunaan ‘shortcut’ di sini.
Itu adalah sebahagian shortcut yang disediakan oleh software (MS Word atau Office secara keseluruhannya). Ia (kewujudannya) diketahui oleh kebanyakkan pengguna yang suka explore (belek-belek sebelum atau semasa menggunakan, atau mungkin mengikuti kursus menggunakan) sesuatu software seperti MS Word ini. Sebaliknya, untuk lebih memudahkan anda dalam proses menaip (tesis atau perkara-perkara yang memerlukan simbol) anda perlu wujudkan pelbagai shortcut anda sendiri. Yang mengetahuinya adalah anda seorang sahaja atau mereka yang anda beritahu. Ia juga hanya boleh digunakan menerusi komputer anda dan perlu diwujudkan semula setelah anda ingin menggunakan komputer baru. Kecuali anda copy fail normal.dot (atau normal.dotm) kemudian pastekan ke komputer baru itu.
Sebagai contoh, MS Word tidak menyediakan shortcut untuk memudahkan anda menulis huruf ī pada perkataan al-cAlamīn itu. Jadi anda perlu buatkan shortcut untuknya. Kalau kerja mudah, anda cari sahaja ī dan masukkannya ke dalam Word menggunakan ‘symbol’. Tetapi itu sangat membosankan kerana setiap kali anda perlukannya, anda perlu cari dalam ‘symbol’. Selain ia sangat memenatkan anda. Lebih baik anda buat shortcut untuknya.
Untuk mencipta shortcut, apabila anda berada dalam Word, ambil menu insert, kemudian ‘symbol’. Pada paparan itu, pilihlah mana-mana symbol yang anda selalu guna, kemudian tekan butang ‘shortcut’ (yang terletak di bawah sebelah kiri). Apabila paparan seterusnya keluar, anda hanya perlu tekan butang-butang shortcut (anda sendiri) spt contoh crtl+Shift+(apa2 huruf). Pastikan tiada pertindanan yang berlaku kepada shortcut yang baru anda wujudkan itu. Iaitu satu shortcut yang sama untuk dua symbol yang berbeza. Anda boleh tukar-tukar samada nak guna ctrl+Shift atau Ctrl+Alt bagi shortcut pilihan anda.
Semoga ilmu ini memanfaatkan anda. Wallahu aklam.
Penyata KWSP
07 Jul 2008 109 Komen
in Celik Komputer, Kemudahan Awam, Promosi
Assalamu’alaikum wbt..
Jangan tak tau, urusan dengan pihak KWSP sekarang ini semakin canggih. Mereka sudah ada mesin Kiosk Pintar yang menyediakan perkhidmatan menyemak dan mencetak penyata KWSP anda untuk tahun semasa dan tahun sebelumnya. Mereka juga menyediakan perkhidmatan Kiosk Internet untuk pelbagai kemudahan berurusan terus ke laman peribadi anda.
Kiosk Pintar
Sebuah mesin touch screen yang diletakkan di bahagian dalam pejabat KWSP (ruj. caw Kota Bharu). Dua perkhidmatan setakat ini yang disediakan iaitu menyemak dan mencetak penyata, satu lagi perkhidmatan pendaftaran i-Akaun yang membolehkan anda mengurus akaun melalui laman web. Perkara yang boleh diuruskan adalah seperti; pertukaran dan kemaskini alamat, semakan penyata kira-kira tahun semasa dan sebelumnya, melihat status dan rekod pengeluaran, melihat dan mengira had pengeluaran dan memindah turun borang-borang berkaitan.
Untuk mencetak penyata kira-kira anda melalui mesin kiosk pintar ini, anda perlu tekan skrin untuk pilih bahasa, masukkan mykad, letakkan ibu jari kanan pada pengimbas cap jari, pilih penyata dan cetak penyata (diberikan percuma sebanyak 3 helai dalam masa sebulan).
Untuk lebih maklumat, kunjugi laman KWSP di sini
Muhasabah
Dunia hari-hari semakin canggih dan nampak memudahkan. Pertama, adakah kita mengetahui, menguasai dan memanfaatkannya? kedua, adakah kita sedar semua ini adalah bukti bahawa pencipta Alam ini ada? dan pastinya akan menyediakan perkara-perkara yang tidak pernah didengari oleh telinga, dilihat oleh mata bahkan terlintas diminda pada hari kemudian (akhirat). Maksud ana, bersedialah dengan amalan yang akan diberikan balasan yang baik oleh Allah SWT kelak. Sedarlah bahawa alam akhirat itu pasti. Sedikit sebanyak penemuan benda-benda canggih hari ini turut sama membuktikan kewujudannya juga.
Wallahu aklam..
Update 7 Julai 2009 (setelah setahun artikel ini diterbitkan)
Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi maklumat dalam ruangan komen di bawah. Di sini ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang tulis komen pasal nak tau penyata kwsp, dukacita dimaklumkan dan ana ulang sekali lagi bahawa ana bukanlah seorang staf kwsp. Artikel ini ana tulis kerana ingin berkongsi kemudahan terkini yang disediakan di pejabat kwsp (walaupun ana bukan pencarum kwsp sebenarnya). Kepada mereka yang ingin maklumat lanjut berkenaan tabungan/caruman/simpanan mereka dengan kwsp, silalah anda berhubung dengan mana-mana pegawai kwsp di mana-mana pejabat kwsp ataupun menghantar email melalui laman web kswp sendiri. Sekian, maaf sekali lagi dan harap maklum.
Remote Control
19 Jun 2008 Tinggalkan Komen
Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini mari kita berkongsi cara menggunakan telefon bimbit sebagai remote control untuk komputer (samada laptop atau desktop). Ana percaya ramai yang sudah menggunakannya namun tidak dinafikan masih ada dalam kalangan kita yang masih belum mengentahuinya lagi. Untuk itu elok kita berkongsi pengetahuan yang sedikit ini agar sama-sama kita mengambil manfaat daripada teknologi sedia ada.
Setakat pengetahuan ana, hany telefon bimbit jenama sony ericsson sahaja yang dilengkapi dengan aplikasi remote control menggunakan perantara bluetooth (maksudnya walaupun handset anda berjenama sony ericsson, tetapi tidak dilengkapkan dengan bluetooth, maka fungsi ini dikecualikan). Oleh yang demikian, komputer anda yang ingin menerima aplikasi remote control ini pun hendaklah dilengkapi dengan bluetooth device (peralatan). Kebanyakkan komputer riba era ini sudah pun dilengkapi dengan device berkenaan, jika tidak anda terpaksalah membeli external bluetooth device yang boleh didapati dengan harga serendah RM20 sahaja.
Caranya
1. Aktifkan aplikasi bluetooth pada kedua-dua handset sony ericsson dan komputer;
2. Buka tetingkap ‘My Bluetooth Places’ pada komputer, klik pada Bluetooth pada menu bar dan ambil ‘Search for devices’;
(Komputer anda akan mengambil masa selama beberapa saat bagi mencari rangkaian bluetooth pada handset)
3. Setelah handset ana dijumpai, klik pada icon (yang menunjukkan) handset anda itu, kemudian klik pada icon ‘HID Mouse & Keyboard on (nama handset anda);
(Setelah komputer anda berjaya menghubungi handset, biasanya menu kawalan jauh atau remote control akan terus aktif secara automatik dan terus keluar pada screen handset anda, ianya ada tiga bentuk komunikasi iaitu; Presenter untuk anda control program PowerPoint, Media Player untuk anda control program Windows Media Player dan Desktop untuk anda control Desktop -icon dan screen- komputer anda)
Sekarang anda tidak lagi perlu duduk dekat komputer untuk klik pada cursor (sekiranya anda sedang membentangkan kertas kerja dengan menggunakan program powerpoint) atau menggunakan mouse kawalan jauh dan sebagainya. Cukup handset sony ericsson anda melakukan fungsi mouse dengan jarak yang agak memuaskan (bergantung kepada perisian dan hardware bluetooth pada kedua-dua komputer dan handset anda).
Sekian, selamat mencuba!
Kembalikan aplikasi ‘Search’
31 Mei 2008 2 Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh..
Sudah sekian lama ana tidak menulis tentang Virus sejak tulisan ana tentangnnya mendapat kencaman yang agak luar biasa daripada kalangan peminat-peminat komputer atau lebih tepat peminat atau mungkin penjual software antivirus. Sila klik di sini untuk mengamati perbicangan atau pro and contra serta pandangan mereka berkenaan tulisan ana tentang pencegahan komputer daripada virus. Sebenarnya ana bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perkomputeran, jauh sekali programmer. Ana mungkin pernah belajar kursus komputer dan mengikuti perkembangan mengenai dunia programmer melalui beberapa siri kursus dan bacaan daripada beberapa buah buku yang terlalu terhad.
Cuma prinsip ana adalah, segala apa yang baik dan bermanfaat elok kita kongsi bersama, agar sama-sama kita perolehi manfaatnya. Sekiranya mana-mana individu merasakan apa yang ana kongsikan di sini tidak memberi manfaat langsung, sumbangkanlah idea bernas anda atau cadangan yang membina. Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain kerana itu melambangkan ciri minda dan cara pemikiran kelas ketiga. Kita jangan sahaja menerima sesuatu perkara itu tanpa memahami apakah yang sebenarnya ia. Seperti kereta, jangan kita hanya tahu membawa, bayar road tax, isi minyak dan membawa ke servis berkala sahaja. Kita perlu faham prinsip asas bagaimana sebuah kereta berfungsi. Ilmu asas berkenaan perlu ditambah dari sehari ke sehari.
Begitu juga komputer. Dan apa sahaja termasuklah rohani kita. Kita perlu memahaminya.
Hari ini ana suka kongsikan satu lagi cara merawat sekiranya komputer anda telah dimasuki virus. Iaitu kadang-kadang apabila anda sudah (clean) menggunakan antivirus (yang sangat cekap) anda itu pun, beberapa perkara tidak kembali seperti asal. Sebagai contoh, anda perhatikan aplikasi ‘search’ sudah hilang dari tempatnya yang asal (start menu). Begitu juga ‘folder options’ hilang. Ini memberi kesukaran sekiranya anda ingin mencari fail-fail penting. Dan jika anda nak ubah setting fail-fail yang anda sembunyikan (hidden).
Di sini kita perlu faham kenapa ‘search’ hilang? kerana orang yang buat virus (sebenarnya arahan elektronik) tidak ingin anda mencari fail ciptaannya (virus itu). Kenapa pula ‘folder options’ hilang? kerana orang yang buat virus biasa akan menjadikan mode failnya tersembunyi (hidden) supaya sekali lagi anda sukar mencarinya dan memadamkannya (delete). Itu sahaja.
Amatlah merugikan masa sekiranya anda memilih untuk menformatkan semula komputer, sedangkan cara mengembalikan aplikasi ‘search’ tidak memakan masa lebih dari 3 minit.
Caranya
Sekiranya anda inginkan aplikasi ‘search’ kembali ke start menu, anda perlu masuk ke sistem edit registry dengan menaip ‘regedit’ dalam aplikasi run pada start menu. Kemudian apabila screen registry editor keluar pada desktop, anda pilih HKEY_LOCAL_MACHINE. Kemudian anda perlu buka sub key SOFTWARE, Microsoft, Windows, CurrentVersion, Explorer, StartMenu, StartPanel, ShowSearch, Policy, NoFind. Kemudian anda perhatikan dalam kotak detail key (NoFind) itu adakah terdapat pelbagai arahan. Delete kesemua arahan-arahan itu. Kerana sekiranya komputer anda sihat, anda hanya dapati tertera (Default) pada ruangan ‘Name’ dan REG_SZ pada ruangan ‘Type’ dan tiada apa-apa perkataan pada ruangan ‘Data’.
Kemudian anda kembali ke CurrentVersion, ambil sub policies, explorer. Delete NoFind dan segala apa yang ada dalam detail sub key berkenaan. InsyaAllah, aplikasi ‘search’ akan muncul semula pada start menu anda. Begitu juga dengan ‘folder options’.
Selamat mencuba! Wallahu aklam..
p/s: Ilmu ini boleh digunakan dan disebarluaskan kepada sesiapa sahaja. Dengan ini dakwaan sesetengah pihak yang kononnya ana menawarkan khidmat menghapuskan virus dengan caj RM50 yang dipetik daripada tulisan ana sebelum ini yang sebenarnya hanyalah bebentuk gurauan (dan tidak difahami itu) terbatal dengan sendirinya.
WiFi
19 Mei 2008 2 Komen
Salamullahi’alaikum wbt..
Sekadar satu perkongsian (bagi sesiapa yang belum tahu dan tidak terpakai bagi orang yang memang expert komputer, atau seorang programmer). Sebenarnya lama sudah ana tidak menulis tentang komputer. Hari ini rasa terpanggil pula menulis tentang WiFi memandangkan ada dua tiga orang rakan mengadu komputer mereka semakin lembab. Dan salah satu punca yang ana kesan adalah WiFi.
Kalau anda dapati komputer anda dilengkapi dengan WiFi (hardware komunikasi tanpa wayar untuk workgroup atau jaringan samada internet atau intranet) kemudian anda dapati ianya memakan masa yang agak lama untuk digunakan setelah ia dibuka. Lebih kurang 20 hingga 1 minit lebih. Seolah-olah komputer anda sedang buat kerja yang anda belum arahkan. Tambahan sekiranya anda ingin cepat, ia pasti akan menambahkan sakit hati.
Kalau sebelum ini saya menyaran anda supaya tidak memasang software antivirus (mungkin ada yang berang dengan artikel saya tersebut, tapi tak kisah lah, pendapat masing-masing dan pengalaman berbeza) yang sedikit sebanyak memberi kesan ke atas kelembaban prestasi komputer. Kini berdasarkan pengalaman ana, WiFi ini juga sedikit sebanyak (bahkan kadang-kadang lebih banyak) melembabkan komputer.
Hal ini terjadi kerana apabila kali terakhir anda ‘Turn Off’ komputer anda akan menyimpan data berkaitan dengan WiFi (lebih kurang macam alamat dan spesifikasi sesebuah peranti WiFi tersebut). Dan apabila anda membuka komputer akan mencari-cari data tersebut. Itu yang menjadikan komputer anda lambat. Sebaliknya sekiranya anda ‘on’ komputer dalam kawasan WiFi yang sama. Ia tidak memberi kesan yang banyak ke atas prestasi komputer.
Cara menanganinya
Apa yang ana buat, setiap kali sebelum ‘turn off’ komputer, ana akan ‘disable’kan Wireless Network Connection. Caranya anda pergi ke ‘Start Menu’ kemudian ‘Connect to’ kemudian right click pada Wireless Network Connection seterusnya pilih ‘Disable’. Kemudian ana akan turn offkan juga button wireless pada komputer. Dengan berbuat demikian, komputer ana tidak menyimpan data-data WiFi sebelum komputer shut down dan apabila komputer kembali beroperasi data-data tersebut juga tidak dipanggil kembali menyebabkan masa untuk komputer ‘ready’ itu semakin cepat.
Selamat mencuba.. Wassalam.
Guna printer network
20 Feb 2008 1 Komen
Sebenarnya apabila komputer kita memasuki mana-mana networking (rangkaian) maka semua kemudahan yang disediakan dapat kita gunakan seperti bertukar-tukar data, printing sehingga berkongsi menggunakan internet. Perlu dingati bahawa kemungkinan juga kita dijangkiti virus kerana ia boleh sahaja dipindahkan daripada komputer ke komputer yang lain melalui rangkaian networking tersebut.
Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah berkongsi menggunakan komputer yang ada di dalam rangkaian networking kita samada di rumah, pejabat dan sebagainya (sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkenaan terlebih dahulu). Ikuti langkah-langkah berikut :
1. Pastikan komputer kita termasuk di dalam rangkaian tertentu. Contohnya di pejabat kita. Sekiranya komputer kita dapat menggunakan perkhidmatan internet di pejabat maka sudah tentu komputer kita telah berhubung dan termasuk di dalam sistem rangkaian itu.
2. Buka windows explorer dan klik “My Network Places” di dalam kotak menu sebelah kiri.
3. Seterusnya klik “view workgroups computers” dan mula mencari nama komputer yang dilengkapi dengan printer yang ingin digunakan.
4. Masuk ke dalam icon komputer berkenaan kemudian pilih icon printer yang terdapat padanya.
5. Windows akan meminta persetujuan kita untuk install driver yang diperlukan untuk mengoperasikan printer yang ingin digunakan.
6. Apabila selesai kita sudah boleh mencetak data dari komputer kita yang akan dicetak oleh printer dalam rangkaian networking tersebut.
Peringatan
Apabila kita ingin menggunakan printer yang disambungkan kepada komputer lain dalam rangkaian, terlebih dahulu hendaklah dipastikan komputer tersebut dalam keadaan ‘switch on’.
Sekiranya komputer yang dilengkapi printer itu sedang digunakan, kita masih boleh meneruskan cetakan menggunakan printernya tanpa mengganggu kerja orang yang sedang menggunakan komputer tersebut.
Sekiranya networking kita menyediakan kemudahan WiFi (wireless) maka kita boleh sahaja mencetak menggunakan printer pejabat walau di mana kita berada asalkan kita berada dalam kawasan (coverage) rangkaian networking itu tadi.
Sekian, selamat mencuba.
Menaip arab atau jawi
29 Jan 2008 13 Komen
Sebenarnya, kalau anda menggunakan windows 2000 dan ke atas, komputer anda telah boleh digunakan bagi menaip arab atau jawi tanpa menggunakan apa-apa program atau software tambahan. Inilah yang dimaksudkan dengan teknologi multi language yang telah tersedia ada dalam program windows itu sendiri. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menaip atau membaca dalam apa sahaja bahasa di dunia ini, samada cina, india, thailand, jepun dan sebagainya. Cuma, sekiranya anda tidak perlu kepada semua itu tidak perlulah anda mengaktifkan penggunaannya pada komputer.
Mengaktifkan bahasa Arab
1. Pergi ke folder ‘COntrol Panel’ dan klik ‘Regional and Language Option’
2. Pilih bar ‘Languages’
3. Dalam kotak ‘Supplemental language support’ ada dua kotak, pilih kotak pertama iaitu ‘Install files for complex script and right-to-left languages (including Thai). Kotak yang kedua itu biarkan tidak bertanda (kalau bertanda sila nyahtandakannya kecuali pada masa yang sama anda juga ingin taip cina, korea atau jepun)
4. Klik ok.
Setelah itu system anda akan meminta driver asal windows yang tersimpan di dalam folder I386 yang ada di dalam CD installer windows (samada yang dibekalkan semasa anda membeli komputer atau dibeli dikedai-kedai software). Anda tunjukkan sahaja kepada system di mana anda telah simpan folder I386 tersebut samada CD, atau dalam drive anda (elok sekiranya anda copy folder I386 ini dan simpan dalam HDD kerana setiap kali anda ingin menambah atau membaiki mana-mana komponen asal windows fail dalam folder ini akan diperlukan)
Setelah itu, sekiranya system meminta anda restart komputer, ikut saja.
Setelah windows anda kembali, ulang semula langkah 1 dan 2 di atas. Kemudian langkah:
3. Dalam kotak ‘Text services and input languages’ anda klik detail.
4. Pada bar ‘Settings’ pilih ‘Add’ dalam kotak ‘Installed services’
5. Pada option ‘Input language:’ sila pilih mana-mana bahasa Arab (biasanya ana pilih Arabic (Saudi Arabia).
6. Klik ok.
Sekarang komputer anda sudah dimaklumi kehendak anda ingin menaip tulisan Arab. Buka sahaja mana-mana software (Microsoft Word, Excel, PowerPoint dll) dan anda sudah boleh manaip Arab.
Menaip Arab/Rumi.
Untuk memudah dan melancarkan proses taipan, anda bolehlah menggunakan shortcut keyboard bagi memilih jenis (input) bahasa samada Arab atau Rumi. Langkah mudah:
1. Tekan ‘Ctrl’ serentak dengan ‘Shift’ sebelah kanan anda bagi memulakan taipan sebelah kanan (untuk menaip jawi atau arab)
2. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ bagi menaip (input) Arab atau Jawi.
3. Tekan ‘Alt’ serentak dengan ‘Shift’ sekali lagi bagi mengembalikan taipan dalam Rumi.
Maksudnya, dengan cara menekan serentak ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ tersebut adalah untuk anda memulakan samada menaip dari sebelah kanan atau kiri. Sekiranya ingin mula menaip di sebelah kanan (Jawi dan Arab) tekan ‘Ctrl’ dan ‘Shift’ kanan dan begitulah sebaliknya. Manakala untuk menukar input Rumi atau Jawi anda hendaklah menekan secara serentak ‘Alt’ dan ‘Shift’ setiap kali ingin menukar input keyboard.
Nombor Arab.
Ikuti langkah berikut sekiranya nombor anda tidak mengikut kaedah taipan pilihan. Maksudnya sistem pernomboran adalah sama sahaja walaupun anda menaip Arab.
Office 2007
1. Buka program word.
2. Klik lambang ‘Office’ di sebelah atas (hujung kiri)
3. Pilih menu ‘Word Options’ yang terletak pada sebelah bawah sekali
4. Pilih ‘Advanced’
5. Cari menggunakan scroll, pilihan pada ‘Numeral:’
6. Pilih ‘Context’
7. Tekan ok.
Sekarang, sekiranya anda taip Jawi maka nombornya Jawi begitulah sebaliknya.
Sekian, selamat mencuba.
Tips membeli komputer
24 Jan 2008 6 Komen
Hari ini kita akan membicarakan tentang beberapa perkara berkaitan dengan membeli komputer. Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum bahawa komputer hari ini merupakan suatu keperluan kerja bukan suatu perkara yang diaggap perhiasan sahaja. Jika kerjaya kita sebagai seorang guru sudah pasti kita perlu memiliki sekurang-kurangnya satu set komputer riba bagi memudahkan kerja seharian. Masakan tidak, kerana kemungkinan pengetahuan aplikasi komputer anak didik kita hari ini berada jauh di hadapan sekiranya kita tetap statik berada di takuk lama iaitu masih tidak tahu menggunakan alat bantu komputer dan multimedia.
Begitu juga halnya sekiranya kita adalah pelajar. Dunia hari ini menghendaki dan memaksa kita menggunakan komputer samada kita suka, pandai, mahir ataupun sebaliknya. Masakan tidak kerana kita terbaca di dada-dada akhbar ada pelajar yang mengupah pihak lain melakukan kajian atau sebesar tesis dan disertasi bagi pihak dirinya. Perkara sedemikian sekiranya berlaku merupakan suatu jenayah yang maha besar fitnahnya di alam ilmiah.
Memiliki sebuah komputer peribadi
Hari ini kalau orang beli PC (personal computer) yang berbentuk desktop (komputer yang dilengkapi dengan sebuah CPU, Moniter, Keyboard dan lain-lain kelengkapan secara berasingan) hanya untuk anak-anak main game saja. Manakala jika penggunaan komputer untuk tujuan kerja biasanya orang akan beli sebuah laptop (komputer riba, notebook atau komputer bimbit).
Sekiranya kita pergi mendapatkan harga (servey atau usha) komputer di kedai-kedai nescaya kita dapati harganya nampak macam sama sahaja seperti lima tahun dahulu. Iaitu antara RM2000 sehingga RM10,000. Biasanya harga murah sedikit itu untuk kita dan yang berharga mahal-mahal itu untuk orang lain. Ataupun mungkin sebaliknya anda hanya selesa sekiranya boleh memiliki barang yang paling mahal berbanding raka-rakan yang lain. Maksudnya tetap sama, ada yang berharga rendah dan tinggi.
Ketika ana membeli laptop ini dahulu (2005) harganya RM2500. Semalam ana belikan untuk adik sebuah laptop pun dengan harga RM2488. Semestinya dicari yang paling murah samada untuk ana sendiri (2005) atau untuk adik (2008). Harga, Saiz (13.3), warna dan jenama yang sama cuma bezanya ciri-ciri dalaman. Kalau laptop ana menggunakan processor Pentium M, kini adik memiliki processor Core Duo. RAM ana 512k dan RAM dia 1G. Ada lagi iaitu HDD ana 40G dan dia 120G. Apa lagi? Ana rasa itu sahaja! Tapi harga tetap sama atau sama sahaja.
Adakah anda terfikir kenapa tiada harga yang rendah untuk laptop walaupun membeli dalam perbezaan masa tiga tahun? Maksudnya kenapa sudah tidak ada laptop yang memiliki processor seperti ana iaitu Pentium M? HDD kenapa perlu jual yang memiliki keupayaan storage 100G ke atas sahaja? Jika anda cari seluruh kedai (sebagai contoh Lom Yat) pasti tidak ada yang jual laptop dengan keupayaan HDDnya hanya 20 atau 40G.
Sekiranya anda tanya pada jurujual mereka pasti kata anda ketinggalan zaman. Sudah semestinya anda dianggap begitu dan anda juga tidak sukainya. Sekiranya jawapan berbentuk akademik sedikit mereka berkata “mana boleh sebab software sekarang tidak mampu ditanggung oleh processor atau RAM atau storage yang lama”. Kalau anda tanya lagi bentuk software yang dimaksudkan nescaya pada permulaan anda akan menerima “Game”. Microsoft pun membangunkan software mereka ikut zaman juga. Word sekarang atau lebih tepat Windows Vista nak install ke laptop dengan processor Pentium I mana boleh jalan.
Anda pun berhenti berfikir dan bertanya (tetapi ana belum) dan anda membuat keputusan untuk membeli laptop yang tercanggih sehingga tidak akan ada lagi ahli bumi yang boleh menandingi laptop kepunyaan anda. Seeloknya anda tidak ikut nafsu jurujual ataupun nafsu sendiri secara begitu-begitu sahaja. Yang rugi adalah diri kita sendiri. Sebagai contoh ana bawakan bagaimana kisah laptop RM2999 boleh ana beli dengan harga RM2488. Semalam. Lokasi Low Yat KL. Sememangnya menjadi prinsip ana membeli laptop yang kurang terkini satu generasi. Kalau tekini pada 2005 adalah Pentium Centrino ana beli Pentium M. Kini 2008 terkininya adalah Intel Core 2 Duo ana belikan Intel Core Duo sahaja.
Jurujual : Yang ini (tak update lah) Core Dou, product tahun lepas RM2999, boleh?
Ana : ‘Spec’nya?
Jurujual: Saya boleh bagi sama, cuma RAM512 (terkini 1-2G)
Ana: Yang ini Windows Vista, boleh jalan ke?
Jurujual: Memang problem sket.
Ana: Saya biasa install sendiri je program. Biasa pakai Windows Professional je. Kalau tolak (yang ber’register’ ini) harga?
Jurujual: Angkat yang kosong pastu install sendiri boleh la kurang 200-250. Tapi sendiri mau ingat la. (maksudnya kalau kena cekup oleh geng ‘hakcipta terpelihara’ software).
Ana: Takan tolak 250 je kot. (ana dah dapat dalam harga RM2750)
Jurujual: -call sana call sini- Okay lah senang cerita. Saya ada last stok PC Fair bulan lepas (desember), semua sama maca saya kata tadi, Core Duo processor, RAM512, HDD 120G dan yang lain-lain tu sama (device seperti bluetooth, LAN, WiFi dll), kami jual masa tu RM2688, kalau U nak, dengan install sendiri I bagi RM2488.
Ana: Okay juga (ana dah dapat harga yang sepatutnya dalam sekitar 2500 iaitu RM2488. (dalam masa sebulan RM2688-2488 ana boleh jimat RM200 lagi. Siapa nak bagi?)
Jurujual: Sambil memberi stok tadi dan menyuruh ana semak item-item yang sepatutnya ada dalam kotak.
Ana: Sambil tengok-tengok ni kamu install je “Ghost” (maksudnya install windows dengan segala macam isi kandungannya dalam masa 10minit. Dengan cara copy dari HDD ke HDD)
Jurujual: Kalau mahu ok.
Ana: Kedai you ni memang tak bagi hadiah macam kedai lain ek bila beli komputer baru.
Kawan Jurujual: Ya la ngko bagi la ustaz tu apa-apa senang sket hati dia!
Jurujual: Ok saya kasi mouse optical dengan pendrive 1G.
Ana: Saya dah ada la semua tu. Lagipun laptop dah ada mouse. (terpandang beg sandang laptop kat rak jualan nampak cantik dan memudahkan ana bawa laptop ke mana, so tak perlu bimbit). You bagi saya bag tu baru ok. BUat apa bagi benda yang orang dah ada kan?
Jurujual: OK.
Ana: Saya bayar pakai kad kredit dengan easy payment boleh?
Jurujual: Sekali swipe boleh lah.
Ana: Mana boleh kan sekarang ni orang guna macam tu kat mana-mana je. Kedai nampak macam besar takan tak boleh. Rugi la saya kena bayar sekali gus. You kuranglah RM50 lagi ya? Saya nak kena bayar interest bank lagi bulan-bulan (padahal ana tak pernah lagi setakat ini tak bayar bil kad kredit secara penuh, so tak kena interest, tapi kebiasaan orang memang suka bayar interest bank).
Jurujual: Macam ni je lah. Harga kekal RM2488, nanti tauke marah wo. I bagi RAM 1G.
Ana: Ok gak. Baru adil. Eh, skrin mudah kotor la, you bagi la pencuci skren satu. (dengan mudah diberikannya).
Begitulah ceritanya. Harga laptop Rm2999 diperolehi dengan RM2488. RAM tetap 1G. Kerana tidak mahu terpedaya dengan ‘terkini’ dan tidak tertipu dengan ‘registered’ software.
Selamatkan dokumen penting anda
12 Dis 2007 Tinggalkan Komen
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera…
Dokumen peribadi seperti sijil-sijil akademik dan kemahiran merupakan aset penting bagi setiap individu. Kebanyakan dokumen tersebut pula dicetak secara tradisional (tidak ada back-up dalam tangan kita) di atas kertas. Biasanya saiz A4, A3 dan sebagainya. Kualiti kertas pula kadang-kadang tidak tahan lama. Bayangkan sekiranya tempat kita simpan dokumen-dokumen tersebut ditimpa bencana atau kemalangan (mohon perlindungan daripada Allah) seperti terbakar, ditenggelami banjir dan sebagainya. Kebiasaanya dokumen penting kita akan rosak atau mungkin lenyap dalam sekelip mata sahaja.
Prosidur untuk mendapatkan semula dokumen yang sangat penting tersebut kadang-kadang memakan masa yang panjang (bergantung kepada tahap atau jenis dokumen; Sijil2 akademik biasanya mengambil masa yang lebih lama berbanding dokumen seperti kad pengenalan atau sebaliknya) kerana sesuatu yang hilang terus (secara total), memerlukan beberapa jenis bukti yang dapat menjelaskan bahawa kita pernah memiliki dokumen berkenaan. Antara perkara pertama yang diperlukan adalah mungkin laporan polis.
Tetapi sekiranya kita ada salinan dokumen-dokumen asal yang hilang tadi, ia akan menjadikan proses mengemukakan bukti bagi mendapatkan semula dokumen asal menjadi lebih senang. Itupun jika kita ada melakukan salinan dan ianya disimpan di tempat lain yang lebih selamat (di pejabat, rumah ibubapa dan sebagainya).
Salin dokumen anda
Melakukan salinan terhadap segala dokumen peribadi penting kita adalah mustahak. Begitu juga memilih pelbagai tempat untuk menyimpannya. Di antara alternatif yang baik bagi menyalin dokumen-dokumen tersebut adalah melalui imbasan komputer (scan ke bentuk soft copy). Scan (salin atau imbas) segala jenis dokumen anda menggunakan scanner yang sangat mudah dan murah diperolehi hari ini. Sekali anda scan, anda boleh copy beberapa kali dan simpan dokumen-dokumen tersebut di merata tempat. Dalam external hard disk, pen drive, komputer peribadi malah komputer pejabat anda (pastikan anda wujudkan folder yang berasingan sekiranya anda menggunakan komputer kongsi).
Simpan atas talian (online)
Selain tempat-tempat simpanan yang dinyatakan di atas, antara tempat yang boleh anda gunakan untuk menyimpan dokumen digital anda ialah di internet (laman web atau dalam emel peribadi anda). Selain ianya agak selamat, anda juga boleh mengakseskan dokumen tersebut di mana-mana yang ada capaian internet. Menjadikan hidup anda sesuatu yang lebih mudah. Sebagai contoh, kadang-kadang ada pihak yang memerlukan salinan surat beranak kita. Sekiranya kita hanya simpan di rumah ianya agak sukar untuk diperolehi. Paling kurang kita kena drive balik untuk mendapatkannya. Tetapi sekiranya kita simpan dalam emel, di mana sahaja ada connection internet kita dengan senang sahaja memuat-turun dan print.
Sekadar itu sahaja. Simpanlah dokumen anda dalam pelbagai bentuk. Gunakanlah segala kemudahan yang ada hari ini semaksima yang mungkin bagi tujuan yang baik dan positif.
Sekian. Wassalam.
Mati hidup semula
05 Dis 2007 1 Komen
Alhamdulillah, thummal hamdulillah..
Komputer ana sesat dalam beberapa hari lepas. Sebabnya, ana suka sangat main2 dalam registry editor (regedit). Sebab tak pakai antivirus (menipu je antivirus tu) jadi bila kena serang ana matikan power virus secara manual je, dalam system registry tu la. Tapi oleh kerana virus yang satu ni power sangat, ana terpaksa try and error banyak perkara. Macam2 ana delete dalam reistry tuh. Lastly, komputer berfungsi sebagai tak sepatutnya. Segala button2 dalam internet explorer tak berfungsi. Nak reply email pun tak dapat.
Terpaksalah ana format dan install semula windows. Apa nak buat, ilmu tak cukup banyak utk jadi programmer. Tapi sebelum pergi ke kedai jual installer, berhari2 juga lakukan try and error (inilah kali pertama ana beli installer windows, sebelum nih mmg ana tak pernah format komputer pun). Dan akhirnya, ana ambil keputusan untuk menggunakan system restore bila nak buat apa2 kat komputer. Senang, jika komputer corrupt, kita boleh restore semula. Nanti ana akan tulis pasal restore pada masa2 akan datang insyaAllah..
Itulah dia.. hari yang mencatat sejarah.
Capaian internet melalui handset
09 Nov 2007 2 Komen
Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera,
Internet era kini merupakan suatu keperluan bagi sesetengah golongan masyarakat. Ia bukan sahaja digunakan untuk mencari maklumat dengan malayari laman2 ilmiah bahkan lebih meluas daripada itu seperti untuk digunakan sebagai medium menyampaikan buah fikiran, ilmu dan kemahiran untuk dijadikan panduan kepada orang lain. Selain itu juga, internet kini menjadi keperluan sesetengah golongan yang menggunakannya sebagai kemudahan untuk melakukan banyak transaksi kewangan seperti merujuk dan membayar bil, mengurus hal ehwal perbankan seperti melihat baki akaun, melakukan pindahan wang, menyelesaikan bil kad kredit dan sebagainya. Ada juga antara pengguna yang menggunakan kemudahan internet sebagai medium komunikasi seperti menghantar emel, melakukan perbualan video, chating dan sebagainya.
Penggunaan internet untuk melakukan perkara-perkara positif seperti di atas kadang2 terbantut dan tergendala mungkin kerana pengguna menjalankan tugas di luar (out-station), kes kecurian kabel telekom (spt yang berlaku banyak tempat) dan banyak lagi perkara di luar jangkaan kita. Oleh yang demikian, penggunaan telefom bimbit untuk melayari internet adalah suatu kemahiran yang patut dikuasai oleh semua (maksud ana menggunakan internet dengan komputer seperti biasa samada notebook atau desktop dan seterusnya melayari internet melalui handset). Samada perhubungan komputer dengan handset dilakukan menggunakan cable (yang telah disediakan semasa anda beli handset) atau wireless yakni melalui kemudahan bluetooth atau infrared.
Memang jika ingin dikira berdasarkan angka (duit), tidak dinafikan kos penggunaan internet melalui handset adalah tinggi sedikit (setakat ini) berbanding menggunakan talian kabel seperti biasa. Tetapi ada juga masa-masa tertentu, syarikat penyedia telekomunikasi tanpa wayar ini mengadakan promosi (ana dulu hanya dicaj 1sen sahaja utk setiap 10kb menggunakan talian celcom prepaid, sekiranya guna 1Mb maka dicaj RM1). Melayari internet dengan handset (celcom sahaja, ana tak tahu caj provider lain) dicaj tidak berdasarkan minit penggunaan sebaliknya kuatiti penggunaan iaitu dalam bentuk byte.
Bagaimana mengoperasikannya?
Pertama sekali, handset kita mestilah dilengkapi kemudahan GPRS atau 3G (kalau handset itu sendiri boleh melayari internet yakni boleh menggunakan kemudahan WAP maka iye le tu). Sekiranya kita tak nak menggunakan cable utk connect komputer dengan handset, maka ia perlulah dilengkapi pula dengan bluetooth atau infrared.
Kedua, komputer juga hendaklah dilengkapi dengan bluetooth (sekiranya memilih utk connect handset melalui bluetooth). Kebanyakkan komputer (notebook) baru hari ini dijual dengan bluetooth divice (yang siap dipasang secara built-in). Sekiranya anda menggunakan notebook yang agak lama (beli 2 tahun sebelum ini atau lebih) maka anda perlu membeli bluetooth device yang banyak dijual di kedai2 komputer dengan harga serendah RM20.00 (ana pakai yang ini je)
Ketiga, hubungi syarikat (celcom contohnya) agar mereka membuka laluan untuk anda menggunakan internet melalui handset (tidak perlu sekiranya anda sudah boleh menerima MMS atau boleh melayari internet menggunakan teknologi WAP). Samada anda menggunakan prepaid atau bil sama sahaja, yakni perlu minta mereka (syarikat) membuka laluan tersebut untuk anda. Jika ana (pada tahun 2004 dahulu dikenakan caj RM5.00 sekali sahaja kerana ana guna prepaid celcom, pada masa itu jika guna line bil, dikenakan caj laluan sebanyak RM10 sebulan, tapi hari ini ana rasa caj2 laluan seperti tersebut sudah tiada untuk menggalakkan lebih ramai yang menggunakan service mereka.
Keempat, menghubungkan komputer anda dengan handset.
Apabila anda memasang bluetooth device (sekiranya kompter anda tidak memiliki bluetooth device yang sedia terpasang) maka anda diminta secara automatik untuk install driver bagi device yang baru anda masukkan. Ikut sahaja arahan (install new hardware) sebagaimana yang diminta oleh komputer sehingga device anda sedia untuk digunakan.
Seterusnya, buka windows ‘My Bluetooth Places’ dan klik ‘Search for devices in range’ dalam kotak menu sebelah kiri. Komputer akan mencari handset anda dan apabila ia ditemui maka satu icon yang tertera nama handset anda akan dipaparkan di windows tadi. Klick sahaja icon berkenaan dan anda akan lihat senarai service yang boleh digunakan oleh komputer melalui handset. Anda klik icon ‘Dial-up Networking Gateway on <nama handset anda>’. Sebentar kemudian kotak windows ‘Connect Bluetooth Connection’ terpapar atas desktop anda. Berhenti sekejap dan pergi ke ‘Control Panel’ dan klik ‘Phone and Modem Options’. Klik ‘Modem’ pada option paparan yang terkeluar kemudian aktifkan pilihan (klik) Bluetooth Modem dalam kotak senarai modem2 yang boleh dicapai oleh komputer anda, kemudian klik properties. Ambil option ‘Advanced’ pada kekotak windows yang baru keluar itu dan masukkan data seperti berikut dalam kotak ‘Extra initialization commands’ :
Sekiranya anda menggunakan prepaid celcom : +cgdcont=1,”IP”,”celcom”
Sekiranya anda menggunakan postpaid celcom : +cgdcont=1,”IP”,”celcom.net.my”
Tekan ok.
Kemudian anda kembali ke paparan ‘Connect Bluetooth Connection’ tadi dan isikan maklumat berikut ke dalam kotak ‘Dial’:
Sekiranya anda menggunakan prepaid celcom : *99***1#
Sekiranya anda menggunakan postpaid celcom : *99#
Ruang ‘User name’ dan ‘Password’ biarkan kosong sahaja. Kemudian anda klik button ‘Dial’ maka komputer anda akan connect ke internet melalui perantaraan handset anda.
Sekian, selamat mencuba.
Autorun
01 Nov 2007 5 Komen
Salamullahi alaikum..
Tulisan ana ini rentetan daripada artikel http://ibnrajab.wordpress.com/2007/09/27/antivirus-kewujudanmu-penuh-fantasi-dan-meresahkan/
Autorun [autorun.inf] adalah sebuah ‘information file’ yang mana komputer memerlukannya untuk mengetahui tentang sesuatu ‘software’ itu berfungsi. Autorun bermaksud perkara pertama yang akan diproses oleh komputer setelah fail ini didapati. Sebagai contoh, sekiranya kita wujudkan autorun.inf ini dalam pen drive, maka setelah kita cucuk pen drive itu tadi ke komputer, perkara pertama yang akan dilakukan oleh komputer adalah menjalankan segala apa arahan yang terdapat dalam fail autorun tersebut. Jika kita mengetahui serba sedikit bahasa komputer, kita boleh buka fail autorun.inf ini pada mana2 drive atau tempat dan kita boleh fahaminya.
Virus.
Virus kadang2 dioperasikan melalui autorun.inf. Ini kerana pencipta virus telah menulis dalam autorun.inf arahan2 yang boleh mengaktifkan virus ciptaanya. Kebanyakan virus akan berfungsi sejurus setelah kita memasukkan pen drive yang telah dikotori oleh arahan2 tersebut. Ada juga pencipta virus mengarahkan komputer utk copy virusnya (yg lebih hebat dan besar) ke dalam HDD kemudian mengarahkan pula (di dalam system registry) setelah komputer di ‘restart’ untuk menjahanamkan komputer anda. Oleh yang demikian, kebanyakkan komputer yang diserang virus spt ini tidak dapat diubati (walaupun kita gunakan program antivirus yang canggih manggih- apatah lagi jika guna yang free) sehingga lah kita membeli program antivirus yang diciptakan oleh pembuat virus itu tadi juga. (kan kita dah kena main?)
Bukti komputer kita berada pada tahap kritikal ialah apabila kita run regedit (utk buka system registry dan edit) tapi tak dapat di buka. Paparan yang akan keluar adalah seperti ‘editing registry has been disabled by your administrator’. Siapa lagi administrator utk komputer peribadi kita kalau bukan kita sendiri kan? maksudnya sila rujuk pencipta virus itu lah. Sehingga hari ini, ana sendiri masih belum dapat menyelesaikan masalah sekiranya system registry komputer tidak dapat dibuka. Mohon sekiranya pembaca dapat guide ana. Sebab itu ana guna autorun.inf sebagai pencegah daripada virus (arahan2 kotor manusia2 jijik)
Masalah.
Autorun (virus punya) tak dapat di delete? Atau mmg tak nampak pun fail autorun tu bila explore drive? Mmg la sbb mereka (pencipta virus tu) dah sorok kan fail autorun jahat mereka. Tapi jika type dalam kotak run (c:/autorun.inf) fail tersebut muncul dan boleh baca sahaja, nak edit kat dalam tu tak dapat. Maka penyelesaiannya kena buat autorun sendiri dan lawan!
Cara buat autorun.
1. Search dalam komputer anda *.inf (mana2 fail yang berakhir dgn .inf akantertera, cth:autorun.inf, disk.inf, display.inf dsb - byk sekali) Ingatan: Komputer sekarang ni mmg tidak menunjukkan kepada kita ‘.inf’ pada hujung fail tadi. Tidak semua benda yang tidak nampak itu tidak wujud kan?
2. Copy mana2 fail tadi (paling baik copy terus fail autorun.inf itu sendiri)
3. Paste atas desktop
4. Buka fail tadi
5. Select all dan delete semua isi kandungannya.
6. type arahan anda sendiri. paling senang, type:
[autorun]
open=a1.ico
7. save dan tutup fail autorun.inf anda itu tadi.
8. copy autorun anda ini ke dalam setiap drive yang anda ada. c:/ d:/ f:/ <-ini biasanya pen drive
9. Klik ‘ok’ sahaja jika komputer anda bertanyakan perlukah overwrite fail sedia ada. (autorun virus la sedia ada tu, inilah yg ana maksudkan dengan ‘lawan’ tadi.
Apa itu ‘a1.ico’
Itu adalah icon kita. Perlu utk kita cam adakah virus telah overwrite fail autorun ciptaan kita. Mudah sahaja, anda search dlm komputer apa2 icon dgn type dlm kotak search file ‘*.ico’ Kemudian, copy icon yg anda suka, paste atas desktop, rename jadi ‘a1′. Kemudian copy and paste semula fail a1.ico itu tadi ke dalam drive anda. c:/ d:/ f:/ dsb. Maka bila anda cucuk semula pen drive, icon pilihan anda akan muncul, begitu juga bila anda restart komputer, anda buka my computer, icon drive c:/ d:/ juga akan muncul spt pilihan anda.
Selamat mencuba. Perlu lebih maklumat, sms atau emel ana. Wallahu aklam.
Bantu memory komputer
23 Okt 2007 1 Komen
Pengalaman mengajar ana bahawa memory komputer akan menjadi lebih berupaya dan kemampuan processor akan meningkat apabila fail2 dalam HDD kita tersusun. Biasanya kita akan buat defragmanted untuk menyusun semula fail2 yang telah kita install atau save dalam HDD. Boleh juga. Dan boleh juga sekiranya kita membahagikan HDD kepada dua bahagian. Pertama untuk processing dan kedua untuk simpan data. Maksudnya bahagian pertama untuk install dan running program sahaja. Iaitu satu HDD terbahagi kepada c:/ dan d:/ (menggunakan program partition)
Biasanya kita tidak perlu lakukan apa2 sekiranya kita hendak menetapkan bahawa setiap program yang hendak di’install’ masuk ke bahagian pertama, kerana defauld akan menentukan lokasi fail tersebut adalah c:/program file/… Sebaliknya kita boleh menetapkan bahagian mana untuk kita simpan data2 kita spt word, excel, powerpoint, adobe, movie maker dan pelbagai jenis hasil kerja kit lagi. Adalah lebih elok sekiranya apabila kita hendak menyimpan (save) segala kerja, kita tetapkan ke drive d:/
Untuk my document, kita boleh alihkan tempatnya ke drive d:/ secara kekal. Dengan itu, apabila kita hendak menyimpan kerja, secara automatik komputer kita akan menghantarnya ke drive d:/ Caranya adalah dengan kita wujudkan satu folder my document (atau apa sahaja nama folder mengikut minat kita) di drive d:/ sebagai contoh ‘my store’. Setelah itu, pergi ke icon myDocument di komputer anda, biasanya di desktop, atau lihat sahaja dlm ‘start menu’ kemudian klik kanan, ambil propertiesnya, di situ anda akan lihat tiga sub properties (target/general/sharing), ambil target, kemudian tukarkan target my document anda kepada folder yang telah anda wujudkan dalam drive d:/ tadi dan klik apply. Contohnya Target: ‘D:/my store’ <- perkataan ini merujuk kepada folder yang anda wujudkan dan type ia dalam kotak yang telah disediakan. Kemudian tekan apply.
Sekiranya ada masalah, anda boleh cuba dengan menekan butang ‘move’ di bawah kotak tempat isi Target tadi. Dari situ, anda boleh alihkan (move) folder my document anda ke mana sahaja folder yang anda suka di dalam komputer anda. Begitu juga sekiranya anda telah wujudkan folder sendiri di dalam drive d:/ anda boleh sahaja alihkan my document anda ke situ dengan butang ‘move’ tersebut. Setelah anda mengalihkan folder my document, jangan lupa untuk melakukan defragmanted ke atas kedua2 drive anda c:/ dan d:/ agar sytem komputer menyusun semula fail2 anda, samada fail perisian (installation) atau fail data (word, excel dsb).
Setelah itu, jgn lupa juga untuk melakukan disk Cleanup ke atas kedua2 drive anda tadi. Langkah yang bijak apabila anda melakukan Disk Cleanup adalah, memastikan fail2 yang tidak perlu disisih keluar dari system komputer anda. Fail2 tersebut adalah seperti fail2 dlm folder temporary, compress dan sebagainya. Anda boleh bersihkan semua fail2 ini apabila anda tandakan semua sekali icon2 pilihan dalam paparan properties Disk Cleanup tersebut. Begitu juga, jgn lupa untuk melakukan Disk Cleanup terhadap system restore komputer anda dengan cara klik pada ‘More Option’ dalam paparan disk cleanup properties, klik ‘Ckean up…’ pada lapangan ‘System Restore’.
Selamat mencuba, diharap maklumat ini dapat membantu meningkatkan prestasi memory dan processor anda ke tahap yang sepatutnya macam komputer anda baru dibeli. Wallahu aklam.
Tukar Format Office 2007
04 Okt 2007 1 Komen
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,
Kepada rakan2 yg telah upgrade office 2003 kepada 2007, Selamat menggunakan program yang cukup mesra pengguna (pada ana lah). Ana juga dapati space yang digunakan agak kecil dan memuaskan. Sebagai cth, sekiranya fail 2003 (word la katakan) memakan space HDD sebanyak 50kb, dengan office baru ni hanya perlu 21kb sahaja! bayangkan separuh space HDD kita dapat jimatkan. Ini juga dpt meringankan beban komputer kita (utk baca fail/simpan dlm RAM/upload dll)
Jadi, kepada rakan2 yang telah menggunakan office baru ni, ana nasihatkan agar mereka tukar format lama ke format baru dengan klik icon ‘convert’ dekat lambang office disebelah hujung program tersebut. Apa sahaja samada word, excel, powerpoint dll. Nescaya anda akan dapati separuh daripada space yang telah anda gunakan utk simpan fail2 tersebut telah kurang lebih daripada setengah bebannya.
Sekiranya anda hadapi masalah utk membaca fail2 dlm format baru ini dlm komputer lapok (yg masih lagi guna office lama) anda hanya perlu ‘save as’ fail anda tadi ke format lama. Caranya pergi ke icon yg sama tadi iaitu icon office kat atas tu, kemudian clik “save as” pilih format (word 97-2003 document) sekiranya anda guna word. Begitulah seterusnya jika menghadapi masalah sama program excel, powerpoint dll program office.
Selamat mencuba. Wassalam.
AntiVirus, kewujudanmu penuh fantasi dan meresahkan..
27 Sep 2007 8 Komen
Assalamu’alaikum..
Virus dan perisian komputer tidak dapat dipisahkan. Hatta hardware pun kadangkala kena serang dek virus. Virus dalam software ana takrifkan sebagai “arahan yang tidak difahami oleh perisian yang asal”. Manakala virus yang menyerang hardware ana takrifkan sebagai “arahan merosakkan litar elektronik”. Itu sahaja!
Oleh itu, kita kena faham bahawa virus yang serang hardware spt RAM, HDD, KEYBOARD, MOTHERBOARD dll itu mmg tak dapat dibaiki. Mmg kena tukar lah benda2 tu semua. Nauzubillah. Sebaliknya virus yang menyerang software spt Word, Excel dll tu boleh dicegah sebenarnya. Hatta kalau tengah2 kita cegah tu depa masuk juga maka kena format baru lah komp. Tapi fakta, ana tak pernah format lagi komputer ana sejak 2001 (selepas dilantik menjadi penjawat awam).
Biasanya virus software ni mengacau, melembabkan dan mengharu-birukan RAM komputer. Kerana arahan asal telah dirosakkan oleh pendatang baru ini (virus=arahan baru). Tetapi tak semua kelembaban komputer ini disebabkan virus. Komputer jadi lembab sebab; byk sangat install game/program yg dahsyat2, fail tak tersusun, sampah/trash tak dibuang dll yang melibatkan kepakaran menten keupayaan komputer.
So, hari ini ana nak kongsikan cara mencegah virus ke komputer anda.
1. Wujudkan autorun.inf bagi setiap unit drive yg ada. cth drive c:/ d:/ f:/ dsb. Termasuk pen drive.
2. Selalu semak status drive anda. Kalau ana setiap drive ada icon dia. Gambar anak ana ke, logo KPM ke dll. Jika icon pada drive ana tadi dah tak timbul, fahamlah ana bahawa drive ana kena virus.
3. Selalu tengok autorun.inf setiap kali rakan anda masukkan pen drive dia ke komputer anda. Caranya anta run f:/autorun.inf f:/ ialah drive yang membaca pen drive rakan anda tadi.
4. Sekiranya ada macam2 arahan yang bukan sepatutnya (anda akan biasa dgn autorun yg sepatutnya sekiranya anda wujudkan autorun sendiri atau biasa baca autorun dari CD dll.) maka anda kena tahu bahawa komputer telah dimasuki arahan tersebut (virus).
5. Delete segala apa yang ada kaitan dengan setiap perkataan yang ada dlm autorun rakan anda tadi di dalam system registry komputer anda. Caranya run regedit. Kalau tak dpt buka system registry anda perlu bukanya menggunakan mode ‘safemode’ dengan menekan F8 sebelum masuk windows (kena restart). Kalau dlm safemode pun tak dapat masuk registry maka anda perlu format balik komputer. Tapi alhamdulillah sejak 2001 ana tak pernah lagi sampai ke tahap ini.
Akhirnya, anda perlu faham bagaimana sebenarnya hakikat virus itu mengacau dan anda hanya perlu cegahnya sahaja. Tak perlu nak guna anti virus TERUTAMA yang percuma. Kerana pengalaman mengajar ana, percuma ni saja je, sebenarnya mereka nak melembabkan komputer anda supaya produktiviti komputer anda tidak mencapai had yang sepatutnya. Itu sahaja. Ana pernah juga guna antivirus, bila nak buka word, excel email, berpuluh saat hatta kadang2 dua minit baru terbuka. Inikan dah melengah2kan kerja kita. Dan mood kita juga. Sebab itulah ana bebaskan diri dari belenggu antivirus dan virus ini dengan langkah “MENCEGAH” yang diperkenalkan oleh pakar perubatan Islam IbnSina.
Wallahuaklam.
P/S: Satu sesi cara menangani virus ini ana caj RM50 sahaja. Sila email. hehehe
Tingkatkan keupayaan komputer anda
20 Sep 2007 7 Komen
Kita biasa dengar daripada teman, ahli keluarga, rakan dan sebagainya tentang masalah komputer yang lembab disebabkan terlalu banyak sangat install program. Satu perkara yang ana nak kongsikan di sini ialah: kita sepatutnya prihatin dan tahu apa yang sepatutnya komputer kita lakukan. Macam kita tahu jalan nak ke pasar, so adakah semakin hari semakin susah kita ke pasar? tentulah tidak sebab kita sudah semakin hari semakin arif dengan jalan ke pasar. Sekiranya ada org baiki jalan tersebut pun kita masih boleh mengagak jumlah kadar masa yang diperlukan utk ke pasar bukan? So begitulah juga dengan komputer.
Cuba praktikkan amalan ini terhadap komputer anda bagi mengekalkan prestasinya:
1. Buat partition ke atas hard disk. Cthnya c:\ untuk isi program sahaja (installation/running system) dan d:\ untuk simpan data. Contoh kita ada HDD sebesar 40GB, elok kita peruntukkan untuk drive c:\ 40% manakala drive d:\ 60% iaitu dalam 24GB.
2. Pastikan segala program kita install ke drive c:\ yang biasanya komputer akan cadangkan c:\Program Files\ jadi ikut sahaja cadangan komputer tersebut. Adalah penting bagi memastikan anda install program ke dalam drive c:\ tidak melebih 1/4 daripada keupayaan drive tersebut. Sebagai contohnya di sini ialah tidak melebihi 4GB sahaja. So, sekiranya anda perlukan lebih program eloklah ditukar HDD. Tapi saya kira, jika sebanyak itu (4GB) yang digunakan maka kita bukan pengguna komputer yang biasa, kita mungkin adalah penerbit filem. So, pastikan kita install program yang betul2 kita perlukan sahaja sebagai seorang guru (contoh) atau apa sahaja. Jgn dibazirkan dengan pelbagai jenis game dan program2 grafik macam nak jadi pengarah filem.
3. Pastikan segala dokumen kita berbentuk word, axcell, powerPoint, gambar dll itu disimpan dalam cakera drive d:\ Lebih elok lagi jika kita susun segala dokumen2 tersebut dalam folder yang berasingan setiap satu jenis daripada yang lain.
So, itulah pengalaman saya. Dengan amalan yang macam itu sahaja saya dapat mengekalkan prestasi komputer yang saya miliki. Saya harap anda pun begitu.
Selamat mencuba.





Komen Terbaru