9 yang kelima

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tips 37
Ingatkan anak-anak sekurang-kurangnya sekali sehari, untuk melakukan ibadah khusus (walaupun mereka telah melakukannya, peringatan perlu dibudayakan) seperti solat, zikir atau melakukan taat kepada Allah yang lain seperti menutup aurat, mentaati ibubapa, guru, alim ulama dan orang-orang tua.

Tips 38
Alunkan bersama anak (selepas solat berjemaah) zikir-zikir tertentu seperti zikir munajat atau wirid selepas solat dan lain-lain. Anak-anak akan membesar dalam budaya yang sangat positif iman ini, insyaAllah.

Lagi

9 yang keempat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tips 28
Pastikan anak-anak khatam al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun dan menghafal surah-surah lazim.

Tips 29
Amalkan membaca sepotong hadis sekurang-kurangnya sekali seminggu selepas solat berjamaah bersama keluarga (cth maghrib setiap sabtu). Boleh juga diberikan tugas kepada anak yang telah pandai membaca untuk mengetuai bacaaan terjemahan hadis kemudian bapa memainkan peranan menghuraikan hadis tersebut untuk diambil pengajaran daripadanya.

Lagi

9 yang ketiga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tips 19
Bawa anak lelaki untuk sama-sama solat berjamaah di masjid atau surau. Luangkan masa untuk membawa seisi keluarga seminggu sekali solat jamaah di masjid atau sekurang-kurangnya pada hari-hari istimewa dalam kehidupan yang ada kaitan dengan anak.

Tips 20
Selalu ucapkan pesanan baik kepada anak di saat-saat perpisahan kemudian iringi dengan ucapan doa selamat seperti “Maassalamah, selamat tinggal atau lain-lain doa”.

Lagi

9 yang kedua

Bismillahirrahmanirrahim

Inilah sembilan lagi tips yang dapat ana senaraikan.

Tips 10
Ingatkan anak agar selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya setiap kali bangun dan ingin tidur.

Tips 11
Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau ‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau ‘mampu’ buat.

Tips 12
Elakkan berkata kepada anak “kan (ayah/ibu) dah bagitau! ianya…” sebaliknya katakan “kan (nama anak) dah tahu ianya….”

Tips 13
Katakan terima kasih secara sedar dari dalam hati atas ucapan baik atau penghargaan yang anak berikan kepada anda.

Tips 14
Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang tersendiri.

Tips 15
Nyatakan secara terus terang setiap kali anda tidak suka terhadap tindakan anak. Memilih untuk diam sebagai langkah pencegahan bukan sahaja menjadikan anak untuk konfius sebaliknya mengajar mereka mengambil sikap sama apabila berselisih pendapat dengan anda.

Tips 16
Jangan biarkan anak tertidur dalam kemarahan, atau tidur dengan fikiran bahawa anda sedang marah kepadanya.

Tips 17
Jelaskan kepada anak bahawa setiap orang memang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Hormatilah pandagan anak dan berilah teguran dengan hikmah sehingga pendapat mereka itu berada di jalan yang betul.

Tips 18
Jangan buka rahsia, kelemahan, kesilapan, sejarah hitam ataupun aib anak kepada orang lain walaupun adik beradiknya sendiri.

Moga Allah bagi ilham dan idea lagi. InsyaAllah. Wassalam

9 yang pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan usaha dan pengalaman yang tidak seberapa, ana berhasrat menjana idea untuk mengumpul 99 tips untuk mendidik anak-anak (terutama untuk panduan ana sendiri) agar mereka lahir sebagai modal insan yang cemerlang buat agama dan ummah suatu masa kelak. Siapa-siapa dalam kalangan pengunjung IbnRajab Online yang ada idea boleh sama-sama kita menyumbang saran di sini dengan menulis komen-komen anda. 99 tips itu adalah idea daripada 99 nama Allah yang Maha Sempurna, Indah, Baik dan Agung.

Ana akan muatkan 9 tips setiap kali update. Apabila cukup 11 kali, insyaAllah ia akan menghasilkan 99 tips. Angka 11 itu pula ana aplikasikan wasiat seorang guru yang selalu memesan agar ana selawat kepada jungjungan Rasulullah SAW sebanyak 11 kali setiap kali. Katanya selepas solat hajat pun baca al-Fatihah 11 kali insyaAllah segala hajat akan diperkenankan Allah. Itu adalah pesan guru, jadi insyaAllah ana amalkan dan kongsikan juga di sini. Cuma secara peribadi, ana tak jumpa sumber bertulis berkenaan angka 11 itu.

Mari kita mulakan.

Tips 1
Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.

Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.

Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.

Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.

Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.

Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.

Tips 7
Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.

Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.

Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.

InsyaAllah.. sama-sama kita cuba. Wassalam