Tahniah, selesai interaksi sem 2/2011

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Alhamdulillah pembuka bicara. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan mereka yang mengikut jalan baginda berkekalan dalam rahmat Allah sehingga ke hari akhirat. Seterusnya permohonan maaf dari lubuk hati yang paling dalam ditujukan khas buat para pengunjung setia IbnRajab Online yang mungkin sesekali menjenguk ke sini tetapi tiada catatan atau updated. Hanya cerita-cerita lama, perkongsian-perkongsian lapuk sahaja.

Bagaimanapun, statistik memberitahu, followers IbnRajab Online makin meningkat dan terlalu banyak soalan-soalan yang tidak sempat diberikan respon. Mohon maaf sekali lagi.

Lagi

Adab berhias diri

KONSEP BERHIAS MENURUT ISLAM
Allah SWT itu indah, dan suka kepada keindahan. Manusia secara fitrahnya menyukai sesuatu yang cantik, indah dan kemas termasuk penampilan keperibadian yang baik. Selaras dengan itu Islam telah mengatur adab berhias diri sebagai panduan umatnya, merangkumi anggota fizikal, berpakaian, memakai bau-bauan, memakai perhiasan seperti emas, perak, batu permata dan sebagainya bertujuan supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Lagi

Selamat Hari Guru 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Selamat Hari Guru khas buat semua guruku yang tercinta. Rakan-rakan guru. Adik-adikku yang semuanya adalah guru. Tiada kata seindah bahasa inginku puji semua. Semoga Allah memberkati hidup guru-guruku, (dan semua guru) di dunia ini lebih lebih lagi pada kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Semoga segala tunjuk ajar, asuhan bakti dan budi telah dicatatkan sebagai amal soleh untuk dipersembahkan di hadapan Rabb al-Jalil pada hari yang tidak akan bermanfaat padanya akan harta dan anak pinak, melainkan mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

Lagi

KPLI ambilan Jan 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Seperti biasa, ana akan memanjangkan iklan permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan, perhatian dan tindakan pihak-pihak berkenaan yang berminat untuk memohonnya.

Lagi

Selamat kembali ke sekolah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahu wabarakatuh

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak tersayang. Juga buat semua rakan-rakan guru di seluruh negara. Kami di IPG masih dalam bercuti tambahan seminggu. Macam biasa, cuti IPG (dulunya maktab perguruan) dilanjutkan seminggu pada cuti pertengahan tahun. Sejak masuk mengajar di sini, ana rasakan inilah satu-satunya perbezaan daripada mengajar di sekolah satu ketika dahulu. Syukur juga.

Lagi

Adab Seorang Pelajar

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas kurniaan rahmat dan inayahNya, ana diberikan kesempatan berkongsi maklumat dan sedikit info bersama para pelajar IPG Kampus Rajang dalam perhimpunan mingguan mereka. Tajuk yang ana diamanahkan ialah “Adab Seorang Pelajar”. Setelah melakukan sedikit rujukan, ana sempat menyediakan beberapa slide PowerPoint untuk membantu melancarkan proses perkongsian ilmu tersebut.

Lagi

Selamat menduduki exam

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Dalam cuti pertengahan semester kali ini ana diberi peluang sekali lagi untuk mengajar subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) untuk kumpulan guru-guru yang mengambil ijazah sarjana muda mereka melalui program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Sebelum ini ana pernah mengajar kumpulan ini (Kohot 1) iaitu pada bulan November/Disember tahun 2008.

Lagi

Tahniah para pelajar saya

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Minggu ini adalah minggu akhir bagi para pelajar ana untuk menyiapkan dan menyerahkan kerja kursus untuk semakan. Semalam, semua pelajar ana telah menyerahkan tugasan mereka masing-masing. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus berusaha menyiapkan tugasan dan menghantarkan untuk semakan mengikut perancangan dan jadual yang telah ditetapkan. Syabas semuanya.

Lagi

Kenapa nak jadi cikgu?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Kenapa nak jadi cikgu? Atau soalan lain, Kenapa mohon nak kerja cikgu? Kenapa dalam banyak-banyak profesion yang ditawarkan dalam pasaran, profesion sebagai seorang guru yang menjadi pilihan? Itulah bentuk-bentuk soalan ataupun persoalan (secara yang lebih tepat) akan dikemukakan kepada seorang calon guru.

Mungkin sesuai dengan peristiwa semasa, iaitu pada masa ini iklan permohonan KPLI telah dikeluarkan dan borang-borang permohonan secara atas talian sudah mula diisi oleh para calon guru (yang ingin jadi cikgu, atau kerja cikgu), maka ana mengambil sedikit ruang dan peluang ini untuk bermusabah (melakukan sedikit refleksi) tentang apakah tujuan sebenar anda nak jadi cikgu, atau kerja guru.

Lagi

Jadual Persekolahan 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita ana pamerkan di blog ini Jadual Hari-hari persekolahan dan Cuti Penggal untuk tahun 2010 untuk rujukan kita bersama secara atas talian. Setelah ana mempamerkan Jadual Gaji Kakitangan Awam yang sejak tahun 2008 (yang mendapat sambutan begitu tinggi dalam kalangan pengunjung blog IbnRajab Online ini), ada yang menghantar mesej memohon agar dipamerkan jadual persekolahan seperti ini.

Lagi

Pilih sekolah di Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sejak ana bermastautin di Kelantan ni ramai pula saudara mara dan sahabat handai (sama ada orang Kelantan dan bukan Kelantan yang bekerja dan masih menetap di luar Kelantan) bertanyakan tentang persekolahan di sini. Terutama pada akhir-akhir tahun begini dan tambahan pula penggal baru persekolahan akan bermula dalam masa tidak kurang sebulan sahaja lagi. Walaupun sibuk dengan melayan dan membawa anak-anak bercuti, mungkin juga membeli peralatan baru persekolahan, ada segelintir ibubapa yang sudah tercari-cari tempat persekolahan terbaik untuk masa depan anak-anak mereka.

“Ustaz, kalau sekolah kat Kelantan, mana sekolah yang baik?”
“Ustaz ada tak borang kemasukan ke Sekolah Maahad Tahfiz Sains?”
“Ana nak anak ana melanjutkan pelajaran menengahnya di Kelantan, dia pun minat, katanya nak tukar suasana”
“Mengaji di Kelantan ni berkat, guru-gurunya pun rajin”

Lagi

Selamat Hari Guru!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pertamanya di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ buat semua guru walau di mana mereka berada. Termasuklah kepada bekas anak didik ana yang kini telahpun sama-sama bergelar guru. Sungguh pantas masa berlalu. Sehinggakan kadang-kadang tidak terasa telah sembilan tahun sebenarnya aku seorang cikgu.

Selamat hari guru, khususnya kepada kedua ibubapa ana, guru-guru al-quran ana, semua guru yang telah berjaya mendidik ana sehingga menjadi diri ana hari ini sama ada secara langsung di sekolah-sekolah, atau secara tidak langsung walau di mana sahaja ana dapat ilmu, kepada isteri ana, adik-adik ana, rakan-rakan seperjuangan ana sebagai guru, kepada anak-anak didik ana yang dahpun bergelar guru, seterusnya kepada semua guru sekalian, selamat hari guru!

Keduanya di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mana-mana anak didik yang ingat jasa guru mereka. Khususnya kepada mereka yang pernah mendapat sentuhan sedikit ilmu daripada diri ini. Mungkin dengan cara tidak sengaja maka takdir telah menentukan kalian menjadi anak murid dan ana menjadi cikgu. Namun tempoh masa yang amat terhad itu telah menjadi kenangan manis kepada kalian lalu menjadikan kalian ingat akan jasa-jasa yang amat sedikit itu. Terima kasih kerana menghargai jasa guru-guru. Termasuklah sumbangan ana yang seciput itu.

Tiada guru yang meminta diri mereka dihormati dengan tanggungjawab yang telah ditunaikan. Pada mereka cukuplah melihat anak-anak yang pernah mereka didik berjaya dalam hidup masing-masing. Paling bahagia kalau anak-anak itu lebih berjaya daripada diri mereka sendiri. Namun, ingatan anak didik tidak dinafikan mengembalikan sedikit kenangan yang dianggap manis dalam kehidupan seorang guru. ‘Ada juga dalam kalangan pelajarku yang dulunya itu ini, begitu begini, tapi hari ini mereka berjaya dan ingat bahawa mereka juga pernah bersamaku’

Banyak sungguh pahala seorang guru. Kerana didikannya, aku mengenal tulis baca. Mengajarku mengaji, berdiri, rukuk dan sujud untuk menyembah ilahi seterusnya membentuk jatidiri. Mengajarku membezakan di antara yang hak dan yang batil. Dan banyak lagi ilmu yang diberi, sehingga tak ada ruang yang cukup untuk disenarai setiap satu daripadanya. Kemudian ilmu-ilmu itu aku warisi pula kepada generasi demi generasi. Mereka pula seterusnya mengenal tulis baca, mengaji, berdiri, rukuk dan sujud mengenal abdi kepada ilahi. Banyak sungguh pahalamu guru! Berbanggalah dan berbahagialah hidupmu sebagai seorang guru!

Tahniah guru-guruku, kerana mendidikku untuk mendidik anak-anakmu, hatta generasi yang lahir selepas beratus-ratus tahun aku kehilanganmu, dan aku kehilangan diriku. Tapi ilmu terus diwarisi dan pahala terus diberi kepadamu, insan yang bergelar guru. Selamatlah guru, di dunia dan di akhirat.

Semua kita sebenarnya adalah guru, jadilah guru yang baik dalam mendidik.. warisilah anak-anak yang cerdik, masyarakat yang celik seterusnya ummah yang terbaik!

Wallahu aklam, Selamat Hari Guru, wassalam.

p/s: terima kasih kepada bekas-bekas pelajar ana yang call, sms bagi salam dan bertanya khabar sejak semalam, tiada yang indah kecuali kenangan yang baik-baik, termasuklah kenangan bersama kamu semua! (ada juga yang ingat ana pernah ‘cuci’ dia hingga lewat jam 12 malam.. hehe baru tau ya.. syukur alhamdulillah)

Artikel ana yang lalu sempena hari guru.

Penginapan berbaloi di UKM

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saja nak kongsi. Sebenarnya kalau anda saja jalan-jalan area UKM, anda boleh bermalam di sini. Maksudnya di salah sebuah kolejnya. Iaitu Kolej Kausar. Tak kira sama ada anda pelajar UKM ataupun tetamu biasa. Maksud ana pelawat. Yang datang melawat anak di UKM, hatta walaupun anda datang ziarah/kenduri saudara ataupun rakan-rakan anda di kawasan yang berdekatan dengan UKM. Anda masih boleh menetap dan bermalam di dalam kawasan UKM ini.

Bayaran yang dikenakan adalah RM6.00 (Enam Ringgit Sahaja) semalam untuk satu orang (pelajar). Jika anda adalah pelawat yang tidak mempunyai kad pelajar UKM, bayaran yang dikenakan adalah RM10.00 semalam untuk satu orang. Tiada bayaran minima ataupun syarat-syarat lain yang akan dikenakan. Maksudnya jika anda ingin bermalam hanya semalaman, maka bayarannya adalah RM6.00 (untuk student), kalau seminggu (5 hari 4 malam) maka RM24.00. Tunai.

Jadi kepada para pelajar separuh masa (ataupun sepenuh masa tetapi menetap jauh dari UKM) yang datang ke sini kadang-kadang hanya untuk buat rujukan perpustakaan, ataupun menghadiri kuliah hujung minggu, jumpa penyelia atau apa sahaja tujuan anda, elok sangat menginap di Kolej Kausar ini. Ia adalah lebih menjimatkan daripada anda sewa bilik (samada secara berkumpulan atau individu) secara bulanan (contohnya RM150.00 sebulan). Kerana apabila sesuatu bilik telah anda sewa, maka anda kena bayar penuh walaupun anda hanya menginap dua malam sahaja. Terlalu membazir.

Cuma pelawat yang bawa keluarga (tidak sesuai dan) tidak dibenarkan menginap di sini kerana tempatnya macam asrama. Begitu juga rombongan pelajar sekolah. “Pada awalnya, sistem asrama harian ini diwujudkan bagi menyediakan penginapan kepada pelajar UKM separuh masa (PJJ), Kemudian ia dibuka kepada umum”. Kata salah seorang pegawai yang bertanggungjawab di Kolej Kausar ini.

Manakala kemudahan yang ada di sekitar Kolej Kausar adalah; tempat letak kenderaan (kereta atau motosikal), kiosk untuk reload kad pra bayar, pondok telefon awam dan kemudahan asas yang lain. Selain itu, kedudukannya yang berdekatan dengan Kolej Zaaba membolehkan pelawat menikmati hidangan makan tengahari atau malam di situ dengan kadar yang sangat berpatutan. “Makanan di sini (Kolej Zaaba) adalah paling murah kalau nak bandingkan dengan Kolej-kolej lain” komen salah seorang pelajar.

Untuk pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03-8926 3424.

Sekian, selamat berjimat cermat. Wassalam.

Kursus BB 2001/2002

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan

Dengan tidak semena-mena, pagi ini ana dikejutkan dengan panggilan telifon seorang bekas pelajar. Katanya nak buat reunion bekas-bekas pelajar kursus BB (Binaan Bangunan) batch 2001-2002. Mereka nak ajak ana join sekali as bekas guru tingkatan mereka selama dua tahun berkenaan. Terasa juga nak join tapi tak dapat sebab ana sekarang sedang cuti belajar (UKM).

Bagus juga budak-budak ni. Ana difahamkan masing-masing masih berhubungan di antara satu sama lain. “Kami selalu berutusan email, ustaz” ceritanya memberitahu. “Bagus lah kalau macam tu. InsyaAllah lain masa, kalau buat reunion lagi, dan pada masa tu ustaz ada di Borneo, ustaz akan join” Janji ana sebelum perbualan tersebut ditamatkan.

Kursus Binaan Bangunan (BB) adalah salah satu kursus yang ditawarkan di sekolah teknik, KPM (bidang vokasional). Pada 02/02/2001, ana dipostingkan ke sekolah Teknik Matang, Kuching Sarawak dan terus dilantik sebagai guru tingkatan 4 BB (kelas mereka). Selepas dua minggu ana goyang kaki barulah mereka mula mendaftar pada 14/02/2001. Bermula dari saat itulah, ana menjalankan tugas sebagai guru tingkatan sehingga mereka tamat pengajian pada akhir 2002 (SPM). Banyak pengalaman yang ana timba selama itu bersama mereka. Semuanya masih segar dalam ingatan.

Selepas tamat belajar, masing-masing meneruskan kehidupan sendiri. Ada yang berpeluang sambung belajar dan ada yang mula bekerja. Begitu juga mereka yang mendirikan rumah tangga. Ana difahamkan dah ramai daripada mereka yang sudah berumah tangga. “Tak ada kad jemputan pun” Komen ana ringkas. “Saya belum lagi ustaz, nanti saya jemput ustaz” Janjinya.

Tujuan ana menulis ni, kalaulah ada daripada kalangan mereka yang baca, harap tinggalkanlah sebarang mesej samada dalam bentuk komen atau alamat email. Ana sentiasa akan ada masa untuk mendengar khabar terutama daripada bekas-bekas pelajar. Kerana itulah sebahagian daripada nikmat anugerah tuhan kepada insan yang bergelar guru.

Akhir kata, kepada semua bekas-bekas pelajar ana (sama dari SMTM, IPR atau mana-mana), mungkin mereka ingat satu cabaran “Jom cabar ustaz, belajar biar sampai otak meleleh-leleh keluar bagaikan peluh!”. Walaupun ia suatu yang mustahil, tetapi itulah cabaran yang selalu ana berikan. Satu lagi cabaran terkini daripada ustaz “Kalau tua-tua begini ustaz masih lagi bergelar pelajar, takan kamu semua dah nak berhenti daripada menjadi pelajar!”

Jadilah pelajar walau di mana anda berada. Sama ada mengikuti pembelajaran rasmi di peringkat yang lebih tinggi, atau tak rasmi di masjid-masjid dan surau. Jangan berpada mencari ilmu di internet saja, kerana ilmu itu didatangi bukannya mendatangi. Ingat pesan Rasulullah SAW “Menuntut ilmu itu satu kewajipan setiap insan muslim lelaki dan perempuan” dan “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Wallahu aklam.

PGSR

pgrs

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera,

Ana baru pulang dari menyampaikan kuliah kepada para guru peserta program pensiswazahan guru sekolah rendah (PGSR) di IP Rajang, Sarawak. Jadual kuliah sangat padat. Ana menghabiskan 25 jam dalam masa 4 hari sahaja. Harapan ana agar mereka semua dapat ikuti kuliah dengan berkesan. Dari zahir, ana melihat keseluruhan pelajar telah memberikan tumpuan dan komitmen yang patut sepanjang sesi kuliah berjalan.

Program PGSR adalah sebuah program khas yang dianjurkan oleh pihak BPG bagi melatih guru-guru sekolah rendah yang belum memiliki ijazah pertama. Program ini diwujudkan bagi merialisasikan impian negara yang ingin melahirkan 100% guru-guru di Malaysia memiliki kelayakan ijazah sarjana muda menjelang tahun 2015. Program yang dijalankan dalam setiap cuti persekolahan ini akan mengambil masa selama 4 tahun. Maksudnya, guru-guru ini akan bekerja seperti biasa pada musim persekolahan dan kembali ke IPG bagi mengikuti program ini pada masa cuti persekolahan. Namun, melihat kepada semangat yang turut diluahkan oleh mereka, menampakkan kesungguhan setiap seorang untuk kembali ke alam study setelah sekian lama tidak mengikutinya secara rasmi seperti ini.

Semoga berjaya! dan inilah kenangan wajah-wajah ceria peserta program PGSR-IPR kursus PJ ambilan 2008. Wallahu aklam.

Kamus al-Miftah

Bismillahirrahmanirrahim..

Berita baik untuk para peminat, pelajar, pengajar dan profesional bahasa Arab. Kini anda boleh memiliki sebuah Kamus Arab – Melayu – Inggeris (Kamus al-Miftah) yang pertama seumpamanya di Malaysia. Kamus ini mengandungi 60k (ribu) kata dasar bahasa Arab, pecahan entri berlainan makna, kata seerti bahasa Arab, makna perkataan Arab dalam bahasa Melayu dan Inggeris, 3000 entri bergambar, 48 ms daripadanya berwarna dan menyediakan pencarian terus tanpa kata dasar.

Kamus ini juga menyediakan maksud-maksud istilah modern dan juga klasik dalam bidang-bidang utama seperti undang-undang, kimia, biologi, perdagangan, astronomi, bahasa, geologi, sastera, falsafah, psikologi, ekonomi, fizik, mantik, politik, sukan, alam burung, flora dan fauna, serangga dan haiwan, penyakit, komputer, muzik dan bidang-bidang lain yang ada di Malaysia.

Harganya pula ialah RM250 tanpa kos penghantaran. Ana dapat terus daripada penulis sendiri. Untuk pengetahuan, kamus ini diterbitkan oleh syarikat al-Azhar Media yang merupakan projek mahasiswa al-Azhar Mesir. Jika ada yang berminat boleh sms ana atau email ibnrajab@yahoo.com. Ana boleh tolong belikan untuk anda dan menghantarkannya ke alamat rumah (dengan disertakan bayaran pos) atau kalau dekat ana boleh hantar by hand. Ana dapati kamus ini memang bermanfaat.

Untuk lebih maklumat, sila layari laman web kamus ini di sini

Sekian, sekadar berkongsi.. wassalam.

Isu j-QAF: Menolong

Bismillahirrahmanirrahim..

Tolong menolong adalah perkara yang sangat digalakkan dalam agama Islam. Firman Allah yang dalam surah al-Maidah ayat 2 mafhumnya “tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perbalahan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.

Menolong dan meminta pertolongan adalah sesuatu perkara yang diharuskan dalam Islam. Bahkan para ulama menegaskan bahawa wajib bagi orang yang mampu itu menolong saudaranya yang datang meminta pertolongan. Ayat 5 surah al-Fatihah “Hanya kepadaMu (Allah) kami beribadah dan kepadaMu kami meminta pertolongan” bermaksud Orang beriman juga mengaku meminta pertolongan hanya kepada Allah SWT. Pertolongan dalam melakukan ibadah dan ketaatan bahkan dalam semua perkara atau urusan. Mereka memohon pertolongan di dalam melakukan ibadah dan ketaatan secara istiqamah iaitu berterusan sepanjang hayat yang masih berbaki (tafsir al-Tabariy).

Mafhum ayat di atas tidak menafikan meminta pertolongan juga dibolehkan antara sesama manusia selagi ia selari dengan syariat. Iaitu meminta daripada manusia dengan niat meminta pertolongan dengan Allah yang sebenarnya. Kerana Allah tidak menghendaki kita untuk hanya berdoa meminta denganNya tetapi menggesa kita agar berusaha juga. Asalkan kita mendahulukan meminta pertolongan dengan Allah dan tindakan kita meminta pertolongan dengan manusia juga sebagai usaha yang diterjemahkan. Yakni meyakini bahawa apa sahaja pertolongan yang terbit daripada makhluk pada hakikatnya merupakan pertongan daripada Allah SWT.

Dengan itu, amalan tolong menolong menjadikan ikatan sesama manusia bertambah erat. Kemesraan akan lebih terserlah dan kasih sayang akan lebih terjalin. Seterusnya membawa kepada limpahan keberkatan yang dijanjikan Allah. Akhirnya menjadikan kehidupan di dunia ini benar-benar istimewa di bawah payung rahmat dan kasih sayang Allah SWT juga. Sebaliknya orang yang enggan menolong atau enggan juga meminta pertolongan sesama mereka menjadikan keduanya semakin jauh dari sehari ke sehari. Ia akan menjadikan masyarakat lebih rosak sekiranya kehidupan lebih difokuskan kepada nafsi-nafsi (individualistik) yang bersifat anti-sosial.

Pertolongan, suruhan dan arahan.
Di dalam menangani pelbagai isu, kita mesti dapat bezakan di antara pertolongan, suruhan dan arahan. Pertolongan adalah sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Suruhan pula apabila memberi perintah kepada seseorang secara tidak rasmi. Ia seakan memberi tekanan tetapi lebih ringan bebannya daripada arahan. Kebiasaannya arahan dikeluarkan secara rasmi samada daripada pihak atasan yang memegang kuasa dan tanggungjawab. Ia dikeluarkan samada melalui keputusan mesyuarat, surat pekeliling, surat arahan atau memo.

Kefahaman seseorang terhadap ketiga-tiga perkara di atas membolehkan mereka memahami tahap bebanan yang dipikul serta kadar atau cara menyelesaikannya. Sekiranya arahan yang dikeluarkan itu jelas, maka ia perlu mendapat prioriti dalam kerja-kerja seharian. Sebaliknya sekiranya ia adalah suruhan biasa walaupun datangnya daripada orang yang disegani dan kebetulan bertembung pula dengan tanggungjawab memenuhi arahan pihak tertentu, maka ia tidak perlulah diendahkan sangat. Lebih-lebih lagi kalau tanggungjawab itu berbentuk pertolongan sahaja.

Dalam dunia pekerjaan hari ini ada satu perkara menyebabkan mereka mengalihkan beban kepada seseorang yang lain. Iaitu tidak faham samada tugasan mereka itu suatu arahan kerja (tanggungjawab) sendiri atau hanya nak tolong orang lain sahaja. (tolong atas tolong). Kita kena faham kalau ada orang minta tolong padahal itu adalah tanggungjawab dia maka jangan diendahkan. Hal ini kerana jika ada kesilapan yang berlaku (terutama bagi guru-guru jQAF dalam latihan yang tidak memiliki kelayakan maksima dlm menangani masalah bahkan memahaminya) maka yang akan menerima akibat (seperti dakwaan mahkamah sekalipun) adalah diri kita.

Islam juga melarang kita melakukan tanggungjawab orang lain kerana ia diberikan berasaskan kepada kelayakan. Tetapi sebaliknya sekiranya tugasan mereka itu hanyalah nak tolong orang lain, maka ia perlu dilihat pula kepada keadaan kita, samada kita ada tanggungjawab yang sangat perlu diselesaikan ataupun tidak. Jika tidak ada maka kita seharusnya menolong sesama insan. Tetapi sebagai guru jQAF dalam latihan, tugasan menyiapkan modul itu perlu didahulukan kerana anda akan berhadapan dengan risiko gagal sekiranya ia tidak dilengkapkan sewajarnya.

Menjalani hidup ini adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari di sebalik ujian-ujian yang mendatang.. Wallahu aklam.

‘Adat atau ‘Urf

Salamullahi’alaikum wbt..

 Sekiranya dalam bahasa Melayu, ‘Urf itu diertikan sebagai adat. Contoh ‘urf adalah adat resam, adat pepatih, adat sekumpulan orang atau tempat. Sebaliknya jika dua-dua perkataan itu dalam bahasa Arab, maka ia membawa maksud yang berbeza daripada segi bahasanya. ‘Adatan bermaksud kebiasaan. Manakala ‘Urf diambil daripada perkataan ‘Makrifah’ iaitu sesuatu yang telah dikenali daripada sesuatu atau daripada sesebuah kumpulan orang.

 Kebiasaan saya makan sekali sahaja sehari. Itu adalah ‘adatan. Saya biasa makan sekali sehari. Manakala ‘urf orang Kelantan (suatu masa dahulu dan ada juga berlaku kini) bila pergi kenduri bagi duit “ngelan”. Jika tidak diberi maka nampak janggal dan terasa bagai sesuatu yang tidak kena dalam hati. Kini pun walau tuan rumah dah kata tak nak “ngelan” itu, tapi bila kita pergi ke tempat kendurinya, kita bawa juga dua kilogram gula, atau setin biskut dan sebagainya. Berbasa basi. Itu adalah ‘urf kerana ia telah wujud dan diketahui sekian lama dalam kalangan sesuatu masyarakat itu. Dalam bahasa Melayu pula ia dikenali sebagai “Adat”. Tetapi ia bukanlah (al-’Adatu atau ‘Adatan) dalam bahasa Arab itu.

Dalam ilmu Kaedah Fiqhiyyah pula, al-’Adatu Muhakkamatun bermaksud dalam bahasa Melayunya sebagai “Kebiasaan diambil kira dan menjadi rujukan hukum (fiqah)”. Di sini kita tidak boleh memahami perkataan (al-’Adatu) bermaksud adat sebagaimana dalam bahasa Melayu seperti adat resam itu. Kerana (al-’Adatu) dengan adat resam adalah dua perkara yang berbeza. Tidak semua kebiasaan itu merupakan adat resam, sebaliknya adat resam itu menjadi adat resam kerana kebiasaannya.

Sebab itulah terdapat dalam kalangan ulama yang menafikan adanya perbezaan di antara al-’Adatu ini dengan al-’Urf. Tetapi sekiranya diperhatikan secara mendalamnya daripada segi maksud bahasa, ia tetap ada perbezaan. Kalau pun ia hampir sama. Perbezaan akan nampak secara jelas sekiranya kita menerbalikkan penggunaan kedua perkataan ini dengan ‘Kul’. Maka kita tidak akan setuju sekiranya ada orang mengatakan Kullu’ ‘adati ‘urfan wa kullul ‘urfi ‘adatan. Tentu ia tidak tepat. Oleh yang demikian (walaupun sedikit) mesti ada perbezaan (terutama daripada segi bahasa) di antara al-’adatu dengan al-’urfu.

Terlalu amat mengelirukan juga sekiranya kita menterjemahkan (al-’adatu) sebagaimana yang terdapat di dalam kitab kaedah fiqhiyyah itu sebagai adat yang digunakan oleh orang-orang melayu atau sebagaimana penggunaan dalam kamus Dewan yang diertikan sebagai “peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulu kala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut adat orang-orang Melayu. Adat istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. Adat resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1. mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2. mengikut adat (ketika melakukan sesuatu).

Wallau aklam.

Interaksi jQAF

Ana bangga dengan antum semua..

Ahlan wa sahlan kepada semua pelajar KPLI jQAF Ambilan Januari 2007. Setelah empat hari dua malam diuji dalam program BIG, antum semua diuji pula dengan sesi interaksi bulan November dan Disember ini. Walaupun dalam cuti, diharapkan antum semua tabah menghadapi semua cabaran dan rintangan sepanjang interaksi berjalan. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.

Terlebih dahulu, ana mohon banyak2 kemaafan kerana terpaksa melakukan interaksi Bahasa Arab pada hari Sabtu (24.11.2007) dan Ahad (25.11.2007). Ana terpaksa memanggil antum semua pada hujung minggu kerana ana terlibat dengan kursus KRS yang diadakan di Port Dickson pada 20 hingga 23 November. Walaupun ana akan bercuti belajar mulai hujung tahun ini, (akan tamat selepas dua tahun) tetapi selepas itu ana akan balik semula bertugas dan mungkin akan diberikan amanah yang sama iaitu, penasihat bagi Gerko KRS. Hanya kerana itu, walaupun dalam keadaan susah payah, terpaksa juga ana hadapi dan dalam perkataan lain terpaksa juga menyusahkan antum semua.

Hari pertama.
Sabtu. Pada hari ini, interaksi berlaku sepanjang hari. Mulai jam 730 pagi sehingga jam 5.30 petang. Dalam keadaan kantin yang tidak beroperasi di hujung minggu, ana tidak nafikan merasa kagum di atas komitmen antum semua. Ana sangat faham, makanan adalah penting buat kita semua selaku makhluk Allah. Ana harap, sedikit sumbangan daripada ana itu sedikit sebanyak meringankan beban antum. Ana sentiasa berharap kalau boleh nak belanja antum sokmo.

Ana melihat antum semua sukar mencari apakah jenis KBKK yang sesuai dimasukkan ke dalam Rancangan Pengajaran Harian. Sebagai oleh-oleh daripada ana hari ini ana kongsikan contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis, iaitu;

1. Membanding dan membeza:
2. Membuat kategori,
3. Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
4. Menerangkan sebab.
5. Membuat sekuen / urutan.
6. Menentukan sumber yang dipercayai,
7. Membuat ramalan,
8. Mengusul periksa andaian,
9. Membuat inferens

Manakala contoh kemahiran berfikir secara kreatif pula seperti:

1. Mencipta analogi
2. Menjana dan menghasilkan idea baru
3. Mencipta metafora,
4. Mencipta definisi

Hari kedua.
Ahad. Hujung minggu. Pun begitu, interaksi bermula seawal jam 730 pagi juga. Berterusan sehingga jam 11.00 pagi. Ana telah mencuri masa antum lebih dari setengah jam. Harapan, semoga sesi interaksi kita memberi manfaat kepada antum. Itu sahajalah yang dapat ana sumbangkan dan kekangan masa yang amat terhad juga tidak membenarkan kita berkongsi banyak perkara.

Pun begitu, di antara perkara yang boleh antum semua perbaiki bagi memantapkan lagi mutu P&P seperti:

1. Kita perlu menyampaikan ilmu kepada murid-murid mengikut tahap mereka atau mengikut keupayaan minda dan penerimaan mereka. Walaupun kita memegang ijazah sarjana atau Phd, tetapi apabila kita mengajar murid-murid sekolah rendah, kita perlu melakukan perkara-perkara yang biasa dan kena pada tahap umur budak-budak. Sebagai contoh, pergerakan kita, lenggang lenggok dan gaya bahasa kita perlu sesuai dengan alam budak2.

2. Pendekatan bermain juga amat perlu. Elakan daripada marah kepada budak2. Sekiranya kita berhadapan dengan murid-murid yang nakal, jangan marah. Sebaliknya cari alternatif seperti melibat mereka secara aktif dalam aktiviti P&P kita. Jarang2 sekali, boleh juga kita bagi hadiah (yg bernilai pada mata budak2) sekiranya murid kita itu melakukan perkara yang positif. Sebagai motivasi utk dia melakukan banyak lagi perkara positif. Sedarlah kita, sebagai manusia, selain kita perlukan makanan, kita juga perlukan kasih sayang dan penghargaan. Begitu jugalah anak2 kita di sekolah.

3. Satu perkara lagi, antum semua mesti mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab walaupun antum bukan major bahasa Arab. Beranikan diri utk bercakap arab, membaca bahan2 dalam bahasa Arab dan mendengar kuliah, khutbah berbahasa Arab. Hari ini, bahan seperti yang ana sebutkan tadi amat mudah diperolehi. Hanya dihujung jari sahaja.

Semoga hubungan kita semua tidak terhenti setakat ini. Ana membuka laluan kepada antum bagi mendapatkan apa sahaja perkongsian samada melalui email, sms atau datang sendiri ke rumah ana yang tidak semewahnya itu.

Wallahu aklam. wassalam.. hingga jumpa lagi.. maaf atas kelemahan dan kekurangan.. ana sayang antum semua!..

Setia dalam cuti

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera,,,

 Di kesempatan ini, ana ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelawat yang sudi berkunjung ke blog yang tidak seadanya ini. Ana mohon jutaan kemaafan kerana tidak dapat sentiasa meng’updated’ blog di dalam cuti. Namun, dari masa ke masa insyaAllah ana akan cuba mencoretkan sesuatu.

 BIG.
Tahniah kepada semua peserta Bina Insan Guru (BIG) bagi kumpulan KPLI (SR) Ambilan Julai 2007 dan KPLI jQAF ambilan Januari 2007. Semoga anda semua beroleh sesuatu yang amat bernilai melalui kursus yang memakan masa 4 hari 3 malam tersebut. Segala pengalaman LDK, di lautan, di dalam hutan (aktiviti kembara) banyak mengajar kita semua betapa hidup ini dipenuhi dengan cabaran dan tribulasi di dalam kita mengejar kejayaan. Tiada sesuatu yang indah melainkan akan ada bersamanya keperitan. Itulah erti sebuah perjuangan. Tidak dikira berjuang orang yang takut dan tidak ingin menghadapi rintangan. Jadi, patutkah kita sebagai guru hanya pergi ke sekolah, masuk kelas dan mengajar, akhir bulan terima gaji dan duduk diam sahaja? fikir2kan lah..

 Sekian, wallaju aklam.

Isu j-QAF: Masa Tasmik

Assalamu’alaikum wbt..

Tulisan ana hari ini ana tujukan khas buat pelajar2 ana (jQAF IPR Jan2007) dan siapa sahaja yg ada kaitan dgn mereka spt guru pembimbing, GB dan juga sesiapa yang berminat. Ianya sekadar berkongsikan fakta hasil daripada rujukan ana ke atas buku panduan jQAF, perbincangan lisan dengan penyelaras jQAF dan perhubungan telifon dengan pegawai jQAF yang berkenaan di JPN. Namun demikian, tulisan ini tidak boleh dijadikan hujjah sekiranya ia bertentang dengan mana2 dasar KPM yang tidak sempat ana rujuk.

