Soal jawab 2

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Oleh kerana ruangan soal jawab sedia ada dalam blog ini agak panjang, dan (mengikut aduan) ia memerlukan lebih masa untuk dimuat turun ke komputer sebahagian daripada pengunjung, maka ana sediakan satu lagi ruangan ini untuk tujuan yang sama. Semoga ianya dapat menyediakan ruang bagi menambah ilmu dan pengetahuan kita semua. InsyaAllah..

Ana tidak menjanjikan respon atau jawapan yang segera kerana kadang-kadang memerlukan masa untuk melakukan rujukan. Untuk itu ana dahului dengan memohon maaf. Selain itu, ana juga mempersilakan ahli-ahli ilmu yang ingin sama-sama berkongsi menyelesaikan persoalan yang ditimbulkan oleh rakan pengunjung dari masa ke masa. Segala kekurangan ilmu di pihak ana, maka dipersilakan teguran yang membina. Semoga Allah merahmati niat, usaha dan amalan kita semua. Wallahu aklam

Respon

  1. Terima kasih ustaz kerana sudi menjawab segala persoalan saya ruangan 1, semoga laman ini akan terus maju & semoga ustaz sekeluarga akan terus dlimpahi nikmat Allah, amin..

    IR: Allahu akbar skdr perkongsian shj. insyaAllahu taala, smg diberi kekuatan.. :)

  2. A’kum Ustaz..
    1) Saya pernah terdengar mengenai “azimat” yang mana jika memakainya orang yang memandang kita akan sentiasa rasa suka, tidak sampai hati untuk berbuat jahat pendek kata kita akan sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. “Azimat” ini dibuat melalui ayat2 al-Quran oleh seseorang yang bergelar haji. Adakah menjadi dosa jika saya ingin memakainya dengan niat seperti disebutkan di atas tadi tanpa sebarang niat buruk, di samping drpd menghindar niat buruk orang terhadap kita. Hanya sekadar ingin dijadikan pendinding diri selain tidak lupa akan Allah Taala jua lah yang Maha Berkuasa ke atas segala2nya. “Kun faya kun..”
    2) Apakah cara terbaik di sisi Islam untuk menjadi seorang manusia yang sentiasa disayangi & disenangi oleh orang2 sekeliling. Apakah ayat2,doa atau amalan yang boleh diamalkan & bagaimana untuk memupuk hati yang suci lagi bersih?
    Syukran Ustaz..

    IR: w’salam warahmatullah. tiada azimat terlbh baik dr hafazan ayat2 al-Quran itu di dalam dada di samping istiqamah membacanya. ttp sekiranya masih belajar dan belum mampu, maka blh memakai azimat yg diperbuat drpd ayat2 al-Quran dgn menjaga adab2 al-Quran serta pantang larangnya spt tdk membawa masuk ke tandas, tdk putus dr wudhuk dsb. selain itu, pastikan ayat2 al-quran ditulis dgn sempuna huruf serta barisnya agar ia tidak meyimpang spt menulis al-Quran terbalik dsb. 2) guru ana selalu berpesan “berbuat baik kpd manusia, nescaya engkau miliki hatinya” maksudnya, insyaAllah, bila kita selalu berbuat (bersangka) baik, nescaya masy. akan berbuat (bersangka) baik kpd kita pula. wallahu aklam.

  3. A’kum..
    Ustaz, ape hukum jika bersolat dengan memakai pakaian yang tertulis perkataan ‘christian’ & mempunyai gambar wajah seseorang..untuk makluman, perkataan ‘christian’ itu adalah nama seseorang iaitu pereka baju tersebut (christian audigier) dan bukannya kepada mana2 agama..memadaikah jika ditutupi dengan jaket/sweater?
    TERIMA KASIH USTAZ..

    IR: w’salam. pd pdpt ana memadai. tp kalau blh khususkan pakaian utk solat, yg lebh memberikan khusyuk spt pakaian yg bebas dr sebarang prkataan, yg berwarna lembut2 spt putih, warna muda2 dll. wallahu aklam

  4. A’kum..
    Ustaz, apa hukumnya solat dengan memakai pakaian yang tertulis perkataan ‘christian’? itu adalah nama seseorang, bukan merujuk pada mana2 agama..tq ustaz..

    IR: Allahu aklam.. tp skrnya memakai itu bermaksud membesarkan ‘org itu’, syirik. tp kalau krna minat, tanda sokongan, tengok lah pula adakah ia perlu kpd sokongan dan berhak (pd agama) utk disokong


Leave a response

Your response: