Cuti 2012

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Untuk mengetahui cuti umum persekutuan atau negeri untuk tahun hadapan 2012, anda boleh muat turun dari sini. Semoga anda dapat merancang cuti dengan baik dan memanfaatkannya untuk kepentingan diri, keluarga dan organisasi anda.

Sekian, untuk makluman.

Hujan oh hujan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Usai solat maghrib berjamaah tadi, ana mengajak ‘Aidi Bassyar pulang ke rumah. Anak ini perlu masuk tidur awal, esok nak ke sekolah. Jika lewat tidur, maka masalah lah ketika hendak bangun pagi. Jadualnya hari-hari, makan malam adalah selepas solat maghrib. Amalan asuhan bulan Ramadhan. Bila azan maghrib, berbuka dengan tamar dan air sahaja, usai solat baru jamah nasi. Berehat seketika sementara menunggu untuk solat Isya’ seterusnya tarawih. Itulah jadualnya.

Lagi

Akrim Faateh 3 bln

image

Semoga membesar dlm rahmat Allah Taala. InsyaAllah

Terima kasih Kampus Rajang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua

Terima kasih IPG Kampus Rajang (01 Mac 2006 hingga 09 Februari 2011). Itulah satu-satunya ayat terbaik yang mampu ana susun apabila diminta menyampaikan sedikit ucapan dalam majlis makan tengahari sempena pertukaran ana dari IPG Kampus Rajang ke IPG Kampus Sultan Mizan.

Lagi

Kelahiran permata hati kami ke-4

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji-pujian layak bagi Allah. Selawat dan salam buat junjugan Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabat. Syukur ke hadrat Allah, pada awal jam 00:54 pagi hari Rabu, 29 Disember 2010 isteri selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 2.96kg. Kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat. Alhamdulillah..

Lagi

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, ana mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat walau di mana sahaja mereka berada. Terutama kepada kedua mak dan ayah tercinta, mak dan ayah mertua, adik beradik, ipar duai, sanak saudara, sahabat handai, rakan kenalan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ana sekeluarga. Semoga Aidil Adha membasahi kembali ingatan dan semangat perjuangan dan pengorbanan kita semua.

Lagi

Pulang beraya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

InsyaAllah, raya ni kami balik kampung. Keputusan untuk balik kampung ini pun kami ambil agak lewat. Pada mulanya ingat nak beraya di perantauan ini sahaja, mengulangi sejarah tiga tahun lepas iaitu raya sebelum ana pulang menyambung pelajaran di UKM. Oleh kerana cuti yang diputuskan agak panjang, selera untuk balik kampung membuak-buak sehingga tidak dapat untuk dibendung lagi.

Lagi

Didik anak dengan teka teki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kadang-kadang mendidik anak ini perlu kepada suasana yang mencabar minda mereka. Salah satu cara ibubapa mencabar minda anak-anak adalah melalui teka teki. Seingat ana, masa kecil-kecil dahulu, selalu ana dicabar dengan teka teki oleh orang-orang sekeliling; nenek, bapa saudara, mak saudara, kakak, abang-abang senior (waris-waris sebelah mak atau ayah) dan juga rakan-rakan; sama ada semasa di sekolah atau tempat mengaji al-Quran.

Lagi

Tahniah Aidi Bassyar

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, kepulangan Bassyar tengahari ini dengan ukiran senyuman panjang di bibirnya membayangkan berita gembira seperti namanya. Ana sengaja dengan niat menamakannya ‘Aidi Bassyar yang membawa makna “orang yang selalu membawa berita gembira” buat dua ibubapa, keluarga dan agamanya. InsyaAllah.

“Bassyar dapat no.1″ katanya Lagi

Selamat bercuti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat bercuti kepada semua rakan-rakan yang bergelar guru yang mengajar di sekolah dan di IPG seluruh negara. Begitu juga selamat bercuti kepada para pelajar sekolah terutamanya anak-anak ana sendiri. Pelajar IPT atau pengajarnya mungkin cuti mereka tidak sama dengan cuti persekolahan kot. Alhamdulillah atas nikmat cuti yang Allah tetapkan dan takdirkan ini. Manfaatkanlah ia sebaiknya.

Lagi

Jadual Persekolahan 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita ana pamerkan di blog ini Jadual Hari-hari persekolahan dan Cuti Penggal untuk tahun 2010 untuk rujukan kita bersama secara atas talian. Setelah ana mempamerkan Jadual Gaji Kakitangan Awam yang sejak tahun 2008 (yang mendapat sambutan begitu tinggi dalam kalangan pengunjung blog IbnRajab Online ini), ada yang menghantar mesej memohon agar dipamerkan jadual persekolahan seperti ini.

Lagi

Kerana ada sahabat

Bismillahirrahmanirrahim
Salamullahi ‘alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Kalau ditanya kepada setiap kita, siapa yang suka tinggal merantau? Tinggal di perantauan yang sudah tentu berjauhan daripada sanak saudara, apatah lagi ibu bapa yang sudah menampakkan keuzuran mereka yang sangat-sangat? Tetapi apakan daya, sudah ketentuan merantau untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Perjuangan dalam kehidupan itu suatu yang dituntut juga. Rasulullah SAW pun perantau dan ditakdirkan mati di perantauan. Bukannya di dalam negeri tempat tumpahnya darah pertama Baginda ke bumi.

Merantau pada zahirnya bererti meletakkan diri di dalam alam kesusahan yang lebih. Banyak yang perlu dan terpaksa menjadi korban. Harta benda ada yang perlu ditinggalkan dan menjadi korban. Kalau ada keluarga seperti orang tua yang tidak dapat ikut sama merantau, akan menjadi korban. Segala perancangan, impian bahkan cita-cita mungkin turut menjadi korban (dalam kes bekerja bukan dalam bidang pengkhususan). Termasuklah pelbagai rasa dan perasaan yang sudah tentu akan dikorbankan dan terkorban sama.

Lagi

Akan kembali

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ana akan kembali bertugas sebagai penjawat awam sepenuh masa bermula 28 Disember 2009 ini insyaAllah. Jika sebelum ini ana adalah pegawai awam yang menjawat jawatan di bahagian tajaan pendidikan (BTP, KPM) kerana diluluskan cuti belajar bergaji penuh, bagi menyambung pengajian ke peringkat sarjana di UKM. Bermula 27 Disember 2007 sehingga 26 Disember 2009, ana adalah sorang penjawat awam yang bercuti belajar.

Apabila ana menyerahkan disertasi untuk semakan pihak UKM pada 01 Oktober 2009, bermulalah pula status bercuti sepenuh masa (istilah sendiri). Cukuplah hampir tiga bulan menikmati cuti sepenuh masa hasil berhempas pulas menyiapkan disertasi yang tidak kurang cabarannya itu. Kata orang, dan memang diri mengalami, semasa dalam tempoh menyiapkan tesis, sampai ke dalam tandas pun otak didapati masih mencari idea. Tidur terganggu, mandi pun tak basah dibuatnya.

Lagi

Selamat tiba, alhamdulillah tahniah

Bismillahirrahmanirrahim

Syukur ke hadrat Allah SWT, alhamdulillah sebagaimana yang dijadualkan, mak dan ayah serta kumpulan jemaah mereka selamat tiba di lapangan terbang pengkalan chepa hari ini. Penerbangan mereka mendarat tepat jam 0845 dan mengambil masa lebih setengah jam untuk keluar ke balai ketibaan. Suasana yang tenang menjadi sedikit riuh rendah, haru biru dan dramatik sebaik sahaja setiap jemaah keluar mendapatkan sanak saudara yang menanti dengan perasaan rindu, syahdu bercampur syukur.

Tahniah diucapkan kepada kedua mak dan ayah serta seluruh umat Islam yang diberikan nikmat mengerjakan haji pada musim ini. Dalam perjalanan pulang, mak dan ayah menyebut semua perkara-perkara yang baik yang menggambarkan pekerjaan dan perjalanan ibadah mereka di sana telah dipermudahkan oleh Allah SWT. Mak dan ayah tidaklah berhadapan dengan masalah yang besar, di samping tidak menafikan terdapat sedikit ujian dan cubaan pada masa sama.

Lagi

Selamat berangkat pulang

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

InsyaAllah, lewat petang hari ini mak dan ayah akan berlepas dari lapangan terbang kota Madinah meninggalkan sejarah peribadi mereka yang telah terpahat indah di sana untuk kembali ke tanah air. Segala pelajaran dan kenangan manis hasil perjuangan mereka selama 40 hari di tanah suci itu akan menjadi azimat dan bekalan indah di dalam menjalani baki kehidupan.

Alhamdulillah jadual penerbangan kumpulan mereka berdua (KT54) tidak berubah. Tidak sebagaimana yang diuar-uarkan dalam beberapa siri berita tempatan sebelum ini, bahawa kemungkinan semua jadual penerbangan jemaah haji Malaysia akan mengalami perubahan sama ada dipercepatkan ataupun dilewatkan. Hal itu kerana keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan maksima empat penerbangan sehari berlepas ke satu-satu destinasi.

Lagi

Penambahbaikan kemudahan cuti bersalin

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera

Adik ana tercari-cari borang permohonan cuti bersalin bagi kakitangan awam. Sebagai bantuan, ana cuba selongkari laman web JPA dan memuat-turun pekeliling berkenaan. Ana memang biasa dengar, kemudahan cuti bersalin ini telah diubah dan pegawai dibenarkan mengambil cuti lebih awal sehingga dua minggu sebelum bersalin mengikut tarikh dijangka bersalin. Sebelum ini, ana tidaklah mengambil pusing kerana perkara tersebut (kemudahan cuti bersalin) tidak berkaitan dengan kehidupan ana sekeluarga pun.

Namun, dah kebetulan membaca suka ana kongsikan isi pekeliling berkenaan di sini.

Lagi

Khabar dari Tanah Suci

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatulahi wabarakatuh

Perkembangan terkini mengenai perjalanan haji mak dan ayah ini ana tujukan kepada sanak saudara yang sentiasa mengikutinya melalui blog ana yang tidak seberapa ini. Terima kasih atas perhatian tuan-tuan sekalian yang selalu sahaja bertanya khabar. Sesungguhnya tiada nikmat Allah yang terlebih istimewa di atas dunia ini selain daripada ikatan silaturrahim yang erat ini. Semoga kasih sayang ikhlas akan menjemput kasih sayang Allah pula ke atas kita semua, InsyaAllah.

Alhamdulillah baru sekajap tadi mak telifon dari Kota Suci Makkah al-Mukarramah. Katanya, hari ini kumpulan mereka akan mula bertolak ke Kota al-Nabi Madinah al-Munawwarah. Setakat ini mak dan ayah masih segar, sihat dan selamat. Hanya ayah sahaja yang kena demam beberapa hari sebelum mereka wukuf di Arafah tempohari. Alhamdulillah, setakat ini perjalanan kedua-dua mereka mengerjakan rukun Islam yang ke-5 itu dipermudahkan oleh Allah.

Lagi

Manfaatkan cuti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Cuti-cuti Malaysia! Kini dah jadi “Cuti-cuti 1Malaysia” hehe, sekarang ni semua benda dah nak jadi 1. Alhamdulillah, moga-moga kita semua beriman kepada Tuhan yang 1, mengambil panduan dan perundangan Allah yang 1, mengikuti sunnah Rasulullah yang 1 dan terakhir itu, dan berjuang untuk hidup, mati, beribadah dan segala-galanya demi agama Islam yang 1 juga.

Sesungguhnya, manusia yang paling mulia antara kamu adalah yang paling tinggi nilai taqwanya. (al-Quran al-kariem)

Lagi

Hari arafah

Pada hari ini Aku (Allah SWT) telah sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu, dan Aku telah sempurnakan ke atas kamu segala nikmatKu, dan Aku telah redha (merestui) bagi kamu (hanya) ISLAM sebagai agama (surah al-Ma’idah:3)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ketika mengerjakan haji wada’ (haji penghabisan atau selamat tinggal), maka turunlah ayat di atas. Para ulama telah bersepakat bahawa ayat tersebut merupakan ayat al-Quran terakhir diturunkan ke atas Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa surah Al-Ma’idah ayat 3 ini diturunkan sesudah waktu Asar, hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji Nabi yang penghabisan (Wada).

Lagi

Keputusan UPSR hari ini

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Masa datang ambil Bassyar kat sekolah dia tadi, ana tengok suasana berlainan daripada hari-hari biasa. Selalu dekat kantin itulah ana selalu jemput Bassyar. Hari ini ramai pula budak-budak sekolah kat situ. Cikgu-cikgu pun ramai yang lalu lalang dan pusing-pusing area kantin. Baru ana sedar, hari ini keputusan UPSR diumumkan. Budak-budak yang nampak besar-besar daripada Bassyar itu mungkin murid-murid tahun enam yang baru sahaja dapat keputusan mereka.

Kelihatan ada yang mundar-mandir, ada sekelompok bergembira dan tersenyum senyum sambil membawa slip ke kerete tempat ibu atau ayah mereka datang jemput. Ana dulu, datang ke sekolah dan pulang ke rumah jalan kaki saja. Budak-budak zaman sekarang ni datang berhantar, pulang pula berjemput. Kebanyakan dengan menggunakan kereta. Ada jugalah dua tiga kerat yang menggunakan motorsikal.

Lagi

Setelah 4 hari

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, setelah empat hari menunggu iaitu sejak mak dan ayah bertolak ke tanah suci awal pagi Ahad lepas, akhirnya tengah hari ini kami sekeluarga mendapat khabar dari mak dan ayah yang kini telah selamat tiba di bumi barakah, Makkah al-Mukarramah. Suara mak dalam telifon masih sama menandakan beliau sihat walafiat. Begitu juga ayah, sihat katanya. Syukur alhamdulillah.

Khabarnya mak dan ayah telah selesai menunaikan ibadah umrah, alhamdulillah. Kini mereka berdua boleh mengenakan pakaian biasa setelah bertahallul dari ihram umrah berkenaan. Mak dan ayah memilih untuk melakukan haji tamatu’, kini mereka berdua menjalani kehidupan biasa di sana dan menunggu saat tibanya 8 zulhijjah untuk memulakan manasik ibadah haji pula.  InsyaAllah.

Lagi

Selamat berangkat..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan nikmat dan kasih sayangNya yang tidak terhingga. Pagi ini, kedua mak dan ayah selamat berangkat ke KLIA menuju ke tanah suci bagi tujuan menyahut seruan Haji musim 1430 Hijriyah ini. Mereka menaiki pesawat MAS MH1389 yang bertolak dari KB pada jam 11.35 pagi dan tiba di KLIA pada jam 12.35 tenghari, disambut oleh sepupu ayah yang kebetulan bertugas di lapangan terbang sama.

Pada jam 3.00 petang, mereka menaiki bas yang disediakan pihak Tabung Haji Travel & Tours untuk melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada jam 4.00 petang. Di sana, beberapa orang anak saudara ayah yang tidak berkesempatan balik, datang meraikannya di sana. Syukur alhamdulillah tidaklah mereka merasa kesunyian.

Lagi

Pengalaman lagi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah

Beberapa kali ana memula taip dan memberhentikannya dan memulakannya semula. Terlalu berat rasanya untuk ana menulis artikel ini. Tetapi apabila ana terfikir kemungkinan (kalaupun tidak hari ini) ia dapat dijadikan tazkirah atau panduan oleh ana sendiri, atau anak-anak atau sesiapa sahaja maka ana rasa ia patut diteruskan.

Setelah genap tujuh hari tujuh malam ana terlentang di atas perbaringan kerana diuji oleh Allah dengan demam, selsema, batuk dan sengal-sengal (sakit urat) di bahagian pinggang hingga ke kaki,  maka hari ini dengan izin Allah jua ana dapat bangun dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Dalam tempoh masa tersebut, entah kenapa, dan mungkin kerana faktor usia, beberapa kali juga ana terfikir kemungkinan sakit ini akan membawa ana berjumpaNya.

Tok guru pernah berpesan dalam bahasa kiasannya yang hikmah “Kita ini, lahir ke dunia dengan disertakan bersama (oleh Allah) sebanyak 99 jerat. Salah satu daripadanya adalah jerat yang membawa kita kembali kepadaNya (kematian). Kita tidak pernah tahu, tidak diberitahu dan tidak akan tahu jerat yang nombor ke berapa akan membawa kita sendiri kembali. Mungkin ada orang, kena jerat pertama telah dijemputNya. Ada orang lain, hingga jerat ke 99″

Mengikut kefahaman ana yang tohor ini, jerat yang guru ana maksudkan itu adalah kesakitan. Tidak kira berapa sedikit atau banyak kesakitan itu, ia berkemungkinan boleh membawa kematian jika Allah menginginkannya. Ditimpa kecelakaan di jalanraya pun orang mati, tidak terkecuali kemalangan kecil di rumah atau dalam bilik sendiri. Dan ana juga faham, sekiranya  sesuatu jerat (kesakitan) itu tidak membawa kematian, ia mungkin menjadi pentazkirah, penghapus dosa atau Allah sengaja ingin mengangkat darjat hamba di sisiNya.

Tok guru pesan lagi “Allah tidak buat perkara itu sia-sia” dan ana baca dalam al-Quran, pepatah ini juga ada.

Ana tidak pernah kena demam seperti itu. Hari pertama disertakan hanya dengan selsema. Bila ditelah ‘panadol’ demamnya segera kebah. Peluh memercik hampir seluruh tubuh. Cuma rasa lemah dan sengal-sengal badan serta selsema itu yang masih kekal utuh. Ana fikir ana telah sembuh kerana biasa-biasa paling lama demam tiga hari. Setelah lapan jam berlalu, panas datang kembali. Kadang-kadang melepasi tahap 39 darjah celcius.

Masuk hari ketiga,setelah ada batuk dan tanda-tanda sengal badan, ana mengalah dan pergi berjumpa Doktor. Mana tau musim-musim sekarang ini. Ana turut diselubungi rasa bimbang. Tetapi ana yakin dan percaya bahawa apa-apa sekalipun, itu semua sudah ketentuan Tuhan. Selagi ada hayat dikandung badan, usaha perlu diteruskan.

Doktor kata demam biasa je nih. Dia bagi empat jenis ubat. Panadol, Multivitamin, Ubat selsema dan Ubat cair kahak.

Menjelang petang dan apabila semakin hampir waktu berbuka, panas badan semakin menjadi berang. Sehingga tiba waktu berbuka dan badan pun sudah lemah serta selera pula telah hilang sepenuhnya. Namun ana gagahi juga makan dua tiga mulut sebagai alas untuk menelan ubat-ubat yang dibekalkan oleh Doktor terutamanya panadol. Selang dua jam selepas itu, badan mula berpeluh dan rasa seolah-olah demam telah kebah. Selepas 8 jam berikutnya, panas badan menyerang lagi. Keadaan masih sama.

“Tak pernah lagi macam ni. Biasa kalau telan panadol, berpeluh dan terus kebah” ana bermonolog sendiri.

Ana cari kembali buku-buku sumber yang digunakan semasa mempelajari ilmu perubatan Islam suatu masa dulu di Bangi. Segala ramuan dan resepi ana turuti. Seingat ana, inilah kali pertama ana praktikkan ilmu yang dipelajari lebih 9 tahun yang lalu untuk mengubati diri sendiri. Selain itu, ada lah beberapa kali ana guna untuk membuat ramuan ubat selusuh isteri nak bersalin dan ramuan penawar untuk kegunaan anak-anak. Ada juga sekali ketiga ayah ditimpa strok dulu.

“Biasanya jika ana buat untuk orang lain menjadi. Cuma untuk diri sendiri ini, mungkin Allah masih ingin menguji” ana bermonolog lagi.

Hari kelima dan jam pun sudah melewati pukul empat petang hampir ke pukul lima. Klinik pun dah nak tutup tetapi ana gagahi juga untuk melawatinya sekali lagi. Kali ini Doktor buat saringan ujian darah. Tetapi resultnya bebas H1N1, bebas DENGGI dan menurut Doktor semua kandungan darah ‘ok’. Akhirnya Doktor bekalkan antibiotik untuk dihabiskan dalam 5 hari berikutnya.

“Kalau lusa tak kebah, datang balik ke sini dan kalau sesak nafas perlu datang segera, jangan tunggu lusa!” pesan Doktor. Serius bunyinya.

Keesokan harinya (hari keenam) keadaan masih sama. Bila telan panadol, demam kebah selama 8 jam. Selepas itu panas badan, rasa lemah dan sengal-sengal tiba kembali.

Menjelang petang hari ketujuh, ana rasa seolah-olah telah habis berusaha, tetapi demam ini tidak mengendahkannya. Ia memang pergi tetapi tidak serik untuk kembali lagi. Begitulah feelnya “Allah masih ingin menguji”. Jam pada masa itu sudah hampir waktu berbuka dan semua orang sedang sibuk di dapur. “Esok kalau macam ni, Doktor suruh pergi mengadap lagi” fikir ana.

Kebetulan mak datang menjenguk ana di perbaringan. Dalam lemah, ana bersuara “Mak.. tolong mandikan saya?”

Mak segera mengiyakannya. Disuruhnya ana bersedia dan dia pula bergegas menyediakan ramuan. Sekendi air panas dan beberapa kuntum bunga raya yang dicampur ke dalam sebasin air biasa. Itu ramuan yang ana nampak dan kenali. Selebihnya itu, ana tak pasti.

Jirusan pertama air mandian mak selepas berpuluh tahun ana tidak merasainya menimpa kaki (cuma ana selalu ingat pesan mak, kalau mandi basuh kaki dulu). Kemudian ia membasahi hingga ke kepala dan bak anak kecil ana merasai belaian dan usapan tangan mak yang lembut dan sangat ikhlas itu menjengah atas kepala ana. Tidak pasti bila kali terakhir mak memandikan ana. Dan kini pada umur yang melewati 30an, ana masih mampu menikmati rasa kasih sayang itu sekali lagi.

Setelah itu ana rasa seolah-olah mendapat nafas baharu. Kesegaran yang tidak pernah dirasai dalam seminggu dua ini bahkan mungkin sejak ana dewasa barangkali. Kesegaran yang lain daripada segar selepas menelan panadol atau sebarang pengubatan yang lain.

Beberapa ketika masuklah waktu berbuka. Ana menikmati juadah dengan agak berselera. Walaubagaimanapun ana tidak lupa mengambil dos untuk ubat antibiotik yang dibekalkan oleh Doktor. Kerana ana ingat lagi pesanannya “Makan ubat ini (antibiotik) hingga habis”. Cuma, oleh kerana rasa kesegaran dan tenaga yang luar biasa, ana tinggalkan panadol yang tertera maklumat tambahan pada bekas luarnya “Ambil sekiranya perlu sahaja”.

Kesimpulan
Apa yang nak ana kongsikan di sini ialah bukanlah perjalanan atau kisah demam ana yang mungkin sangat biasa ini. Kerana semua orang demam. Ada yang demamnya sehari, tujuh hari malah berbulan-bulan pun. Ana sedar itu. Cuma ana nak kongsikan pengalaman ana yang dimandikan oleh mak itu. Ianya jarang dibuat orang. Ana pun teringat petua ini daripada seorang guru yang pernah berpesan “sekiranya anak sakit dan lambat sembuh, atau liat untuk sembuh, elok dibawa mandi dibelakang kita (letak anak kat belakang dan mandi bersama-sama)” Mungkin ada hikmahnya.

Selain itu, tidak dinafikan bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah. Ia merupakan ujian. Setiap penyakit itu pula ada ubatnya melainkan mati. Segala ubat-ubatan pula bukanlah penyembuh yang mutlak kerana hanya Allah SWT yang berkuasa menyembuhkan..

Wallahu aklam.

p/s: Semenjak cuti belajar, terutama di tahun terakhir ini (menulis tesis) ana menetap di rumah mak. Fikir ana inilah masanya setelah ana berjauhan dari keluarga sejak ke Jordan, kemudian ke Sarawak. Ana ingin berbakti kepada mereka berdua sementara masih ada. Itulah niatnya dan Allah kabulkan.

p/s 2: Bagi anda yang masih mempunyai mak. Hargailah ibu anda. Tunaikanlah kewajipan kepadanya dan jangan kekok, malu atau segan untuk meminta bantuan daripadanya. Tidak pernah ada insan di dunia ini yang terlebih ikhlas memberi bantuan kepada kita melainkan ibu kita sendiri. Dan doa ibu itulah yang utama. Redhanya pula membawa ke Syuga, kerana ia berkemampuan mengundang rahmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.

Rayuan Tabung Haji

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang rayuan mengerjakan ibadah haji yang boleh diajukan kepada pihak pengurusan Tabung Haji. Mengikut pengalaman ana sendiri, memang pihak Tabung Haji tidak menyediakan apa-apa borang atau format berkaitan rayuan tersebut. “Kalau adapun rayuan yang berbentuk surat rayuan, yang dihantar oleh pihak pendeposit kepada Tabung Haji, kami memang terima surat itu tetapi tidak menjamin bahawa kami mampu menyediakan tempat bagi mereka mengerjakan haji pada tahun berkenaan” komen salah seorang pegawai Tabung Haji yang menjawab pertanyaan ana.

Mengikut pegawai tersebut, memang pihak pendeposit Tabung Haji ada niat mengerjakan haji, kalau tidak masakan mereka menyimpan atau menabung di Tabung Haji. Sekurang-kurangnya tindakan mereka berurusan dengan pihak Tabung Haji itu telah menunjukkan suatu reaksi positif terhadap apa yang mereka niatkan. Iaitu mengerjakan ibadah haji. Selain itu ia menyenangkan mereka melakukan simpanan sedikit demi sedikit sehingga mampu mengerjakan ibadah rukun Islam yang kelima itu.

Mengikut had kouta sekarang, kalau seseorang itu mendaftar haji pada tahun ini, kemungkinan beliau dapat menerima tawaran atau giliran melakukan haji pada tahun 2020. Atau dengan perkataan lain terpaksa menunggu lebih dari 12 tahun. Oleh itu, tindakan awal pendeposit mendaftar haji adalah wajar. “Kalau dah niat, daftarlah segera..” sambung pagawai tadi.

Cuma, sekiranya pihak pendeposit ditimpa musibah yang menjejaskan tahap kesihatannya, maka pihak Tabung Haji sebenarnya membuka ruang sekiranya mereka ingin membuat rayuan agar dipercepatkan gilirannya menunaikan ibadah haji. Seperti mereka yang telah sembuh dan telah mendapat perakuan Dr. pakar berkenaan kemampuannya menunaikan ibadah haji. Sekiranya mereka tunggu kemungkinan tahap kesihatan mereka menjadi bertambah buruk. Sebagai contoh, pengidap strok yang telah sembuh mereka amat terdedah kepada risiko serangan kali kedua atau berikutnya.

Setelah pihak Tabung Haji menerima surat rayuan daripada pihak pendeposit, mereka biasanya (mengikut pengalaman beberapa jiran dan relatif) akan hantar satu surat menolak rayuan tersebut. Alasan yang diberikan biasanya kerana kuota telah penuh.

Tetapi pada pandangan peribadi ana, pihak Tabung Haji sebenarnya tidaklah menolak 100% rayuan tersebut. Mereka masih memproses rayuan berkenaan berdasarkan no. rujukan surat balasan berkenaan. Sekiranya ada peluang, nama pendeposit yang merayu itu tadi akan mendapat pertimbangan. Betullah kata pegawai tabung haji itu “Pakcik ada hak merayu..”

Kronologi proses rayuan salah seorang pendeposit TH
20.06.2006
- Sepasang suami dan isteri mendaftar untuk menunaikan ibadah haji di Pejabat Tabung Haji. Tarikh giliran menunaikan haji yang tertera pada slip itu adalah pada tahun 2014.

17.02.2008 – Si suami diserang angin ahmar (strok)

02.03.2009 – Si suami diakui 99% telah sihat dan diperakukan (oleh Dr. pakar) boleh melaksanakan ibadah haji. Sehubungan itu,  satu surat rayuan telah dihantar ke Pejabat Tabung Haji dengan disertakan surat akuan Dr pakar tadi untuk membolehkan si suami dan ditemani oleh si isteri termasuk dalam senarai peserta jemaah haji tahun 2009. Mengikut pendapat Dr. yang disampaikan secara lisan kepada si isteri, penyakit si suami boleh menyerang lagi dan serangan berikutnya adalah lebih teruk.

13.04.2009 – Surat dari Tabung Haji menolak rayuan mereka suami isteri menunai haji pada tahun ini.

16.08.2009 – Pegawai Tabung Haji datang sendiri ke rumah sepasang suami isteri tersebut membawakan perkhabaran gembira, mereka telah terpilih untuk menunaikah haji tahun ini. Segala persiapan perlulah dilakukan segera kerana jemaah haji pilihan biasa telah melakukan semua itu sejak sebulan yang lalu.

Kesimpulan
Kalau anda telah berniat untuk melaksanakan ibadah haji (anda memang perlu bahkan wajib meniatkannya), maka segeralah menabung dan mendaftar haji di Pejabat Tabung Haji serta lakukanlah potongan bulanan ke atas tabungan tersebut. Kalaupun jangkamasa yang perlu anda tunggu itu terlalu lama, tetapi sekiranya anda berdepan dengan  keadaan-keadaan rumit yang mewajarkan anda dipertimbangkan, agar giliran anda itu dipercepatkan, maka buatlah rayuan. Kalaupun ia ditolak, jangan berputus asa. Berdoa dan bertawakkallah! InsyaAllah, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani..

Wallahu aklam.

p/s: Untuk membuat rayuan menunaikan haji, pendeposit tidak perlu memastikan jumlah keseluruhan kos mengerjakan haji telah mencukupi dalam akaun mereka terlebih dahulu. Asalkan mereka mempunyai sebab yang munasabah spt tahap kesihatan, terus sahaja buat rayuan. Sekiranya terpilih, barulah berusaha memenuhi jumlah yang sepatutnya ada bagi menampung kos saraan haji pada tahun tersebut. InsyaAllah, bantuan Allah itu amat luas kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa dan berserah diri kepadaNya..

p/s 2: Tahniah buat mak dan ayah ana yang pada saat-saat akhir telah terpilih (hari ini) bagi mengerjakan haji pada tahun 2009.. Laqad taqabbalallahu niyyatakum! Semoga Allah mempermudah segala urusan. Amienn..

Selamat bercuti, balik kampung

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum warahamatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan yang bertugas sebagai guru, kepada anak-anak ana dan sesiapa sahaja yang dapat bercuti pada waktu cuti sekolah ini. Selamat balik kampung juga diucapkan khas buat adinda sekeluarga yang berpeluang balik bercuti ke kampung pada kali ini. (termasuklah adinda yang curi-curi bercuti hujung minggu kerana masih dibangku kuliah j-QAF) untuk sama-sama balik menziarahi orang tua.

Semoga percutian kali ini memberikan sejuta kenangan dan semoga kita semua dapat memanfaatkan masa dengan penuh kualiti untuk sama-sama mengamalkan ziarah menziarahi dan seumpamanya. Banyak juga jemputan ke majlis-majlis seperti perkahwinan, kesyukuran, akikah. InsyaAllah, jika diizinkan masa, segala permintaan dan jemputan-jemputan berkenaan akan cuba sedaya mampu untuk dipenuhi. Ambillah kesempatan tersebut untuk mempereratkan lagi tali silaturrahim antara kita.

Sekali lagi, selamat bercuti, dan selamat balik ke kampung dan seterusnya pulang semula untuk menyambung tugas rasmi dengan penuh semangat, motivasi dan keikhlasan di hati.

Wassalam.

Previous Older Entries