Selamat bercuti

Bismilahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh

Selamat bercuti diucapkan kepada rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar semepena cuti akhir tahun persekolahan bermula hari ini (kami di besut, cuti awal sehari, semalam mula). Cuti persekolahan rasmi sahaja, dalam mencari ilmu tiadalah istilah cuti. Begitu juga dengan para guru, hanya bercuti kerja rasmi persekolahan sahaja, dalam menabur ilmu tiadalah istilah cuti juga. Banyak masjid-masjid dan surau atau tempat-tempat lain boleh dijadikan sebagai medan mencurahkan ilmu kurniaan Allah itu.

Lagi

Adab berhias diri

KONSEP BERHIAS MENURUT ISLAM
Allah SWT itu indah, dan suka kepada keindahan. Manusia secara fitrahnya menyukai sesuatu yang cantik, indah dan kemas termasuk penampilan keperibadian yang baik. Selaras dengan itu Islam telah mengatur adab berhias diri sebagai panduan umatnya, merangkumi anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan seperti emas, perak, batu permata dan sebagainya bertujuan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Lagi

Mohon maaf

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada kesempatan ini, ana mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan cyber yang sudi berkunjung ke blog IbnRajab Online. Di samping itu, ana mohon maaf kerana lama tidak update laman ini dan soalan-soalan yang diutarakan juga tidak terjawab. Seolah masa yang dahulunya sentiasa lebih, dah tua-tua ni, banyak pula komitmen. Harap rakan blogger dan pengunjung semua memahami.

Lagi

Semak arah kiblat hari ini

Assalamu’alaikum warahamtullahi wabarakatuh

Saja, post semula isi artikel yang ditulis setahun yang lalu. Pada hari yang sama, hari ini. Untuk sama-sama memperingati agar kita menyemak arah kiblat di tempat kita bagi mempastikan kesasihan arah kiblat tempat kita hadapkan wajah semasa solat dan lain-lain ibadah yang berkaitan dengan kiblat seperti sembelihan, mengebumikan jenazah dan sebagainya.

Rujuk artikel ana di sini. Wallahu aklam.

Genap 10 tahun

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, 26 hb Januari 2011 (rabu baru ni) datang surat arahan pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. Penantian selama lebih kurang setahun itu akhirnya menemui nokhtahnya. Permohonan pertukaran dikemukakan kepada pihak IPG-KPM pada awal bulan Mac 2010 setelah diminta balik semula berkhidmat di IPG asal sesudah menamatkan pengajian peringkat Sarjana di UKM.

Lagi

Kelahiran permata hati kami ke-4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian layak bagi Allah. Selawat dan salam buat junjugan Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat. Syukur ke hadrat Allah, pada awal jam 00:54 pagi hari Rabu, 29 Disember 2010 isteri selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.96kg. Kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat. Alhamdulillah..

Lagi

Imam itu untuk diikuti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana teringat mafhum sebuah hadis Rasulullah SAW “Adapun seorang Imam itu, dijadikan Imam untuk diikuti” Au kama qala al-Nabi. Jadi dalam konteks solat berjamaah, seorang makmum perlu mengikut segala perbuatan imam yang dihadapannya itu, sekiranya Imam tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak membatalkan solatnya. Tetapi, sekiranya solat imam itu terbatal (walaupun dia tidak sengaja atau terlupa), maka ia tidak sepatutnya diikuti lagi oleh para makmum. Kalau ikut juga, kedua-dua solat imam dan makmum, tidak sah.

Lagi

Salam kemerdekaan ke 53!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam anak merdeka!

Hubbul watan minal iman” adalah kata-kata keramat Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Mencintai tanah air itu tanda orang beriman”. Itulah prinsip seorang muslim mukmin, yang mencintai kemananan, kemerdekaan dan keupayaan untuk berdiri teguh di dalam sebuah negara yang merdeka. Hidup di dalam sebuah negara yang merdeka amat signifikan bagi umat Islam yang beriman untuk membolehkan mereka melakukan ibadah kepada Allah dalam keadaan tenang, selesa dan penuh khusyuk.

Lagi

Konvokesyen UKM 38

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang memungkin ana hadir ke majlis Konvokesyen UKM ke-38 pada hari ini. Hadir sama ibu dan adik tersayang. Terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam membentuk sahsiah peribadi dan sejarah akademik diri yang kerdil ini. Para guru, ibubapa, isteri, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, rakan-rakan, sahabat seperjuangan, teman sekerja dan sesiapa sahaja. Tanpa anda semua, diri ini tidaklah apa-apa.

Kejayaan hari ini kalau boleh dicatatkan sepertinya, adalah kejayaan semua yang banyak berkorban. Dan kejayaan ini semoga menjadi sumber inspirasi anak-anak pula.

Lagi

Selamat kembali ke sekolah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahu wabarakatuh

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak tersayang. Juga buat semua rakan-rakan guru di seluruh negara. Kami di IPG masih dalam bercuti tambahan seminggu. Macam biasa, cuti IPG (dulunya maktab perguruan) dilanjutkan seminggu pada cuti pertengahan tahun. Sejak masuk mengajar di sini, ana rasakan inilah satu-satunya perbezaan daripada mengajar di sekolah satu ketika dahulu. Syukur juga.

Lagi

World Cup tiba lagi: apa kita dapat?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana dah tak mampu ingat, bilakah masanya ana tertarik dan minat kepada bola sepak dan world cup. Seingat ana, masa kecil-kecil dulu, memang ana ada main bola sepak. Peringkat kampung. Kalau di sekolah ana tak main bola. Rakan-rakan gelar ana “kaki bangku” di sekolah. Tapi rakan-rakan sekampung ana, ajak ana main bola dan ana adalah penjaga gol team mereka.

Lagi

Gesaan Qunut Nazilah

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan seluruh ahli, kepimpinan dan penyokong PAS serta minta mumat Islam di seluruh dunia agar membaca Qunut Nazilah dalam tiap-tiap sembahyang lima waktu bermula hari ini.

Lagi

Jom sertai PERAKAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Entry ana kali ini nampak sekali imbas macam taksub je. Tetapi sekiranya diamati, ia bukanlah kerana perasaan negatif itu yang selalu dikaitkan dengan anak Kelantan. Entry ini adalah berkaitan dengan satu sifat anak-anak Kelantan yang terlalu prihatin kepada kebajikan sesama mereka. Walau di mana anak Kelantan itu berada, tetapi mereka tetap sedar akan jatidiri mereka dan asal usul mereka. Kerana kebanyakan pesanan ibubapa mereka, datuk nenek mereka adalah hampir sama. Suatu pesanan bahawa “di mana sahaja kamu berada, ingatlah agar sentiasa taat kepada Allah, berpegang teguh dengan ajaran agama, berbuat baik kepada sesama manusia di samping menghulurkan pertolongan sekiranya diperlukan”. Itulah pesan keramat orang-orang tua anak-anak kelantan terutama kepada generasi mereka yang terpaksa berjauhan merantau ke luar kelantan kerana pelbagai tujuan.

Lagi

Kalendar terkini aktiviti pengambilan KPLI Jun 2010

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Sukacita dipanjangkan jadual/kalendar terkini pengurusan pengambilan KPLI ambilan Jun 2010 untuk semakan dan perhatian rakan-rakan pengunjung setia IbnRajab Online. Semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010(Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa untuk lebih maklumat.

Lagi

Facebook: Sebuah pandangan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rakan-rakan di pejabat, sahabat-sahabat, kenalan, anak-anak pelajar, saudara mara dan ramai pihak sebenarnya yang mengajak ana untuk sama-sama buka satu akaun di facebook. Tidaklah pula ana ingat bila bermulanya seruan facebook ini, yang perasannya, akhir-akhir ini makin ramai yang menghantar email invatation. Terima kasih atas keprihatinan mereka menjemput ana untuk sama-sama dalam arus perdana komunikasi abad ini.

Lagi

ATM: Duit tak keluar

Nak jadi cerita, semalam ana mengeluarkan duit melalui sebuah mesin ATM di salah sebuah bank di Sarikei ini. Panjang juga berbaris sebelum berpeluang memasukkan kad ATM berkenaan. Setelah urusan memasukkan data-data berkaitan selesai (prosidur mengeluarkan wang seperti biasa), tiba-tiba mesin tersebut mengeluarkan notis “Urusniaga anda telah dibatalkan” lalu kad ATM dikeluarkan.

Tidak berpuas hati (kerana urusan orango-orang lain sebelum itu berjalan lancar) maka ana masukkan sekali lagi kad berkenaan dan melakukan prosidur seperti tadi untuk mengeluarkan amaun yang sama juga. Pelik kerana kali ini, wang yang diminta berjaya diproses. Tidak terdegus apa-apa keraguan pada mulanya dan kehidupan diteruskan seperti biasa.

Lagi

Caj IBG telah selaras

Berkuatkuasa 8 Februari 2010, caj IBG (Internet Banking Giro) bank Islam telah diselaraskan kepada RM2.00 untuk setiap transaksi sama seperti caj IBG yang dikenakan oleh bank-bank lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, bank Islam inilah antara yang mengenakan caj IBG terendah iaitu RM0.50 setiap transaksi (sehingga 2 transaksi pertama dalam sebulan).

Kebetulan hari tersebut (8 Februari 2010) ana melakukan transaksi untuk membayar bil kad kredit. Sebenarnya terkejut juga kerana biasanya dipotong caj sebanyak RM0.50 sahaja tetapi hari itu dipotong RM2.00 pula. Apabila menyemak laman web bank Islam, caj lama masih terpapar di sana, iaitu RM.050 untuk dua transaksi pertama. Untuk kepastian, satu email dihantar kepada pihak bank.

Lagi

Kenapa nak jadi cikgu?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Kenapa nak jadi cikgu? Atau soalan lain, Kenapa mohon nak kerja cikgu? Kenapa dalam banyak-banyak profesion yang ditawarkan dalam pasaran, profesion sebagai seorang guru yang menjadi pilihan? Itulah bentuk-bentuk soalan ataupun persoalan (secara yang lebih tepat) akan dikemukakan kepada seorang calon guru.

Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka ana mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah (melakukan sedikit refleksi) tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru.

Lagi

Baiki dalam tempoh sebulan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatu

Alhamdulillah, selepas satu jam setengah berhempas pulas mempertahankan disertasi (yang kecil sekiranya hendak dinisbahkan kepada dunia akademik seluruhnya tetapi amat besar nilainya jika dinisbahkan kepada pencapaian diri sendiri yang serba kekurangan ini), kajian tersebut diiktiraf untuk diluluskan dengan tempoh pembetulan selama sebulan. Ana cukup rasa terharudengan keputusan itu, di dalam mengecapi setitis nikmat “kejayaan” yang diimpi-impikan sebelum ini.

Lagi

Viva : doakan ana berjaya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dengan rasa rendah diri, ana memohon rakan-rakan, sanak saudara dan para pengunjung blog IbnRajab Online ini semua agar mendoakan kejayaan ana menempuh viva esok. InsyaAllah, berkat sedikit usaha ini, dan berkat doa restu mak ayah, rakan-rakan, ana diberikan kekuatan oleh Yang Maha Mengetahui. Hati ini sesungguhnya terasa juga gegaran dan getarannya, walaupun di sana ada keyakinan atas usaha melebihi setahun yang telah dicurahkan kepada penghasilan tesis berkenaan.

Allahu min wara’ al-Qasd (Allahlah di sebalik segala-galanya).

Wallahu aklam.

Selamat tahun baru Miladi 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana mengambil peluang mengucapkan selamat memasuki tahun baru miladi 2010 kepada semua warga pengunjung blog IbnRajab Online yang dikasihi. Mudah-mudahan, kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang melalui tahun baru 2010 ini. Doa yang diajarkan oleh Baginda SAW dan yang selalu juga ana amalkan adalah “semoga Allah menjadikan kehidupan kita (yang mendatang) itu sebagai peluang untuk kita menambahkan segala kebaikan, dan menjadikan kematian itu sebagai penghalang kita daripada meneruskan segala kejahatan”.

Melakukan kebaikan itu adalah natijah daripada nikmat hidayah taufiq Allah kepada kita jua. Sebaliknya berbuat kejahatan itu adalah tabiat yang terhasil daripada hasutan nafsu dan syaitan yang tidak jemu melakukan kerja memesongkan umat manusia. Kita perlu sedar akan segala tindakan yang bakal diperlakukan, sama ada ia mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang lain ataupun ia hanya menimbulkan kesusahan kepada diri dan orang lain yang diterjemahkan sebagai kejahatan.

Lagi

Minggu pendaftaran pelajar Siswazah UKM

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita ana mengingatkan kepada rakan-rakan pelajar lama peringkat pengajian siswazah (Sarjana dan PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agar mendaftarkan pengajian mereka masing-masing sebelum tarikh akhir hujung minggu ini. Pendaftaran pelajar lama berkenaan boleh dibuat menerusi laman web SMPWEB secara atas talian. Sekiranya pendaftaran gagal dibuat, maka anda akan disingkir dari universiti bermula 11 Januari 2010.

Bagaimanapun, pendafaran atas talian ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda tidak mempunyai baki hutang tertunggak. Sekiranya ada, anda perlulah datang sendiri ke pejabat Bendahari UKM bagi menjelaskan baki hutang berkenaan sebelum meneruskan pendaftaran.

Lagi

Caj kad kredit 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullah dan salam sejahtera

Tulisan ana ini ada kaitan dengan entry yang lalu. Klik untuk membaca.

Semalam ana menerima satu email daripada pihak bank pengeluar kad kredit yang sedang digunakan. Pihak bank memaklumkan bahawa caj kad kredit sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan melalui bajet tempohari akan berkuatkuasa pada bulan Januari 2010 atau pada bulan sepatutnya kad kredit itu tamat. Contohnya, jika kad kredit anda tamat pada bulan April 2012, maka bermula April 2010 caj tersebut akan mula dikenakan. Bagi mereka yang tamat pada bulan Januari, maka akan membayarnya lebih awal sedikit lah.

Lagi

Khabar dari Tanah Suci

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh

Perkembangan terkini mengenai perjalanan haji mak dan ayah ini ana tujukan kepada sanak saudara yang sentiasa mengikutinya melalui blog ana yang tidak seberapa ini. Terima kasih atas perhatian tuan-tuan sekalian yang selalu sahaja bertanya khabar. Sesungguhnya tiada nikmat Allah yang terlebih istimewa di atas dunia ini selain daripada ikatan silaturrahim yang erat ini. Semoga kasih sayang ikhlas akan menjemput kasih sayang Allah pula ke atas kita semua, InsyaAllah.

Alhamdulillah baru sekajap tadi mak telifon dari Kota Suci Makkah al-Mukarramah. Katanya, hari ini kumpulan mereka akan mula bertolak ke Kota al-Nabi Madinah al-Munawwarah. Setakat ini mak dan ayah masih segar, sihat dan selamat. Hanya ayah sahaja yang kena demam beberapa hari sebelum mereka wukuf di Arafah tempohari. Alhamdulillah, setakat ini perjalanan kedua-dua mereka mengerjakan rukun Islam yang ke-5 itu dipermudahkan oleh Allah.

Lagi

Pilih sekolah di Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sejak ana bermastautin di Kelantan ni ramai pula saudara mara dan sahabat handai (sama ada orang Kelantan dan bukan Kelantan yang bekerja dan masih menetap di luar Kelantan) bertanyakan tentang persekolahan di sini. Terutama pada akhir-akhir tahun begini dan tambahan pula penggal baru persekolahan akan bermula dalam masa tidak kurang sebulan sahaja lagi. Walaupun sibuk dengan melayan dan membawa anak-anak bercuti, mungkin juga membeli peralatan baru persekolahan, ada segelintir ibubapa yang sudah tercari-cari tempat persekolahan terbaik untuk masa depan anak-anak mereka.

“Ustaz, kalau sekolah kat Kelantan, mana sekolah yang baik?”
“Ustaz ada tak borang kemasukan ke Sekolah Maahad Tahfiz Sains?”
“Ana nak anak ana melanjutkan pelajaran menengahnya di Kelantan, dia pun minat, katanya nak tukar suasana”
“Mengaji di Kelantan ni berkat, guru-gurunya pun rajin”

Lagi

Previous Older Entries