Dengan perasaan rendah diri dan sedar akan kekurangan ilmu pengetahuan, maka ana cuba wujudkan ruangan ini untuk memberi ruang dan peluang sekiranya ada dalam kalangan pelawat Kalam IbnRajab yang ingin mengajukan persoalan agama ataupun mengadakan perbincangan dua tiga hala sesama kita. Ulama ada menyatakan bahawa apabila adanya soalan, maka ia akan membuka ruang untuk kita mencari ilmu lagi. Bukan semata-mata diniatkan untuk bangga diri kerana ilmu yang dimiliki. Nauzubillah. Dengan hasrat ingin sentiasa menambah ilmu di dada dan selalu berfikir dengan masalah agama, maka dengan izin Allah jua, ana wujudkan ruangan ini.
Semoga ilmu dimanfaati.. wassalam.
p/s: semarakkan ilmu Allah dengan perbincangan secara bersama tidak berbentuk dua hala semata-mata










ust..prtnyaan ttg solat sebelum jmaat.sy terbaca satu blog mengatakan tidak ada solat sunat sblm jmaat,betul ke?klu betul kenapa ramai jamaah solat selepas azan yg pertma)soalan ke2..adakah boleh kita menunaikan solat sunat ketika khatib membaca khubah?
IbnRajab: Ahlan akhi mus. Wallahu aklam. Tapi blog yang mengatakan tidak ada solat sunat sblm jumaat tu ada nas kah sebenarnya? Kita hendaklah memperbanyakkan perkara sunat. Guru ana ada sebut, perkara wajib ni cukup untuk bayar hutang je. So, drpd duduk saja2 tu baik bangkit solat sunat. Mana tau itu kesempatan terakhir kita. Dan solat sunat slps jumaat itu lagi afdal. Ttg solat sunat semasa khatib berkhutbah itu mmg ada nas sahih bahawa nabi pernah suruh sahabat solat tahiyatul masjid setelah Baginda melihat beliau terus duduk mendengar khutbah sebaik sahaja tiba di masjid. Wallahu aklam.
By: mus on 9 Ogos 2008
at 12:35 PM
Assalamualaikum ust..
Adakah kita dikira sebagai terkena najis mughallazah andainya kita pegang di tempat yg terkena najis mughallazah tp ain atau kesannya sudah hilang…ctnya..kita pegang tayar kereta masa nak basuh,walhal pernah terkena najis anjing,tp dah hilang kena air hujan…
IbnRajab: Wa’alaikumussalam mohamad razi, najis dikira najis kerana ainnya. Apabila ainnya telah hilang, walaupun tempt itu pernah terkena najis (spt telah kering dan bercampur benda lain atau menjadi debu yang sukar dipisahkan) maka hukumnya juga turut berubah. Ia bukan najis lagi. Wallahu aklam.
By: mohamad razi on 10 Ogos 2008
at 3:49 PM
assalamualaikum. Saya ade kemusykilan pasal hukum makan telur yang tidak di basuh…spt masa buat roti canai telur kat restoren dll… Ader orang cakap haram hukumnya dan ader yang makruh…sebab telur tu kluar dr dubur ayam…tmpt najis… Sekian
IbnRajab: sunat membasuh segala sesuatu yg ingin dijadikan makanan (sebelum memasaknya) tapi kalau ada ain najis, wajib basuh. Wallahu aklam
By: razzyy on 17 September 2008
at 6:04 PM
As salam alaikum wbth
Saya nak tumpang tanya masalah agama. Jazakallah khairan jika sempat memberi penjelasan.
1) bolehkan bertakbir Raya selepas 1 Syawal ie takbir ramai-ramai macam 1 syawal, tapi pada date selepas satu syawal iaitu di majlis sambutan aidilfitri persatuan, syarikat dsb. apakah ia bid’ah?
2) adakah hadis yg sohih tentang kelebihan baca Yasin (ie baca Yasin semata-mata, tak terlibat dengan baca yasin malam jumaat atau baca yasin kpd orang mati atau yasin dan tahlil atau lain-2)?
3) adakah masjid dengan surau / musolla sama? Bolehkah iktikaf di surau / musolla? Bolehkah slat tahyatul masjid di surau / musolla?
Jazakallah khairan jika sempat memberi penjelasan.
IbnRajab: 1. takbir raya aidilfitri disyariatkan (berdasarkan sunnah Rasulullah SAW) bermula dari maghrib 1 syawal (hari terakhir puasa yg esoknya adalah hari raya) sehigga solat sunat aidilfitri pada hari raya pertama. perbuatan bertakbir selain dari masa tersebut adalah khilaf (berlawanan) sunnah dan diistilahkan dalam agama sebagai bid’ah (sebab ia berkaitan ibadah khusus)
2. Ada hadithnya.
3. masjid diistilahkan kepada tempat solat jemaah dan jumaat. manakala surau/musolla adalah tempat solat berjemaah sahaja. tidak disunatkan solat tahayatul masjid di surau. dan tidak ada istilah iktikaf di surau juga. sebenarnya berdasarkan pengalaman ana, di negara arab tidak ada surau/musolla kecuali tempat yg sgt jauh dari masjid spt di kedai tengah lebuhraya. orang Islam sepatutnya berjemaahlah di masjid tanda kesatuan dan perpaduan ummah.
Wallahu aklam.
By: muhammad on 23 September 2008
at 12:46 PM
salam ustaz
ibu saya telah meninggal dunia baru baru ini dan beliau ada meninggalkan sedikit wang simpanan di dalam tabung haji (wang lebihan beliau pergi menunaikan haji) lebih kurang rm2500 sahaja wang itu..
kami waris beliau bersetuju untuk tidak mengambil wang tersebut utk di faraidkan sebaliknya ingin mendermakan nya sahaja.
soalan saya boleh kah wang tersebut di dermakan kepada isntitusi2 seperti maahad tahfiz, rumah anak yatim, sekolah agama, dana pembinaan masjid/surau? di antara institusi tersebut, yg mana satu kah yg lebih utama utk menerima wang tersebut sebagai derma dari kami? atau tidak menjadi kesalahan utk di dermakan di mana mana satu institusi tersebut..
haraf dapat maklum balas.
wasallam
IbnRajab: sekiranya semua bersetuju untuk mewakafkannya kepada institusi2 berkenaan, eloklah. sedekah jariah ini akan memberi pahala yang berterusan. ia juga sangat bermanfaat sekiranya arwah mempunyai hutang yang kita tidak ketahui. semoga harta peninggalannya itu boleh membebaskan dari bebanan tersebut. wallahu aklam.
By: haslan on 24 September 2008
at 1:20 PM
as salam a’alaikum wbth
Ustaz. mohon penjelasan. Aurat termasuk bentuk badan. Betulkah? Contohnya, berpakaian ketat tidak menutup aurat ie pompuan.
Jadi, kalau berpakaian ketat dalam solat, tidak sah? sebab tidak tutup aurat (dgn sempurna)?
Jadi, (perkara baru di kalangan pelajar laki yang main sukan) solat dengan memakai short dan thight (melepasi lutut) tidak sah kerana thight itu ketat dan menampakkan bentuk paha?
Jazakallah.
IbnRajab: aurat ni bkn maksud kulit, so tutup aurat bkn maksud tutup kulit. Cth kalau cat badan dengan ilustrasi pakaian (kalau tengok sekali mmg tak perasan dia tak pakai baju) kemudian pi solat, maka solatnya tak sah. sama lah dgn pakaian ketat (spt ahli sukan renang atau jimnastik) krn ia tak tutp aurat selagi menampakkan bentuk badan. Kecuali keadaan dharurat dan dgn syarat seboleh mungkin solat di tempat yg orang tak nmpk. wallahu aklam.
By: muhammad on 28 September 2008
at 8:29 AM
Assalamualaikum Ustaz,
1. Bagaimanakah cara-cara untuk melakukan Solat Taubat dan apakah surah-surah yang perlu dibaca?
2. Selepas membuat Solat Taubat, apakah zikir-zikir yang perlu dibaca?
Sekian terima kasih.
IbnRajab: Solat taubat dilakukan sekurang2nya dua rakaat (tiada had maksima; setiap dua rakaat, satu salam). seelok2nya dilakukan pada 1/3 akhir malam. blh baca apa sahaja yang termampu dr ayat2 al-quran spt al-qariah, al-kafirun, al-ikhlas dll surah2 pndek. kalau mampu baca surah al-insan dan al-mulk. perbanykkan istighfar dlm sujud terakhir, d smpg doa minta ampun dlm hati. zikir slps solat, bacalah sayyidul istighfar “Allahumma anta rabbi, khlaqtani.. hingga akhir” wallahu aklam.
By: Jasrii on 15 Oktober 2008
at 2:05 PM
assalamualaikum Ustaz,
jazakallah khair atas kesempatan Ustaz menjawab soalan saya yg lepas. amat membantu saya memperbaiki amalan agama. yg satu lagi ustaz, kalau sebelum ni kita pernah makan riba/ ambik riba dari seseorang, sekarang kita dah insaf taubat sedar, adakah kita perlu pulangkan balik yg kita ambik tu atau Allah hapuskan yg dah lepas. ni saya merujuk ayat 275 Al Baqoroh juga. Terima kasih Ustaz. moga Allah beri kesempatan Ustaz menjawab.
IbnRajab: Wa’alaikumussalam. jika kt mampu maka hendaklah dipulangkan semula kpd yg berhak. cth jika ia melibatkan org lain yg masih hidup. tak lah perlu bgtau “inilah riba yg tlh saya ambil dr kamu” memadailah dgn niat kita. Allah tahu. Kalau blh terus terang lagi elok “sy dulu tersilap dan skrg saya sdr bhw duit ni hak kamu”. tp sekiranya tak mampu, spt riba bank atau org2 yg tlh tiada, kt perlu kembalikannya secara memulangkan kpd badan2 kebajikan. semoga usaha ikhlas kt itu diterima Allah dan kt terselamat dr dosanya. wallahu aklam
By: muhammad on 26 Oktober 2008
at 11:58 AM
Asalamulaikum ustz
saya ada kemuskilan berkenaan sembahyang jumaat
Apakah hukumnya seseorang yg datang di masjid ketika itu kahatib sedang membaca kahutubah jumaat… seseorang datag terus bersembahayang sunat…. sedangkan mendengar kahutubah jumaat itu wajib…
adakah sembahyang seseorang tadi sah atau macaman pandang ustaz?
sedengkan .. antara mendengar kahutubah dan sembahayang perlukan kekusyukan bagi kesempurnaan ibadat.
kalau tumpuan kepada sembahayang …maksudnya kahutubah jumaat dia tidak khusuk dan jika sebaliknya… apakah seseorang tadi tidak siasia dalam amalanya….
IbnRajab: sunat dtg awal ke masjid pd hr jumaat. jk dtg lewat dan khatib sdg khutbah, blh solat sunat tahyatul masjid dgn ringkas brdsarkan hadith Rasulullah SAW yg masyhur. Wallahu aklam
By: qusyairi madina on 28 Oktober 2008
at 1:36 AM
Asalamulaikum ustaz
apakah hukum sembelihan binatang seperti ayam
berdasarkan syarihat yg dibawa nabi s.a.w?
dan apakah syarat sembelihan berdasarkan hukum syarak sehingga ia dikatakan halal dimakan oleh orang islam…?
IbnRajab: hukum sembelihan binatang kerana ingin memakan binatang yg halal dimakan adalah wajib. Syarat sah sembelihan; niat kerana Allah dan putus urat halkum dan urat mari’. Wallahu aklam.
By: qusyairi madina on 28 Oktober 2008
at 1:43 AM
Asalamulaikaum ustz
Siapakah yang layak menyembelih binatang ternakan seperti ayam dll
1. Maksud saya adakah penyembelih perlu seorang lelaki ?
2. Adakah penyembelih itu masti orang yg beragama islam ?
3.Jika si penyembelih seorang yang beragama islam …..
apakah kelayakannya ? adakah cukup dengan mengatakan sipulan itu islam maka sembelihannya itu halal untuk kita makan setelah sembelihan nya itu mengikut syarat seperti putus urat marikh dan halkum.?
IbnRajab: hmm.. utk lebih info ttg sembelihan ini, ana harap sudilah klik link ini atau sini. TQ
By: qusyairi madina on 28 Oktober 2008
at 8:11 PM
Asalamulaikum ustaz
Maaflah…… yah mungkin saya ini terlampau banyak bertanya…! saya mengharafkan bimbingan yang berterusan dari semua orang yg berilmu..
Ustaz !
1.Kalau dalam surah yassin ada mengatakan syaitan itu adalah musuh kita yang nyata … seoalannya bagaimanapula kedudukan orang kafir,yahudi dan nasrani…. pada pandangan islam adakah mereka ini juga dikatakan musuh kita yg nyata atau bagaiman ?
2.Apakah makna syarihat,tarikat,akikat dan makrifat ?
3.Dimanakah letaknya islam dalam jasad seseorang manusia ?
4.Adakah dikira seseorang itu beragama islam hanya kerna ibu dan bapanya orang islam… sedangkan dia tidak mengetahui dan mengamalkan apa yang terkandung dalam rukun islam..?
IbnRajab: pertama sekali terima kasih atas kesudian berkongsi persoalan agama dgn ana. secara jujur, ana sebenarnya tidaklah terlalu mendalam pengetahuan agamanya. ana harap sama-sama kita berusaha mencari ilmu Allah yg amat luas itu. Apa pun ana akan cuba jwb berdasarkan ilmu yg tidak berapa mantap ini.
1. kedudukan org2 kafir itu adalah mad’u kita. iaitu mereka yg sepatutnya menerima dakwah bukan tuduhan macam2 yg melampau. tugas setiap muslim adalah berdakwah. cuma syaitan itu mmg sudah nyata, ia musuh bagi orang2 beriman.
2. ana tak berapa jelas dgn istilah2 ini kerana kekurangan ilmu ana sendiri. maaf. cuma apa yg ana tahu, setelah kita beriman dgn Allah, maka kita perlu ikut segala syariat (tatacara beragama) yg dianjurkannya.
3. letaknya di hati, iaitu penyerahan diri dgn sebenar2nya (mutlak) kepada Allah. tunduk dan patuh dgn apa sahaja tuntutan syariat (tatacara beragama) yg dianjurkannya.
4. apabila ibubapa orang islam, maka anaknya itu adalah anak orang Islam. kewajipan ke atas ibubapanya dan ke atasnya adalah mencari ilmu sehingga kenal dengan islam, seterusnya menjadikannya beriman dengan mengamalkan segala isi ajarannya.
Wallahu aklam.
By: qusyairi madina on 28 Oktober 2008
at 8:32 PM
Asalamulaikum ustaz
terima kasih kerna sudi memberi jawaban dengan beberapa pertanyaan saya yang lalu…. namun bagitu saya rasa masih banyak lagi persoalan yang bermain dalam kotak fikiran saya …
1.ustaz…! Seorang hamba Allah dimuka bumi Allah ini adalah sama tidak kira apa juga bangsa dan kedudukanya kaya atau miskin. yang membizakan ialah ketakwaan kita kepada Allah … ( sesuai dengan ayat al-quran)
IbnRajab: benar
Sesuatu perkara rukun itu adalah lebih besar daripada perkara yang wajib maksudnya jika kita tingalkan perkara rukun bermaksud amal ibadah kita buat tidak sempuran boleh jadi ianya tidak sah disisi Allah… !
IbnRajab: mungkin saudara/i maksudkan dalam bab Haji, ada rukun dan wajib haji
Soalan saya…………
1.Adakah memadahi seseorang itu diklaskan sebagai seorang islam hanya sekadar mengucap dua lkalimah sahadah tanpa memahami maksud dan isinya. ?
IbnRajab: syarat pertama Islam adalah kalimah syahadah. Kita tak boleh menghukum dgn perkara berkaitan hati dan rohani org lain
2.Rukun Islam ada 5 perkara…. 4 daripadanya setiap orang islam itu mesti buat…. dan 1 jika ada kemempuan (haji) kemuskilan saya.
adakah seseorang yang tidak sempuran rukun islamnya dikatakan islam dan layak membuat penyembelihan binatang dan sah dimakan oleh orang islam.
IbnRajab: Kalau tak mampu, cth tunai haji, itu bukan atas kehendak dia. Boleh makan sembelihannya
3. Adakah ahli kitab itu berada dibumi malaysia ini. kalau ada siapa dia ?
IbnRajab: tak ada ahli kitab sekarang, krn kitab asal (agama yahudi dan nasrani) tlh pun diubah
4.Setiap orang islam itu bertanggungjawab kepada orang islam yang lain …. tapi apa yang berlaku dalam negera kita malaysia ini…. orang islam itu sendiri merosakan orang islam yang lain …
contonya …
memberikan lesen judi,klab malam ,dan tampat-tampat maksiat kpd org bukan islam membuka perniagaan ini… dalam masa yang sama membiarkan orang islam diperalatkan iaitu menjadi pekerja untuk menjalankan oprasi mereka. dalam masa yang sama orang islam itu sendiri menjadi pelangannya… Apakah pandapat ustaz dalam hal ini.???
marilah kita sama-sama menagakan agama Allah…
sama-samalah kita keluar drp subahat yang dilakukan oleh orang yang memantingkan diri sendiri dan dunia semata-mata.
IbnRajab: ana setuju dgn saudara/i
By: qusyairi madina on 4 November 2008
at 1:40 PM
Asalamulaikum
saya seorang janda..
Ayah saya sudah meninggal dunia beberapa tahun dahulu
Bolehkah saya bernikah dengan menggunakan wali hakim walaupun abg kandung saya mesih ada .. dan tinggal di kg
IbnRajab: abg saudari blh memberi wakil walinya menerusi panggilan telefon. wallahu aklam
By: Al-haj on 4 November 2008
at 10:30 PM
Asalamulaikum
1.Ust. setelah seorang hamba Allah melakukan salah satu daripada tujuh dosa besar dan dia bersegera bertaubat kepada Allah adakah taubatnya itu diterima Allah…?
2.benarkah setelah seorang itu melakukan dosa besar selama 40 hari amalannya tidak diterima Allah ?
IbnRajab: Allah akan menerima taubat selain dosa syirik sahaja. InsyaAllah. Maha Suci Allah utk tidak berlaku adil kpd hambaNya. Setiap amalan akan diberikan balasan yang setimpal. Yang baik diberi pahala dan sebaliknya adalah dosa. Wallahu aklam
By: Nurmanikamgaib on 4 November 2008
at 10:43 PM
Asalamulaikum
terima kasih ustaz..
1.orng islam yg tak sembahyang dan tak berpusa dibulan ramadhan tetapi dia boleh mengucap dua kalimah sahadat dan bayar zakat fitrah
org ini menyembelih ayam.adakah sembelihannya dikira halal…?
kalau merujuk kepada rukun islam …. disini bolehlah dikatakan orang ini tidak sempurnakan rukun islamnya…
saya minta maaf kerana banyak bertanya dalam bab penyembelihan binatang… sebab yg jelas kelayakan menyembelih yg halal adalah seorang yg beragama islam …. mencari yg halal adalah fardhu bagi setiap org islam…
IbnRajab: seorang yang tidak beramal dengan syariat Islam itu adalah fasiq. Seorang yang menafikannya pula adalah kafir. Sebaik-baiknya, elak menyuruh orang fasik melakukan sembelihan. Dan mmg tak sah sembelihan orang kafir. Wallahu aklam.
By: qusyairi madina on 6 November 2008
at 1:42 PM
as salam ‘alaikum Ustaz. moga Ustaz ‘afiat selalu dan dibawah rahmat Allah. ada pertanyaan lagi dari saya, harap Ustaz masih sempat menjawab secara ringkas dan padat, moga berguna buat saya dan pembaca amnya. Soalan saya: jika kita hadir ke musolla pada waktu solat jemaah utama di awal waktu dah habis, dan tiada orang lagi nak solat, maka kita solat fardhu yang 5 itu sendiri-sendiri, tiba-tiba tengah solat ada beberapa orang datang dan mula solat berjemaah. Apakah kita disaran ebrhenti solat sendiri dan join jemaah mereka atau kita tidak boleh menghentikan solat sendiri-sendiri yg dah dimulakan? Jazakallah khair Ustaz.
IbnRajab: menghentikan solat tanpa sebab adalah dilarang. sebaliknya boleh sempurna solat itu, kemudian solat sekali lagi bersama jamaah. wallahu aklam
By: muhammad on 9 November 2008
at 8:21 PM
assalamualaikum wbt
Ya ustaz, jika seseorang itu melakukan solat sunat istikharah bagi menentukan jodohnya, adakah apa/siapa yang dilihatnya di dalam mimpi itu benar2 boleh dipercayai untuk dijadikan panduan?adakah kemungkinan mimpi kita itu dipengaruhi oleh syaitan ataupun fikiran yang bercelaru sehingga terbawa2 ke dalam tidur?
jika benar alamatnya, bagaimanakah kebiasaannya mimpi yang akan kita alami? terima kasih…
pendapat yang lain dialu2kan & amat dhargai…019-6538030
IbnRajab: tak semestinya bermimpi, jika perasaan menjadi tenang, perjalanan ke arah itu menjadi mudah, itu adalah alamatnya juga.
By: hafify on 5 Januari 2009
at 3:31 PM
Assalamualaikum ustaz,
Ustaz,saya harap ustaz sudi membantu saya.
Bagaimana untuk kita menetapkan dan menghadirkan cinta terhadap Allah swt??Sesungguhnya setiap hari saya merasakan bersalah dan gelisah kerna merasakan ketidaksampaian niat saya dalam stiap ibadah terhadap-Nya..sy tidak merasakan nikmat kushyuk dalam setiap ibadah saya..ada ketika saya tak merasakan ketenangan selepas solat..Apakah masalah sebenar saya ustaz?sakitkah saya?buat pengetahuan ustaz sy sentiasa cuba menjadi wanita islam yg baik,tetapi secara dalamannya saya rasa saya gagal untuk melakukannya,bagaimana ya ustaz?
IbnRajab: jadilah spt Rabiatul Adawiyah, tokoh sufiah Islam. Beliau mencintai Allah dan mengharap cinta Allah. Dlm ibadah beliau tidak mengharapkan apa-apa daripada Allah dan tidak takut apa kecuali Allah. Katanya yg masyhur “Sesungguhnya ya Allah, aku tidak beribadah kepadamu kerana tamakkan syurgaMu, aku juga tidak takut akan nerakaMu, sebaliknya ibadahku kepadaMu kerana aku dapati tidak ada tuhan yang layak diibadahkan (diperhambakan) kepadanya selain daripadaMu”. Maknanya setelah beribadah, Rabiah memulangkan kepada Allah sama ada utk memberi nikmat atau mengazabnya. Maha Suci Allah daripada berlaku zalim terhadap hamba-hambaNya. Cinta ialah kita memberi tanpa mengidamkan balasan. Nikmat cinta adalah nikmat memberi. Kalau dalam perihal ibadah, nikmat cinta itu diterjemahkan sebagai ikhlas. Wallahu aklam
By: senandungsemalam on 8 Januari 2009
at 1:05 AM
Salam..
Ustaz saya dah tak jumpa cari pertanyaan saya tentang zikir atau Doa pembuka Khazanah langit dan bumi itu..
boleh Ustaz terangkan serba sedikit disini.. Terima kasih
IbnRajab: ayahanda type ‘zikir’ pastu search dlm ruang sebelah. insyaAllah jumpa
By: Ayahanda on 8 Januari 2009
at 10:47 AM
Terima kasih Ustaz…Jazakallahu khairan
IbnRajab: sama-sama. jgn serik berkunjung ya
By: Ayahanda on 9 Januari 2009
at 10:50 AM
Assalamualaikum Ustaz,
Terima kasih diatas kata2 saranan itu,insyaAllah saya cuba mendorong diri saya dengan caranya.moga ustaz dan keluarga berada dalam lindung kasih-Nya selalu..wassalam.
IbnRajab: terima kasih
amien..
By: senandungsemalam on 10 Januari 2009
at 5:41 PM
assalamualaikum ustaz…sy nak tnya,apa hukum seseorg yg m’baca yassin cthnya tetapi bacaannya t’sekat2 krn x masih belum lancar…tp,dia m’bacanya dgn hati yg benar2 ikhlas…wallahu aklam…
IbnRajab: wa’alaikumussalam. Bacaannya diterima dan diberi ganjaran oleh Allah. Hendaklah ia sentiasa mencari waktu untuk terus mempelajari dan memperbaiki mutu bacaannya
By: izz on 15 Januari 2009
at 11:27 AM
Assalamualaikum w.b.t..
Ya ustaz, saya telah terlanjur dengan teman wanita tetapi tidak sampai kepada hubungan kelamin. Kini saya telah benar2 bertaubat dan insaf, serta ingin mengahwini teman wanita saya itu kerana betul2 menyayangi dan mencintainya, selain atas dasar tanggungjawab. Masalahnya sekarang ialah dia mempunyai pilihan lain dan enggan mengahwini saya. Bagaimana saya ingin menangani masalah ini? Adakah wajib bagi saya untuk mengahwininya? Terima Kasih Ya Ustaz..
IbnRajab: sdr perlu byk2 bertaubat. Hargailah ‘rasa’ insaf yg tlh dirasai. pupuklah nilai iman dan taqwa sdr itu saban hari. yakinilah bhw jodoh pertemuan di tangan Allah. Dia maha adil utk menganugerahkan org yg baik utk org yg baik2 juga. Manakala hukum wajib berkahwin apabila seorg itu mampu memberi nafkah zahir dan batin, serta dibimbangi dirinya akan terjebak dgn zina. Nasihat ana, binalah rmh tangga sdr pada permulaannya lagi dengan asas iman. kalau anda dah memulakannya dgn seseorang bukan dgn asas iman, kebetulan dia ingin pula meninggalkan anda (bkn kerana permintaan anda), mungkin anda perlu bersykur krn anda dpt memulakannya semula dgn asas iman dan taqwa bersama insan yg lain (mungkin Allah mengetahui ia lbh baik kepada anda). Wallahu aklam
By: sampai syurga on 16 Januari 2009
at 12:02 PM
saya sedar akan kepentingan bersyukur atas segala pemberian dan nikmatNya, cuma hati sering kali diusik agar mengharapkan yang lebih daripada apa yang ada. apa pendapat ustaz?
IbnRajab: menginginkan yg lbh itu adalah fitrah semulajadi manusia. ia disebut sbg nafsu. sebaiknya nafsu diatur/diarah oleh iman bg melahirkan insan mukmin spt nafsu saidina Umar, dan sahabat2 yg lain. tak ada salah hati inginkan yg lebih, krn Allah pun menjanjikan yg lbh kepada hambaNya yg bersykur. cuma bila dpt duit lbh, kenalah berzakat. kalau wanita, tak dibenarkan bersuami lbh. begitulah seterusnya. wallahu aklam
By: aidaz on 18 Januari 2009
at 8:37 PM
A’kum..
jika sedang berpuasa terkeluar air mani adakah batal puasa?tq
IbnRajab: mengeluarkan air mani dgn sengaja (trmasuk melihat sesuatu yg merangsangkan sehingga keluar mani) mmbatalkan puasa, kalau keluar disebabkan bermimpi tidak batal. wallahu aklam.
By: ingin tahu on 19 Januari 2009
at 10:57 AM
salam,ustaz..
sy nk tnya.sbnrnya sy ada mslh.sy sudah mgenali teman lelaki sy slma 3thn.kira nk msk 4thn thn ni tp kami baru bcnta thn lps.so skrg sy dgn teman lelaki dh mjalinkan hbgn dkt 1thn.tmn lelaki sy dh keja tp dlm masa yg sama,dia part time study (ambil degree) n insyaallah thn dpn hbs.bln 12 ari tu sy ajak dia khwn coz sy nk mgelak dr pbuatan zina tp dia slalu je ckp tggu dulu.n sy tnya alasan mgapa dia asyik ckp tggu.dia ckp dia belum bsdia nk bkhwn.tp dia ttp akan bkhwn dgn sy.dia bagi tmpoh smpai thn dpn.dlm masa yg sama,skrg sy ada jmpa dgn lelaki lain.lelaki itu kwn sy 3thn lps n skrg dia suka kat sy n dia target akan mgahwini sy thn dpn iaitu 01.01.10.skrg sy keliru smda nk trma cnta dia @ sy ttp tggu teman lelaki sy.sy myayangi,myntai teman lelaki sy tp dlm masa yg sama,sy ada perasaan syg pd kwn lelaki sy tu..trma kasih n salam..
IbnRajab: w.salam. kalau blh, jgn teruskan apa2 hubungan yg tak syarie (dilarang agama). trmasuk mengelakkan drpd terus melayani perasaan tanpa ikatan sah. sayang, cinta dan kasih seorg wanita hanya layak buat suami. apa yg seorg lelaki blh buat apabila merasakan seorg wanita itu layak jadi pasangannya ialah, merisik, meminang kemudian mengahwininya. insyaAllah, perasaan yg dipupuk selepas kahwin itu lbh diberkati dan berkekalan dlm kebaikan. wallahu aklam.
By: farah on 19 Januari 2009
at 3:51 PM
Askm. Saja mencelah nak cadang penyelesaian terbaik iaitu serah pada Allah. Dalam keadaan ini perlu beristikharah dan mohon petunjuk. Satu lagi perlu juga merisik dan bandingkan siapa lebih beragama. Moga membantu.
By: Haba on 31 Ogos 2009
at 8:50 AM
A’kum Ustaz..
Saya bekerja sbg juruteknik awam di sbuah jbtn krjaan, kerja saya mengawasi kerja2 kontraktor pembinaan. baru2 ini, seorang kontraktor cina telah memberikan saya sekotak limau sempena tahun baru cina. di dalam kotak limau tersebut diletakkan ‘angpou’ yang berisi duit. saya telah menolak ttpi dia tetap mahu memberikan. sekarang ‘angpou’ itu ada bersama saya dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. adakah itu dikira sbg rasuah dan dikategorikn haram? bolehkah saya mendermakn shj semua ‘angpou’ itu kpd masjid atau ank2 yatim? apakh tindakan tbaik skrg? terima kasih ustaz,semoga Allah mberkati ustaz..
IbnRajab: w.salam. itu adalah bentuk rasuah (dlm ajaran Islam). hrp tuan tidak mengindahkannya dan meneruskan kerja sebaik yg mungkin krn itu lbh menjamin kebrkatan rezeki yg tuan bawa balik ke rmh. duit rasuah tidak sah disedekahkan. ia hak org lain (tuannya) dan tuan perlu (dengan cara yg sgt berhikmah) utk memulangkannya. usaha itu termasuk dlm usaha (perjuangan/dakwah Islam) bagi menunjukkan kpd semua org (cina, melayu atau apa2 bangsa) ttg ciri-ciri agama Islam yang terbaik, indah dan sangat praktikal. maafkan. skdar pdpt ana. wallahu aklam.
By: soekarno atief on 19 Januari 2009
at 6:18 PM
Assalamualaikum wbt..
Ustaz, biar sy trus trg shj. slma ini sy merupakn seorang hamba Allah yang kotor. mjadi mat rempit, berzina, kurang ajar pd ibubapa, mkn rasuah, x smbhyg dan mcm2 lg.namun slps blaku 1 peristiwa bru2 ini, sy tlah bnar2 insaf dan ingin sgt2 bertaubat ttapi tdk tahu bagaimana cara yg spatutnya.dahulu saya prnah btaubat ttapi hanya hangat2 tahi ayam, hanya seketika slepas itu ulang balik perangai2 lama. Ustaz,bgaimana mahu mdapatkn ht yg btul2 bersih, tenang & tawaduk? bagaimanakh taubat yang sbenar2nya dlm islam yg dterima Allah dan bagaimana utk taubat nasuha? apakah amalan2 yg patut dilakukan? apakh doa atau zikir yg boleh sy amalkn? sy seorang yg kurang pngetahuan agama, ingin skali btaubat namun tdk tahu bagaimana. smoga ustaz dpt mbantu. hanya Allah yg mmpu blas jasa2 ustaz, trma kasih ya..
IbnRajab: alhamdulillah dan tahniah, anda tlh berubah. semoga usaha anda ke arah mencari diri, iman dan taqwa dipandu oleh Allah yg Maha Penyanyang. taubat nasuha adlh taubat yg disertakan dengan rasa ikhlas utk tidak kembali mengulangi kesilapan/dosa lalu. beserta taat kepada seluruh ajaran agama (suruhan dan larangan). jgn tinggal solat, kalau mampu puasa, selalu basahi lidah dgn zikir (istighfar), kalau ada duit, byk sedekah, pulangkan hak org lain, jaga kebajikan seramai yg mungkin dgn dimulakan dua ibubapa, adik beradik, jiran dan seterusnya. wallahu aklam.
By: apokalips on 19 Januari 2009
at 6:29 PM
salam ustaz,
terima kasih atas nasihat ustaz..insyaALLAH sy akan ikut semua nasihat ustaz..
IbnRajab: wa’alaikumussalam farah, skdr pandangan peribadi
By: farah on 20 Januari 2009
at 11:57 AM
A’kum ustaz..
Saya soekarno, firstly trma ksih atas pandangan uztaz..tp sy ade sdikit kmusykilan lg.atas beberapa sebab, saya rs tdk dpt memulangkn semula angpou itu. antaranya ialah sy brsa malu. sy ingin sedekahkn sj wang angpou itu dan tdk mghrp apa2 balasan, hanya ingin ‘melupuskannya’ shj dr simpanan saya. saya masih belum membuka sampul angpou tsebut dan tdk mengetahui brp nilainya, dan tdk bhasrat utk mbukanya.
IbnRajab: walaikumussalam. kalau tuan simpan shj angpou tu dlm laci pejabat tuan, apabila kelak timbul masalah (ungkitan, atau org tu tadi claim apa2 dr tuan dsb) nanti tuan dgn senang hati mengembalikannya semula. kalau tuan bagi kat mana2 nanti kalau ada apa2 hal brkaitan, tuan nanti rasa bersalah dn masih trhutang bdi dgn org tu yg menyangka tuan memanfaatkan pemberiaannya. skdr pandangan je, apa2 pun keptsan di tangan tuan.
By: soekarno atief on 20 Januari 2009
at 5:04 PM
As’kum ustz..trma kasih atas jawapan ustaz.insyaAllah sy akn mengikut saranan ustz & hrp ustz dpt mendoakan sy. sy doakn semoga ustz & keluarga sentiasa dpelihara Allah & dpermudahkn jalan untuk trus memajukan kalam yg ‘indah’ ini. =)
terima kasih skali lg..
IbnRajab: amien.. alhamdulillah, terima kasih
By: apokalips on 20 Januari 2009
at 5:09 PM
Assalamualaikum wbt..
Terima kasih yg x terhingga kpd ustaz krn sudi mjawab solan saya 16 Januari lalu, alhamdulillah. INSYAALLAH sgala panduan dr ustaz akan saya ikut. Ustaz, bagaimana ingin mendapatkan jodoh yg baik dunia akhirat? Bagaimanakah kita ingin mngetahui seseorang itu adalah jodoh kita dunia akhirat? Apakah doa utk mendapatkn jodoh? Terima kasih sekali lagi.
IbnRajab: utk dpt jodoh yg baik, kt perlu islahkan diri kt utk jadi terbaik krn Allah berfirman dlm al-Quran “dan lelaki2 yg baik utk perempuan2 yg baik, dan perempuan2 yg baik utk lelaki yg baik2 juga” surah al-nur ayat 26.
By: sampai syurga on 20 Januari 2009
at 6:53 PM
As’kum ustaz, sy ade pnykit iaitu susah tahan kencing.kdg2 bile nk bdiri atau bngun titisan kencing akn mnitis tnpa sngaja, wlaupun sy baru je lpas kencing. bgtu jg masa solat, ktika rokok & sujud kdg2 “rasa” mcm ada titisan yg keluar tp sy tdk psti adakh ianya tlah btul2 keluar. ini mganggu kekhusyukn solat sy & khuatir adakh solat sy sah. bgaimna Islam mliht kdudukn ini? trma ksh ats pndgn,
IbnRajab: w’salam. kalau dlm fikah, pykt itu dinamakan ’salasil baul’ iaitu kencing yg tidak puas. mereka perlu sentiasa memperbaharui wudhuk utk solat dan menukarkan ‘underware’ setiap kali hdk solat. solat dikira sah kerana Allah tidak akan membebankan seseorang dgn yg tidak mampu olehnya. di smping perlu mencari jalan mengubati penyakit tersebut. cuba amalkan minum air suam, dan jgn sesekali menangguh utk menyahut panggilan ke tandas. wallahu aklam.
By: anseRRR on 21 Januari 2009
at 8:31 AM
assalumualaikum..
saya berumur 23 thn, ingin mendalami bidang agama, di mana tempat@pondok2 yg sesuai?ustad ada cadangan?tq..
By: amriey on 22 Januari 2009
at 1:23 PM
assalamualaikum..
apakah tatacara pemakaian myk wangi dlm islam?sy ingin skali memakai myk wangi berjenama terkenal spt polo, dunhill, armani, bulgari dsb ttapi risau x sah smbhyg krn kndungan alkoholnya. selain myk wangi konvensional spt attar, malaikat subuh dll, apakh myk wangi kontemporari yg sah dibawa smbhyg? sejauh manakah kebenaran dalil yg mengatakan myk wangi beralkohol x sah dibawa smbhyg krn saya prnah terbaca yg mngatakn jk kndungan alkoholnya sedikit dibolehkn.hrp ustaz bantu,terima kasih.
IbnRajab: w’salam. ana syorkan pondok pasir tumbuh, Kelantan. kalau sampai kb, kontek ana blh bawa pi sana. ttg minyak wangi, ada pendpt mengatakan alkohol yg digunakan dlm minyak wangi bukannya alkohol yg sesuai diminum, ia bhn lain (x memabukkan krn mabuk ini dinisbah kpd minuman). wallahu aklam
By: amriey on 22 Januari 2009
at 5:13 PM
Asllmlaikum ustaz..sy pnah tbaca mngenai org islam dilarang memainkn alat muzik terutama yg bertali spt gitar. bgaimana pndpt ustaz? minta tlg huraikan, terima kaseh ye..
IbnRajab: ana secara peribadi x jumpa lagi matan (isi) hadith atau athar yg mengharamkan penggunaan alat2 muzik bertali atau bertiup. ana tak nk cari dan ana tak suka muzik yg berlebih-lebihan walaupun nasyid (sampai adakan konsert, jadi icon lbh dr ulama dll). cuma sekadr dengar cari ceramah2, forum2, dan rakan2 yg mengatakan (pendpt) benda2 itu haram. cumanya bagi ana, kalau muzik tu dpt lawan al-quran utk menenangkan jiwa, sila lah, tp ana tak percaya. wallahu aklam
By: zakwan on 23 Januari 2009
at 8:23 AM
A’kum Ustaz…
Saya amat inginkan buah fikiran ustaz. Saya mempunyai teman lelaki yang amat saya cintai & kasihi, kami telah mengenali keluarga masing2 & sedang merancang untuk bertunang & berumahtangga. Namanya A. Namun itu dahulu, sekarang hati saya hanya ada pada teman lelaki lama saya yang bernama B. A merupakan pilihan ibu saya dan ibu pernah berkata tidak akan mengahwinkan saya dengan lelaki lain selain A. Namun A telah menunjukkan kesungguhannya untuk mendapatkan saya kembali & memohon untuk diberikan peluang kedua. Dia juga sanggup berubah demi saya. Segala sifat buruknya dahulu sudah semakin hilang, dia menjadi semakin positif kini alhamdulillah. Namun entah kenapa, hati saya seakan sudah mati terhadapnya. Apakah yang perlu saya lakukan ustaz? APAKAH SAYA PERLU MEMAAFKANNYA DAN MEMBERIKAN PELUANG KEDUA KEPADANYA? Bagaimana Islam melihat perkara ini? Saya minta maaf jika soalan saya terkeluar dari bidang ustaz tapi saya amat mengharapkan nasihat baik ustaz dari aspek agama Islam. Saya amat berharap email saya dipaparkan di kalam ini dan juga amat2 berharap ustaz membalas melalui email saya juga. Terima kasih dari saya.
IbnRajab: stay dgn apa yg disaran/setuju oleh ibu/keluarga. itu lbh berkat. kalau dpt, elakkan berperasaan (melayan rasa, memupuk cinta dan menyemai harapan) kepada org yg belum tentu sahih suami. sebaik2nya, mulailah mencintai apabila seorang lelaki itu dah sah suami. ikut Islam, seorg wanita blh bagi peluang kpd mana2 lelaki. kemudian (melalui walinya) menapis (apabila masuk meminang) dgn harta, keturunan, hansom dan agama; pilihlah yg beragama utk keselamatan (kata Nabi). Nafsu (perasaan cinta, sayang sblm kawin) tidak termasuk dlm senarai penapis dlm Islam. Hrp saudari faham maksud saya. Wallahu aklam.
By: Zetty Hanna Mohd. Hafify on 23 Januari 2009
at 11:02 AM
Assalamualaikum wbt…..ustaz, bagaimana dengan masalah saya tempohari? harap sangat ustaz dapat membantu saya dalam mebuat keputusan, trma kasih..
IbnRajab: ana dah send pandangan ke email sdr/i. skadr pandangan peribadi. tq
By: Zetty Hanna Mohd. Hafify on 26 Januari 2009
at 11:38 AM
Assalamualaikum Ustaz..
Bagaimana ingin menghubungi ustaz? Saya ingin menghubungi ustaz kerana ingin memohon kemaafan atas 1 kesalahan yang telah saya lakukan terhadap ustaz. Ini adalah num telefon saya,019-6538030.
Harap ustaz dapat menghantar mesej ke num ini & saya akan hubungi ustaz selepas itu. Mohon email ini tidak dipaparkan….Terima Kasih Ustaz..
IbnRajab: ana mohon maaf krn sistem wordpress tlh memaparkan mesej ini secara automatik. no ana 019-4390749
By: sampai syurga on 26 Januari 2009
at 2:26 PM
ustaz, jika seseorang telah bernazar utk bpuasa namun tdk dapat ditunaikn krn keuzuran, bagaimana dia boleh menggantikannya?trm ksh..
IbnRajab: jika uzur yg tidak ada harapan sembuh, blh diganti dgn fidyah, sehari secupak beras atau 1/4 dari nisab zakat semasa. contoh zakat RM4.00 maka fidyah RM1.00. wallahu aklam.
By: anas on 28 Januari 2009
at 8:22 AM
assalamualaikum ustaz, benarkah ktika munculnya dajjal nanti hampir seluruh manusia mjadi kafir yaitu beriman kpd dajjal? dimana hanya 12,000 lelaki dan 7,000 wanita shj yg tetap imannya pd Allah?siapa imam Mahdi yg sbnrnya?apa peranannya?tq
IbnRajab: maaf, ana x ada info ttg fakta nombor spt yg disebutkan itu.
By: hazwani on 29 Januari 2009
at 3:06 PM
Assalamualaikum Ustaz..
Apakah makna/konsep keikhlasan dalam beribadat? Adakah ketika kita bersedekah & di dalam hati terlintas “mudah2ah aku bersedekah hari ini esok lusa Allah mudahkan rezeki aku” ataupun “aku berzikir pada malam ini mudah2an Allah berikan aku ketenangan” dikira sebagai tidak ikhlas dalam beribadat? Apakah itu dianggap sebagai meminta2 dan mengharapkan balasan Allah atas setiap perbuatan kita sedangkan kita sepatutnya beribadat tanpa mengharap apa2 balasan daripada-Nya dan menyerahkan kepada Allah untuk menilai amalan kita? Harap Ustaz faham maksud yang ingin saya sampaikan, terima kasih Ustaz..
IbnRajab: ikhlas itu bermaksud berbuat sesuatu hanya sanya kerana Allah. Dgn perasaan takut dan harap. takut akan marahNya, dan hrp akan rahmatNya. blh baca artikel ana ttg ikhlas http://ibnrajab.wordpress.com/2008/05/14/faham-ikhlas/
By: Hafify on 30 Januari 2009
at 8:20 AM
salam ,
Tolong senaraikan ibadah bagi orang perempuan dalam pantang,
thanks
IbnRajab: ibadah khusus spt solat mungkin tak dpt kalau masih dlm nifas, puasa pun sama. cuma ibadah umum spt zikir, berkata baik, berbuat baik, bersangka baik, istighfar dll itu patut dilakukan. wallahu aklam.
By: aziz bin ismail on 31 Januari 2009
at 12:50 PM
boleh terangkan mengenai qawl al-sahabi dan bagaiman untuk mnghubungkan nye dengan perbankan islam pada masa kini
IbnRajab: maaf, ana kurang jelas dgn soalan sdr/i. satu lagi ana tak kuasai sgt perbankan islam, blh rujuk mereka yg lbh arif spt ust zaharudin. web add ada kat sini. tq
By: nuraishah sazali on 4 Februari 2009
at 8:47 PM
A’kum..
Ustaz, apakah cara terbaik untuk mendidik wanita yang kita cintai untuk menjadi seorang wanita/isteri yang solehah? Terima Kasih..
IbnRajab: w’salam. ajak sama-sama taat perintah agama secara keseluruhan. mulai dgn diri sendiri agar timbul rasa teladan dan hormat. insyaAllah
By: fLiNt sKy on 12 Februari 2009
at 8:35 AM
sabarlah
By: mbp 8030 on 28 April 2009
at 9:39 AM
Assalamualaikum Ustaz. Harap ustaz dapat membantu. Saya ingin mengetahui kedudukan harta yang di tebus daripada bank. senarionya begini.
Bapa mertua saya telah meninggal dunia pada tahun 1994. Sebelum bapa mertua saya meninggal, dia ada mencagar kan geran tanah sebagai penjamin kepada sebuah syarikat yang membuat pinjaman bank sebanyak rm200000. Malangnya syarikat tersebut tidak langsung membayar hutang tersebut dan geran tanah tersebut tersadai di bank.
Pada 2007 abang ipar sebagai pemegang amanah atas segala harta telah berusaha untuk melangsaikan hutang tersebut dengan membuat rayuan kepada pihak bank dengan alas an bapa mertua saya tidak mendapat sesen pun dari pinjaman tersebut. Atas ihsan, pihak bank pun setuju untuk menyelesaikan kes ini dengan bayaran sebanyak Rm 150000 dalam tempoh sebulan. Jika selepas tempoh tersebut, jumlah yang perlu dibayar melebihi RM500000.
Setelah berbincang adik beradik bagi mengumpulkan wang untuk melangsaikan hutang tersebut dan mengeluarkan geran tanah dari bank, hanya 3 orang dari 14 adik beradik yang bersetuju mengeluarkan jumlah tersebut. Yang lain tak mampu. Dan perjanjian lisan di buat apabila geran itu dikeluarkan menjadi hakmilik mereka yang melangsaikan hutang bank tersebut. Akhirnya duit dapat dikumpulkan ( pinjaman bank) oleh 3 beradik tersebut. Alhamdulillah akhirnya geran dapat di tebus dari bank atas nama bapa mertua saya dan segala hutang arwah dapat dilangsaikan walaupun arwah hanya sebagai penjamin.
Masalahnya sekarang apabila 3 orang tadi mintak adik beradik buat penolakan hakmilik atas tanah tersebut ada seorang yang tak bersetuju dengan alasan harta itu harta pusaka dan dia berhak atas harta tu dan mintak di faraidkan. Dia juga berkata dia tak tahu bahawa siapa yang melangsaikan hutang tersebut akan mendapat geran tersebut. Soalannya:
1. Adakah harta tersebut masih lagi jadi harta pusaka sedangkan masa bapa mertua saya meninggal dunia geran tanah tersebut ada dekat bank.
2. Jika ianya masih lagi harta pusaka, disisi Islam, perjanjian lisan untuk penolakan hakmilik oleh adik beradik kepada 3 orang yang melangsaikan hutang tersebut adalah sah.
3. Adakah yang tidak bersetuju lakukan penolakan hakmilik masih ada hak atas harta tersebut, sedangkan sesenpun dia tak keluarkan duit. Bila dapat geran baru buat hal.
Harap ustaz dapat beri jawapan
Wassalam.
