AntiVirus, kewujudanmu penuh fantasi dan meresahkan..

Assalamu’alaikum..

 Virus dan perisian komputer tidak dapat dipisahkan. Hatta hardware pun kadangkala kena serang dek virus. Virus dalam software ana takrifkan sebagai “arahan yang tidak difahami oleh perisian yang asal”. Manakala virus yang menyerang hardware ana takrifkan sebagai “arahan merosakkan litar elektronik”. Itu sahaja!

Oleh itu, kita kena faham bahawa virus yang serang hardware spt RAM, HDD, KEYBOARD, MOTHERBOARD dll itu mmg tak dapat dibaiki. Mmg kena tukar lah benda2 tu semua. Nauzubillah. Sebaliknya virus yang menyerang software spt Word, Excel dll tu boleh dicegah sebenarnya. Hatta kalau tengah2 kita cegah tu depa masuk juga maka kena format baru lah komp. Tapi fakta, ana tak pernah format lagi komputer ana sejak 2001 (selepas dilantik menjadi penjawat awam).

Biasanya virus software ni mengacau, melembabkan dan mengharu-birukan RAM komputer. Kerana arahan asal telah dirosakkan oleh pendatang baru ini (virus=arahan baru). Tetapi tak semua kelembaban komputer ini disebabkan virus. Komputer jadi lembab sebab; byk sangat install game/program yg dahsyat2, fail tak tersusun, sampah/trash tak dibuang dll yang melibatkan kepakaran menten keupayaan komputer.

So, hari ini ana nak kongsikan cara mencegah virus ke komputer anda.

1. Wujudkan autorun.inf bagi setiap unit drive yg ada. cth drive c:/ d:/ f:/ dsb. Termasuk pen drive.

2. Selalu semak status drive anda. Kalau ana setiap drive ada icon dia. Gambar anak ana ke, logo KPM ke dll. Jika icon pada drive ana tadi dah tak timbul, fahamlah ana bahawa drive ana kena virus.

3. Selalu tengok autorun.inf setiap kali rakan anda masukkan pen drive dia ke komputer anda. Caranya anta run f:/autorun.inf f:/ ialah drive yang membaca pen drive rakan anda tadi.

4. Sekiranya ada macam2 arahan yang bukan sepatutnya (anda akan biasa dgn autorun yg sepatutnya sekiranya anda wujudkan autorun sendiri atau biasa baca autorun dari CD dll.) maka anda kena tahu bahawa komputer telah dimasuki arahan tersebut (virus).

5. Delete segala apa yang ada kaitan dengan setiap perkataan yang ada dlm autorun rakan anda tadi di dalam system registry komputer anda. Caranya run regedit. Kalau tak dpt buka system registry anda perlu bukanya menggunakan mode ‘safemode’ dengan menekan F8 sebelum masuk windows (kena restart). Kalau dlm safemode pun tak dapat masuk registry maka anda perlu format balik komputer. Tapi alhamdulillah sejak 2001 ana tak pernah lagi sampai ke tahap ini.

Akhirnya, anda perlu faham bagaimana sebenarnya hakikat virus itu mengacau dan anda hanya perlu cegahnya sahaja. Tak perlu nak guna anti virus TERUTAMA yang percuma. Kerana pengalaman mengajar ana, percuma ni saja je, sebenarnya mereka nak melembabkan komputer anda supaya produktiviti komputer anda tidak mencapai had yang sepatutnya. Itu sahaja. Ana pernah juga guna antivirus, bila nak buka word, excel email, berpuluh saat hatta kadang2 dua minit baru terbuka. Inikan dah melengah2kan kerja kita. Dan mood kita juga. Sebab itulah ana bebaskan diri dari belenggu antivirus dan virus ini dengan langkah “MENCEGAH” yang diperkenalkan oleh pakar perubatan Islam IbnSina.

Wallahuaklam.

P/S: Satu sesi cara menangani virus ini ana caj RM50 sahaja. Sila email. hehehe

Advertisements

8 Komen (+add yours?)

  1. abu wildan
    Sep 27, 2007 @ 13:37:30

    kalau lah ana takguna antivirus, masalahnya bila orang lain pula mai cucuk kat laptop kita. dia beri virus pd kita pulak.jika kita takde AV habislah kita..kalau kena virus brontox ke trojan ke…habis ko…

    KALAU SETAKAT BONTOK ATAU TROJAN, ANA TAK HIRAU LAGI SBB TANPA ANTIVIRUS SEJAK 1995 KOMPUTER ANA TAK KENA VIRUS TU. LAGI PUN VIRUS NAMA BRONTOK DAN TROJAN TU SAJA JE. TAK MASUK BAB VIRUS SEBENARNYA TU. TERLALU MUDAH UTK DIKESAN. ANA BUKAN BERLAGAK TAPI PERCAYALAH, JIKA ANTA GUNA AUTORUN PASTI ANTA TAK RISAU LAGI DGN VIRUS-VIRUS YG SGT KECIK SPT ITU.

    Balas

  2. Trackback: Autorun « Kalam IbnRajab
  3. blockvirus
    Jan 10, 2008 @ 13:40:30

    Thank for your information.

    This top 10 antivirus software review please go to http://www.blockvirus.info

    Balas

  4. noob
    Mei 08, 2008 @ 11:58:23

    inilah jadinye kalau seseorang dah rasa diri terlalu pandai dan hebat.. menjatuhkan “Hukum” hanya berdasarkan apa yang dia tahu sahaja… kembali lah ke pangkal jalan.

    Balas

  5. IbnRajab
    Mei 09, 2008 @ 21:29:56

    Lebih baik lagi sekiranya saudara noob hantar apa-apa komen yang membina dengan menyertai alamat email atau laman web/blog.. itu menunjukkan anda seorang yang bertanggungjwab di atas apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan.. terima kasih!

    Maaf sekiranya tulisan ini mengganggu siapa sahaja yang melayari laman Kalam IbnRajab yang tidak sepertinya ini.. sekadar pendangan peribadi..

    Balas

  6. Trackback: Shortcut « Kalam IbnRajab
  7. kawan UKM
    Sep 07, 2008 @ 04:29:33

    saudara noob… anda berada di rumah orang kenalah beradab dengan tuan rumah.

    Siapa suruh anda melayari laman ni? xder sapa pun yg paksa anda… kenapa pula nak bedal tuan rumah?

    Harap kita semua menjaga adab2 sesama insan.

    Balas

  8. toya
    Mac 02, 2010 @ 20:11:35

    assalamualaikum…
    sekarang saya baru nak berjinak2 dgn autorun…
    gembira dapat maklumat dr pak ustz.. adlah sikit membantu… harap pak ustz dapat email saya ilmu2 autorun… moga Allah memberi balasan tak terhingga kpd pak ustz atas perkongsian ilmu ini…amin

    IR: wa’alaikumussalam. alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak ilmunya yg dimiliki

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: