Selamat hari raya aidiladha
08 Nov 2011 1 Komen
in Bicara Agama, Hari Kebesaran Islam, Hariraya, Islam
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Rasanya tidak terlalu lewat mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada terutama rakan pengunjung blog IbnRajab Online yang dihormati. Kesibukan dua tiga hari sebelum menjelang aidil adha dan berterusan sehingga ke hari semalam, maka baru hari ini berkesempatan updated blog. Sebenarnya, hari ini pun kita masih beraya walaupun ramai antara kita yang telah balik bekerja, anak-anak telah kembali ke sekolah dan sebagainya. Namun, hakikatnya hari raya aidil adha ini adalah hari raya besar orang Islam.
Selamat Hari Raya Aidil Adha
16 Nov 2010 3 Komen
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pada kesempatan ini, ana mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat walau di mana sahaja mereka berada. Terutama kepada kedua mak dan ayah tercinta, mak dan ayah mertua, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat handai, rakan kenalan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ana sekeluarga. Semoga Aidil Adha membasahi kembali ingatan dan semangat perjuangan dan pengorbanan kita semua.
Selamat balik kampung
04 Sep 2010 Tinggalkan Komen
in Cuti-cuti Malaysia, Hari Kebesaran Islam, Hariraya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat balik kampung! Alhamdulillah, hariraya akan tiba tidak lama lagi. Ramai antara kita yang mengambil peluang pulang beraya ke kampung bersama orang tua tersayang, adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan. Pada kesempatan ini, ana sekeluarga mengucapkan selamat balik kampung kepada pengunjung IbnRajab Online dan kepada semua umat muslimin walau di mana anda berada.
Selamat hariraya aidiladha
26 Nov 2009 3 Komen
in Hariraya, ISU SEMASA
SELAMAT HARIRAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas daripada: IbnRajab dan seisi keluarga
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Di kesempatan ini dan melalui ruang dan peluang yang ada, ana ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Hariraya Aidiladha teristimewa kepada ayah bonda tercinta, isteri tersayang, anak-anak yang dikasihi; Aidi Bassyar, Afifah Humaira dan Akrimy Mathwa, kakak-kakak dan adik-adik perempuan ana. Ucapan ini juga dipanjang kepada ipar-ipar, sanak-saudara, sepupu-sepupu dan kaum kerabat yang sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja ada ter’view’ entry ana di blog ini.






Komen Terbaru