IbnRajab: wa’alaikumussalam sdr suhaimi. sukar jg nak jwb soalan sdr ni. cuma pada pandangan ana (wallahu aklam), persoalan faraid harta peninggalan si mati itu perlu diselesaikan. utk keselesaan roh yang meninggal. kalau asyik duk berebut, tak cari jalan penyelesaian, roh arwah turut terseksa. ini berdasarkan hadith anak soleh yg blh memberi ksejahtraan kpd ibubapanya. mafhum mukhalafah (sebaliknya) adalah, anak yg tak soleh mmberi kesengsaraan kpd ruh arwah org tua. sbb tu, kena hati2 dan panjang akal dlm mendidik anak2. Perlu lantik seorg ketua dlm kalangan 14 adik beradik itu, paling baik beri mandat kpd adk beradik lelaki tertua (mmg tgjwb dia pun). ikut kaedah Islam, bila ada pertikaian perlu rujuk al-quran dan sunnah iaitu kembali kepada faraid. lelaki 2 bhg dan perempuan 1. mulakan dalam mengeluarkan modal bg mengembalikan geran itu tadi. bg yg tak mampu kira hutang (bertulis) dgn yg mampu. apabila dpt geran tu, dptkan nilaian harga semasa tanah di jabatan berkenaan dan mulakan prosidur pembahagian harta pesaka (proses ini akan dilakukan oleh mahkamah syariah, atau pejabat tanah). maksud ana, ya, semua harta peninggalan si mata adalah pesaka, walaupun ia tercagar di bank. kalau semua tak nak tuntut maka ia akan jadi harta wakaf dan digunakan oleh pihak kerajaan atau mana-mana institusi berkenaan. tp kalau dah tuntut, maka peraturan Islam perlu diikuti pula. maksudnya faraidkan (mulakan dgn proses nak tuntut hingga bahagi harta). Islam tak menganiaya mana-mana pihak. kalau ada yg tak mampu masa nak tuntut, potong (nilaian/hutang) bahagiannya (dan beri baki) selepas dpt harta pesaka yg dah difaraidkan nanti. apa-apa pun rujuk mahkamah syariah. wallahu aklam.
blh rujuk artikel ana ttg harta pusaka: http://ibnrajab.wordpress.com/2008/09/22/harta-pusaka/
By: Suhaimi Saad on 15 Februari 2009
at 8:27 AM
Terimakasih atas jawapan ustaz. Satu lagi soalan. Saya sebagai menantu mengeluarkan secara tunai Lebih kurang 60k untuk menebus tanah tersebut( sebelum ni janji siapa tebus jadi hakmilik). Semua setuju nak faraidkan tanah tu. Masalahnya saya tak dapat bhg faraid kerana menantu. Jadi sekarang ni dia org nak bayar balik jumlah duit tu. Saya rasa tertipu. Dengan 60K tu macam macam saya boleh buat dalam 3thn dulu. Boleh kah saya ambil balik duit saya berdasarkan kesusahan saya selama 3thn lepas. Cth nya jika saya simpan duit tu dalam Thaji 5% dah dapat 18k selama 3thn. Bolehkah saya mintak dia orang bayar kepada saya RM78k? Adakah dikira riba? Mentelah skg saya ada masalah dan terpaksa buat personal loan RM50K. Tanah tak dapat, hidup terpaksa berhutang, semuanya membabit tanah di bank ni.
By: suhaimi saad on 5 Oktober 2009
at 4:15 AM
Salam ustaz….pertanyaan mengenai pelaburan emas tulin berbentuk jongkong….adakah halal dari segi syarak?apa pandangan ustaz mengenai pelaburan emas?adakah ia menguntungkan di sebalik kegawatan ekonomi ini?Apakah konsep yang di bawak oleh kumpulan etika emas boleh dipakai oleh syarak?
IbnRajab: w’salam. maaf ana tak ada info berkenaan isu yg disoal.
By: azreen on 15 Februari 2009
at 11:36 PM
asskum ustz zambri..pe habaq? ana ni hafdzi..adik ustzz hafzan..temn serumh kt bangi dl..skng brulang kelntn-kl ka? xpent ka? ank2 shat ka?
IbnRajab: ahlan adik hafzi. lama x dgr citer. alahmdulillah mcm tu la. tp ana x la krp sgt berulang skrang ni. doalah utk ana
By: adik hafdzi on 26 Februari 2009
at 6:14 AM
apakah yang dimaksudkan dengan qawl al-sahabi?
IbnRajab: qawl al-sahabi maksudnya pendapat para sahabat. wallahu aklam
By: azleen on 27 Februari 2009
at 1:09 PM
ana sentiasa doakan smua kenlan ana…bla nk bawk fmly mai kedh?
IbnRajab: insyaAllah. nnt info
By: adik hafdzi on 28 Februari 2009
at 10:31 PM
Salam Ustaz,
Mohon pandangan ustaz sekiranya ada teman sekelas isteri saya (lelaki) ingin tumpang keretanya untuk ke kelas. Adakah ia wajar dibenarkan. Untuk makluman ustaz, lelaki itu ada kenderaan sendiri.
Terima kasih.
IbnRajab: falsafah orang beriman berpandukan syariat yg menegaskan bahawa tidaklah berkumpul dua orang, lelaki dan wanita melainkan ada yang ketiga, iaitu syaitan. berdasarkan itu, pandangan ana ialah: tak wajar kecuali ditemani oleh mahram atau suami. wallahu aklam
By: Azli on 22 Mac 2009
at 2:32 PM
Salam Ustaz,
Saya mpunyai seorang kwn yg prnah brtanyakan statusnya, ttp sy tdk mampu mberi jwpannya. jadi perkara itu pun dpt djadikan panduan. apakah statusnya, jika seorang suami sudah lama tidak mberi nafkah batin tetapi sntiasa mberi nafkah zahir keatas isteri dan anak? dan mempunyai niat untuk menceraikan isterinya suatu hari nanti.
IbnRajab: masih suami isteri, tetapi tidak memberi nafkah zahir ataupun batin itu adalah nusyuz (tidak bertanggungjawab). Isteri boleh minta fasakh. Wallahu aklam
By: Liza on 22 Mac 2009
at 11:05 PM
Salam Ustaz,
Terima kasih atas pandangan ustaz untuk yang sebelum ini. Ada seperkara lagi kemusykilan. Minta pandangan ustaz, adakah wajar tindakan saya menasihati isteri supaya tidak ber-chating (berbincang berkenaan kelas) dengan rakan sekelas (lelaki) pada lewat malam. Saya rasa kurang selesa kerana dewasa ini banyak kes rumahtangga bergolak berpunca dgn kebebasan penggunaan cyber.
Sekali lagi ucapan terima kasih buat Ustaz.
IbnRajab: isteri berdosa melakukan perbuatan yang melahirkan rasa tidak senang suami. beritahulah dia, sentiasa pandu dan beri ilmu kpd isteri. mmg susah jadi suami dan ketua keluarga. selalulah berdoa agar isteri mudah menerima nasihat yang baik. jgn lupa jg utk baiki diri kerana saidina umar al-khattab jg mengislahkan dirinya dengan istighfar apabila tunggangannya tidak menurut perintah. ingatan utk diri sendiri juga ni. Wallahu aklam
By: Azli on 22 Mac 2009
at 11:16 PM
ASSALAMMU’ALAIKUM USTAZ,
saya ingin meminta penjelasan drpd ustaz,kerana suami saya telah melafaz cerai taklik kapada saya yg berbunyi “aku lepaskan kau kalau aku ambil benda (dadah) tu lg” tanpa niat kerana hanya untuk memujuk saya.akan tetapi suami saya ingkar akan lafaz taklik nya yg mana 2 bulan lepas suami saya bertaklik suami masih lagi mengambil benda haram tu..saya nak tahu sama ada taklik yg dilafazkan suami jatuh talak atau tidak?
IbnRajab: wa’alaikumussalam eira. lafaz suami ‘aku lepaskan kau’ perlu kpd niat. kecuali kalau suami guna lafaz ‘cerai’ atau ‘talak’ baru ia sah cerai taklik. apa2 pun ana nasihat eira rujuk masalah kpd mahkamah. itu yg terbaik. org mukmin tidak blh meletakkan dirinya ke lembah (dlm situasi) kebinasaan (mafhum al-quran). wallahu aklam.
By: eira on 23 Mac 2009
at 4:34 PM
Salam,
saya masih keliru, ada yang mengatakan bahawa apabila si suami sudah berniat untuk menceraikan si isteri mereka tidak boleh bersama. Benarkah ustaz?
IbnRajab: w’salam. niat itu terletak dlm hati. isteri tidak akan tahu niat suami melainkan apabila dia melafazkannya. kalau suami ajak bersama, isteri perlu taat. kecuali apabila telah jelas suami melafazkan kata ‘talak’ atau ‘cerai’, pada saat itu barulah tidak ada taat lagi (kpd ajakan persetubuhan) ttp perlu juga taat dlm hal2 lain (sehingga habis edah). wallahu aklam.
By: Liza on 24 Mac 2009
at 1:26 AM
ASSALAMMUÁLAIKUM USTAZ,
Terimakasih atas penjelasan ustaz,saya sudah merujuk masalah ini di mahkamah dan suami juga telah menfailkan masalah ini.dan mahkamah telah menetapkn 4hb April ini untuk masalah ini dibicarakan.cuma saya masih keliru ustaz,kerana suami saya telah melafaz pd tahun 2007.dan baru sekarang saya merujuk perkara ini dimahkamah..persoalan saya sekarang,seandainya mahkamah memutuskan jatuh talak,adakah saya dan suami telah kembali rujuk kerana kami ada “bersama”selepas jatuh talak?saya juga amat terkilan dengan perangai suami saya yg tidak mengendahkan lafaz tersebut seakan-akan suatu mainan baginya.saya juga ingin bertanya,adakah hukum nushuz seorang isteri yang melawan suaminya untuk membela diri dr pukul oleh suami?
IbnRajab: wa’alaikumussalam warahmatullah. suami boleh merujuk isteri dengan katanya “aku rujuk kamu” atau “aku ambil semula kamu jadi isteriku” dan sebagainya yang difahami bahawa ia telah insaf dan ingin mengambil semula bekas isterinya sebagai isteri. Ia perlu dilakukan dalam tempoh iddah. Isteri perlu taat kepada niat suami ingin rujuk itu. Kerana rujuk adalah hak suami. Sekiranya isteri merasa tersiksa dgn perbuatan suami sama ada selalu mempermainkan lafaz talak kemudian rujuk (perlu ingat hanya dua kali talak sahaja dibenarkan rujuk) atau sikap suami yang selalu menyakiti tubuh badan isteri, maka bolehlah isteri mengadu kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya. biasanya mahkamah akan siasat kes berkenaan dan jika sabit isteri dibenarkan menfailkan fasakh. Ini sekadar pandangan ana. Wallahu aklam.
By: eira on 25 Mac 2009
at 11:09 AM
artkel berkenaan sembahyang @ amalan2 lain yang berkenaan dgn orang perempuan yang tidak menutup aurat.
IbnRajab: insyaAllah
By: mus on 31 Mac 2009
at 2:39 PM
ust, tlg ktk brik pjlsn tntng kenyataan dbah tok..kmk krg cyklah
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.
, iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s.
pun bersembahyang dua
rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t.
telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s.
Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.
,tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.
Ikan nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
a.s.
,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut,
iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang
akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
IbnRajab: wallahu aklam. tp kmk mcm pernah dengar dr guru2. x sure guru yg mana dan di mana
By: jumali on 14 April 2009
at 11:34 AM
as salam alaikum Ustaz
katakan kita dalam perjalanan rombongan melawat ramai-ramai, berhenti solat jamak taakhir dan qasar berjemaah. katakan kita terlambat join sebab pergi toilet dulu. bila kita datang, kita tidak tahu mereka solat asar atau zohor. tak ada orang keliling untuk tanya. macamana kita nak join? tak pe ke kalau mereka solat asar kita niat solat zohor? jazakallah khoir Ustaz. (kalau tak susahkan Ustaz, ustaz send jawapan ke emel saya)
IbnRajab: wa’alaikumussalam. solat jamaah tk memerlukan makmum tahu niat imam krn kita blh berimamkan mrk yg solat sunat sedang kita solat fardhu. kec kalau solat qasar shj maka tak blh berimamkan mrk yg solat penuh. maksudnya, kalau dlm satu rombongan, kt pasti mrk solat qasar dan jamak, mk berimamkan mrk itu sah walaupun solat mana didahulukan. kec solat jumaat, itu mmg perlu kpd niat jd makmum dan imam. bg solat jemaah yg lain, tak perlu. asalkan ada imam (wlpun x niat) dan ada org ikut belakangnya, mrk semua dapat pahala berjemaah. wallahu aklam
By: muhammad on 17 April 2009
at 11:59 PM
A’kum Ustaz…
Saya seorang yang sukar untuk memberi cinta.saya pernah bercinta tetapi dikecewakan oleh bekas teman wanita.kini saya jadi teramat2 serik untuk memberi dan jatuh cinta lagi.Adakah berdosa sekiranya saya mengatakan bhw ‘aku x percaya pada cinta lg’ dan ‘aku tidak akan bercinta lg’ sedangkan perasaan cinta itu anugerah dr Allah. saya pernah berjanji tidak akan mengahwini gadis lain sekiranya saya tiada jodoh dengan bekas teman wanita saya. perlukah saya menepati janji itu sekarang? jika tidak menyusahkan ustaz hrp send jawapan ke email saya,terima kasih ustaz.
By: mbp 8030 on 21 April 2009
at 12:51 PM
w’salam. maaf lambat reply. perkahwinan dan berkasih sayang itu adalah sunnah nabi. bhkan nabi tidak mengaku umat bg sesiapa yg membelakangi sunnahnya. ana saran, ikutilah sunnah nabi dalam berkasih sayang. binalah rumah tangga atas asas iman dan taqwa. wallahu aklam
By: ibnrajab on 29 April 2009
at 11:00 AM
Assalamualaikum ustaz,
Sy ingin bertanya bagaimankah cara2 baik untuk menegur suami yg bersikap ego n merasakan dirinya benar tanpa menjatuhkan maruah nya selain untuk mengelak dari pertengkaran.
Terima kasih.
By: Miza on 24 April 2009
at 4:40 PM
w’salam. berbicaralah dgn baik. itu saja. pasangan yg bahagia mereka tak memendam apa2 selain semuanya akan dikongsi demi kelangsungan rumahtangga yg dibina. manusia hendaklah berupaya memberi dan menerima nasihat. agama itu asasnya adlh nasihat kata nabi. isteri mesti tahu, di mana dan bila dia sesuai menasihati suaminya. kalau ana, slps solat berjemaah bersama2. wallahu aklam
By: ibnrajab on 29 April 2009
at 11:06 AM
Arwah ayah saya telah menyerahkan hak milik harta sebidang tanah semasa masih hidup dengan memindahkan harta tersebut kepada saya melalui Memorandum of transfer di hadapan kerani jabatan tanah atas dasar kasih sayang dan rela hati kepada anak perempuan pertamanya yang berlainan agama dengan bapa. untuk pengetahuan ayah saya dan adik-adik saya yang lain telah memeluk agama islam, tinggal saya seorang yang belum memeluk islam kerana beberapa faktor keluarga di pihak suami saya. masalahnya, adik-adik saya yang muslim menuntut kembali harta tersebut atas alasan, saya berlainan agama dengan mereka dan tidak berhak mendapat harta dari seorang bapa yang telah memeluk islam. dalam perbicaraan di mahkamah anak negeri, mahkamah anak negeri telah memutuskan yg harta tersebut adalah milik saya kerana penyerahan hak berlaku sebelum kematian ayah saya. Tetapi kerana adik-adik saya tidak berpuas hati, mereka membawa semula kes ini ke mahkamah syariah…minta penjelasan,
IbnRajab: sdri julia, terima kasih atas soalan. tp ana tak ada pengalaman yang cukup dlm menjawab pertanyaan sdri ini. elok lah di bawa ke mahkamah syariah kerana dari situ segalanya akan diselesaikan dengan cara terbaik. Islam tidak pernah mengecualikan hak siapa-siapa malah Islam menjaga hak setiap insan di dunia sama ada muslim dan non-muslim. Agar kita semua beroleh kesejahteraan hidup bersama. jgn risau kalaupun perkara ini di bawa ke mahkamah syariat, yg hak tetap akan diberikan kepada yg berhak
By: julia on 30 April 2009
at 8:32 PM
Salam ustaz. Saya ada sedikit masalah. Tiap kali semasa solat saya selalu terdetik di hati memaki hamun Allah. Saya tidak dapat mengawal apa yang terdetik di hati saya ini. Tiap kali saya termenung sendirian,pastinya terdetik di hati meamki hamun tuhan. Adakah saya ini berdosa dan adakah cara mengatasinya
IbnRajab: wa’alaikumussalam. akhi kamal, itu perkara biasa dan itu adalah penyakit hati yg berasaskan bisikan syaitan. kita perlu lawannya dgn iman. utk dapat iman, perlu kepada sedikit pertambahan ilmu dan amal. akhi (sdr) kamal kdg2 perlu berfikir ttg nikmat2 tuhan. adilkan sdr memaki tuhan sedang pada masa sama menikmati rezeki2 tuhan? cth org yg datang ke rumah kita, makan minum kita hidang yg elok2, tiba2 dia bangun lalu menyumpah seranah kita, apa kita rasa? Allah sediakan nikmat yg cukup banyak dan tidak ternilai, apakah berbaloi jika dibalas dengan sumpah seranah, terutama pabila beribadah? lakukanlah ibadah dgn rasa penuh tanggungjawab, utk melahirkan rasa syukur ke atas nikmat2 Allah. Yakinlah bhw, walau seluruh isi dunia ini taat beribadah kpd Allah pun, Allah tetap Allah, dan walau seluruh isi dunia buat maksiat pd Allah pun, Allah tidak akan terseksa. Malah segala2nya kembali kpd manusia itu sendiri. Buat kebajikan ia akan perolehi kebajikan dan begitu juga sebaliknya. wallahu aklam
By: kamal on 8 Mei 2009
at 8:25 AM
Salam Ustaz..
Persoalan saya adalah berkenaan dengan darah nifas perempuan bersalin. Isteri saya telah selamat bersalin dan kini masih dalam pantang hari yang ke 37. Sejak beberapa hari yang lalu darah merah dan coklat dah tidak keluar lagi. Cuma yang ada kadang2 sedikit macam cecair warna kuning pada seluar dalamnya cuma baunya agak hanyir seperti darah. persoalannya adakah itu masih dikira darah nifas atau sebaliknya? Dan kiranya bukan lagi darah nifas, adakah isteri saya kena mandi hadas besar dan mengerjakan solat seperti biasa?
Harap penjelasan ustaz pada kadar yang segera..
Terima kasih
By: azmi bin ibrahim on 13 Mei 2009
at 9:02 PM
Assalamualaikum ustaz..
pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membaca persoalan saya ini…ustaz,saya ingin bertanye ttg persoalan nikah dlm keluarga “syed sharifah”..kenapa adanya larangan wanita(sharifah) berkahwin dgn lelaki(bkn syed)??andai berlaku juga begitu adakah berdosa??tujuan berkahwin hanya untuk membina keluarga,,menghalalkan hubungan dunia akhirat…
IbnRajab: w’salam. terima kasih jg sudi singgah blog ana. ttg soalan ni, ana tak pasti pula ada larangan sebegitu, kalau ada mungkin adat. kalau ikut syariat, tak larangan berkahwin kecuali berlainan agama. wallahu aklam
By: nisa' on 15 Mei 2009
at 12:36 PM
Assalamualikum ustaz,
saya ingin mendapatkan pandangan ustaz, kiranya ada lelaki yang meminati isteri saya walaupun dia sudah tahu dia sudah berumahtangga.. pada pandangan ustaz… sebagai suami.. apa yang perlu saya lakukan.
terima kasih.
IbnRajab: wa’alaikumussalam. pd pdgan ana yg lemah ni, anta harus nasihati isteri akan tanggungjawabnya menjaga maruah diri, suami dan rumahtangga. tegur mana yg patut dgn penuh hikmah. biasalah, syaitan sentiasa ingin memecahbelahkan rumahtangga org beriman. byk sabar dan minta petunjuk dr Allah sentiasa. wallahu aklam
By: angah on 19 Mei 2009
at 12:26 PM
Assalamualaikum…
kakak saya br kematian suami.Arwah ada meninggalkan isteri, 1org anak perempuan, 3 anak lelaki serta ibu & bapa. arwah juga ada meninggalkan harta spt:
1) rumah (nama brsama kakak saya)
2) kereta (masih hutang atas nama arwah)
3) kwsp (penama kakak & anak2)
4) insuran (sblm arwah meninggal,beliau ada menyatakan secara lisan bhw klo apa2 trjadi kpd dirinya, insuran ni hak kakak saya)
soalan saya:
1) duit kwsp tu kakak saya nk selesaikan segala hutang arwah trmasuk hutang kereta brlah difaraidkan. masalahnya ialah anak perempuannya adalah anak luar nikah. bolehkah beliau mndapat bahagiannya? ini kerana semasa hidup, arwah meletakkan nama beliau sbg penama.
2) perlukah duit insuran itu difaraidkan? sbb saya ada baca, dimana insuran dikatakan bukanlah simpanan. xperlu difaraidkan.
3) bagaimana kakak saya nk menuntut harta sepencarian
IbnRajab: wa’alaikumussalam. maaf atas kelewatan ana merujuk masalah ini. berikutnya adalah pandangan peribadi ana thdp masalah yg dipersoalkan, ia tidak boleh ditafsirkan sebagai mewakili undang2 atau pihak2 lain yang berwajib.
1. hutang mesti didahulukan sblm dibahagi2 kpd waris mengikut faraid. anak perempuannya berhak menerima wasiat iaitu tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan baki harta (setelah ditolak hutang)
2. ana kurang pasti utk soalan ini.
3. soalan ini pun ana tidak ada pengalaman.
minta maaf atas kekurangan. wallahu aklam.
By: naida on 22 Mei 2009
at 10:50 AM
salam..
nak tanye. boleh kah seorang yang uzur memasuki masjid?
IbnRajab: blh utk tujuan menuntut ilmu dgn dipastikan kebersihan dpt dijaga
By: yan on 23 Mei 2009
at 1:59 PM
Assalamualaikum wbh ustaz,
Saya mempunyai 2 soalan.
Pertama: Suami saya pernah curang terhadap saya dengan mempunyai teman wanita lain tanpa pengerahuan saya. Setelah segalanya terbongkar, saya pernah mengugutnya, sekiranya dia masih berhubung dengan teman wanitanya, saya akan ke rumah perempuan itu dan menceritakan segala-galanya kepada ibu bapa perempuan tersebut. Mendengarkan ini, suami pula telah mengugut saya, sekiranya saya ke rumah perempuan itu, maka antara kami tiada apa-apa lagi. Namun, beberapa ketika kemudian, dia telah menarik balik kata-katanya. Persoalannya, adakah jatuh talak sekiranya saya melanggar apa yang telah ditegah oleh suami saya tadi?
Kedua : Benarkah seorang isteri TIDAK berhak untuk tahu kemana suaminya pergi ?
IbnRajab: kalau lafaz sorih, maka jatuh talak walaupun ditarik balik, kalau lafaz tak jelas (kinayah), bergantung pd niat suami. Isteri berhak tahu. wallahu aklam
By: ImaNs on 23 Mei 2009
at 4:03 PM
Assalmualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya kepada Ustaz akan satu kemusykilan ini
pada awal perkahwinan saya yang lalu sumai saya ada melafazkan kata-kata yang menyamakan tubuh badan saya menyamai ibu saya sendiri.
Adakah ianya jatuh zihar? sekiranya jatuh apakah status anak-anak saya ?.
saya amat berharap ustaz dapat bantu saya dalam kemuskilan ini
IbnRajab: tak ada apa2. zihar itu suami menyamakan isteri dgn ibunya (ibu suami). wallahu aklam
By: ingintahu on 31 Mei 2009
at 9:02 AM
terima kasih atas balasan dari ustaz..
saya ingin memohon jasa baik ustaz andai ustaz dapat rujuk berkenaan larangan wanita”sharifah” berkahwin dgn bukan “syed”…ini kerana saya sedang menghadapi masalah ini dan menurut org tua saya perkara ini ada tercatat dalam kitab…atau mungkin ustaz dapat ajukan perkara ini kpd yg lebih arif…sekali lagi saya ucapkan jutaan shukran..
IbnRajab: sekali lagi ana minta maaf. sepanjang rujukan ana, dan juga perbincangan bersama rakan2 (ahli dalam bidang agama) mmg tidak ada ditetapkan mana2 keturunan khusus blh dikahwinkan dgn mana2 keturunan tertentu. sekufu itu mmg ada. sekufu maksudnya persamaan taraf (drp segi tahap pendidikan, status dlm masyarakat dll cth hamba x leh kwin dgn org merdeka, org yg lemah akal dan kurang bijak dalam pelajaran tak sesuai kwin dgn org yg genius, org berjawatan tinggi x sesuai dgn golongan pekerja bawahan) tetapi yg lebih penting lagi adalah syarat agama. Pesan nabi, nikahilah seseorang (perempaun/lelaki) kerana empat perkara, keturunan, harta, kecantikan dan agama, pilihlah agama maka kamu akan selamat. wallahu aklam
By: nisa' on 2 Jun 2009
at 10:26 AM
Assalamualaikum Ustaz,
P’tama skali sy nk ucapkn berbanyak terima kasih atas nasihat ustaz bln lalu kepada sy. Alhamdullilah hubungan kami suami isteri bertambah baik dan suami sy telah banyak berubah ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama suami sy juga telah dihantar utk menjalani 2 kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak Majlis P’bandaran yang mana banyak membantu. Syukur alhamdulillah solat nya juga terjaga hingga sekarang. Mudah-mudahan yang baik ini kekal utk selama2nya. Terima kasih ustaz skali lg. Salam.
IbnRajab: wa’alaikumussalam. syukur, alhamdulillah dan tahniah buat Miza sekeluarga. setiap usaha insyaAllah ada barakahnya, tiap ujian pula ada hikmahnya
By: Miza on 2 Jun 2009
at 12:28 PM
insyaAllah..
terima kasih ustaz…insyaAllah saya akan cube berbincang secara baik dengan org tua saya…shukran..
By: nisa' on 8 Jun 2009
at 9:16 AM
assalamualaikum
ustaz…saya ingin meminta pandangan tentang bagaimana untuk mengajak atau menasihati seseorang yg dr kecil xsolat tetapi dia mmg selalu menyatakan keinginan untuk solat. hal ini mungkin disebabkan latar belakang keluarganya yg kurang dlm bab agama. pernah sekali saya menasihati dan dia berjaya menunaikan solat penuh lebih kurang 2minggu..tp bila dh berhenti seolah susah utk dia mulakan kembali..bila di nasihat…katanya..sabar…bukan senang nk buat benda baik tp terlalu senang utk buat benda jahat…harap ustaz dpt berikan pandangan dan jalan…terima kasih
IbnRajab: wa’alaikumussalam. terus saja mmberi motivasi dan nasihat. khabarkan bhw solat tu utk kebaikan diri sdiri. buat baik mmg ssh sbb nafsu x suka. bila dah dpt tundukkan nafsu, ia jadi manis pula utk beribadah dan rasa kurang selesa bila tertinggal. wallahu aklam
By: nisa' on 10 Jun 2009
at 5:10 PM
Assalamualaikum, arwah datuk saya ada meninggalkan harta iaitu tanah utk dibahagi sama rata utk anak2nya, masalahnya skrg ibu saya dah meninggal awal sebelum datuk saya, adakah wajar bahagian arwah ibu saya diberikan kepada anaknya?, Tetapi harta itu telah diberi kepada anak2 datuk saya lain yg masih hidup..
IbnRajab: wa’alaikumussalam. harta pusaka tidak dpt diwarisi oleh anak2 yg telah meninggal dunia terlebih dahulu melainkan sekiranya ada ihsan berbentuk wasiat drpd datuk utk diberikan kpd cucunya (anak kpd anaknya yg telah terlebih dahulu meninggal dunia) dgn syarat wasiat itu tidak melebihi 1/3 drpd keseluruhan hartanya yg ditolak segala hutang dan upah haji (kalau berkenaan) wallahu aklam
By: dizie on 12 Jun 2009
at 4:57 PM
Salam…
Saya telah berkahwin selama setahun. dalam tempoh itu suami telah berkali-kali melafazkan talak dalam berbagai situasi. Antaranya:
IbnRajab: w’salam. subhanallah. ana ingin sarankan, cubalah rujuk mahkamah syariah utk lebih kepastian. jwpan ana ini hanya pendapat peribadi berdasarkan ilmu yg tidaklah terlalu mendalam
1. Suami jatuhkan talak sekiranya saya berjumpa bomoh/dukun untuk mengguna-gunakannya walaupun untuk tujuan kebaikan, maka jatuh talak 1. Dan saya telah pun membuat perkara tersebut atas desakan ibu kerana ibu mengatakan tidak jatuh talak sekiranya ia adalah untuk kebaikan rumahtangga. Apakah jatuh talak?
2.Saya sering menerima sms dari bekas teman lelaki saya. Suami telah mengetahuinya, maka dia telah berkata saya akan jatuh talak sekiranya saya berhubung atau berjumpa dengan bekas teman lelaki saya. Baru-baru ini saya terserempak dengan bekas teman lelaki saya dan saya tidak dapat lari lagi apabila dia menegur saya. Adakah jatuh talak?
3. Suami tidak suka saya keluar rumah. Oleh itu apabila kawan-kawan ajak saya keluar rumah, saya tidak dapat keluar maka saya menjemput mereka datang ke rumah sekiranya mahu bertemu saya. Malang sekali, suami saya juga tidak menyukai mereka datang ke rumah dan dia telah menjatuhkan sekiranya kawan-kawan saya datang ke rumah atau saya pergi ke rumah mereka walaupun kami berjiran. Walaubagaimanapun, ketika saya mengandung sewaktu suami saya pergi bekerja atau berkursus adakalanya saya masih juga pergi ke rumah kawan-kawan atau mereka akan datang ke rumah saya. Adakah telah jatuh talak? Dan bagaimana pula sekiranya selepas melahirkan anak saya masih lagi pergi ke rumah kawan-kawan saya, adakah telah jatuh talak?
IbnRajab: utk soalan 1-3, sekiranya perkara dlm lafaz taklik itu benar2 berlaku, maka jatuhlah talak. seorang suami yang baik perlu bijak menggunakan lafaz (talak dan cerai) yang menjadi amanah Allah ke atas bahunya itu. lafaz talak dan cerai perlu digunakan dengan ilmu dan iman. Seorang suami akan dihisab dihadapan Allah adakah ia amanah atau khianat
4. Ketika di awal perkahwinan kami telah cuba menyesuaikan diri kerana perkahwinan kami adalah kehendak keluarga. Oleh kerana suami telah bosan untuk cuba memahami saya. Dia telah berkata kepada saya dia telah putus asa dan ingin bercerai. Apakah jatuh talak sekiranya dia berniat begitu?
IbnRajab: niat tanpa lafaz tidak menjatuhkan talak.
Saya mohon penjelasan atas setiap soalan saya kerana saya keliru dan khuatir status perkahwinan saya sekarang walaupun kami masih berkumpul.
IbnRajab: sekali lagi ana (saya) sarankan, silalah merujuk kepada pihak2 yg bertanggungjawab spt pejabat kadi ataupun mahkamah syariah. wallahu aklam
By: Norazma Zakaria on 15 Jun 2009
at 10:44 PM
assalamualaikum ustaz..
saya ingin tahu…jika seseorang tu menyatakan dia tak dapat nk khusyuk dlm solat disebabkan byk masalah yg di fikirkan..hinggakan dia lupe ape yg dia buat dalam solat..sedar2 je dh bg salam…lalu dia tak solat,berzikir hingga hati nya tenang baru tunaikan solat kembali…apa hukumnya…
IbnRajab: wa’alaikumussalam. teruskan solat. insyaAllah khusyuk akan datang. ingat solat adalah tanggungjawab seseorang hamba Allah yang masih hidup. bila dah mati nanti, org pula akan tolong solat ke atas jenazah kita. pada masa tu, kesalan sudah tidak berguna lagi. teruskan solat.. wallahu aklam
By: nisa' on 22 Jun 2009
at 9:00 AM
asalamualaikum ustaz,saya ingin meminta penjelasan drp ustaz,suami saya telah menuduh saya berlaku curang dgn lelaki lain,sedangkan saya tdk curang,sebagai bukti saya diminta utk menjunjung quran,saya menjunjungnya dng bersumpah saya tdk curang,semasa menjunjung quran suami telah melafazkan talak terhadap saya,klu saya curang maka tertalak lah satu talak keatas saya,masalahnya saya tdk curang apakah jatuh talak itu terhadap saya.tolong beri penjelasan
By: ida on 22 Jun 2009
at 10:07 PM
asalamualaikum,suami saya telah menuduh saya memgadakan sex dgn lelaki lain,sedangkan saya tak pernah dan tidak terlintas nak buat benda itu,dan dia telah menakliq saya sebanyak 2kali.dan terniat dlm hatinya utk menalak saya,soalan saya ada kah jatuh talak utk saya,seandainya saya menbuat sex dgn lelaki lain ,hakikatnya saya tidak buat.tolong huraikan
By: mama-ida on 23 Jun 2009
at 7:15 AM
asalamualikum ,suami saya telalah menuduh saya berlaku curang dgn lelaki lain sadangkan saya tidak berlaku curang .sabagai bukti saya telah menjunjung quran dan bersumpah saya tak curang lalu suami melafaz kan talak berserta niat didlm hati utk menalak saya.lafaznya begini;klu saya berbuat curang maka aku crraikan kamu dgn talak satu,adakah jatuh talak itu pada saya ,sedang kan saya tidak berlaku curang
IbnRajab: talak taklik akan berlaku sekiranya peristiwa seperti dlm lafaz taklik itu terlaksana. kalau tidak terlaksana, tidak jatuh talak. ttp lafaz tu tidak blh ditarik balik dan akan jatuh talak sebaik peristiwa spt dlm lafaz itu terlaksana. wallahu aklam
By: mama-ida on 23 Jun 2009
at 7:24 AM
salam ustaz…bagaimana untuk menenangkan diri saya.suami nak kahwin lagi yang ke 2.Saya redha tapi masih tetap bersedih.Saya rasa cemburu melihat kemesraan suami dengan bakal isterinya.Tolonglah saya ustaz…terima kasih ustaz
IbnRajab: w’salam. biasalah mula2 mmg rasa sukar. selalu baca al-Quran utk ubat jiwa. surah2 pilihan spt quraish, al-kausar dan tiga qul. wallahu aklam
By: eya on 1 Julai 2009
at 11:56 PM
salam ustaz..saye da beberapa soalan yg menganggu fikiran saye tolong ustaz bantu…
IbnRajab: w’salam ros. ana hanya blh bg pendpt berdasarkan ilmu yg tak seberapa
1-saye isteri kedua sudah setahun berkahwin sekarang saye dalam keadaan beserabut degan kehidupan tak aman da je masalah yang timbul selalu tak sefahaman..semalam kami da berbincang cara baik saye yang mula kan dulu beri pendapat untuk berpisah memang sedih nak cakap gitu sebab kami sama2 sayang..isteri no1 tak masuk campur dalam hubugan kami..soalan saye salah ke saye yang mintak cerai dari suami??selalu mintak berpisah tapi suami saye je buat tak kesah pe yang saye cakap..
IbnRajab: jgn minta/usul cerai pada suami, bergegar arasy Allah. Jgn mendahului takdir. hiduplah sebagaimana yg Allah mahu. sentiasa lakukan taat (kpd Allah/suami) dan jauhi maksiat (pd Allah/suami)
2-macam mane ustaz bila suami cakap jatuh talak 1 kalau saye kuar degan 3 orang kawan ni tapi bila dah 2 atau 3 bulan saye ingat tak ingat pe yang suami saye cakap n saye kuar degan 2 orang antara mereka.soalan saye jatuh tak talak??
IbnRajab: taklik ni maksudnya lafaz yg tergantung dan ia tidak blh ditarik balik. ttp tergantung di sana. sekiranya peristiwa spt dlm lafaz itu berlaku, maka jatuh talak dan blh rujuk kmbali. Bila dah rujuk dan kmbali semula sbg suami isteri, ambil peristiwa lalu sbg pengjaran. jgn ulangi lagi perkara2 mcm lafaz yg bergantungan ini. dan urus keluarga dlm peraturan Allah dgn penuh ilmu dan keimanan.
3-dan pasal lafas talak jgak yang saye tak pasti sekarang saye masih isteri ke bukan bila suami saye cakap jatuh talak kalau kuar bedua degan L kalau bukan urusan kerja..buat pengetahuan ustaz saye dan L tu kawan sekeje..kawan perempuan saye da buat jamuan dan janji nak datang ambik tapi tak boleh datang tiba2 yang datang L saye masuk lah dalam kereta berdua jelah dalam kereta tu L tolong anta saye ke rumah kawan..tapi niat hati saye hanye tumpang dah sampai sana saye bukan berdua degan L da ramai orang..macam mane ustaz??
IbnRajab: perlu rujuk pihak2 berwajib utk lebih kepastian akan status perkahwinan ni spt pej kadi atau mahkamah syariah. jgn rasa malu krn mencari yg betul (clear) itu adalah fardu dlm Islam. ia mengelak kita dr terus melakukan dosa. dan elak dr mmbuat hukuman scr sendiri2. Wallahu aklam, sekadar pdpt peribadi
By: ros on 3 Julai 2009
at 12:07 PM
assalamualaikum ustaz,
IbnRajab: wa’alaikumussalam nor,
Saya memohon penjelasan bagi permasalahan berikut.
Suami & saya pernah buat perjanjian mulut di awal perkahwinan, jika dia berkahwin lain maka akan jatuh talak pada saya.
IbnRajab: perjanjian mulut bukan taklik sehingga suami melafazkan cerai/talak yg dikaitkn dgn ssuatu peristiwa
1) Sekarang, jika saya yang merelakan untuk suami kahwin lagi, apakah jatuh talak?
IbnRajab: jika suami sah melafazkan taklik spt katanya: “kalau saya kahwin lagi maka jatuh talak ke atas awak” maka jika dia kahwin, jatuh talak satu. walaupun nor merelakannya. sebaliknya kalau dia kata “kalau saya kahwin lagi tanpa kerelaan awak..” tidak jatuh sbb awak rela.
2) Jika jatuh talak, saya mahu merujuk semula. Ini dibolehkan ya ustaz?
IbnRajab: boleh.
3) Setelah itu, apakah lafaz taklik pada awal perkahwinan itu sudah terlerai kerana sudah jatuhnya talak tatkala suami saya bernikah dengan wanita lain? Atau pun masih terikat jika suami kahwin yang ke tiga?
IbnRajab: tidak terikat lagi sesudah itu, kecuali kalau dia bertaklik lagi
Mohon sangat2 penjelasan dari pihak ustaz.
IbnRajab: apa2 pun, ini adalah sekadar pendpt ana berasaskan ilmu yg terlalu sgt nipis dgn sedkit rujukan. nasihat ana, rujuklah kpd mereka yg lebih maklum spt pej kadi atau mahkamah syariah sendiri. wallahu aklam
By: Nor on 6 Julai 2009
at 11:24 PM
semoga ilmu dan amal terus berkembang di bumi Allah ini
IbnRajab: syukran jazilah ala ziarah wa du’a
By: shah on 7 Julai 2009
at 8:27 AM
assalamualaikum…
rasa supo kenal…tapi x tau laaa kot2 pelanduk 2 serupo,,, ambo asal telong jugak…
boleh sms ko? ni no tel ana :- 014-5411400
IbnRajab: wa’alaikumussalam. alhamdulillah. ana asal pantai melawi, tp ramai sedara area telong. ahlan wa sahlan wa syukran ala ziarah
By: cikgunurionline on 7 Julai 2009
at 12:20 PM
USTAZ DALAM ,MIMBAR JUMAAT 1/09 ADA DINYATAKAN BAHAWA TIADA SOLAT JAMAK KERANA PEKERJAAN TETAPI TIDAKKAH ADA PENDAPAT ULAMAK YANG MENGATAKAN BAHAWA DALAM KES TERTENTU DIBOLEHKAN SEPERTI DOKTOR YANG SEDANG MEMBEDAH PESAKITNYA YANG KADANG KALA MENGAMBIL MASA YANG TERLALU LAMA (5-9JAM) & ANGGOTA POLIS TERAFIK YANG MENGAWAL LALULINTAS YANG JIKA DITINGGALKAN BOLEH MENYEBABKAN KEMALANGAN MAUT.
HARAP DAPAT DIBERI PENJELASAN YANG SEBENARNYA. T/KASIH WASSALAM.
IbnRajab: w’salam. terima kasih sangat2 kpd akh yang perasan ttg kealpaan ana dlm tulisan itu. ana dah edit, minta semak semula. Maha Suci Allah yang tidak tidur, tidak mengantuk dan tidak lalai. Berkenaan dgn masalah doktor dan polis trafik tu, kami (dlm kuliah usul fiqh UKM 2008) ada bincang, mmg ada kes2 tertentu yg dibenarkan oleh syarak utk melakukan solat secara jamak sahaja bukan qasar. ttp ia tidak boleh dinyatakan sebagai kaedah umum kerana ia terpencil kpd org2 tertentu, kes2 tertentu, utk masa2 tertentu sahaja. bukanlah bererti bila bekerja sbg polis trafik shj, automatik ia boleh jamak solatnya spt orang musafir. wallahu aklam.
By: soeb salleh on 21 Julai 2009
at 11:22 AM
sy telah berkahwin dgn seorg pemuda,tetapi kluarga dia tidak tahu tentang perkahwinan ini.sy tak tahu nak buat mcmana nk suruh keluarga dia tahu.apakah pejabat agama seluruh malaysia berhubungkait antara satu sama lain?
IbnRajab: salam eija. ana tak pasti ada tak networking intra jab agama nationwide.. cuma lbh elok sekiranya keluarga kedua2 pihak maklum ttg perkahwinan anak2.. lbh berkat. cubalah berbincang dgn suami utk memberitahu berita bahagia kpd keluarganya.. wallahu aklam
By: eija on 22 Julai 2009
at 1:57 PM
aslmkm,terima kasih ustaz,berkaitan dgn masalh sy,suami sy ni takut utk berterus terang dgn keluarga dia terutama ibunya,suami sy dh byk mengelak pertanyaan ibunya tentang perhubungan sy dgn dia sehingga kami kawin.sy rasa seolah2 mcm perempuan simpanan,terutama bila tiba hari perayaan..sy kesian kt anak sy yg ingin beraya bersama,sebenarnya sy seorg bekas balu yg mempunyai seorg anak lelaki berusia 8 tahun,anak sy sgt rapat dgn suami sy,ayahnya telah meninggal semasa umur dia 7bulan.suami sy seorg anak sulong yg taat pd keluarganya,ibubapa sy pernah bertanya bila lagi dia nak sorok dr keluarganya?sy tidak tahu mcmana sy nak jawab.mcmana ustaz sy nk selesaikan masalah sy ini?sy berharap ustaz dpt menolong sy..
wassalam.
By: eija on 26 Julai 2009
at 2:04 PM
Assalamualaikum ustaz..
Sy nak tanya satu soalan. Sekiranya suami meninggalkan isteri lebih drpd 3 bln, isteri boleh minta fasakh dimahkamah. Tetapi sekiranya isteri yg meninggalkan suami, apa tindakan yg boleh diambil oleh suami tersebut? Di sini satu kemukakan satu situasi di mana pasangan ini telah berkahwin selama 9 thn. Mereka hanya hidup bersama selama 2 thn. Selepas itu, si isteri balik ke kampung dan tinggal bersama keluarganya dengan alasan ibunya tidak sihat. Sedagkan terdapat saudara mara yg terdekat tinggal di sekitar situ. Suaminya tidak mengizinkan isterinya tinggal berasingan. Perkara ini berlanjutan sehingga ke hari ini. Si isteri di Perak dan si suami di ibu kota. Pada pendapat ustaz apa jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah ini? Adakah isterinya sudah dikira sebagai nusyuz?
IbnRajab: Islam ini adil, suami diberikan kuasa talak manakala isteri blh mengadu pd mahkamah (fasakh dll). Dlm kes yg dikemukakan ini, ia sesuatu yg rumit dan terlalu peribadi. cuma ana berpendpt sekiranya ia menimbulkan tidak puas hati, maka perlu diselesaikan dgn cara Islam anjurkan. Suami perlu bincang dgn isteri, dan kalau perlu isteri setuju suami berpoligami bg mengelakkan fitnah. Syaitan itu sgt bijak di dalam mempedayakan manusia. wallahu aklam
By: Anasyuhada on 22 Julai 2009
at 7:02 PM
Assalamualaikum ustaz,
Boleh kah kita membuat amal kepada orang bukan islam? Contohnya, menderma atau membeli barang2 keperluan atau memberi makan kepada rumah2 kebajikan yang bukan Islam? Atau adakah terbatas kepada organisasi berasaskan Islam sahaja? Saya agak keliru, saya bersama rakan yang bukan Islam, hendak melakukan sekurang2nya satu amalan kepada badan kebajikan, tapi kami tak mahu agama dijadikan ukuran mahu pun batasan. Saya sebagai orang Islam, merasa serba salah.. Harap ustaz boleh jelaskan..
IbnRajab: Islam sgt menggalakkan umatnya melakukan ihsan bukan sahaja kpd sesama manusia ttp kpd haiwan hatta alam sekitar. melakukan ihsan kpd bukan Islam adalah dakwah yg mulia. cuma sekiranya ada dlm kalangan umat Islam yg lebih memerlukan, eloklah didahulukan mereka. krn org mukmin dgn mukmin yg lain itu perlu merasakan ikatan persaudaraan yg lbh kuat dan membina antara satu dgn yg lain. wallahu aklam
By: Nor on 22 Julai 2009
at 7:53 PM
assalamualaikum..
terima kasih ustaz di atas respon yg diberikan.Tapikan ustaz pasangan ni xnak bawa kes ni ke mahkamah. Mereka hanya mendiamkan sahaja. Dan untuk pengetahuan ustaz si suami memang telah beniat untuk berpoligami.
IbnRajab: w’salam. alhamdulillah. persefahaman itu penting dlm rumahtangga. lebih baik seorang wanita itu kekal bergelar isteri dan mengelak dirinya drp fitnah. kongsi kasih bersama madu itu pula hikmah bg mengelak si suami terjebak dgn fitnah. wallahu aklam
By: Anasyuhada on 25 Julai 2009
at 11:38 AM
assalamualaikum..
terlebih dahulu terimakasih atas tunjuk ajar.. semoga Allah merahmati ustaz selalu, amin..
ustaz, sempena nisfu syaaban yang bakal berlaku, apakah ibadat yang boleh dilakukan oleh wanita yang datang bulan – uzur.. kita tak boleh nak baca yasin 3 kali & solat , jadi sudi jika ustaz beri nasihat amalan yang boleh saya lakukan secara terperinci.. terima kasih..
IbnRajab: wa’alaikumussalam. baca apa sahaja yg diingati daripada al-Quran dgn niat zikir. sebenarnya ana pun tidak pernah terjumpa nas yang mengatakan kaifyat imarah nisfu sya’ban spt yg biasa di lakukan oleh masyarakat hari ini. wallahu aklam
By: Nor on 28 Julai 2009
at 4:06 AM
assalamualaikum..
Saya ingin bertanyakan,adakah seseorang perempuan@lelaki yang tidak menutup aurat dikira sebagai fasiq dan seorang suami yang membiarkan isteri dan anaknya tidak menutup aurat dikira sebagai fasiq juga.tq
IbnRajab: wa’alaikumussalam. tidak menutup aurat adalah melanggar suruhan Allah. fasiq adalah manusia yang tidak tunduk dan patuh kepada suruhan dan tegahan Allah. sama sahaja arahan Allah utk dirikan solat, puasa ramadhan, tutup aurat, amanah, tidak khianat, tidak makan harta anak yatim dll. itu semua bersumberkan al-Quran yg satu. Ianya Kalam Allah. wallahu aklam.
By: salmi on 30 Julai 2009
at 11:12 AM
asalamualaikum ustaz,
saya nak tanya soalan,ibu dan ayah saya sudah meningaldunia,saya mempunyai adik beradik seramai 4org 2 lelaki 2 perempuan saya anak yg bongsu,sebelum ayah meningal dia telah mewasiatkan hartanya untuk dibahgi sama rata terhadap kami 4 beradik,tahun pertama selepas ayah meningal pembahgian semua sama rata,masuk tahun kedua abang saya yg memegang wasiat tidak melaksanakan pemberian wasiat terhadap saya,sekarang sudah masuk tahun kelima pembahgian itu tidak diagihkan kepada saya,apakah hukum keatas perbuatan abang saya itu,adakah saya dibolehkan menuntut hak saya ,dari segi hukum agama adakah salah perbuatan abang saya itu,minta ustaz tolong jelaskan.wasalam
IbnRajab: wasiat adalah utk mereka yg tidak layak menerima pesaka. kalau adik beradik, mrk semua layak menerima pusaka, maka wasiat utk mereka tidak sah kecuali kalau pembahagian dilakukan sebelum meninggal dunia. kalau sudah meninggal dunia, maka perlu bincang dan bahagikan harta tersebut. kalau tidak ada kata sepakat (sama ada nak bahagi samarata dll) maka perlu guna hukum Allah iaitu anak lelaki dua bahagian, anak perempuan satu. Apabila hukum Allah, semua sekali (sama ada rela atau tidak) perlu tunduk dan patuh. sila baca artikel ana http://ibnrajab.wordpress.com/2008/09/22/harta-pusaka/ wallahu aklam.
By: mama-ida on 31 Julai 2009
at 10:36 PM
asslamualaikum ustaz
saya nak tanya satu soalan.kawan saya ada berpoligami semasa isteri kedua beliu bertandang ke rumah isteri pertama dan bermalam di sana mereka tidok sekatil 3 orang apakah hukumnya?
IbnRajab: tidur sahaja tidak menjadi masalah, sbb mereka ada ikatan yg sah. kalau bersetubuh dan dipertontonkan itu adalah berdosa. aurat isteri adlh halal kpd suami bukan kepada isteri suami yg lain. wallahu aklam
By: ad on 5 Ogos 2009
at 12:11 PM
salam…
1. saya ingin bertanya kpd ustaz ttg penggunaan susuk.. apa yg saya tau kalau seseorg tu pakai susuk masa nk meninggal sush jd bgmane nk kuarkn susuk 2 jika org yg mskkn susuk dh x ada???
IbnRajab: wa’alaikumussalam. cuba berubat di dar al-syifa’ bangi atau kunjungi mana2 tabib Islam. wallahu aklam
2. soalan 2: ayah & ibu saya telah bpisah… ayah saya ada sebidang tanah atas nama ibu saya & tanah tu di beli ats titik peluh ayh saya.. ayah saya ada memberitahu ibu(semasa blm berpisah) & adk beradik saya jika tanah itu di jual duit tersebut mestilah dibahagikan kpd semua ahli keluarga. persoalannya setelh bpisah ibu saya telah mengambil geran tanh tersebut & menjualknnya & duit tersebut hanya di berikan kpd adk no.5 &6 shj.. apakah hukum perbuatan tersebut???
IbnRajab: Allah SWT menyuruh hamba2nya berlaku adil. tidak adil kpd anak2 adalah berdosa. wallahu aklam
By: aidakoh on 8 Ogos 2009
at 4:08 PM
asalamualikum
kebiasaanya waktu tasmik di beri oleh pentadbir sekolah
jika kesemua tahap masuk kedalam surau untuk melakukan tasmik ..
permasalahan berikut akan timbu
1. murid bising
2. tasmik yang efektif secara talaqi mushafahah
3.ganguan masa serta mengajar secara terkejar-kejar
konsep asal untuk menolong murid membaca alquran serta memahirkan mereka..
pelbagai masalah timbul di dalam isu tasmik..
1.kerjasama diantara guru muslim/muslimat
ada yang beranggapan waktu tasmik hanya untuk cikgu jqaf sahaja..
sedangkan konsep asal adalah dakwah..
apasalahnya cikgu muzik yang beragama islam yang pandai bertaranum..mengajar tasmik..
sampai sini dahulu komen dari saya…
IbnRajab: terima kasih..
By: panjang on 11 Ogos 2009
at 11:57 AM
assalamualaikum ustaz..
soalan saya, beberapa tahun dulu ada berlaku pergaduhan diantara saya dan abang, jadi saya pernah bersumpah yang saya tidak akan menjejakkan kaki kerumahnya. apakah yang akan berlaku sekiranya saya pergi menjejakkan kaki kerumahnya.
IbnRajab: w’salam. subhanallah. harap lain kali jgn bersumpah pada perkara2 yg Allah galakkan. Allah galakkan kita ziarah menziarahi sesama kita, inikan pula adik beradik. sdr/i perlu bayar kafarah sumpah. wallahu aklam
By: syakamar on 13 Ogos 2009
at 11:16 AM
assalamualaikum ustaz..
Terima kasih ustaz diatas respon yang telah diberikan.. oleh itu saya ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya membayar kafarah sumpah.
IbnRajab: w’salam wbt. kafarah sumpah adalah memberi makan 10 fakir miskin, atau memberikan bekalan pakaian mereka, atau membebaskan seorang hamba. Barangsiapa yg tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa tiga hari (Surah al-Maidah:89)
By: syakamar on 14 Ogos 2009
at 10:08 AM
Assalamualaikum, ustaz saya ada soalan berkenaan hal rumahtangga kawan saya yang berkongsi masalahnya dengan saya namun saya tak yakin ingin memberi pandangan atau pendapat sebab ilmu saya tidaklah setinggi mana namun saya ingin membantu beliau melalui pendapat ustaz …
Begini ustaz, kawan saya dah kahwin dekat 5tahun, sepanjang tempoh tersebut mereka hidup dengan harmoni. hanya sejak kebelakangan ini isterinya merasakan beliau tidak sempurna untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri..namun suaminya memberikan masa kepada si isteri untuk memikirkan tindakan untuk jadi ‘kawan baik’ sahaja…
soalannya ustaz:
1. Baru-baru ini si suami telah menyatakan yang beliau telah mengharamkan dirinya untuk menyentuh si isteri selagi si isteri belum bersedia menjadi seorang isteri. Bagi beliau Islam tak suka kepada paksaan..
a.)Soalannya adakah pernyataan haram boleh memutuskan ikatan sah suami isteri tersebut sedangkan ia tidak melafazkan perkataan cerai?
IbnRajab: wa’alaikumussalam wbt. pd pdpt ana, kenyataan trsbut tidak memutuskan hubungan suami-isteri. ttp suami berdosa krn tlh mengharamkan apa yg Allah halalkan. sptutnya beliau mendidik istri agar menjadi wanita dan isteri yg solehah dgn pendekatan selain mengharamkan ‘persetubuhan’. wallahu aklam
By: Syam on 14 Ogos 2009
at 12:09 PM
assalamualaikum ustaz…
soalan pertama berkenaan dengan kafarah sumpah yang saya ajukan kepada ustaz tempohari..saya ingin tahu sekiranya saya hendak melakukan puasa sebanyak 3 hari apakah perlu berturut2 atau selang. Dan bagaimanakah cara niat puasa tersebut.
soalan kedua adakah kafarah sumpah itu perlu dilakukan apabila saya melanggar sumpah tapi sekiranya saya tidak melanggar sumpah adakah saya perlu melakukan kafarah sumpah tersebut.
Sekian, terima kasih.
IbnRajab: wa’alaikumussalam wbt. utk maklumat lanjut ttg sumpah, sila layari laman ini http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=51 wallahu aklam
By: syakamar on 15 Ogos 2009
at 12:16 PM
assalamualaikum ustaz…
terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih atas jawapan tempoh hari…
berkenaan dengan mengharamkan diri si suami untuk menyentuh si isteri yang telah dilafazkannya,
1. )Bagaimana cara si suami menarik balik perkataan pada si isteri agar dapat dihalalkan semula?
IbnRajab: taubat kpd Allah dan minta maaflah kpd isteri atas ketelanjuran perktaan itu
2.) Si isteri tidak mempunyai nafsu (persetubuhan) dgn si suami, dan si isteri ingin menjadi ‘kawan baik’ sahaja sedangkan si suami amat menyayangi dan tidak setuju dengan permintan si iseri apa pendapat dan jalan penyelesaian ustaz?
IbnRajab: isteri yg tidak taat pada ajakan suaminya adalah dikira nusyuz. suami blh ambil langkah saranan al-Quran kpd isteri nusyuz iaitu menasihatinya (beri ilmu ttg tujuan kahwin, taat suami, tggngjawab masing2 dll) kalau tidak berkesan pisah tempat tidur dan paling akhir blh dipukul di tempat selain muka dgn niat mendidik bukan menyakiti. wallahu aklam
By: Syam on 16 Ogos 2009
at 5:02 PM
salam,ust. saya perlukan pandangan dr ust bkenaan satu pmasalahan rmahtangga.apa hukumnya bg suami yg dh lm tdk pernah mnunaikan nfkh zahir dgn alasan gj suami kecik gj is3 lebih besar jd mjadi tggjawab isteri utk mnanggung semua pbelanjaan rumhtangga hatta pinjaman rumah,kereta dan persekolahan ank2?isteri rs twr hati n x sggp utk bersama lalu nfkh batin tidak dapat dlaksanakan kerana sudah tiada perasaan thadap suami atas sikapnya yg tidak btanggugjawab. utk bpisah x sggp krn kesiankan ank2. jd apa lgkh wajar yg boleh diambil?harap ust dpt beri pndgn.tkasih
IbnRajab: w’salam. mencabar sungguh soalan ini. namun skdr pandangan peribadi. bg ana, sikap suami yg mengizinkan isteri bekerja adalah suatu pengorbanan yg besar. pd ana, dlm hal ini, suami isteri perlu ada tolak ansur. kalau nak dikira, berapa harganya izin suami utk isterinya bekerja? sayugia diingatkan bhw, rumahtangga tidak terbina tanpa seorang lelaki dan wanita dan ia tidak terbina begitu sahaja. Ia telah dimulakan dgn sejumlah persetujuan (yg dilandaskan atas cinta dan kasih sayang). segala jumlah pendapatan perlu dijadikan pendapatan keluarga (isi rumah) dan suami isteri perlu merancang ekonomi rumahtangga berdasarkan kemampuan dan berasaskan syariat. tidk ada gunanya mmbeza2kan gaji suami isteri. tidak ada istilah duit suami duit isteri juga dan sebagainya. org dulu2, sama2 kerjakan sawah, sama2 menoreh getah, tidak pernah pun ada yg claim ini gaji saya, itu hak awak kan? mereka sama2 kongsi pendapatan dan besarkan anak2 dengan penuh kasih sayang sebagaimana asas perkahwinan mereka dulu juga. “memang sukar mengenali erti cinta; ia bukanlah semata-mata memberi dan menerima”. sebaliknya kesefahaman, dan keikhlasan yg didirikan atas landasan sabar dan iman. Dan sekiranya benar si isteri merasa dizalimi, maka Islam membuka ruang baginya mengadu di mahkamah dan mendapatkan pembelaan. Allah SWt tidak pernah memberatkan seseorang (isteri) atas bebanan terpaksa (anak2). Melayan suami merupakan tanggungjawab utama seorang yg bergelar isteri yg patut dibanggakan. skdr pandangan, wallahu aklam.
By: sha on 16 Ogos 2009
at 11:39 PM
Adik lelaki meninggal dan dia belum beristeri.Ayah masih ada.Ibu susah meninggal.Adik beradik termasuk si mati ada 9 org.2 lelaki dan 6 perempuan.Bagaimanakah pembahagian harta mengikut hukum faraid?
IbnRajab: harta siapa yg dimaksudkan? peninggalan ibu atau adik? elok rujuk mahkamah syariah, mereka akan keluarkan sijil faraid yg detail. wallahu aklam
By: azlina on 17 Ogos 2009
at 7:09 PM
tkasih ust diatas pandgn ust terhadap pmasalahan yg sy kmukakan tempoh hari.pandangan ust alhamdulillah menyuntik kesedaran dlm diri.insyaallah dgn izinNya akan terus dpupuk rasa keikhlasan dan kesabaran dlm menempuh dugaan dan cabaran dlm berumahtangga…amin.
IR: ana mohon maaf atas kekurangan ilmu dlm mmberi pndgan, skdr pdpt peribadi
By: sha on 18 Ogos 2009
at 11:25 AM
terima kasih ust diatas pandgn ust terhadap pmasalahan yg sy kmukakan tempoh hari. InsyaAllah akan saya manfaat apa yg disarankan oleh ustaz..
IR: ana mohon maaf kalau2 ada kekurangan dlm mmberi pdgan
By: syam on 19 Ogos 2009
at 1:03 AM
Assalamualaikum ustaz,
Semoga bulan ramadan ini Allh limpahkan kurniaNya pada kita semua.
IR: w’salam. insyaAllah
a) Solat witir – ada yang mengatakan solat witir penutup solat. Jadi, selepas witir sesudah tarawih, adakah kita dibolehkan untuk solat malam pula – tahajud dsbnya.. katalah saya sudah witir, dan terjaga di malam hari dan hendak tahajud – ini di boleh kan ya ustaz?
IR: teruskan solat tahajud kemudian witir sekali lagi
b) Solat dhuha – ada pendapat mengatakan selepas terbit matahari hingga sebelum tegak matahari (tengahhari), ada mengatakan betul2 waktu matahari tegak (tengahhari), ada pula kata selepas terbit matahari hingga sebelum zohor. jadi, sebenarnya bila waktu untuk solat dhuha dan berapa rakaat maksima?
IR: waktu masuk solat dhuha adalah lbh kurang selepas 50 minit tamat waktu subuh. ia berakhir dgn tergelincir matahari. waktu zohor pula bermula selps tergelincir matahari. haram bersolat pada saat tergelincir matahari, waktu terbit dan terbenam matahari. tiada rakaat maksima, blh dibuat berapa pun. ttp ada pendpt Rasulullah solat dhuha sampai 12 rakaat. wallahu aklam
c) Gosok gigi bersama ubat gigi – adakah ini dibolehkan waktu berpuasa ?
IR: blh
terima kasih
By: Nor on 25 Ogos 2009
at 7:17 PM
ustaz,
saya dulu duduk menyewa , baru saya tahu bahawa kiblat yang saya solat sebenarnya salah arah.tapi tidak lah 180 darjah bezanya. saya x pasti patutkah saya menggantikan /qadak solat2 saya ? saya tidak pasti tempoh mana harus saya qadak solat jika perlu. terima kasih
IR: tak perlu qada
By: lia on 30 Ogos 2009
at 6:11 PM
salam, ust.
saya ada 1 soalan berkenaan lafaz talak kinayah. sy sedia maklum ianya perlukan kepada niat suami baru talak akan jatuh. beberapa hari lepas berlaku perselisihan faham. suami mengatakan ‘kita ni mmg tak lama dah”
“aku dah tak boleh hidup dgn kau!” “raya ni kita balik kg masing2. lepas tu tgklah keadaan macamana.” “balik ni abg tak nak tgk muka syg”. saya merasakan itu sebagai lafaz kinayah. skg km sudah berbaik semula. dan suami mmg tak berniat nak menceraikan saya. persoalan sy perlukah sy membawa kes ini ke mahkamah syariah utk memastikan sabit atau tidak lafaz kinayah tersebut? adakah cukup dgn hanya pengakuan suami tidak berniat utk menceraikan yg dibuat antara dia dan saya tanpa perlu ke mahkamah syariah? sekian, terima kasih..
IR: tak perlu ke mahkamah kalau suami mengaku dia tidak berniat cerai. wallahu aklam
By: gerard83 on 8 September 2009
at 12:21 PM
salam, ust…
terima kasih atas jawapannya..
IR: w’salam. maaf atas kekurangan
By: gerard83 on 9 September 2009
at 5:29 PM
asslamualaikum..
ustaz..saya ada satu persoalan..saya dan tunang saya..baru2 ini kami ada sedikit salah paham dan tunang saya naik marah..dlm keadaan marah tu..dia ckp..”kita kawin nanti aku ceraikan ko talak 3″…mmg saya terkejut kerana dia xpernah hingga tahap mcm tu..setelah keadaan reda dan kami berbaik..dia mohon maaf dan menyatakan semua yg dia katakan dlm keadaan marah bukan dr hatinya..yg saya takutkan..adakah ape yg dia katakan tu dikira sah jika kami berkahwin nanti?..
IR: tak ada apa2 kesan
By: nisa' on 14 September 2009
at 9:04 AM
salam..bleh x bagi pntdangan tttg bisnes mlm hai-o?konfius ni,nak kata halal,ramai yg kata xleh trmasuk ust zaharuddin.nk kata haram,ramai ust2 join.tq2
By: halim on 16 September 2009
at 6:32 AM
salam ust.tlg bgi pndangan ttg bsnes mlm hai-o.
nk kata halal, da yg kata xleh.nk kata xleh,ramai ust2 join.sbab diaorg join bkan target nk jual barang sgt.brg simpan dlm stor pun xpe.yg pnting cari downline bgi byk.tq
IR: w’salam halim, karim. rujukan kita adalah al-Quran dan sunnah serta pandangan2 ulama yg tidak berkepentingan. bukannya ustaz2 yg dimaksudkan. ana minta maaf krn x mampu mmberi pandgn dlm isu ini krn kekurangan info bekaitan hai-o itu sendiri. walaubgmanapun, ana x libatkan diri. wallahu aklam
By: karim on 16 September 2009
at 6:35 AM
salam..nk tny kalu2 ustaz ada borang kemasukan ke mahaad tahfiz sains sesi 2010, kalu ada nk mintak tolong sent kt ana…syukran
IR: w’salam. maaf ana tak ada borg tu
By: che may on 20 September 2009
at 12:34 PM
salam,diharap ustaz sekeluarga berada dalam keadaan sihat wal’afiat hendaknya..bertemu lagi disini..
Ustaz,baru baru ini saya dikejutkan oleh kenyataan seseorang mengenai zakat fitrah buat orang yang sudah meninggal dunia..soalnya ustaz bolehkah kita menzakatkan orang yang sudah mati,dan apakah hukumnya menzakatkan?sesuatu yang baru sy dengar dan rupanya telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang..harap ustaz dapat merungkaikan apa yg mjd kekalutan sy ni..wassalam.
IR: w’salam. kalau org meninggal dlm bulan ramadhan, mmg perlu bayar zakat fitrahnya. bg org yg semasa hidupnya tidak mengeluarkan zakat fitrah, waris yg berkemampuan blh mengira (sepanjang pengetahuannya yg termampu) dan mengeluarkan qada zakatnya itu. zakat ini blh dianggap hak org lain dan mungkin blh dikira sbg hutang. bgmanapun ia adalah tanggungjawab org yg masih hidup, kalau dah mati sudah terputuslah amalannya. bg pewaris yg mmpu mrk blh tlg qadakan atas niat berbuat ihsan kpd org tua dsb. ttp kalau si mati ada meniggalkan harta maka wajib pewarisnya membayar segala hutang termasuk badal hji dan zakat yg belum dikeluarkan (hutang zakat). wallahu aklam
By: senandungsemalam on 24 September 2009
at 3:33 PM
salam,oh begitu ya ustaz..terima kasih ustaz,harap apa yang sy tahu ini dapat kongsi dengan sahabat saya..wassalam.
IR: W’salam. alhamdulillah.. terima kasih jug atas kunjungan
By: senandungsemalam on 25 September 2009
at 10:21 AM
Salam Ustaz,
Saya mempunyai masalah dengan isteri dimana saya telah berlaku curang dengannya sebanyak 2 kali. Kali pertama isteri memaafkan dan bagi kali kedua bermula tahun 2007 hingga sekarang saya telah curang kali kedua dengan isteri orang pada mulanya sehinggalh kekasih saya tu bercerai pada Jan 2009 yang lalu. Denagn kekasih saya yag kedua ini saya telah tekad untuk menikahinya ********. Saya juga ingin menebus kesilapan saya.
IR: w’salam warahmatullah. al-hamdulillah, bertaubatlah atas dosa-dosa semasa peluang dan ruang masih ada
Isteri saya terlalu kecewa dan dia telah kembali ketempat asal di Perak dan bersara pilihan kerana kecewa dan saya masih di Sarawak bertugas. Isteri saya telah meninggalkan saya tanpa izin dan keluar rumah tanpa izin juga. Isteri boleh dikatakan nusyuz dan ingkar perintah dan tidak layak diberi sebarang nafkah zahir dan batin. Betul ke ustaz? Saya ada juga pulang menziarahi beliau kerana saya masih sayangkan isteri dan anak2 saya telah dewasa. Saya minta izin untuk poligami tetapi isteri berkeras mohon untuk bercerai. Kekasih saya tidak mahu saya bercerai dan relah berkahwin kiranya dapat keizinan isteri saya.
Isteri talah memfailkan tuntutan. Saya buntu… saya sayang kedua-duanya.
Terima kasih.
IR: nantikan sahaja prosiding mahkamah, di sana nanti kita diberi ruang utk membela diri, buat aduan balik dan sebagainya. InsyaAllah niat yang baik akan berakhir dgn kebaikan utk semua.. wallahu aklam
By: Amin on 28 September 2009
at 6:33 AM
Salam Ustaz,
Sambung kepada soalan saya berkaitan nusyuz/derhaka isteri, Adakah dosa besar tersebut akan terhapus sekiranya si suami memberi keampunan kpd isteri dan si isteri telah bertaubat tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut dan kembali taat. Bagaimanakah balasan perbuatan nusyuz itu di sisi Allah s.w.t. Adakah bermakna dosanya dengan Allah terhapus jika si suami mengampunkan dosa si isteri dan si isteri juga telah bertaubat kpd. Allah s.w.t.
T kasih. Salam
IR: betul tu, insyaAllah, Dia Maha Pengampun akan dosa hamba2Nya yang bertaubat nasuha. alhamdulillah, bertaubatlah kpd Allah dan bermaaf2anlah sesama manusia serta pulangkanlah hak mereka yg terabai sama ada secara sengaja atau tdak. wallahu aklam
By: Amin on 28 September 2009
at 6:48 AM
Salam. Saya nak tanya 2 soalan berkaitan menziarahi kubur.
1. Sebagai seorang Islam apakah yang patut dan afdal dilakukan semasa kita menziarahi kubur bapa kita atau sesiapa sahaja.
IR: w’salam wbt. ziarah kubur itu suatu sunnah dan sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW, terutama pd hari2 kebesaran spt hariraya. Sunnat memberi salam kpd ahli kubur dan memacak batang2 pokok yang hijau atas tanah perkuburan spt ranting2 bunga (sunnah). Membersih kawasan perkuburan (sekurang2nya tmpt bersemadinya jasd org yg diziarahi) krn kebersihan itu digalakkan dlm Islam dan mencerminkan keindahan Islam. Bacaan (atau amalan) anak2 insyaAllah akan sampai pahalanya kepada ibubapa berdasarkan hadis rasulullah ttg tiga perkara yg tidak putus amalan anak adam sama ada dibaca di mana sahaja, di rumah, di perkuburan dan di mana-mana ia teringat. ttg berdoa ia juga suruhan agama bedasarkan ayat al-Quran, ia tidak terhad di mana-mana dan pada masa-masa tertentu (walaupun di sana ada tmpt2 dan waktu2 mustajab doa) ttp ia ttp tidak menafikan tuntutan berdoa dan boleh mendoakan muslimin muslimat yg masih hidup atau tlh meninggal terutama ibubapa. wallahu aklam
2. Apakah amalan bertahlil atau membaca yaasin di kubur bertepatan dengan ajaran Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.?
IR: apa yg ana tahu drpd Rasulullah perbuatan Baginda memacak ranting kayu dan memberi salam. amalan2 lain itu bergantung drpd siapa dan kpd siapa ianya ditujukan. sekiranya ia anak kpd ayah/ibunya bg ana tidak ada masalah krn amalan dan doa anak utk ayah/ibu tidak terhd pd bila2 masa dan mana2 tmpt. wallahu aklam
By: Ummu Naufal on 1 Oktober 2009
at 11:54 PM
Salam. Ustaz, saya ada persoalan tentang bacaan surah alFaatihah untuk orang yang telah meninggal dunia yang biasa kita amalkan sejak dulu lagi. Apabila meneliti terjemahan maksud ayat bagi surah itu, apa yang saya faham sebahagiannya merupakan doa permohonan kita agar Allah membimbing kita utk melalui jalanNya yang lurus lagi benar. Apakah amalan di atas menepati ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ? Bagaimanakah pula amalan menghadiahkan bacaan tersebut kepada Rasulullah s.a.w.? Terima kasih.
IR: w’salam. apa yg ana tahu, Rasulullah pernah bersabda, sesiapa yg mmberi salam kpdku setelah aku wafat, samalah seperti ia memberi salam semasa hidupku (aku menjawab salamnya itu). wallahu aklam
By: Ummu Naufal on 2 Oktober 2009
at 12:17 AM
Assalamualaikum ustaz,
Saya punya masalah dengan sikap suami saya. Rumahtangga kami sering menerima gangguan daripada ‘orang ketiga’. Suatu waktu dulu, suami saya begitu kemaruk mengejar ‘pucuk muda’. Seingat saya, bukan sekali dua perkara ini menjadi punca perbalahan, tetapi telah banyak kali. Selain daripada itu, sikap ketagihnya terhadap laman web lucah, begitu meremukkan hati dan perasaan saya. Apabila dibahaskan perkara ini, dia mengatakan bahawa perbuatannya adalah normal bagi semua lelaki (yang mana saya tidak boleh menerimanya sama sekali…) Dan sikap itu masih berterusan hingga ke saat ini.
Selain daripada gangguan dari perempuan lain, suami saya sering mengutamakan adiknya, iaitu adik ipar saya. Terus terang saya katakan, bahawa saya telah sampai ke tahap amat-amat membenci adik ipar saya itu. Diabsaya anggap ‘orang ketiga’ yang manja dan tidak tahu berdikari.
Hendak kemana-mana, walau sedekat manapun destinasinya, minta dihantar. Dia juga adalah seorang yang boros. Jika tersepit dengan masalah kewangan, dia akan mencari suami saya. Untuk pengetahuan ustaz, adik ipar saya ini, seorang perempuan, berusia 30an, mempunyai pekerjaan tetap dan masih belum berkahwin. Selain daripada suami saya, dia juga mempunyai 4 orang abang dan 2 orang kakak. Namun begitu, jika ada apa-apa masalah, sering suami saya yang menjadi tempatnya mengadu itu dan ini.
Saya merasa amat-amat tertekan dengan keadaan ini. Adakah ianya sebenarnya salah saya? atau adakah saya yang mengada-ngada…langsung tidak boleh bertolah ansur..?atau apa……? Tolonglah saya ustaz…saya mohon nasihat dan panduan dari ustaz.,..
IR: dlm isu ini, pd ana tiada siapa yg salah dan perlu dipersalahkan. anak (atau adik beradik) lelaki adalah bertanggungjawab jg kpd saudara-saudara (adik beradik) perempuan (yg tidak mmpunyai keluarga sendiri iaitu suami) dan ibubapanya (yg sudah tua). terima lah suami seadanya dan berbanggalah jika suami berusaha menunaikan tanggungjawabnya juga kepada keluarganya. wallahu aklam
By: tertekan on 3 Oktober 2009
at 9:20 PM
Assalamualaikum ustaz..
saya betul-betul musykil bagaimana sekiranya isteri meninggalkan rumah selama 3 tahun… sedangkan suami baru sahaj telah meninggal… tetapi tidak b’laku perceraian semasa suaminya masih hidup?
By: puteri on 9 Oktober 2009
at 10:54 AM
assalamualaikum ustaz..
saya ingin mengetahui tentang tingkat keutamaan seorang lelaki bergelar suami…dan seorang wanita bergelar isteri…maksud saya,contoh seorang suami mana yg patut didahulukan antara ibunya,ayah,ibu mertua,ayah mertua,adik beradiknya,adik beradik ipar dan isteri.begitu juga bagi seorang isteri.
shukran..
IR: w’salam. suami: perlu utamakan keluarganya, kemudian ibunya dan ayahnya kemudian adik beradik perempuannya yang tidak mmpunyai keluarga sndiri. Isteri: keutamaan kepada suami, anak2 dan juga keluarganya (dgn izin suami). Pernah sahabat bertanyakan Rasulullah ttg ini, maka Rasul menjawab: ibumu (3x) kemudian bapamu. wallahu aklam.
By: nisa' on 16 Oktober 2009
at 11:26 AM
Assalamualaikum Ustaz..
Saya ingin bertanyakan tentang masalah pembayaran zakat melalui sistem pesanan ringkas.
Apakah hukumnya beserta dengan hujah-hujahnya Ustaz.Harap Ustaz dapat membantu saya dan membalas ke alamat email
detektif_conan619@yahoo.com
Wassalam…
By: Muhammad Nafis on 18 Oktober 2009
at 8:09 PM
assalamualaikum w.b.t ustad..
saya nak tanya beberapa soalan..bolehkah kita memungkiri janji sumpah kita yang pernah kita buat dekat orang??
By: scha iesya on 20 Oktober 2009
at 9:16 AM
assalamualaikum w.b.t ustaz..
Saya nak tanya beberapa soalan kepada ustaz..bolehkah kita memungkiri janji sumpah kita yang pernah kita buat dekat orang?? dan jika sumpah itu atas nama Allah? apakah hukumnya??
harap ustaz dapat tolong saya menyelesaikan masalah saya ini..dan membalas ke alamat email saya..
scha_1290@yahoo.com
IR: syarak menetapkan hukum harus bersumpah dgn menggunakan nama Allah utk menyatakan kesungguhan melakukan atau meninggalkan sesuatu perkara. manakala haram bersumpah dgn selain drpd Allah. sekiranya sumpah tidak dpt dilaksanakn, maka dikenakan ke atasnya kaffarah sumpah mengikut tertib (kemampuan) iaitu; 1) beri makan 10 miskin. 2) sekiranya tidak mampu maka beri pakaian 10 miskin. 3) sekiranya tidak mampu maka merdekakan seorang hamba. 4) sekiranya tidak juga mampu maka berpuasa 3 hari. niat puasa “sahaja aku berpuasa menunaikan kaffarah sumpah kerana Allah”. wallahu aklam.
By: scha iesya on 20 Oktober 2009
at 9:26 AM
A’kum ustaz..
Lame rasenye sy xkunjungi laman ni, alhamdulilllah smakin maju sy lihat..
ustaz,ada yang mengatakan memejam mata ketika solat hukumnya makruh, tetapi bagaimana jika dgn cara memejamkan mata itulah solat kita menjadi lebih khusyuk?
terima kasih ustaz…
IR: w’slam. blh dgn niat utk belajar dpt khusyuk. Tp seeloknya belajar dptkan khusyuk dgn mata melihat ke tempat sujud.
By: anatoly on 20 Oktober 2009
at 1:16 PM
A’kum..
betol ke dalam al-Quran ada menyebut tentang larangan meminum air yang mengandungi semut dengan alasan boleh mengurangkan daya ingatan, atau ianya hanya kata2 orang? bagaimana jika kita meminum juga air tersebut krn tdk mahu membazirkannya? terima kasih ustaz…
IR: tiada nas al-Quran menyatakan hal demikian. cuma dlm al-Quran menggesa umat Islam mengambil yg halal lagi yg baik2. sekiranya terlalu byk semut sehingga mengubah sifat air; warna, bau atau rasa, tidak blh diminum. wallahu aklam
By: anatoly on 22 Oktober 2009
at 8:55 AM
A’kum..
Ustaz sibuk ke?maaf bertanya..
IR: w’salam. maaf lewat respon.
By: anatoly on 4 November 2009
at 12:39 PM
terima kasih byk2 ustaz, n jgn kecewa kelantan kalah final piala malaysia semalam.tahun depan boleh cuba lagi..hehehe, ahlan..
IR: ya ka.. insyaAllah
By: anatoly on 8 November 2009
at 9:12 PM
Assalamualaikum,ustaz.
Puasa yang gagal dilaksanakan perlu diganti. seorang ibu yang bersalin dalam bulan Ramadhan , tidak boleh berpuasa.Dia perlu mengganti puasa itu dengan puasa dan membayar fidyah. Bagaimana kiraan fidyah dan puasa yang perlu digantinya jika dia telah lewat menggantinya dalam tempoh 3 tahun? Harap ustaz dapat menunjukkan kiraan fidyah dan puasa yang perlu siibu itu bayar dengan jelas.
IR: wa’alaikumussalam. blh rujuk tulisan ana ini atau terus membuat kiraan di sini atau sekiranya ingin memiliki calculator kiraan fidyah, sila download dan extract file ini wallahu aklam
By: JARINAH BT NORMAN on 14 November 2009
at 11:01 AM
urgent!!!!
salam ust nak tye antara fiqh dan syariat dalam islm yg mna lg pntg tuk umat islam tu dptkn reda Allah?
IR: w’salam. ana keliru dgn soalan ni. dlm Islam x ada mana yg lbh pentg kerna semuanya penting utk dpt redha Allah. wallahu aklam
By: nabilah on 15 November 2009
at 4:35 PM
sik ada komen
By: sik ada on 19 November 2009
at 5:30 PM
maaf, sik sepat gi ghumah kitak
IR: sapa tok? x aci lah mun sik tulis nama
By: sik ada on 19 November 2009
at 5:36 PM
assalamualaikum ustaz…
sy se0rg pelajar f0m 3….
sy selalu keliru bile dikaitkan dgn CINTA….
perlu kew sbnarnye ustaz?
n cam mane sy nk bidas blk hujah dy tentang cinta ini….
n sy nk tau apew sbnarnye yg d maksudkan dgn MUNAFIK?
sy harap ustaz dpt mmbantu sy…
By: ana muslimah on 25 November 2009
at 1:48 PM