Isunya tentang pengendalian kelas Tasmik model jQAF.

Sebagaimana yang ana faham, secara mudahnya, kelas Tasmik ini semacam kelas mengaji al-Quran (kalau dulu kita mengaji dengan tok2 guru di surau/masjid di kampung), cuma hari ini, atas anisiatif KPM, guru2 jQAF dibayar untuk mempastikan setiap anak orang Islam di Negara kita mengaji al-Quran dan dinamakan kelas/interaksi tersebut sebagai kelas Tasmik. Mengaji di surau kampung pindah ke dlm kawasan sekolah.

Sebenarnya masa interaksi wajib bagi setiap guru jQAF adalah SEKURANG2NYA 25 waktu seminggu. Oleh yang demikian, masa Tasmik ini berubah2 mengikut keadaan seseorang guru jQAF ditempatkan di sesebuah sekolah. Ada yang satu kelas sahaja muridnya, dua kelas tiga kelas dan sebagainya. Jadi bolehlah rujuk buku panduan agihan waktu guru jQAF ini dalam panduan Tahun 1 muka surat 311 hingga 331.

Contoh penyelesaian 1: (menetapkan waktu tasmik) Sekiranya guru jQAF itu major bahasa Arab, dan mengajar dua kelas semester 2 maka dia dah ada 4 masa bahasa arab dan 6 masa al-quran. Jadi perlu lagi 15 masa bagi mencukupkan had minimanya 25 masa, maka 15 masa itu ditetapkan mengajar tasmik yang perlu dilakukan di luar jadual rasmi persekolahan. Rujuk buku panduan muka surat 314. Sekiranya dia mengajar tiga kelas semester 1 pula, dia dah ada 6 masa bahasa Arab dan 12 masa al-Quran, maka masa tasmiknya hanya perlu 7 masa sahaja bagi mencukupkan 25 waktu seminggu. rujuk buku panduan muka surat 315.

Contoh penyelesaian 2 (murid2 terlibat dengan banyak aktiviti rasmi spt KAFA, Sukan dll) Jika ada 3 orang guru jQAF di sekolah tersebut, boleh diadakan sekaligus di surau sekolah dengan murid2 campur dari tahun 1 hingga 3 (atau hingga 4 atau berapa2 sahaja). Murid2 mengajilah dalam surau tu. gurunya pula pilih mana2 3 sudut dalam surau tu, panggillah mana2 pelajar samada thn1,2,3 dll mengadapnya utk tasmik. Spt mengaji di kampung.. Jika ada murid nak ke GERKO lain, kebetulan petang yang sama, ajarlah dahulu, dan minta balik semula ke surau (tpt tasmik tadi) sekiranya aktiviti GERKO telah siap. maksudnya, jika murid tiada apa2 aktiviti rasmi lain maka mesti duduk di tmpt tasmik itu sehingga masa guru tamat walaupun dah baca. Jgn dah baca bagi pulang. Lebih elok lagi ajar murid2 yg lancar dahulu kemudian minta mereka bantu ajar murid2 lemah sebelum murid2 lemah tersebut mengadap guru.

 Yang pentingnya, program ini nak pastikan murid mengaji al-Quran. sbb jarang sangat di kampung2 ada tok2 guru yang mengajar al-Quran. Ana dahulu (masa kecik2) jika tak habis semua orang baca, tak boleh balik rumah. kena tunggu. bacalah kita al-quran tu hingga berkali2. esok datang, dapat pindah (org klantan kata dapat alih).

Murni sungguhnya hasrat dan cita2 program ini. Tinggal lagi kita laksanakannya dengan secara yang paling baik kita dapat. bukan sekadar melepaskan batuk di tangga yang penting hujung bulan dapat gaji. Jika dapat, jgn bagi murid2 stay, bagi mereka balik dulu, makan, solat dll macam kita mengaji dulu lah. kemudian datang ngaji. kini datang tasmik. Mudah2an generasi akan datang akan membentuk fenomena umat Islam yang lebih baik dari hari ini.

 Sekian, harap maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tolong betulkan jika ada kesalahan fakta bagi mereka yang lebih mengetahui. Wallahu aklam.

Selamat datang!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabaraktuh..

 Ahlan wa sahlan bikum. Selamat datang ke blog yang tak seberapa ini. Ucapan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian, semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa lebih rahmat, keampunan seterusnya membebaskan diri dari api neraka Allah SWT.

 Hari ini saya mula menyemak assg.2 yang telah dihantar oleh para pelatih. Saya cukup rasa terkilan sebab ramai antara mereka yang melakukan copy and paste assg. Perkara ini amat saya tak suka. Sekiranya ada dikalangan mereka yang menerima  mesej saya, sila bertindak segera. Ada juga antara mereka yang kurang memahami kehendak saya semasa sesi interaksi yang lepas. Sila email pada saya apa sahaja persoalan anda. Saya inginkan anda lakukan yang terbaik dalam P&P anda demi perjuangan kita yang amat murni. Sahutlah cabaran menjadi guru bukan sekadar makan gaji tapi peluang untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh penuh komitmen dan itqan.

Syukran