Rawahu al-Bukhari.

Apabila disandarkan sesuatu perkara kepada orang yang tidak memiliki kelayakkan, maka tunggulah Hari Kiamat!

Hadith di atas itu saya petik daripada kitab sahih al-Bukhari. Bab yang ke3 pada menyatakan Kitab Al-Ilm. Hadith nombor 53. Rawi Hadith tersebut ialah Abu Hurairah ra. yang menceritakan kisah ketika Nabi Muhammad SAW sedang menyampaikan kuliahnya maka datang seorang Arab Badwi dan bertanya tentang bilanya akan tiba Hari Kiamat.

Pada mula Nabi SAW tidak menghiraukan soalan lelaki tersebut dan meneruskan kuliah Baginda. Setelah selesai baru Nabi SAW bertanyakan tentang beliau dan mengizinkannya mengemukakan soalan tadi. Lelakitadi tampil dengan bertanyakan bilakah tibanya Hari Kiamat? Nabi lalu menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Apabila amanah telah diabaikan, maka tunggulah ketibaan Hari Kiamat. Lelaki tadi masih tidak berpuas hati lalu mengemukakan soalan; Bagaimana keadaan sesuatu amanah itu dianggap terabai? Lalu Baginda bersabda seperti hadith di atas.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: