Selawat dan salam buat Baginda Al-Rasul
05 Feb 2012 1 Komen
in Cuti-cuti Malaysia, Hari Kebesaran Islam, Islam

Selamat bercuti
18 Nov 2011 2 Komen
in Cuti-cuti Malaysia, ISU SEMASA, KERJAYA
Bismilahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh
Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar semepena cuti akhir tahun persekolahan bermula hari ini (kami di besut, cuti awal sehari, semalam mula). Cuti persekolahan rasmi sahaja, dalam mencari ilmu tiadalah istilah cuti. Begitu juga dengan para guru, hanya bercuti kerja rasmi persekolahan sahaja, dalam menabur ilmu tiadalah istilah cuti juga. Banyak masjid-masjid dan surau atau tempat-tempat lain boleh dijadikan sebagai medan mencurahkan ilmu kurniaan Allah itu.
Selamat balik kampung
04 Sep 2010 Tinggalkan Komen
in Cuti-cuti Malaysia, Hari Kebesaran Islam, Hariraya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat balik kampung! Alhamdulillah, hariraya akan tiba tidak lama lagi. Ramai antara kita yang mengambil peluang pulang beraya ke kampung bersama orang tua tersayang, adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan. Pada kesempatan ini, ana sekeluarga mengucapkan selamat balik kampung kepada pengunjung IbnRajab Online dan kepada semua umat muslimin walau di mana anda berada.
Pulang beraya
29 Ogo 2010 1 Komen
in Cuti-cuti Malaysia, Hari Kebesaran Islam, MY FAMILY
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
InsyaAllah, raya ni kami balik kampung. Keputusan untuk balik kampung ini pun kami ambil agak lewat. Pada mulanya ingat nak beraya di perantauan ini sahaja, mengulangi sejarah tiga tahun lepas iaitu raya sebelum ana pulang menyambung pelajaran di UKM. Oleh kerana cuti yang diputuskan agak panjang, selera untuk balik kampung membuak-buak sehingga tidak dapat untuk dibendung lagi.
Selamat bercuti
14 Mac 2010 Tinggalkan Komen
in Cuti-cuti Malaysia, MY FAMILY
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat bercuti kepada semua rakan-rakan yang bergelar guru yang mengajar di sekolah dan di IPG seluruh negara. Begitu juga selamat bercuti kepada para pelajar sekolah terutamanya anak-anak ana sendiri. Pelajar IPT atau pengajarnya mungkin cuti mereka tidak sama dengan cuti persekolahan kot. Alhamdulillah atas nikmat cuti yang Allah tetapkan dan takdirkan ini. Manfaatkanlah ia sebaiknya.
Jadual Persekolahan 2010
19 Jan 2010 Tinggalkan Komen
in Cuti-cuti Malaysia, Kemudahan Awam, KERJAYA, MY FAMILY, MY STUDENT, Perguruan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sukacita ana pamerkan di blog ini Jadual Hari-hari persekolahan dan Cuti Penggal untuk tahun 2010 untuk rujukan kita bersama secara atas talian. Setelah ana mempamerkan Jadual Gaji Kakitangan Awam yang sejak tahun 2008 (yang mendapat sambutan begitu tinggi dalam kalangan pengunjung blog IbnRajab Online ini), ada yang menghantar mesej memohon agar dipamerkan jadual persekolahan seperti ini.
Taman Sri Dahlia
07 Dis 2009 1 Komen
in Cuti-cuti Malaysia, Iklan berbayar, Kemudahan Awam

Taman Sri Dahlia terletak dalam jajahan Bachok Negeri Kelantan Darul Naim. Ia adalah sebuah taman perumahan baru yang siap dibangunkan sepenuhnya pada akhir tahun 2008 dan mula diduduki oleh sebahagian besar pemilik rumah-rumah di taman ini bermula awal tahun 2009. Taman ini memuatkan sebanyak 32 unit rumah teres satu tingkat dengan keluasan kawasan (tanah) 20 x 70 kaki persegi manakala luas kediaman (rumah) 20 x 41 kaki persegi.






Komen Terbaru