Ekonomi Islam

Assalamu’alaikum..

Entah kenapa hari ni rasa nak menulis ttg ekonomi Islam pula. Walaupun diri rasa bukan ahli tapi sekadar berkongsi rasa dan pengalaman. Jika ada kekurangan, minta diperbetulkan.

Hari ini umat Islam mungkin terleka dengan nak kaya. Sebab itulah, apa sahaja promosi utk bisnes maka tanpa fikir panjang (halal dan haramnya) lantas mereka melibatkan diri. Setahu ana, pegangan yang diajarkan kepada kita amat jelas: tidak dikira kaya orang yang banyak harta, tapi kaya sebenar adalah kaya jiwa. Ramai umat Islam sudah lupa untuk merenung kata-kata tersebut. Apa yang ana nak kongsikan di sini ialah, walau sebyk mana duit kita pun tapi kalau tak berkat, kita masih lagi miskin yakni jiwa kita. Jiwa yang tenang bukannya memiliki tuan yang byk harta (mmg harta punca kesenangan dan tidak dinafikan 100%) namun memiliki nafsu yang terkawal. Macamanalah nafsu nak terkawal sedangkan cara mendapatkan/membelanjakan harta tidak ikut syariat. Kita umat Islam sepatutnya tidak fokus kepada material (wang/harta itu secara zatnya) sebaliknya fokus kita sepatutnya kepada ruh material tersebut.

Harta yang mempunyai ruh adalah yang boleh memberi manfaat kepada tuannya. Manfaat yang paling besar adalah ketenangan jiwa yang akhirnya melahirkan generasi yang ‘kaya jiwa’. Ada wang, mudah disedekahkan, mudah membantu org, senang utk berkongsi kekayaan. Hak-hak harta ditunaikan spt zakat, nafkah kpd anak istri dan nafkah kepada ibu ayah. Ramai org ingat nak nafkah kpd anak2 sahaja. ibu bapa dilupakan.

Sekarang ini, umat Islam jarang membuat rujukan apabila ingin memperolehi harta dan apabila ingin menggunakan harta juga. Sedangkan harta yang diperolehi dengan cara yang halal sahaja dan digunakan ke jalan yang halal itulah yang sepatut. Hari ini, pantang melihat promosi utk jadi cepat kaya, lantas sahut. Peluang melabur lantas sahut. Dalam Islam kalau kita inginkan harta bekerja untuk kita maka hendaklah dipastikan ia bebas dari gharar dan riba. Kemudian, jika diperhatikan lagi, ramai orang Islam yang menabung di bank2 konvensional, gaji masuk bank yahudi, beli insuran tajaan US, beli kereta/rumah guna loan bank non Islamic, makan di kedai2 besar yang nampak exlussive milik yahudi dan macam2. Lepas tu merungut kerja suami isteri pun masih tak cukup!

Eh, dah panjang kot. ana rasa itu sahaja dulu. sekian.

P/S: untuk perbincang lanjut ttg ekonomi Islam layari http://www.zaharuddin.net/

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. anonymous
    Sep 24, 2007 @ 11:29:02

    Kata pak HAMKA,

    Orang miskin itu ialah orang yang ada keinginan tapi tak ada daya. Orang kaya pula yang tiada keinginan tapi ada daya. Manakala yang fakir itu pula orang yang keinginannya tinggi dan ada daya pula. Jadi mereka (fakir) mengejar keinginan sehingga kematian menjemput mereka dalam rugi.

    Fikir-fikirlah

    ALHAMDULILLAH…

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: